Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam


The Reporter



Negara komunis yang diketuai Kim Jong Un, iaitu Korea Utara, mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, sebagai tindakan balas terhadap Malaysia yang mengekstradisikan seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat awal Mac lalu. 


Difahamkan, Mun Chol Myong yang tinggal di Malaysia lebih sedekad bersama ahli keluarganya ditahan pihak berkuasa pada 14 Mei 2019 selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan mengikut Seksyen 13 (1) (b) Akta Esktradisi 1992, susulan dakwaan konspirasi penggubahan wang haram serta melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 


Chol Myong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Disember 2019. Permohonana writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi pada 29 Disember 2019 dan rayuannya di Mahkamah Persetujuan pada 8 Oktober 2019 ditolak selepas mahkamah mendapati permohonan dan rayuannya tidak berasas di bawah Akta Ekstradisi. 


Proses ekstradisi dilakukan selepas semua proses undang-undang diikuti. Ketika ditahan, hak Chol Myong turut dijamin dan dipenuhi termasuk akses kepada peguam serta lawatan oleh ahli keluarganya.


Tetapi bagi Korea Utara, Malaysia telah melakukan 'jenayah yang tidak boleh dimaafkan' kerana menghantar Chol Myong yang dianggapnya tidak bersalah, ke Amerika Syarikat. 


Kementerian Luar Korea Utara berkata, tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan Malaysia bermusuhan dengan Pyongyang. Korea Utara juga memaksa Kerajaan Malaysia menutup Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang yang operasinya ditangguhkan sejak 2017. 


Sebagai tindak balas, Kerajaan Malaysia mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan ahli keluarga mereka keluar daripada Malaysia dalam tempoh 48 jam. 


Malaysia berhak melindungi hak dan kedaulatannya sebagai tindakan balas terhadap keputusan Korea Utara itu. Malah Malaysia kecewa dengan keputusan negara komunis itu di mana tindakannya tidak konstruktif serta tidak menghormati semangat setia kawan sebagai anggota komuniti antarabangsa. 


Malaysia sebagai negara yang mendaulatkan undang-undang dan keadilan, memastikan proses ekstradisi Mun Chol Myong dibuat mengikut prinsip undang-undang. Malah sebelum ini juga bertindak mengetepikan beberapa tuntutan Korea Utara yang meminta kerajaan Malaysia campur tangan dalam urusan sistem kehakiman dan perundangan negara.


Malaysia dan Korea Utara telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1973. Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian dan sentiasa menyokong republik itu ketika mereka berdepan saat sukar walaupun selepas kejadian pembunuhan Kim Jong Nam pada 2017. 


Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui akaun Twitternya memaklumkan, operasi Kedutaan Malaysia di Pyongyang telah ditangguhkan sejak 2017 dan semua kakitangan diplomatik negara serta keluarga mereka telah diarahkan pulang ke Malaysia sejak itu.


Sumber: Harian Metro


March 20, 2021 at 02:24AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/03/pyongyang-putuskan-hubungan-diplomatik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik se...
Korea Utara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Karena Kasus Ekstradisi

Korea Utara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Karena Kasus Ekstradisi

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 259 hits
Kementerian Luar Negeri Korut juga menyatakan dengan ini kami mengumumkan pemutusan hubungan dengan Malaysia dan menyebut tindakan Malaysia itu permusuhan terhadap Pyongyang karena tunduk dengan tekanan AS
Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 235 hits
273 total views 273 views today Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubu...
Sorotan Hubungan Malaysia Korea Utara

Sorotan Hubungan Malaysia Korea Utara

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 399 hits
MALAYSIAKINI Hubungan Malaysia Korea bermula pada awal 1973 dan telah menyaksikan pencapaian memberangsangkan dalam bidang diplomatik dan perdagangan sehinggalah Kim Jong nam saudara tiri pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong un dibunuh d...
Putus Hubungan Diplomatik Dengan Korea Utara Tiada Impak Atas Ekonomi Kata Tengku Zafrul

Putus Hubungan Diplomatik Dengan Korea Utara Tiada Impak Atas Ekonomi Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 301 hits
Sumbangan Korea Utara terhadap ekonomi Malaysia kecil menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ARAU Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara ini kata Menteri Kewa...
Kedutaan Korea Utara Luah Rasa Kecewa Tinggalkan Malaysia

Kedutaan Korea Utara Luah Rasa Kecewa Tinggalkan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 370 hits
Staf diplomatik negara itu termasuk tanggungan berlepas pulang PUTRAJAYA Semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia berlepas pulang ke negara mereka hari ini susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat un...
Kakitangan Pejabat Kedutaan Korea Utara Mula Mengosongkan Bangunan Video Inside

Kakitangan Pejabat Kedutaan Korea Utara Mula Mengosongkan Bangunan Video Inside

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 264 hits
Ridauddin DaudMac 19 2021Petugas media tempatan dan asing juga kelihatan sudah mula berkumpul di hadapan bangunan itu sejak jam 7 30 pagi tadi Astro AWANIPETALING JAYA Tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad namun Pejabat Kedutaan Korea Utara ...
Usir Diplomat Korea Utara Demi Lindungi Kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein

Usir Diplomat Korea Utara Demi Lindungi Kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 379 hits
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 Usir diplomat Korea Utara demi lindungi kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tindakan Malay...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple

The Fight For Syria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Makan Nasi Lemak Burung Hantu

Hadiah Top Komentator Dari Kak Mulan

Penyokong Kerajaan Kena Lah Aktif

Satu Satunya Ketua Negara Diberi Penghormatan Berucap Di Persidangan Dialog Intra Islamik Sarjana Islam

10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je