Qunut Witir Di Pertengahan Bulan Ramadhan



Soalan:
Apakah dalil disunatkan membaca Qunut di dalam witir pada 15 akhir Ramadhan?

Jawapan:
Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Hasan bin Ali RA di dalam Jami’ al-Tirmidzi dan juga di dalam Sunan Abi Daud:

عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الوِتْرِ: اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ...
Rasulullah SAW telah mengajarku beberapa perkataan untuk aku sebut di dalam witir: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu...” [Riwayat al-Tirmizi (464)]

Di dalam mazhab al-Syafie, disunatkan kepada imam atau orang yang solat bersendirian untuk membaca doa Qunut pada rakaat terakhir solat sunat witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadhan. [Lihat: al-Muktamad, 1/309]

Doa Qunut

Ini adalah bacaan bagi doa Qunut sebagaimana yang terdapat di dalam Sunan Abi Daud:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
“Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci lagi yang Maha Tinggi.”


Tambahan pula, disunatkan juga membaca selawat kepada Nabi SAW selepas daripada membaca doa di atas sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi RA di dalam al-Azkar. Selain itu, disunatkan kepada orang yang bersolat bersendirian atau imam jika mereka ingin memanjangkan bacaan doa Qunut dengan membaca doa Qunut Umar bin al-Khattab RA yang panjang dan kami nyatakan sebahagiannya dan doa ini juga terdapat di dalam kitab al-Azkar oleh Imam al-Nawawi RA:

اللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ مَنْ يَفْجُرُكَ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد، ولَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُد...
“Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon pertolongan kepada-Mu, kami memohon ampun kepada-Mu dan kami tidak mengkufuri-Mu, kami beriman dengan-Mu dan kami membenci sesiapa yang menderhakai-Mu. Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya untuk-Mu kami bersolat dan bersujud...”

Penutup

Kesimpulannya, kami menutup perbahasan ini dengan sebahagian kata-kata imam al-Nawawi RA bahawa jika seseorang itu berdoa dengan apa-apa doa samada dengan satu ayat atau beberapa ayat daripada al-Quran yang merangkupi erti doa maka dia telah berqunut. Akan tetapi, yang lebih afdhal adalah membaca doa berdasarkan apa yang terdapat dan diajar di dalam sunnah Nabi SAW. Ini kerana, seseorang imam itu perlulah melihat makmumnya terlebih dahulu sebelum memanjangkan bacaan doa agar tidak memudharatkan orang yang berimamkannya. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima semua amalan kita di dalam bulan yang mulia ini serta memasukkan kita ke dalam syurga-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/qunut-witir-di-pertengahan-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Pulut Sekaya Kelate Bersama Santan M S Enak Di Bulan Ramadhan

Kuih Pulut Sekaya Kelate Bersama Santan M S Enak Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 838 hits
Kuih Pulut Sekaya Kelate Bersama Santan M S Enak di Bulan Ramadhan Allhamdulillah salam Ramadhan Memang dah tekak Kelate Kelate juga la masuk Ramdhan mahu tak cari kuih muih Kelate So kat tempat saya susah nak cari saya buat sendiri Belajar...
Mengapa Bulan Yang Paling Mulia Adalah Ramadhan

Mengapa Bulan Yang Paling Mulia Adalah Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 388 hits
Rasulullah pernah bersabda Bulan The post appeared first on
Kempen Galakkan Membaca Jom Pinjam Buku Di Bulan Ramadhan 2019

Kempen Galakkan Membaca Jom Pinjam Buku Di Bulan Ramadhan 2019

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 476 hits
KEMPEN GALAKKAN MEMBACA JOM PINJAM BUKU DI BULAN RAMADHAN 2019 Memandangkan pada bulan ramadhan para pelajar ramai mengunjungi PSS pada waktu rehat maka Unit PSS telah melancarkan kempen galakkan membaca Jom Pinjam Buku Pada Bulan Ramdhan B...
Datang Bulan Pada 10 Ramadhan Terakhir Ini 7 Amalan Kebaikkan Boleh Dilakukan

Datang Bulan Pada 10 Ramadhan Terakhir Ini 7 Amalan Kebaikkan Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 997 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dalam 10 malam terakhir Ramadan ini pasti ramai di antara kita ingin membuat banyak amal kebaikan dan beribadah untuk mendapatkan Lailatul Qadar Kalau kita uzur pada 10 terakhir Ramadhan apa yang kita bol...
Tafsir Ayat Puasa Doa Kita Di Bulan Ramadhan Pasti Terkabul Jangan Khawatir

Tafsir Ayat Puasa Doa Kita Di Bulan Ramadhan Pasti Terkabul Jangan Khawatir

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 498 hits
Harus penuh keyakinan kalau doa doa kita akan dikabulkan di bulan Ramadhan Posting ditampilkan lebih awal di
Fadhilat Dan Kelebihan Puasa Bulan Ramadhan

Fadhilat Dan Kelebihan Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 681 hits
Daripada Anas Katanya Bersabda Nabi Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah kemudian dibacanya Al Fatihah tujuh kali melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini Keleb...
Status Fb Biadap Bulan Ramadhan Pembantu Menteri Hilang Selera Wehh Dikutuk Rakyat

Status Fb Biadap Bulan Ramadhan Pembantu Menteri Hilang Selera Wehh Dikutuk Rakyat

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 686 hits
Apa didedah sikap sombong dan bongkaknya sebagai YB beliau menafi dan mengugut melaporkan pihak berkuasa tetapi beliau sendiri buat kenyataan FB bodoh dan biadap mengutuk pemimpin lain Lihat sendiri sikapnya sebagai Wakil Rakyat Kunak Adun ...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri