Hidup Di Negeri Kuat Umno Tapi Gagal Sumbang Kerusi Pedih Kan


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 4:59 pm
Annuar Musa
Dilabel sebagai tokoh yang sudah 'mati' dalam Umno, Setiausaha Agung BN Annuar Musa bingkas menempelak pihak yang melontarkan sindiran tersebut.

Dan menteri Wilayah Persekutuan itu membidas dengan kata-kata yang tidak kurang pedihnya.

Menjawab tempelakan yang ditujukan itu, Annuar berkata, apa yang penting baginya ialah mati sebagai seorang beragama Islam dan bersyukur jika ketika itu dia masih kekal sebagai ahli Umno.

Secara sinis, Annuar berkata, meskipun dituduh ‘mati’ di dalam Umno, setidak-tidaknya dia masih mampu menyumbangkan satu kerusi parlimen Umno, tidak seperti pihak lain yang hidup di negeri kuat Umno tetapi tidak menyumbang apa-apa kerusi buat parti.

“Ada yang kata saya dah mati dalam Umno. Kalau begitu, alhamdulillah. Yang penting saya mati dalam Islam, dan syukur jika saat itu saya kekal ahli Umno.

“Setidak-tidaknya saya masih mampu beri satu kerusi parlimen dan DUN (dewan undangan negeri) untuk Umno.

"Ada yang hidup di negeri kuat Umno tapi gagal sumbang kerusi untuk Umno.

“Pedih kan? You ask for it! (Kamu yang minta!)” kata ahli parlimen Ketereh itu di Facebooknya.

Tak ada pilihan lain

Untuk rekod, pada penggal ini, Annuar tidak bertanding di mana-mana kerusi DUN namun pernah mewakili kawasan Peringat dan Kok Lanas di Kelantan, masing-masing pada 1986 dan 2004.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, sindiran itu dipercayai ditujukan buat Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang dilaporkan menganggap Annuar sebagai figura yang “sudah mati” dalam perjuangan Umno.

“Dia ‘dah mati’ dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN),” katanya seperti dilaporkan portal berita FMT.

Nur Jazlan mengulas kenyataan Annuar - Umno dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam kelmarin - antara lain menyatakan segelintir ahli Umno lupa bahawa parti itu ialah parti yang kalah dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kata Annuar, Umno kini tidak mempunyai pilihan lain untuk bertanding dalam PRU akan datang kecuali bersama PAS sebagai sekutu ketika PAS tetap bertegas mahu bersama Bersatu sebagai rakan.

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar (iaitu) Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam wawancara itu.

Untuk rekod, Nur Jazlan merupakan bekas ahli parlimen Pulai di Johor selama tiga penggal sebelum tewas kepada Salahuddin Ayub dari Amanah pada PRU lalu.

Ketika ini dia merupakan timbalan ketua Umno Johor.

Johor sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno-BN namun pada PRU lalu negeri itu tumbang ke tangan PH yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan juga Bersatu - parti serpihan Umno sendiri.

Namun, seiring dengan kejatuhan PH di pusat pada hujung Februari lalu kerana kerjasama PN, kerajaan Johor juga bertukar apabila Bersatu bekerjasama dengan Umno di negeri berkenaan.

Sejak PRU-14, Johor sudah mempunyai tiga orang menteri besar, dengan yang terbaru merupakan Adun Benut, Hasni Mohammad dari Umno.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/hidup-di-negeri-kuat-umno-tapi-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Suara Sumbang Dalam Umno

Siapa Suara Sumbang Dalam Umno

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 246 hits
Umno hari ini mempunyai seramai 38 orang ahli Parlimen Ia menjadikan parti Melayu itu sebuah parti yang memiliki ahli Parlimen teramai dalam kerajaan Perikatan Nasional hari ini Fakta ini adalah betul dan tiada ada yang perlu dipertikaikan ...
Umno Terengganu Boikot Pas Tolak Sertai Kerajaan Negeri

Umno Terengganu Boikot Pas Tolak Sertai Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 338 hits
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Exco Terengganu YB Dr Azman Ibrahim yang mengatakan kerajaan Negeri Terengganu akan melantik lima individu daripada kalangan ahli parti komponen Perikatan Nasional bagi menganggotai Jawatankuasa Pem...
Tahniah Pahang Negeri Lain Bila Nak Kuat Kuasakan Jawi

Tahniah Pahang Negeri Lain Bila Nak Kuat Kuasakan Jawi

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 300 hits
Pelik kenapa ultra kiasu menentang hingga cabar di mahkamahNEGERI lain selain Kelantan dan Terengganu bila nak ikut kuat kuasakan Jawi berani tak Saya nak tengok Kuala Lumpur dan Selangor selepas ini Tahniah kepada kerajaan negeri Pahang ke...
Fikir Peluang Menang Sebelum Minta Lebih Banyak Kerusi Annuar Beritahu Umno

Fikir Peluang Menang Sebelum Minta Lebih Banyak Kerusi Annuar Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 287 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa berkata Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang di sesebuah kerusi sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke 15 Beliau b...
Ku Li Cadang Bentuk Kerajaan Baharu Tapi Gagal Dakwa Mahathir

Ku Li Cadang Bentuk Kerajaan Baharu Tapi Gagal Dakwa Mahathir

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 317 hits
Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan kepadanya usaha beliau mendapatkan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu Bekas perdana menteri itu berkata bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila Te...
Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung

Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 263 hits
KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin buat masa ini memilih untuk tidak terbabit dalam perbalahan atas isu pembahagian kerusi dengan rakan politik di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang Ketua Barisan Nasiona...
Palsu Dakwa Wajah Saya Umno Tapi Jiwa Bersatu Kata Noraini

Palsu Dakwa Wajah Saya Umno Tapi Jiwa Bersatu Kata Noraini

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 304 hits
Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu adalah tidak benar sama sekali kata Ketua Wanitanya Dr Noraini Ahmad Dakwaan ini adalah fitnah dan sengaja disebarkan sebagai ca...
Ppbm Jangan Ganggu Kerusi Umno Di Selangor

Ppbm Jangan Ganggu Kerusi Umno Di Selangor

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 250 hits
Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia benar benar ikhlas mahu menyatukan orang Melayu dan Islam parti itu sewajanrnya meletakkan calon calonnya di kerusi yang dimenangi oleh DAP Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam Mohd Dendera Billah Zamzu...
Noraini Bidas Fitnah Tersebar Dakwa Beliau Berwajah Umno Tapi Jiwa Bersatu

Noraini Bidas Fitnah Tersebar Dakwa Beliau Berwajah Umno Tapi Jiwa Bersatu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 346 hits
Umno Wanita chief Datuk Dr Noraini Ahmad IZZRAFIQ ALIAS The Star July 4 2018 Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu adalah tidak benar sama sekali kata Ketua Wanitanya...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi