Ramai Yang Percaya Saya Halang Anwar Jadi Perdana Menteri Tapi Sebenarnya Anwar Tak Mampu Jadi Pm Kata Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas perdana  menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau  merupakan punca yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat  menjadi perdana menteri.
Penjelasan itu dibuat dalam posting terbaru yang dimuat naik di blog beliau chedet.cc
Dalam  posting tersebut, Dr Mahathir menjelaskan secara terperinci apa yang  berlaku bermula pada tarikh 21 Februari sehingga berlakunya pertukaran  kerajaan, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri  baharu dan Anwar mengumumkan mempunyai sokongan majoriti
Menurutnya, ramai percaya beliau menjadi penghalang kepada hasrat Anwar untuk menjadi perdana menteri
Namun  hakikatnya, katanya, walaupun beliau ditolak keluar dari Pakatan  Harapan (PH) oleh Anwar, Presiden PKR itu tetap gagal menjadi perdana  menteri
"Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi perdana menteri ialah kerana saya menghalang
"Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia
"Tetapi apabila (Datuk Seri) Najib (Razak) menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib
"Saya tidak menentang cadangan PH bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan
"Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan," katanya
Kata  Dr Mahathir, beliau dimaklumkan oleh Muhyiddin bahawa Mesyuarat Majlis  Presiden PH pada malam 21 Februari akan mendesak supaya beliau meletak  jawatan untuk Anwar dilantik sebagai perdana menteri. 
"Kononnya, saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai timbalan perdana menteri dengan segera," katanya
Tujuannya, katanya, ialah supaya beliau setuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari PH dan kerajaan PH jatuh
Pada  masa sama, katanya, Muhyiddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk  Seri Hamzah Zainuddin sudah merancang bekerjasama dengan Muafakat  Nasional bagi menubuhkan kerajaan baru menggantikan PH
Jelas  Dr Mahathir, peletakan jawatan perdana menteri olehnya pada 23 Februari  bukan kerana cadangan PH untuk Anwar mengambil alih jawatan itu tetapi  kerana tidak mendapat majoriti sokongan dalam Bersatu
Beliau  menerusi blognya turut menjelaskan bagaimana Anwar gagal dilantik  menjadi perdana menteri seperti yang telah dipersetujui kerana Muhyiddin  sebaliknya sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong  untuk dilantik sebagai perdana menteri
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]  
   
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/ramai-yang-percaya-saya-halang-anwar.html