Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit


Kesusahan hidup kadang-kala menyebabkan setiap individu tidak mempunyai pilihan lain. Mereka terpaksa meneruskan hidup walau dalam keadaan daif dan tidak tergambar dek akal sekalipun.
Seperti perkongsian oleh seorang aktivis, Natipah Abu, mengenai kisah enam beranak yang terpaksa menyewa sebuah bilik sempit kerana kesempitan hidup.
Pasangan suami isteri bersama empat anak mereka itu tinggal bersama-sama dalam keadaan berhimpit. Manakala, dapur dan tandas pula dikongsi bersama penghuni lain.
Namun, di sebalik kisah kedaifan keluarga ini, rupa-rupanya ada ‘rahsia’ suami yang disimpan rapi oleh si isteri.
JERAT CINTA…
Kisah mereka dirujuk oleh jiran yang sangat bersimpati dengan keadaan anak-anaknya yang masih kecil.
Pasangan muda ini tinggal menyewa di sebuah bilik sempit seluas 8 X 15 kaki bersama empat orang anak berusia 9 tahun – 7 bulan.
Sebaik dimaklumkan tentang keadaan mereka.. kita turun ziarah untuk mencungkil apa sebenarnya permasalahan di sini.
Sebaik pintu dibuka.. tiada kata untuk kita zahirkan bagi menggambarkan bagaimana sendunya wajah anak-anak.
Tak mampu kita bayangkan juga bagaimana keenam beranak itu hidup di bilik sempit ini. Tandas dan dapurnya ada di luar bilik dan di kongsi beramai-ramai bersama penyewa bilik yang lain.
Harga sewa bilik ini RM180 sebulan tetapi tidak pernah dibayar pun sejak tujuh bulan lalu. Bahkan pemiliknya pula selalu membantu memberikan mereka makanan.
Sebelum ini mereka tinggal bersama ibu bapa suami di kampung. Kerana perselisihan faham .. suami membawa mereka keluar dr rumah itu sehelai sepinggang.
Mereka pernah bergelandangan dan menumpang di sebuah masjid . Kisah mereka pernah tular sebelum mereka diselamatkan dan ditempatkan di bilik yang sempit ini.
Mereka berpindah ke sini dalam keadaan si isteri sarat mengandung 8 bulan yang lalu. Benar.. mereka belum pernah kebuluran kerana jiran-jiran selalu menghulurkan makanan. Tetapi dalam masa yang sama juga.. jiran-jiran merasa bersalah membiarkan anak-anak itu hidup tidak seumpama orang lain.
Sungguh pun dalam keadaan begini.. dua orang anak pasangan ini masih bersekolah dengan belas ehsan jiran-jiran.
Setelah diasak .. ibu muda ini akhirnya mengaku suaminya ada mengambil barang terlarang.
Sungguh kesetiaan wanita ini terhadap suami yang dicintai itu tak berbelah bahagi. Sanggup menempuh susah-senang tetapi bila kita pandang wajah anak-anak … sungguh terasa mereka telah dianaiya ayah sendiri.
Mereka pernah mencagar ic di kedai minyak setelah kehabisan minyak motor. Henfon si isteri juga telah dijual suami. Bahkan semalam.. si suami telah menjual kipas meja yang disedekahkan orang ramai kepada mereka.
Hari ini … anak-anak menerima duit bantuan awal persekolahan dari pihak sekolah. Seorang mendapat RM100 .. bermakna keluarga ini mendapat RM200. Bagai bulan jatuh riba .. si suami telah mengambil semua duit itu dengan wajah bercahaya dan gembira sekali.
Dukacita .. tidak banyak yang dapat kita bantu. Kita hanya mengamanahkan sejumlah wang kepada jiran sebelah untuk tujuan membeli makanan siap masak kepada keluarga ini. Tidak guna memberi barang dapur pun kerana mereka tiada dapur.
Sebelum beredar .. kita titipkan nasihat kepada si ibu agar memikirkan masa depan anak-anak yang masih kecil supaya dapat membesar dengan sebaiknya.
Kita mengharapkan agar .. masih ada jalan pulang untuk si suami kerana usianya yang masih muda. Kasihan anak-anak … sudah acapkali terpaksa menadah telinga mendengar pertelingkahan antara ibu dan ayah yang entah bila akan berkesudahan…
Sumber: Natipah Abu
The post Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang, 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/04/isteri-mengaku-suami-ambil-barang-terlarang-6-beranak-pernah-tinggal-di-masjid-sebelum-sewa-bilik-sempit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilik Tidur Tempat Paling Cantik Untuk Perbincangan Suami Isteri Tapi Tanpa Anak

Bilik Tidur Tempat Paling Cantik Untuk Perbincangan Suami Isteri Tapi Tanpa Anak

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 508 hits
Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak anak untuk tidur bersama mereka Yalah anak manja katakan Kadang kadang tu sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah Tak salah tidur dengan anak tetapi biarlah ada had masanya Dengan...
Adakah Suami Layak Menerima Harta Pusaka Rumah Isteri Yang Dibeli Sebelum Berkahwin

Adakah Suami Layak Menerima Harta Pusaka Rumah Isteri Yang Dibeli Sebelum Berkahwin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 838 hits
SOALAN Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin adakah selepas kematian isteri suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan bulan bahkan tak tahu pun kewujudan ...
Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 879 hits
Sesibuk mana pun kita sebagai suami jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud Saya cari rezeki bukan buat benda bukan bukan Ya faham Tapi lepas habis cari rezeki terus la balik rumah dah sampai rumah jangan sibuk dengan hp pulak Luang m...
Suami Prank Isteri Menyuruh Rakan Menggoda Isterinya Sehingga Ke Bilik Namun Lihat Apa Yang Terjadi Selepas Itu

Suami Prank Isteri Menyuruh Rakan Menggoda Isterinya Sehingga Ke Bilik Namun Lihat Apa Yang Terjadi Selepas Itu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 441 hits
Kes penceraian yang disebabkan 0leh kecurangan semakin menjadi jadi Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami dari kes yang melibatkan artis melibatkan ahli perniagaan melibatkan para pemimpin negara bahkan juga pasangan biasa Kal...
Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 352 hits
Isteri Tolong jangan check hp suami kalau tak nak hati hancur Kadang kadang ALLAH gerakkan hati seorang isteri tu tepat pada masanya Banyak perkara yang perlu difikirkan seorang isteri dari pagi hingga malam tak terlintas langsung untuk nak...
Isteri Bekerja Isteri Berniaga Isteri Ada Pendapatan Sendiri Suami Tetap Kena Bagi Nafkah

Isteri Bekerja Isteri Berniaga Isteri Ada Pendapatan Sendiri Suami Tetap Kena Bagi Nafkah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1014 hits
Gambar HiasanIsteri bekerja isteri berniaga isteri ada pendapatan sendiri NAFKAH TETAP KENA BAGIKewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri Tak kisahlah walau gajinya lebih tinggi atau ke...
5 Benda Suami Nak Kena Tahu Tentang Isteri Yang Lepas Bersalin

5 Benda Suami Nak Kena Tahu Tentang Isteri Yang Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 316 hits
Mendengar pengalaman orang tentang sakit bersalin bukanlah satu perkara yang menyenangkan Lebih lebih lagi jika ini adalah kandungan pertama Walaupun setiap pengalaman bersalin ibu adalah berbeza namun rata rata pasti ramai yang bersalin no...
Jantung Lebih Sihat Tidur Lebih Lena Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Setiap Hari

Jantung Lebih Sihat Tidur Lebih Lena Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 722 hits
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi Jika sebelum ini suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan mungkin sebab rasa rimas pana...
Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 407 hits
Suami wajib miang dengan isteri Nampak isteri dari jauh kenyit mata flying kiss selalu ajak isteri bergurau selalu buat lawak bagi isteri ketawa selalu ucap abang sayang sayang Jika tiba tiba mood tidak baik suami lebih baik diam dari berka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo