Umno Tidak Perlu Menari Ikut Rentak Anwar



UMNO tidak perlu menari mengikut rentak Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerjasama parti itu dengan UMNO.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata, apa yang perlu dilakukan oleh UMNO adalah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengukuhan parti.
“Jika Anwar Ibrahim masih mahu mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik dengan UMNO, itu adalah hak beliau untuk bercakap seperti mana selama ini beliau tak henti-henti mengatakan bahawa beliau ada majoriti di Parlimen.
“Kita tidak perlu menari mengikut rentak orang lain sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan dalaman parti sendiri, disamping berusaha keras memenangi keyakinan rakyat,” kata Shahril Sufian.
Anwar menjemput media untuk hadir pada sidang akhbar yang dijadualkan pada pukul 4.30 petang hari ini.
Sebuah portal melaporkan, Anwar dijangka akan menyentuh isu kemungkinan PKR bekerjasama dengan UMNO dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Shahril Sufian berkata, keputusan dasar Persidangan Agung UMNO 2019 masih terpakai dan kenyataan semua pemimpin tertinggi UMNO berkali-kali menyebut tidak timbul kerjasama dengan PKR dan DAP.
Hakikatnya, menurut beliau, Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga belum pernah mengubah keputusan dasar PAU 2019 yang menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.
Tambahnya, menolak kerjasama dengan PPBM tidak bermaksud untuk terus bersama dengan orang lain.
“Matlamat parti tentunya untuk memenangi sokongan rakyat dengan tawaran dan visi yang lebih baik dari pesaing kita.
“Tanpa sokongan rakyat, UMNO tidak akan mampu beroleh kedudukan dominan sepertimana diharapkan seluruh pejuang parti yang berpegang teguh kepada sejarah dan potensi UMNO untuk terus mendepani perjuangan agama, bangsa dan tanahair,” kata Shahril Sufian.
Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia baru-baru ini, Anwar berkata bahawa kerjasama itu tidak lebih daripada sekadar untuk menyelamatkan negara daripada kebobrokan.
Dia menekankan bahawa dalam beberapa siri perbincangan tidak rasmi yang diadakan antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan “positif” dan kedua-duanya berjaya mencapai persefahaman.
“Saya telah bersama Umno selama bertahun-tahun, mengapa? Kerana saya yakin dengan idealisme. Jadi jika kita meletakkan idealisme ini di landasan, saya rasa tidak akan ada masalah,” katanya dalam wawancara tersebut. SM
The post UMNO tidak perlu menari ikut rentak Anwar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/16/umno-tidak-perlu-menari-ikut-rentak-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan Umno Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain

Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan Umno Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Hak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik antara Pakatan Harapan dengan UMNO Lagi pun selama ini Presiden PKR itu tidak henti henti mendakwa beliau ada majoriti di Parlimen ...
Zahid Meng Anwar Ibrahim Kan Umno

Zahid Meng Anwar Ibrahim Kan Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 306 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata kenyataan media terbaharu Presid...
Don T Be Influenced By Anwar Ismail Sabri Tells Umno Members

Don T Be Influenced By Anwar Ismail Sabri Tells Umno Members

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 350 hits
Umno leaders and members should not be influenced by PKR president Anwar Ibrahim s statements as he might have an agenda to split Umno said Umno vice president Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri said he was worried that Anwar s statements cou...
Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 235 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak memiliki keinginan untuk berpakat dengan bekas timbalan presiden Umno tersebut Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan ko...
Anwar Sahkan Perbincangan Umno Pkr Buat Sidang Media Petang Ini

Anwar Sahkan Perbincangan Umno Pkr Buat Sidang Media Petang Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 426 hits
Malaysiakini Presiden PKR Anwar Ibrahim mengatakan bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama untuk pilihan raya umum ke 15 Anwar mengumumkan bahawa dia akan mengadakan sidang media hari...
Umno Tidak Sebulat Suara Sokong Anwar Punca Ph Gagal Rampas Putrajaya Kata Khalid

Umno Tidak Sebulat Suara Sokong Anwar Punca Ph Gagal Rampas Putrajaya Kata Khalid

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 318 hits
Adam Abu BakarSHAH ALAM Tindakan pemimpin Umno yang tidak sebulat suara dalam menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan hasrat Pakatan Harapan menawan Putrajaya kembali sepertimana diumumkan presiden PKR sebelum ...
5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 512 hits
Seramai lima ahli Parlimen pembangkang menyatakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengadakan perbincangan dengan Umno 5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan UmnoDalam satu kenyataan bersama R...
Ada Kluster Anwar Dalam Umno

Ada Kluster Anwar Dalam Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 494 hits
by1Media my March 16 20210 Anwar Ibrahim mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15 malah memuji Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemimpin berwibawa dan peduli namun mereka harus menjawab tud...
Mengapa Terus Kaitkan Anwar Dengan Sd Sokongan Umno

Mengapa Terus Kaitkan Anwar Dengan Sd Sokongan Umno

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 212 hits
Masih ada yang nak kaitkan DS Anwar dengan UMNO menggunakan SD ahli parlimen UMNO yang menyokong DS Anwar Menyokong dan bekerjasama itu lain Sebagai contoh Menteri Agama adalah penyokong tegar Liverpool Betullah tu Tapi adakah menteri itu b...
Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Masjid Al Alami Mitc

The Forgotten Innovations Of The Islamic Golden Age

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Al Fateh Tak Sihat

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Drama Melayu Best April Mei

Koperasi Digital

Contemporary Industrial House In Seattle By Rho Architects Blends Raw Steel Aesthetics With Residential Innovation

Body Of Mentally Disabled Man Found In Locked House In Kelantan

Pearly Thinaah Bounce Back To Reach Thailand Open Quarter Finals

Vw Owner Fumes Non Deployment Of Airbag During Accident Which Car Maker Describes As Normal