Sorotan Hubungan Malaysia Korea Utara


MALAYSIAKINI 
Hubungan Malaysia-Korea bermula pada awal 1973 dan telah menyaksikan pencapaian memberangsangkan dalam bidang diplomatik dan perdagangan, sehinggalah Kim Jong-nam, saudara tiri pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong-un dibunuh di Malaysia pada 2017.
Pembunuhan Jong-nam dengan agen saraf VX menjadi titik tolak ketegangan hubungan kedua-dua pihak yang sebelum ini bermula dengan baik.
Susulan kejadian itu, timbul isu apabila pihak Korea Utara menentang keras hasil bedah siasat yang dilakukan tanpa kebenarannya. Malaysia berpendirian kematian Jong-nam berlaku di Malaysia dan berhak menyiasat serta mengambil tindakan. Kedua-dua pihak saling bertelingkah, dengan Duta Kang Chol diusir berikutan kenyataan provokatifnya.
Walaupun Malaysia memanggil kembali dutanya dan menghentikan operasi kedutaan di Pyongyang dan Kedutaan Korea Utara di sini beroperasi tanpa duta, hubungan diplomatik masih terjalin walaupun tarafnya telah diturunkan.
Namun, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal bulan ini mengenai ekstradisi ahli perniagaan Korea Utara, Mun Chol Myong mendorong Pyongyang memutuskan hubungan dengan Malaysia seperti yang dilaporkan hari ini oleh media antarabangsa.
Berikut adalah urutan peristiwa penting dalam hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang.
1974 - Korea Utara membuka kedutaannya di Kuala Lumpur
1995 - Malaysia mengadakan rundingan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat mengenai program nuklear negara itu.
2004 - Malaysia membuka kedutaannya di Pyongyang
2009 - Permulaan hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Korea Utara. Rakyat Malaysia dibenarkan ke Korea Utara tanpa visa, kenaikan import Korea Utara dari Malaysia, rakyat Korea Utara tiba di Malaysia untuk bekerja, Air Koryo memulakan penerbangan ke Kuala Lumpur.
2017 - 13 Feb, Kim Jong-nam, abang tiri Kim Jong-un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2017 - 4 Mac, Duta Korea Utara Kang Chol diisytiharkan sebagai persona non grata dan diusir dalam tempoh 48 jam kerana memperlekeh siasatan pembunuhan itu, dua hari selepas itu kelonggaran lawatan tanpa visa untuk Korea Utara ditarik balik.
2017 - 7 Mac, Korea Utara menahan semua sembilan rakyat Malaysia di negara itu. Malaysia bertindak balas dengan melarang warga Korea Utara memasuki atau meninggalkan negara ini.
2017 - 30 Mac, semua rakyat Malaysia dan Korea Utara yang terkandas dibenarkan pulang ke negara masing-masing berikutan rundingan dan penghantaran balik mayat Jong-nam.
2018 - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik berkata Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Pyongyang dan mengakhiri ketegangan diplomatik. Namun, tidak ada perubahan dalam status quo tersebut.
2021 - 9 Mac, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan ahli perniagaan Korea Utara, Mun Chol Myong daripada diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan pengubahan wang haram,
2021 - 19 Mac, Pyongyang mengumumkan akan menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur kerana keputusan mahkamah tersebut.
2021 - Malaysia bertindak balas dengan menyatakan amat kesal dengan keputusan Korea Utara dan menyifatkannya sebagai tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa. Malaysia berkata kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan diplomatik dan tanggungan mereka di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/sorotan-hubungan-malaysia-korea-utara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam

Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 420 hits
The ReporterNegara komunis yang diketuai Kim Jong Un iaitu Korea Utara mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia sebagai tindakan balas terhadap Malaysia yang mengekstradisikan seorang rakyatnya ke Amerika Sya...
Korea Utara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Karena Kasus Ekstradisi

Korea Utara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Karena Kasus Ekstradisi

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 259 hits
Kementerian Luar Negeri Korut juga menyatakan dengan ini kami mengumumkan pemutusan hubungan dengan Malaysia dan menyebut tindakan Malaysia itu permusuhan terhadap Pyongyang karena tunduk dengan tekanan AS
Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik se...
Usir Diplomat Korea Utara Demi Lindungi Kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein

Usir Diplomat Korea Utara Demi Lindungi Kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 380 hits
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 Usir diplomat Korea Utara demi lindungi kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tindakan Malay...
Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 236 hits
273 total views 273 views today Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubu...
Malaysia Kesal Keputusan Korea Utara

Malaysia Kesal Keputusan Korea Utara

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 292 hits
Sifatkan sebagai tidak wajar tak hormati hubungan antarabangsa KUALA LUMPUR Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wa...
Kedutaan Korea Utara Luah Rasa Kecewa Tinggalkan Malaysia

Kedutaan Korea Utara Luah Rasa Kecewa Tinggalkan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 370 hits
Staf diplomatik negara itu termasuk tanggungan berlepas pulang PUTRAJAYA Semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia berlepas pulang ke negara mereka hari ini susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat un...
Ini Semua Konspirasi Malaysia Akan Terima Akibat Kata Konsulat Korea Utara Yang Dihalau Dari Malaysia

Ini Semua Konspirasi Malaysia Akan Terima Akibat Kata Konsulat Korea Utara Yang Dihalau Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 471 hits
Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilaporkan telah mengosongkan bangunan kedutaan pada jam 10 55 pagi Ahad setelah kerajaan mengambil tindakan mengarahkan mereka semua diusir ke negara asal susulan tindakan Korea Utara yang memutuskan hubunga...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu