Qkz Ak6 Bajet Tapi Berkualiti


QKZ AK6 adalah IEM bajet yang sesuai untuk mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan aksesori audio yang lebih berkualiti. Dengan harga kurang daripada RM20, ini adalah IEM yang saya syorkan kepada mereka yang inginkan lebih kepuasan dalam pengalaman audio mereka tetapi mempunyai bajet yang kecil ataupun yang tidak sanggup berbelanja lebih.
 
Kata pujangga, jangan menilai sesuatu daripada luaran. Tapi lihatlah, dengan harga kurang dari RM20, anda memperoleh kotak kecil untuk membawa IEM anda dengan mudah ke mana-mana dengan selamat. Kotak ini tidaklah kalis air dan mempunyai kemasan yang begitu baik, tapi jika anda ingin membelinya secara berasingan, saya rasa paling tidak pun ia berharga lebih kurang RM5 setiap satu. Satu bonus yang bagus dengan QKZ AK6.
 

Dengan kotak plastik ini juga, QKZ kelihatan sangat berjimat dengan pembungkusan mereka. Segalanya diletakkan di dalam kotak kecil ini tanpa maklumat atau visual tambahan. Pun begitu, bagi saya kotak plastik ini lebih baik daripada kotak kertas yang biasa. Tiada guna pembungkusan yang cantik sekiranya anda akan membuangnya begitu sahaja selepas mengeluarkan IEM daripada kotaknya.
 


QKZ AK6 juga hadir dengan beberapa aksesori tambahan seperti klip kabel, 2 pasang getah telinga tambahan dan cangkuk telinga silikon bagi mereka yang aktif atau ingin menggunakan IEM ini untuk bersukan. Getah telinga pada QKZ AK6 ini juga saya kira agak berkualiti dan mempunyai lapisan getah tebal pada ombohnya, berkesan dalam menyalurkan bunyi yang lebih baik daripada IEM ke telinga anda.
 
Kabel telinga pada QKZ AK6 tidak boleh dicabut seperti IEM lain yang lebih mahal. Untuk IEM yang berharga kurang daripada RM20, ini bukanlah isu yang besar. Kabel naik taraf IEM di pasaran berharga lebih daripada RM20 ataupun sama harga dengan QKZ AK6. Sekalipun anda benar-benar serius  ingin mendapatkan kabel naik taraf, contohya kabel perak, itu bukan satu langkah yang bijak. Lebih baik anda membeli IEM lain yang lebih baik daripada QKZ AK6 dan belanjakan wang anda dengan lebih bijak.
 
Kabel pada QKZ AK6 adalah kabel yang dijalin. Agak mengejutkan juga IEM dengan julat harga ini boleh memberikan anda kabel yang dijalin dan dibalut pula dengan plastik. Saya yakin ini akan menjamin ketahan kabel ini untuk jangka masa yang panjang. QKZ AK6 juga dilengkapi dengan mikrofon dan beberapa butang kawalan. Tekan sekali untuk Main/Jeda dan tekan dua kali untuk memainkan lagu seterusnya. Ia juga mempunyai peluncur untuk kawalan kelantangan. Saya sangat suka tombol luncur untuk kawalan kelantangan ini, sangat ergonomik.
 
KUALITI BUNYI Kualiti bunyi pada QKZ AK6 ini walaupun sangat memberangsangkan untuk harganya namun tidaklah sempurna. Bass yang dominan, mid yang kuat dan clarity yang mencukupi. Sepertimana IEM bajet yang lain, QkZ AK6 juga mengalami masalah pada talaan bunyi. Ini bermakna untuk sesetengah lagu, ia kedengaran sangat baik tetapi pada sesetengah lagu yang lain ia kedengaran agak muddy. Soundstage pula bagi saya adalah sederhana sahaja, tidak terlalu lebar, tidak terlalu sempit.
 
High kadangkala kedengaran agak piercing dan terlalu tinggi hingga mencucuk telinga dan menenggelamkan bunyi yang lain. Ini agak jelas pada lagu-lagu bergenre rock dan synth di mana bunyi gitar dan high-synth kadangkala kedengaran mendahului bunyi lain dan terlalu kuat sehingga menenggelamkan bunyi lain. Karakter bass-heavy IEM ini juga menambah luka pada kualiti bunyi dengan bunyi deruman bass kadangkala terlalu berlebihan sehingga menghilangkan kualiti vokal dan instrumen muzik yang lain.
 
Untuk gaming, saya kira IEM ini sesuai dan memenuhi kehendak. Bunyi letupan dan tembakan memuaskan telinga. Kadangkala ditembak musuh dari jarak dekat dan bunyi ledakan bom dan peluru begitu mengasyikkan. Saya boleh dengar dengan jelas perbezaan di antara letupan jauh dan dekat. Mikrofon pada QKZ AK6 juga bagi saya boleh diterima. Jujurlah, anda bukannya mahu merakam podcast, jadi dengan suara yang jelas dan penapisan hingar yang biasa-biasa sudah memadai untuk panggilan telefon dan juga bermain permainan video dalam talian.
 
KESIMPULAN QKZ AK6 adalah IEM bajet bagi mereka yang mahu kelihatan dan rasa seperti audiophile dan gamer yang serius tapi tidak mahu berbelanja lebih. Kualiti bunyinya memang ada peningkatan berbanding dengan earphone pasar malam yang biasa. Rekabentuknya juga nampak lebih serius dengan keselasaan pemakaian yang bagus kepada pemakai. Hadir dengan 5 pilihan warna; merah, kuning, hijau, biru dan hitam serta didatangkan dengan kotak plastik, QKZ AK6 ada pakej lengkap untuk pemula dalam perjalanan mencari kualiti bunyi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/qkz-ak6-bajet-tapi-berkualiti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Dengar Cakap Anwar Di Parlimen Meleleh Air Mata Tapi Hakikat Semuanya Kencing

Bila Dengar Cakap Anwar Di Parlimen Meleleh Air Mata Tapi Hakikat Semuanya Kencing

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 342 hits
Cakap lain buat lain Semuanya nak beli hati rakyat Rakyat bodoh kalau masih percaya Apa dia buat 22 bulan semasa PH memerintah Sibuk nak ganti Mahathir sehingga orang tua tu bosan dan tension boleh buat keputusan bodoh letak jawatan Untuk d...
Ramai Yang Percaya Saya Halang Anwar Jadi Perdana Menteri Tapi Sebenarnya Anwar Tak Mampu Jadi Pm Kata Tun M

Ramai Yang Percaya Saya Halang Anwar Jadi Perdana Menteri Tapi Sebenarnya Anwar Tak Mampu Jadi Pm Kata Tun M

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau merupakan punca yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri Penjelasan itu dibuat dalam posting terbaru yan...
Umno Selangor Sedia Bertebung Dengan Bersatu Tapi Tidak Dengan Pas

Umno Selangor Sedia Bertebung Dengan Bersatu Tapi Tidak Dengan Pas

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 247 hits
Saya sambut kenyataan Saudara Roslan SU PAS Selangor baru baru ini di dalam FB Link kenyataan seperti dibawah Di Selangor Muafakat Nasional bekerja sepertimana yang dipersetujui Kerjasama UMNO Pas adalah satu kerjasama politik sepertimana t...
Pukul Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka Rasa Puas Tapi Kesan Mendalam Anak Jadi Pemarah Macam Ibu Ayah

Pukul Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka Rasa Puas Tapi Kesan Mendalam Anak Jadi Pemarah Macam Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 456 hits
Danial Mommy cakap apa tadi Jangan main dekat TV kan Sekarang apa dah jadi Pecah tangan mommy laju memukul anak amarah menguasai diri Anak kecil dalam ketakutan tak tahu bagaimana nak meminta maaf hanya mampu menangis YA SEBENARNYA ANAK FAH...
Hidup Di Negeri Kuat Umno Tapi Gagal Sumbang Kerusi Pedih Kan

Hidup Di Negeri Kuat Umno Tapi Gagal Sumbang Kerusi Pedih Kan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 245 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 4 59 pmAnnuar MusaDilabel sebagai tokoh yang sudah mati dalam Umno Setiausaha Agung BN Annuar Musa bingkas menempelak pihak yang melontarkan sindiran tersebut Dan menteri Wilayah Persekutuan itu membidas...
Saya Susah Percaya Lelaki Tapi Dia Tak Pernah Putus Asa Bertemu Jodoh Di Pubg

Saya Susah Percaya Lelaki Tapi Dia Tak Pernah Putus Asa Bertemu Jodoh Di Pubg

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 165 hits
Siapa sangka dalam game pun boleh bertemu jodoh sekiranya anda serius untuk mendirikan rumah tangga dan seterusnya menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri Baru baru ini portal Harian Metro melaporkan pertemuan jodoh di antara Mohamma...
Poly Tikus Kelantan Tak Ada Modal U Turn Beer Pula Tapi Di Kelantan Penjualan Arak Tidak Di Haram

Poly Tikus Kelantan Tak Ada Modal U Turn Beer Pula Tapi Di Kelantan Penjualan Arak Tidak Di Haram

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 422 hits
Did you know that the PAS government has never banned the sale of alchohol in Kelantan Licenses are issued to some non Muslim businesses to sell alchohol They have to pay fees to the Pas state government for the licenses Two jokers are now ...
Rajin Sholat Tapi Kenapa Hidup Tetap Susah

Rajin Sholat Tapi Kenapa Hidup Tetap Susah

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 344 hits
Oleh Fadhil ZA Sholat adalah benteng orang yang beriman yang menjaga dan melindunginya dari berbagai kesulitan didunia maupun diakhirat Orang yang melakukan sholat dengan benar dan khusuk di jamin Allah akan mendapat kesejahteraan hidup did...
Tengok Dekat 10 Kali Dah Tapi Tak Puas Puas Penonton Puji Filem Mulut Masin Best

Tengok Dekat 10 Kali Dah Tapi Tak Puas Puas Penonton Puji Filem Mulut Masin Best

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 371 hits
Masuk hari ketiga tayangan filem Mulut Masin naskhah tersebut terus mendapat sambutan dalam kalangan penonton Rata rata menyifatkan karya arahan Razaisyam Rashid itu merupakan sebuah filem yang cukup menarik untuk ditonton Buktinya ada peno...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte