Qubul Dan Dubur Berpeluh Perlukah Dibasuh Sebelum Mengambil Wudhu



SOALAN:
Sekiranya kita tahu kita dalam keadaan bersih, adakah kita perlu untuk membersihkan bahagian qubul dan dubur sebelum mengambil wudhu’? Ini disebabkan ada peluh dan kita kurang yakin akan kebersihannya.

JAWAPAN:
Perbuatan membersihkan diri dari kotoran merupakan suatu ibadah dalam agama. Ciri ibadah seperti yang disebutkan oleh para ulama’ adalah apabila Allah SWT menyukai dan meredhai sesuatu perbuatan tersebut. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia mencintai golongan yang sentiasa membersihkan diri mereka menerusi firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mencintai golongan yang sentiasa bertaubat dan Dia mencintai golongan yang sentiasa membersihkan diri mereka.” [Surah Al-Baqarah (222)]

Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini menyebutkan beberapa pandangan para mufassirin terhadap makna golongan yang membersihkan diri mereka. Sebahagian ulama’ seperti ‘Atha Ibn Abi Rabah menyatakan bahawa ia bermaksud golongan yang membersihkan diri mereka dengan air untuk mendirikan solat. Manakala sebahagian yang lain menyatakan bahawa ayat tersebut bermaksud golongan yang membersihkan diri mereka daripada dosa-dosa dan ini adalah pendapat Mujahid Ibn Jabr. Kemudian Imam Al-Thabari berkata: “Pendapat paling tepat dalam menjelaskan maknanya adalah Allah SWT mencintai golongan yang membersihkan diri mereka dengan air untuk mendirikan solat.” [Rujuk: Tafsir Al-Thabari (4/396)]

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, maka kami menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan bersuci daripada hadas, maka keadaan tersebut adalah berkekalan sehinggalah datang perkara-perkara yang membatalkannya. Kaedah fekah menyebut:

الأصل بقاء ما كان على ما كان
“Hukum asal bagi sesuatu adalah kekalnya ia pada kedudukan asalnya.”

Justeru, selama mana seseorang itu tidak berlaku pada dirinya perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ seperti keluarnya sesuatu daripada qubul atau dubur, hilang akal, bersentuhan kulit dengan bukan mahram yang dewasa tanpa lapik dan selainnya dari perkara yang membatalkan wudhu’, maka dia adalah kekal dalam keadaan bersuci.

Adapun isu peluh di bahagian kemaluan atau saluran dubur, maka kami katakan bahawa para ulama’ telah bersepakat bahawa peluh tidak termasuk dalam kategori najis dan ini meliputi sama ada peluh itu dari ketiak atau selainnya. Imam Al-Syafi’e berkata:

وَكَذَلِكَ لَوْ عَرِقَ فَقَطَرَ عَرَقُهُ فِي الْمَاءِ لَمْ يَنْجُسْ؛ لِأَنَّ عَرَقَ الْإِنْسَانِ وَالدَّابَّةِ لَيْسَ بِنَجَسٍ وَسَوَاءٌ مِنْ أَيِّ مَوْضِعٍ كَانَ الْعَرَقُ مِنْ تَحْتِ مَنْكِبِهِ أَوْ غَيْرِهِ
“Demikian juga sekiranya seseorang itu berpeluh dan ia menitis ke dalam air, maka ia tidak menajiskan (air tersebut). Ini kerana peluh manusia dan juga haiwan bukanlah najis. Sama ada ia (peluh) dari mana-mana tempat sekalipun seperti dari bawah bahunya atau selainnya.” [Rujuk: Al-Umm, Imam Al-Syafi’e (1/19)]

Meskipun begitu, ada satu pendapat yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi yang mengatakan: “Sekiranya seseorang itu beristinjak menggunakan batu, lalu tempat tersebut berpeluh dan peluh tersebut mengalir daripadanya serta melepasinya maka wajib dibasuh peluh yang mengalir tersebut. Sekiranya tidak melepasinya, maka ada dua pendapat. Pertama, wajib membasuhnya dan pendapat yang sahih adalah tidak wajib membasuhnya kerana umum balwa (sesuatu yang susah dielakkan).” [Rujuk: Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (2/129)]

Pendapat di atas ini adalah berkaitan dengan isu penggunaan batu ketika istinjak. Adapun seseorang yang beristinjak menggunakan air dengan membasuh kemaluan dan juga duburnya dengan bersih, maka peluh yang keluar pada dua bahagian tersebut setelah dibersihkan itu tidaklah dianggap sebagai najis.

Penutup

Sebagai kesimpulan, setelah kami tekuni beberapa nas dan hujahan di atas maka kami menyatakan bahawa perbuatan membersihkan qubul dan dubur dari peluh sebelum berwudhu’ adalah tidak perlu. Ini kerana, istinjak hanya berlaku hasil dari keluarnya najis sedangkan peluh tidak termasuk sebagai najis. Ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْمُسْلِمَ لاَ يَنْجُسُ
“Sesungguhnya seorang Muslim itu tidak najis.” [Riwayat Al-Nasa’ie (269)]

Oleh itu sekiranya jasad seorang Muslim itu tidak najis, maka peluhnya juga tidak dianggap sebagai najis. Melainkan perkara-perkara yang dinyatakan oleh syarak sebagai najis. Wallahua’lam.

Akhir kalam kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/qubul-dan-dubur-berpeluh-perlukah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Bersolat Ketika Keluar Air Ketuban Sebelum Bersalin

Perlukah Bersolat Ketika Keluar Air Ketuban Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 334 hits
Air ketuban ialah cairan yang melindungi janin ketika berada di dalam rahim Cairan ketuban mula wujud setelah kantung janin terbentuk sekitar 12 hari selepas pembenihan Fungsinya adalah untuk melindungi janin dan membantu perkembangan otak ...
Hospital Putrajaya Semua Pelawat Perlu Menjalani Saringan Sebelum Dibenarkan Masuk

Hospital Putrajaya Semua Pelawat Perlu Menjalani Saringan Sebelum Dibenarkan Masuk

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 341 hits
BADAN perubatan di negara ini masih terus komited dalam mengambil langkah penuh berjaga jaga dalam usaha mengekang penularan wabak Coronavirus Salah satu inisiatif yang dijalankan di Hospital Putrajaya adalah dengan menjalankan proses sarin...
Hukum Orang Berjunub Tidur Sebelum Mandi Wajib

Hukum Orang Berjunub Tidur Sebelum Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 263 hits
SOALAN Jika seseorang lelaki berada dalam keadaan berjunub adakah boleh untuk dia tidur dalam keadaan tersebut Atau dia perlu untuk mandi wajib terlebih dahulu JAWAPAN Menjawab berkenaan dengan isu ini seseorang itu dianggap berjunub apabil...
Akui Hamil Sebelum Nikah Marcell Darwin Dan Nabila Ungkap Alasan Buka Bukaan Ke Publik

Akui Hamil Sebelum Nikah Marcell Darwin Dan Nabila Ungkap Alasan Buka Bukaan Ke Publik

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 151 hits
Awalnya direncanakan bulan April pasangan ini pun mempercepat pernikahan mereka menjadi Januari kemarin
Kaya Sebelum Jadi Menteri Vs Kaya Selepas Jadi Menteri

Kaya Sebelum Jadi Menteri Vs Kaya Selepas Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 390 hits
Oleh Ab Jalil Backer 1 Sebelum Tengku Adnan menyertai kabinet pada 2001 sejak 1980 an lagi beliau sudah kaya raya sebagai seorang ahli perniagaan dan tokoh korporat 2 Pada 1984 beliau dan adiknya Tengku Rethwan menubuhkan syarikat Tadmansor...
Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 440 hits
Kesusahan hidup kadang kala menyebabkan setiap individu tidak mempunyai pilihan lain Mereka terpaksa meneruskan hidup walau dalam keadaan daif dan tidak tergambar dek akal sekalipun Seperti perkongsian oleh seorang aktivis Natipah Abu menge...
Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4 Tinggalkan Nota Terakhir Untuk Anak Sebelum Mata Bengkak Tutup Sepenuhnya

Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4 Tinggalkan Nota Terakhir Untuk Anak Sebelum Mata Bengkak Tutup Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 572 hits
Hati anak mana yang tak sedih apabila melihat seorang ibu menanggung kesakitan Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna di Facebook Nurul Shafina Mazani bahawa ibunya menghidap kanser lidah tahap 4 sejak bulan Mei tahun lalu Baru baru...
Acara Akhir Sebelum Kejohanan 2020

Acara Akhir Sebelum Kejohanan 2020

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 340 hits
ACARA AKHIR SEBELUM KEJOHANAN 2020Masa 3 00 5 00 petangPesanan GPK KoKu PUAN WAN ASFA LAILI BINTI WAN HASSAN Pemakaian baju sukan dibenarkan utk semua guru sepanjang hari termasuklah hari Isnin Murid perlu memakai uniform sekolah semasa per...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025