Qadha Solat Fardhu Atau Tunaikan Solat Fardhu Dahulu Yang Lebih Utama



SOALAN:
Saya telah terlepas waktu solat Subuh kerana ketika itu saya berada di dewan bedah. Setelah keluar dari bilik bedah, ketika itu sudah masuk waktu solat Zohor. Persoalannya, adakah saya perlu menqadha solat Subuh terlebih dahulu atau melakukan solat Zohor kemudian baru menqadha solat Subuh tersebut?

JAWAPAN:
Firman Allah SWT:

إن الصلاة كانت على المؤمنين كتابا موقوتا
“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang telah ditentukan waktunya.” (Surah Al-Nisa': 103)

Apabila perintah ibadah solat itu dilaksanakan dalam waktunya, ia digelar sebagai al-adaa' (tunai) manakala apabila solat itu dilaksanakan di luar waktunya ia digelar sebagai al-qadha (ganti).

Para jumhur ulama’ mengatakan wajib bersegera menqadha solat yang tertinggal samada tertinggal kerana uzur syar’i atau tidak berdasarkan keumuman hadith Nabi SAW:

مَن نَسِيَ صَلَاةً فَليٌصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا
“Sesiapa yang tertinggal solat kerana lupa maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya.” [Riwayat al-Bukhari (597) dan Muslim (1598)]

Di sisi mazhab Syafie para ulama’ memperincikan masalah ini seperti berikut: “Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syari’e seperti tertidur atau lupa yang tidak melampaui had, maka sunat baginya untuk segera menqadha solatnya, namun sekiranya seseorang meninggalkan solat tanpa uzur syar’ie maka wajib baginya untuk segera menqadha solatnya. (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 3/70-71)

Hal ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

كُنَّا فِي سَفَرٍ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَإِنَّا أَسْرَيْنَا حَتَّى كُنَّا فِي آخِرِ اللَّيْلِ ، وَقَعْنَا وَقْعَةً ، وَلاَ وَقْعَةَ أَحْلَى عِنْدَ المُسَافِرِ مِنْهَا ، فَمَا أَيْقَظَنَا إِلَّا حَرُّ الشَّمْسِ ، وَكَانَ أَوَّلَ مَنِ اسْتَيْقَظَ فُلاَنٌ ، ثُمَّ فُلاَنٌ ، ثُمَّ فُلاَنٌ - يُسَمِّيهِمْ أَبُو رَجَاءٍ فَنَسِيَ عَوْفٌ ثُمَّ عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ الرَّابِعُ - وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نَامَ لَمْ يُوقَظْ حَتَّى يَكُونَ هُوَ يَسْتَيْقِظُ ، لِأَنَّا لاَ نَدْرِي مَا يَحْدُثُ لَهُ فِي نَوْمِهِ ، فَلَمَّا اسْتَيْقَظَ عُمَرُ وَرَأَى مَا أَصَابَ النَّاسَ وَكَانَ رَجُلًا جَلِيدًا ، فَكَبَّرَ وَرَفَعَ صَوْتَهُ بِالتَّكْبِيرِ ، فَمَا زَالَ يُكَبِّرُ وَيَرْفَعُ صَوْتَهُ بِالتَّكْبِيرِ حَتَّى اسْتَيْقَظَ بِصَوْتِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا اسْتَيْقَظَ شَكَوْا إِلَيْهِ الَّذِي أَصَابَهُمْ ، قَالَ : لاَ ضَيْرَ - أَوْ لاَ يَضِيرُ - ارْتَحِلُوا ، فَارْتَحَلَ ، فَسَارَ غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ نَزَلَ فَدَعَا بِالوَضُوءِ ، فَتَوَضَّأَ ، وَنُودِيَ بِالصَّلاَةِ ، فَصَلَّى بِالنَّاسِ
Daripada Imran bin Husain, beliau berkata: “Kami pernah dalam suatu perjalanan bersama baginda Nabi SAW, kami menempuh perjalanan pada waktu malam hingga ketika sampai di akhir malam kami tidur, dan tidak ada tidur yang paling lena bagi musafir melebihi apa yang kami alami. Sehingga tidak ada yang mengejutkan kami (dari tidur) kecuali panasnya sinar matahari. Dan orang yang pertama bangkit (daripada tidur) adalah si fulan, lalu si fulan, lalu seseorang yang Abu 'Auf mengenalnya namun akhirnya lupa. Dan Umar bin al-Khattab adalah orang keempat bangkit, sedangkan Nabi SAW apabila tidur tiada siapa yang mengejutkannya sehingga baginda bangun sendiri, kerana kami tidak tahu apa yang terjadi pada baginda di dalam tidurnya. Ketika Umar bangun dan melihat apa yang terjadi pada kami semua (yang telah terlewat bangkit daripada tidur) -dan Umar adalah seorang yang penuh kesabaran, maka beliau bertakbir dengan menguatkan suaranya dan terus saja bertakbir dengan kuat hingga Nabi SAW terbangun akibat kuatnya suara takbir Umar. Tatkala baginda Nabi SAW bangun, para sahabat mengadukan peristiwa yang telah menimpa mereka. Maka baginda bersabda: “Tidak ada masalah, atau tidak apa-apa dan teruskanlah perjalanan.” Maka baginda meneruskan perjalanan dan setelah beberapa jarak yang tidak jauh baginda berhenti lalu meminta segayung air untuk berwudhu', lalu baginda berwudhu' dan kemudiannya menyeru orang lain untuk solat. Maka beliau mengerjakan solat bersama yang lain.” [Riwayat Al-Bukhari (337)]

Berkata Imam al-Nawawi: “Dan barangsiapa yang diwajibkan ke atasnya solat, sedangkan dia tidak mengerjakannya sehingga luput waktu solat tersebut, maka wajib ke atasnya untuk menqadha solatnya berdasarkan hadis Nabi SAW: “Barangsiapa yang tidur atau lupa sehingga luput waktu solat, maka hendaklah dia mengerjakannya sesudah dia sedar (mengingati hal tersebut).” Dan disunatkan baginya untuk bersegera menqadha solatnya berdasarkan hadith tadi. Dan diharuskan untuk melewatkannya (qadha solat) berdasarkan riwayat daripada Nabi SAW yang tertinggal solat Subuh, dan beliau tidak segera menqadhanya sehingga keluar dari suatu wadi (lembah), sekiranya qadha (solat) itu perlu disegerakan, nescaya baginda Nabi SAW tidak akan melewatkan (qadha solat) tersebut. Namun sekiranya sesorang meninggalkan solat tanpa uzur syar’ie maka wajib ke atasnya untuk segera menqadha solatnya.” (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 3/70-71)

Berkata Imam Khatib al-Syirbini dan Imam Al-Ramli: “Dan hendaklah segera menqadha solat yang luput waktu, dan hukumnya sunat sekiranya dia meninggalkannya kerana uzur syar’i seperti tertidur atau lupa, manakala wajib hukumnya bersegera menqadha solat sekiranya seseorang meninggalkannya tanpa uzur syar’i mengikut pendapat yang paling sahih supaya dia segera bara’ah al-zimmah (membebaskan diri dari tanggungannya). Dan hikmahnya ialah untuk taghliz (memberatkannya).” (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/308; Nihayah al-Muhtaj, 1/381)

Berkata Imam Khatib al-Syirbini: “Dan disunatkan mendahulukan solat qadha yang ditinggalkan kerana uzur syar’ie ke atas solat fardhu tunai sekiranya yakin tidak luput waktu solat tunai yang sedia ada, namun sekiranya takut luput waktu solat tunai sedia ada (apabila mendahulukan qadha solat yang tertinggal) maka wajib ke atasnya mendahulukan solat fardhu tunai terlebih dahulu supaya solat fardhu tunai tersebut tidak menjadi solat qadha kerana telah luput waktunya. Yang diiktibar yakin tidak luput waktu solat fardhu tunai dalam waktu tersebut ialah yakin mendapat sekurang-kurangnya satu rakaat daripada solat fardhu tunai, maka sunat baginya menqadha solat yang ditinggalkan kerana uzur syar’ie terlebih dahulu.”

“Adapun sekiranya dia mengingati solat yang perlu diqadha semasa sedang mengerjakan solat fardhu tunai, maka wajib baginya untuk menyempurnakan solat fardhu tunai terlebih dahulu samada waktu solat tersebut sudah suntuk atau masih panjang. Manakala sekiranya dia mendahulukan solat qadha dengan keyakinan sempat mengerjakan solat fadhu tunai dalam waktu tersebut, tetapi di pertengahan solat, dia yakin waktu solat akan luput, maka wajib baginya untuk menghentikan solat (qadha) lalu kemudiannya mengerjakan solat fardhu tunai.” (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/308-309)

Adakah Disyaratkan Tertib Ketika Menqadha Solat Tertinggal?

Disunatkan bagi seseorang untuk menqadha solat-solat yang ditinggalkan secara tertib iaitu menqadha solat Subuh kemudian solat Zohor, atau solat Zohor kemudian solat Asar dan seterusnya. Begitu juga diwajibkan bagi seseorang untuk menqadha solat yang ditinggalkan tanpa uzur syar’ie terlebih dahulu ke atas solat yang ditinggalkan kerana uzur syar’ie.

Berkata Imam Khatib al-Syirbini: “Dan disunatkan menjaga tertib pada solat-solat qadha yang ditinggalkan, maka hendaklah menqadha solat Subuh terlebih dahulu kemudian solat Zohor, dan hal ini supaya keluar daripada perselisihan ulama’ yang mewajibkan (tertib) tersebut.

Dan sekiranya berhimpun solat qadha yang ditinggalkan kerana uzur syar’ie dan solat yang ditinggalkan tanpa uzur syar’ie maka wajib ke atas seseorang menqadha solat yang ditinggalkan tanpa uzur syar’ie terlebih dahulu.” (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/308-309)

Oleh itu, di sisi mazhab Syafie hukum bersegera menqadha solat adalah wajib bagi orang yang meninggalkannya tanpa uzur syar’i dan sunat (menqadha solat) sekiranya seseorang meninggalkannya kerana uzur syar’ie. Dan keadaan demikian ialah ketika mana dia yakin tidak luput waktu solat fardhu tersebut. Justeru, berbalik kepada persoalan di atas, maka disunatkan untuk bersegera menqadha solat terlebih dahulu kemudian mengerjakan solat fardhu tunai, dan hal itu tidaklah wajib baginya kerana luput waktu solat tersebut disebabkan oleh uzur syar’ie.

Kesimpulan

Justeru, setelah meneliti perbahasan di atas, dapat kami simpulkan masalah ini kepada beberapa perkara:

Di sisi mazhab Syafie hukum bersegera menqadha solat adalah wajib bagi orang yang meninggalkannya tanpa uzur syar’i seperti tertinggal solat kerana sibuk bermain bola dan sunat (menqadha solat) sekiranya seseorang meninggalkannya kerana uzur syar’ie seperti tertidur atau lupa yang tidak melampaui batas.Dan keadaan demikian ialah ketika mana dia yakin tidak luput waktu solat fardhu tersebut iaitu yakin mendapat sekurang-kurangnya satu rakaat daripada solat fardhu tunai dalam waktu tersebut.Disunatkan menjaga tertib solat ketika menqadha solat-solat yang tertinggal seperti menqadha solat Subuh terlebih dahulu kemudian solat Zohor dan seterusnya.Diwajibkan menqadha solat yang ditinggalkan tanpa uzur syar’ie terlebih dahulu daripada solat yang ditinggalkan kerana uzur syar’ie.
Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/qadha-solat-fardhu-atau-tunaikan-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Politik 3 Masjid Utama Adakan Solat Hajat

Kemelut Politik 3 Masjid Utama Adakan Solat Hajat

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 405 hits
Jakim gesa rakyat bertindak rasional utamakan keamanan negaraBANGI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan solat hajat khusus untuk keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini Merujuk situasi polit...
Ditanya Ari Lasso Lebih Bangga Ahmad Dhani Jadi Musisi Atau Politisi Ini Jawaban Dul

Ditanya Ari Lasso Lebih Bangga Ahmad Dhani Jadi Musisi Atau Politisi Ini Jawaban Dul

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 187 hits
Dul Jaelani kembali menjadi bintang tamu di channel youtube Ari Lasso Banyak hal yang ditanyakan Ari Lasso kepada anak bungsu dari Ahmad Dhani dan Maia Estianty tersebut
Mana Yang Lebih Efektif Deteksi Virus Corona Termometer Atau Thermal Scanner

Mana Yang Lebih Efektif Deteksi Virus Corona Termometer Atau Thermal Scanner

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 299 hits
dr Sagar Ramesh Makode MD dokter umum yang sedang menjadi residen kardiologi lebih menyarankan termometer analog untuk memeriksa suhu tubuh melalui mulut
Dilemma Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu Panduan Untuk Mereka Baru Bekerjaya

Dilemma Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu Panduan Untuk Mereka Baru Bekerjaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 589 hits
Nak beli rumah dulu atau kereta dulu mana satu yang lebih berbaloi Memang menjadi dilemma bagi kebanyakkan orang terutama sekali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerjaya Perkara normal yang memang biasa berlaku Sama ada nak membeli r...
Dr Amalina Tunjuk Bukti Jangka Hayat Wanita Sekarang Lebih Lama Berbanding Orang Dahulu

Dr Amalina Tunjuk Bukti Jangka Hayat Wanita Sekarang Lebih Lama Berbanding Orang Dahulu

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 472 hits
Kita semua tahu populasi kaum wanita di negara ini adalah lebih ramai berbanding kaun lelaki Purata jangka hayat rakyat di negara ini dikatakan mendatar dalam tempoh 10 berbanding dengan negara lain Menerusi perkongsian Dr Amalina Bakri dal...
Selalu Bawa Main Pantai Atau Sungai Anak Jadi Lebih Berani Dan Aktif

Selalu Bawa Main Pantai Atau Sungai Anak Jadi Lebih Berani Dan Aktif

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 397 hits
Aktiviti bermain tanpa permainan mahal pun boleh bantu perkembangan otak kanak kanak supaya lebih bijak asalkan ibu bapa tahu caranya Antara permainan yang sangat baik mengasah minda anak mengikut kajian pensyarah universiti dari US yang di...
Hukum Terus Bangun Menunaikan Solat Sunat Sesudah Solat Fardhu

Hukum Terus Bangun Menunaikan Solat Sunat Sesudah Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 234 hits
SOALAN Apa hukum seseorang itu terus bangun mendirikan solat sunat sebaik sahaja selesai solat fardhu Adakah ia dibolehkan atau perlu berzikir terlebih dahulu JAWAPAN Berkenaan isu ini kami menyatakan bahawa terdapat sebuah nas yang menyuru...
Penelitian Sebut Virus Corona Baru Lebih Menular Dibanding Sars Atau Mers

Penelitian Sebut Virus Corona Baru Lebih Menular Dibanding Sars Atau Mers

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 174 hits
Hasil temuan para pakar yaitu virus corona baru lebih menular dibandingkan virus sejenisnya yang menyebabkan SARS dan MERS
Quot Lebih Baik Fokus Kepada Orang Yang Saya Perlu Hargai Quot Naim Daniel

Quot Lebih Baik Fokus Kepada Orang Yang Saya Perlu Hargai Quot Naim Daniel

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 216 hits
Hiburan Penyanyi Naim Daniel mendedahkan pernah menghubungi ibu bekas kekasihnya Che Rohaida Che Daud untuk berbicang secara baik namun ditolak Memetik laporan mStar Naim bertegas supaya pihak Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik