Hukum Orang Berjunub Tidur Sebelum Mandi Wajib



SOALAN:
Jika seseorang lelaki berada dalam keadaan berjunub, adakah boleh untuk dia tidur dalam keadaan tersebut? Atau dia perlu untuk mandi wajib terlebih dahulu?

JAWAPAN:
Menjawab berkenaan dengan isu ini, seseorang itu dianggap berjunub apabila berlaku dua perkara kepada dirinya. Pertama, keluar air mani sama ada melalui mimpi dan sebagainya. Kedua, mengadakan hubungan suami isteri, meskipun tidak keluar air mani.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami kongsikan beberapa riwayat yang berikut. Antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Salamah R.A beliau bertanya kepada Aisyah R.Anha:

أَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَرْقُدُ وَهْوَ جُنُبٌ قَالَتْ نَعَمْ وَيَتَوَضَّأُ
“Adakah Nabi SAW pernah tidur dalam keadaan berjunub?” Kemudian Aisyah menjawab: “Ya, dan baginda berwudhu' (terlebih dahulu sebelum tidur).” [Riwayat Al-Bukhari (286)]

Imam Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam syarahan beliau ke atas hadith ini berkata: “Hadith ini menunjukkan keharusan untuk melewatkan mandi junub tanpa sebarang darurat. Akan tetapi sekiranya dia hendak tidur maka disunatkan untuk dia berwudhu' terlebih dahulu.” [Rujuk: Fath al-Bari, Ibn Rajab (1/349)]

Demikian juga seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A, beliau berkata:

اسْتَفْتَى عُمَرُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَيَنَامُ أَحَدُنَا وَهوَ جُنُبٌ قَالَ نَعَمْ إِذَا تَوَضَّأَ
Umar pernah bertanya kepada Nabi SAW: “Adakah boleh seseorang dari kami tidur dalam keadaan dia berjunub?” Lalu jawab Rasulullah SAW: “Ya boleh, apabila dia telah berwudhu’.” [Riwayat Al-Bukhari (289)]

Manakala dalam riwayat yang lain daripada Ibn Umar R.A beliau berkata: Umar pernah menceritakan kepada Rasulullah SAW bahawa dia berjunub pada waktu malam. Kemudian Rasulullah SAW berkata:

تَوَضَّأْ وَاغْسِلْ ذَكَرَكَ ثُمَّ نَمْ
“Berwudhu'lah kamu dan basuhlah kemaluan kamu kemudian tidurlah.‏” [Riwayat Al-Nasa’ie (261)]

Meskipun begitu, di sisi para fuqaha al-Syafi’eyyah dan selain mereka, arahan yang terdapat di dalam riwayat di atas ini bukanlah merujuk kepada makna wajib sebaliknya merujuk kepada hukum mustahab iaitu disunatkan. Ini kerana terdapat beberapa riwayat lain yang menunjukkan bahawa hukumnya adalah mustahab sahaja.

Syeikh Al-Mahamili Al-Syafi’e ketika menjelaskan keadaan-keadaan yang mana seseorang itu disunatkan untuk berwudhu' menyebut antaranya:

والوُضُوءُ لِلْجُنُبِ عِنْدَ النَّومِ
“Dan berwudhu' ketika hendak tidur bagi orang yang berjunub.” [Rujuk: Al-Lubab fil Fiqh al-Syafi’e (Hlm. 59)]

Penutup

Sebagai kesimpulan setelah kami merujuk kepada beberapa nas dan hujahan di atas, kami menyatakan bahawa dibolehkan untuk seseorang yang berjunub itu melewatkan mandi wajibnya kepada selepas bangun dari tidur. Namun, disunatkan untuk seseorang yang berjunub untuk mengambil wudhu' seperti wudhu' solat sebelum dia tidur. Sekiranya dia tidur dalam keadaan berjunub tanpa berwudhu' terlebih dahulu maka hukumnya adalah makruh.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-orang-berjunub-tidur-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Tidur Ambil Air Suam Dan Secubit Garam Elak Gangguan Makhluk Halus

Sebelum Tidur Ambil Air Suam Dan Secubit Garam Elak Gangguan Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 363 hits
Pernah anda bermimpi Pasangan anda berkahwin lain Mimpi pasangan ada perempuan Lelaki lain Mimpi Bersetubuh dengan Lelaki Perempuan lain Mimpi Binatang berbisa mimpi Jatuh Tempat tinggi Mimpi Tempat Kotor Mimpi Budak kecil bermain dengan bu...
Buat 4 Perkara Ini Sebelum Tidur Walau Kau Terlalu Sibuk

Buat 4 Perkara Ini Sebelum Tidur Walau Kau Terlalu Sibuk

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 2241 hits
Andai ajal dalam tidur pasti banyak perkara yang kita tinggalkan tanpa sempat melakukan apa apa Sebaiknya sebelum tidur mari kita lakukan 4 perkara ini sepertimana yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW Walau sesibuk mana pun dengan tuga...
Wanita Yang Cantik Biasanya Tidur Sebelum Pukul 11 Malam Pakar

Wanita Yang Cantik Biasanya Tidur Sebelum Pukul 11 Malam Pakar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 431 hits
Tanyalah pada mana mana wanita semuanya pasti ingin sentiasa kelihatan cantik dan sihat Sebenarnya ada cara mudah untuk kekal cantik dan sihat yang perlu wanita ikuti iaitu dengan tidur awal Jika anda mempunyai masa tidur selepas jam 11 mal...
5 Hak Karyawan Resign Yang Wajib Diberikan Perusahaan Tanyakan Ke Hrd Sebelum Perpisahan

5 Hak Karyawan Resign Yang Wajib Diberikan Perusahaan Tanyakan Ke Hrd Sebelum Perpisahan

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 195 hits
Sisa cuti tahunanmu harusnya bisa diuangkan wong ada peraturannya kok Asal kamu taat peraturan saat resign ya
Cara Memeriksa Habis Haid Dan Jangan Lewatkan Mandi Wajib

Cara Memeriksa Habis Haid Dan Jangan Lewatkan Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1783 hits
CARA MEMERIKSA HABIS HAID DAN JANGAN LEWATKAN MANDI WAJIB Ramai wanita tidak tahu terutama yang baru baligh ini cara nak semak periksa haid sudah habis atau belum dan disini ada jawapan jangan lewatkan mandi wajib Sila baca dan faham CARA M...
Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 878 hits
Sesibuk mana pun kita sebagai suami jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud Saya cari rezeki bukan buat benda bukan bukan Ya faham Tapi lepas habis cari rezeki terus la balik rumah dah sampai rumah jangan sibuk dengan hp pulak Luang m...
Hukum Isteri Kejutkan Suami Dari Tidur Untuk Solat Subuh

Hukum Isteri Kejutkan Suami Dari Tidur Untuk Solat Subuh

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 2084 hits
Pasti ramai yang terbaca kisah suami susah bangun solat subuh dan suami malas bangun pagi dan macam macam lagi Begitu juga ada yang tertanya apakah hukum isteri kejut suami untuk menunaikan solat dan sebagainya serta apakah hukum suami iste...
Cuba Pisahkan Tempat Tidur Tapi Masih Di Bilik Yang Sama Antara Langkah Awal Sebelum Pisahkan Bilik Tidur Anak

Cuba Pisahkan Tempat Tidur Tapi Masih Di Bilik Yang Sama Antara Langkah Awal Sebelum Pisahkan Bilik Tidur Anak

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 433 hits
Seorang bapa yang sangat prihatin pernah bertanyakan soalan penting Beliau mempunyai anak berumur 5 tahun Anaknya sangat rapat dengannya berbanding ibunya Si bapa ini mahu mendidik anak agar tidur berasingan darinya dan isteri Namun seringk...
Urutan Kaki Sebelum Tidur Sesuai Untuk Ibu Yang Tak Berhenti Buat Kerja Rumah

Urutan Kaki Sebelum Tidur Sesuai Untuk Ibu Yang Tak Berhenti Buat Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 502 hits
Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot otot Diambil petikan dari laman stylecraze com terdapat banyak manfaat melakukan urutan pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip