Kedutaan Korea Utara Luah Rasa Kecewa Tinggalkan Malaysia


azrulhakimieStaf diplomatik negara itu termasuk tanggungan berlepas pulang PUTRAJAYA – Semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia berlepas pulang ke negara mereka hari ini susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.
Kesemua 33 warga Korea Utara terbabit termasuk beberapa kanak-kanak, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 11.45 pagi tadi.
Mereka dijadualkan berlepas menaiki pesawat Shanghai Airlines Penerbangan FM886 ke Pudong, China pada 4.10 petang hari ini sebelum transit di Beijing dan meneruskan perjalanan pulang ke Korea Utara.
Setiba di KLIA, mereka diiringi anggota polis ke kaunter daftar masuk untuk berlepas keluar yang mengambil masa kira-kira sejam.
Kuasa Usaha Kedutaan Korea Utara Kim Yu Song serta Kaunselor Song Ki Choi dilihat membantu staf lain dan keluarga mereka mendaftar masuk sebelum kesemuanya dibawa ke laluan VIP.
Sepanjang proses berlepas itu, mereka dibantu kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad. Bagaimanapun, pihak media yang berkumpul di KLIA bagi membuat liputan hanya dapat meninjau dari jauh berikutan kawalan polis.
Susulan keputusan Korea Utara menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, Kementerian Luar Malaysia atau Wisma Putra mengeluarkan arahan agar semua kakitangan kedutaan itu dan tanggungan mereka meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.
Terdahulu hari ini pada kira-kira 11 pagi, warga media yang berkumpul di hadapan Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, mendapati staf kedutaan itu serta tanggungan mereka meninggalkan premis berkenaan menaiki beberapa kenderaan termasuk sebuah bas yang disewa khas.
Kim juga sempat bercakap dengan pemberita, meluahkan rasa kecewanya terpaksa meninggalkan Malaysia.
Pada Jumaat, Pyongyang mengumumkan ia menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia apabila pada awal bulan ini mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.
Pada hari sama, Wisma Putra dalam kenyataannya berkata ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan negara berkenaan di sini yang operasinya sudah digantung sejak 2017.
Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973 serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdagangan hinggalah pada 2017 apabila Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/kedutaan-korea-utara-luah-rasa-kecewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 263 hits
273 total views 273 views today Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubu...
Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam

Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 446 hits
The ReporterNegara komunis yang diketuai Kim Jong Un iaitu Korea Utara mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia sebagai tindakan balas terhadap Malaysia yang mengekstradisikan seorang rakyatnya ke Amerika Sya...
Ini Semua Konspirasi Malaysia Akan Terima Akibat Kata Konsulat Korea Utara Yang Dihalau Dari Malaysia

Ini Semua Konspirasi Malaysia Akan Terima Akibat Kata Konsulat Korea Utara Yang Dihalau Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 561 hits
Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilaporkan telah mengosongkan bangunan kedutaan pada jam 10 55 pagi Ahad setelah kerajaan mengambil tindakan mengarahkan mereka semua diusir ke negara asal susulan tindakan Korea Utara yang memutuskan hubunga...
Malaysia Kesal Keputusan Korea Utara

Malaysia Kesal Keputusan Korea Utara

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 328 hits
Sifatkan sebagai tidak wajar tak hormati hubungan antarabangsa KUALA LUMPUR Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wa...
Korea Utara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Karena Kasus Ekstradisi

Korea Utara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Karena Kasus Ekstradisi

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 306 hits
Kementerian Luar Negeri Korut juga menyatakan dengan ini kami mengumumkan pemutusan hubungan dengan Malaysia dan menyebut tindakan Malaysia itu permusuhan terhadap Pyongyang karena tunduk dengan tekanan AS
Usir Diplomat Korea Utara Demi Lindungi Kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein

Usir Diplomat Korea Utara Demi Lindungi Kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 407 hits
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 Usir diplomat Korea Utara demi lindungi kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tindakan Malay...
Kakitangan Pejabat Kedutaan Korea Utara Mula Mengosongkan Bangunan Video Inside

Kakitangan Pejabat Kedutaan Korea Utara Mula Mengosongkan Bangunan Video Inside

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 290 hits
Ridauddin DaudMac 19 2021Petugas media tempatan dan asing juga kelihatan sudah mula berkumpul di hadapan bangunan itu sejak jam 7 30 pagi tadi Astro AWANIPETALING JAYA Tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad namun Pejabat Kedutaan Korea Utara ...
Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik se...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

Dame Un Grr Versi Fattah Amin Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Otak Penuh Dengan Idea

Random Photo Stories

A Love Letter To My Blog Goodbye For Now

Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools