Kuih Pulut Sekaya Kelate Bersama Santan M S Enak Di Bulan Ramadhan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kuih Pulut Sekaya Kelate Bersama Santan M&S Enak di Bulan Ramadhan / Allhamdulillah, salam Ramadhan. Memang dah tekak Kelate. Kelate juga la.... masuk Ramdhan mahu tak cari kuih muih Kelate.... So, kat tempat saya susah nak cari, saya buat sendiri. Belajar dari pakar google sahaja. Hanya dihujung cari klik cari buat! Biasanya saya buat bulan Ramadhan sahaja. hehehe
Tapi Kuih sekaya ni memang la senang! tapi saya buat lubang-lubang dia tu tak banyak sangat. Itu namanya saya kena banyak belajar lagi. Korang kalau ada tips boleh share dengan saya tau camana nak buat lapisan atas telur dengan gula merah tu jadi lubang-lubang banyak... Anak saya kak ngan dan adik Mur JAnnah makan yang atas je... pulut diorang tinggal... huhu mak dia la yang tolong habiskan....
Resepi Pulut SekayaBahan Untuk Sekaya (lapisan atas)8 biji telur saya guna gred BNisse 3 kepingEsen vanila 1 skDaun pandan
Bahan Untu Pulut2 cawan 1/2 beras pulut direndam 2 jam dan lebih1 kotak Santan M&S 200mlSecawan air putih Secubit garam Daun pandan
Cara-cara1. Beras pulut yang telah direndam masukkan dalam bekas yang sedia untuk dikukus
2. Masukkan santan dicampurkan dengan secubit garam ke dalam bekas yang berisi santan tadi. Saya masukkan secawan air putih supaya taknak pulut tu keras sangat.
3. Kukus sehingga 3/4 masak. Jangan lupa masukkan daun pandan.
4. Sementara menunggu pulut dikukus, pecahkan telur dalam bekas yang lain, campurkan asen vanila, dan pukul sehingga sebati. Tak perlu kembang cukup sekadar telur itu bersatu sahaja.
Nur Jannah tolong saya pukul telur dengan garfu. Anda boleh guna whist sahaja untuk menyatukannya.
5. Dan masakkan nisse 3 keping dengan secawan air sehingga hancur, nak wangi masukkan daun pandan
6. Setelah gula merah atau nisse dan cair satukan dengan telur tadi.
7. Pulut yang sudah dikukus 3/4 diangkat dan ditekan untuk jadikannya lebih padat dan toreskan denagn garfu untuk bagi ruang untuk telur melekat pada lapisan tersebut
8. Tapiskan telur dan masukkan di atas lapisan pulut
9. Sedia dikukus untuk 30 minit
10. Siap@
Selamat berpuka puasa dan selamat mencuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sheilainspire.com/2019/05/kuih-pulut-sekaya-kelate-bersama-santan.html