Radio Dan Tv Malaysia Kurang Minat Siar Lagu Nasyid



Oleh Muhammed Yusuf
Sumber Asal: https://www.utusan.com.my/rencana/2020/08/radio-tv-kurang-minat-siar-lagu-nasyid/
Datuk Seri Dr. Zulkifli ingin melihat industri itu kembali gemilang Pada Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberi harapan baharu kepada para penggiat industri nasyid tanah air. Beliau ingin melihat industri itu kembali gemilang seperti penghujung 1990-an serta mahukan pengiktirafan berprestij kembali diadakan.Saya berpendapat, dalam mencapai hasrat murni ini, ada beberapa aspek lain yang perlu diteliti dan diberi perhatian sewajarnya terutama kepada pihak-pihak yang terlibat. Antaranya, penggiat lagu nasyid harus lebih kreatif dalam menghasilkan karya mereka sama ada berkaitan lirik berkualiti dan irama serta rentak bersesuaian dengan peredaran masa. Ini termasuk mengambil kira faktor minat semasa para pendengar nasyid dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Hal ini kerana para pendengar adalah penentu utama kepada penerimaan lagu-lagu sedemikian. Jika lagu nasyid diterima baik oleh masyarakat, maka sudah tentu popularitinya juga meningkat dan bertambah.

Bagaimanapun, dalam keghairahan untuk memperkasakan nasyid, aspek identiti lagu jangan pula diabaikan. Ia sering diperkatakan terutama dengan kemunculan lagu-lagu nasyid kontemporari yang membawa lirik dan irama yang jauh bezanya dengan lagu nasyid sebelumnya. Tambahan pula lambakan lagu-lagu ketuhanan juga menambahkan lagi kekeliruan sedia ada sehinggakan pendengar sukar untuk membezakan antara lagu nasyid dan bukan nasyid.

Ada berpandangan, nasyid pada hari ini mengalami kekeliruan identiti dan sudah hilang nilai jati diri. Untuk menjawab isu ini, kita hendaklah memahami nasyid dalam konteks identiti yang mampu membezakannya dengan lagu-lagu lain. Nasyid boleh difahami bukan sekadar lagu, bahkan menggabungkan elemen seni kata muzik dan gaya penampilan individu atau kumpulan. Ia bukan sekadar menghiburkan tetapi memberi mesej yang berunsurkan pengajaran.

Dapatlah difahami nilai sebenar identiti lagu nasyid bukan hanya dinilai pada keelokan liriknya semata-mata, malah jauh daripada itu dengan mengambil kira siapa penyampainya. Hal ini kerana dakwah yang disampaikan melalui seni muzik akan lebih berkesan jika dinyanyikan oleh orang yang mempunyai akhlak dan penampilan imej yang baik.

Selain itu, pengamal media juga harus memberi sokongan penuh kepada perkembangan industri nasyid tanah air. Berdasarkan kajian, antara media penyiaran khususnya stesen radio yang serius memperjuangkan artis dan lagu nasyid adalah Radio IKIM. Ini terbukti sejak penubuhannya pada 6 Julai 2001, banyak lagu nasyid telah ke udara sepanjang siarannya pada setiap hari. Dalam Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) terdapat satu rancangan khas iaitu Carta Nasyid IKIM yang mula diperkenalkan pada Oktober 2002 sehingga kini. Ia menjadi medium utama kepada industri nasyid tanah air khususnya dalam memberi pendedahan kepada para pendengar mengenai artis nasyid dan secara tidak langsung bertindak sebagai medan promosi.
Peranan lain yang boleh dimainkan oleh para pengamal media ialah mengulang siar lagu-lagu nasyid terutama melalui media elektronik iaitu radio dan televisyen. Kaedah pengulangan ini bukan sahaja menjadikan lagu nasyid lebih diminati malah boleh mempengaruhi minda serta perwatakan seseorang.

Selain itu, kreativiti yang tinggi juga dituntut dalam kalangan pengamal media. Sebagai contoh, rancangan yang berorientasikan artis dan lagu nasyid perlu divariasikan. Dengan kepelbagaian rancangan nasyid di radio, televisyen serta sentiasa mendapat liputan perkembangan industri nasyid semasa daripada media cetak, diharap dapat merancakkan lagi usaha murni ini.

Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terlibat dalam membangunkan semula industri nasyid tanah air amat diharapkan terutama kepada pengamal-pengamal media. Mereka seharusnya bertindak sebagai medan untuk mempromosikan lagu nasyid untuk lebih maju jauh ke hadapan dan menjadikannya popular serta mampu bersaing dengan pelbagai bentuk genre muzik semasa.

- PENULIS ialah Pensyarah Kanan dan Penyelidik di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://islamiktunes.blogspot.com/2020/09/radio-dan-tv-malaysia-kurang-minat-siar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tumbuhan Biasa Yang Selalu Anda Jumpa Di Malaysia Yang Ada Kelebihan Dan Khasiatnya

5 Tumbuhan Biasa Yang Selalu Anda Jumpa Di Malaysia Yang Ada Kelebihan Dan Khasiatnya

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 295 hits
Saya ambil maklumat tentang 5 tumbuhan atau herba yang ada di negara kita ini dari posting di FB Fadzilah Adibah Abdul Majid Anda boleh ikuti perkongsian beliau di akaun FBnya kat sini Atau boleh juga follow akaun produk beliau Naturemedics...
Kenapa Covid 19 Masih Melanda Di Malaysia Dan Kenapa Rantaian Semakin Banyak Dan Jangkitan Semakin Meningkat Tetapi

Kenapa Covid 19 Masih Melanda Di Malaysia Dan Kenapa Rantaian Semakin Banyak Dan Jangkitan Semakin Meningkat Tetapi

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 382 hits
Kenapa Covid 19 Masih Melanda di Malaysia dan Kenapa Rantaian Semakin Banyak dan Jangkitan Semakin meningkat Tetapi Tetapi belum darurat atau PKP seperti berlaku di awal tahun kenapa Kes seperti ini aku tak pandai nak jawab hanya orang berw...
Mari Check Nama Blacklist Telco Malaysia

Mari Check Nama Blacklist Telco Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 1296 hits
Mari CHECK NAMA BLACKLIST TELCO MALAYSIA Daftar baru nama anda sudah blacklist dari telco seperti dan lain lain khas untuk anda Sudah pasti anda akan merasa pening dan tidak akan ingat bila anda pakai nombor sedemikan dan bila kali terkahit...
Singapura Nafi Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

Singapura Nafi Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 388 hits
Singapura Kementerian Tenaga Kerja Singapura semalam menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura kini merempat kerana tidak mampu untuk menyewa bilik mahupun katil Kement...
Liga Malaysia Muflis Jika Penyokong Tidak Dibenarkan Ke Stadium

Liga Malaysia Muflis Jika Penyokong Tidak Dibenarkan Ke Stadium

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 504 hits
STADIUM kosong ketika Covid 19 Kantung pasukan bolasepak bocor tanpa penyokong Saingan Liga Malaysia bakal berdepan krisis terbesar dalam sejarah penganjurannya apabila dijangka berdepan risiko muflis seandainya penyokong bola sepak tempata...
Malaysia Berduka Mana Lebai Bmf

Malaysia Berduka Mana Lebai Bmf

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 225 hits
MALAYSIA BERDUKA Gambar profil aku dihitamkan sehingga mereka terlibat diheret Sampai RM30 juta daging seludup tak disembelih siap diedar seluruh Malaysia Boleh bayang 1 500 tan banyak mana 1 5 juta kg Susun dalam lori 3 tan ada 500 buah lo...
Guru Malaysia Tersenarai 10 Terbaik Dunia

Guru Malaysia Tersenarai 10 Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 229 hits
Kuala Lumpur Saya membuktikan guru Malaysia setanding dengan guru seluruh dunia untuk memastikan generasi pelapis mendapat pendidikan terbaik kata Samuel Isiah 33 Samuel menjadi finalis untuk 10 guru terbaik dunia dalam Anugerah Guru Global...
5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia

5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 450 hits
5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia Bercakap sahaja mengenai aktiviti membeli belah aku lebih senang kalau diberi pilihan membuat online shopping Bagi aku yang punya 3 anak kecil agak sukar untuk membeli belah dengan aman...
Cbt Malaysia

Cbt Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 268 hits
CBT online adalah laman permotoran yang terkenal di Malaysia Tulisan dan perkongsian daripada halaman ini seringkali menjadi buah mulut kalangan pemerhati industri permotoran di Malaysia baik kereta mahupun motosikal Masakan tidak ia dituli...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hafizh Syahrin Arrc 2025 Jdt Racing Team

Kami Akhirnya Pulang Hasrat Bawa Anak Pindah London Terkubur Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Air India

Nahas Pesawat Air India Analisis Pilot Ini Raih Perhatian

Selamat Tinggal Whatsapp

Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like