Putrajaya Dititah Perhalusi Isu Kalimah Allah Dengan Cermat



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda masih berpegang kepada fatwa yang mewartakan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam, dan memberi amaran kepada Putrajaya supaya berwaspada susulan tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan Arab itu.
“Kerajaan Persekutuan hendaklah memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan-kesan keputusan itu kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini,” titah baginda dalam satu kenyataan.
Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik rayuan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka.
Mahkamah Tinggi ketika itu membuat keputusan memihak kepada permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh penganut Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.
Dia memohon perisytiharan mahkamah bahawa hak Perlembagaannya dicabuli apabila Kementerian Dalam Negeri pada 2008 merampas cakera padat dan buku agama Kristian yang menggunakan kalimah "Allah" di bawah Seksyen 9(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Kerajaan di bawah pentadbiran perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Tindakan menarik balik rayuan itu mencetuskan kritikan daripada kumpulan Islam, manakala Muhyiddin berkata kerajaan sepatutnya membenarkan mahkamah menyelesaikan pertikaian itu.
Dalam pada itu, Anwar mempertahankan keputusan berkenaan dengan mengatakan larangan terhadap orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam bahan agama mereka kekal.
Anwar ketika berucap di Dewan Rakyat semalam menegaskan langkah untuk menarik balik rayuan itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, Agong bertitah bahawa sebarang keputusan mesti selaras dengan Majlis Raja-raja Melayu, yang melarang perkataan itu digunakan oleh penganut Kristian di Semenanjung, sambil memberi kelonggaran kepada mereka di Sabah dan Sarawak.
Sultan Ibrahim hari ini bertitah fatwa yang diwartakan di Johor pada 4 Jun 2009, jelas menyatakan orang bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah.
“Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam seni kata 'Lagu Bangsa Johor'," titah baginda.
"Peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk kita akan terus terpelihara." - MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/putrajaya-dititah-perhalusi-isu-kalimah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kalimah Allah Kerajaan Gagal Pertahan Kesucian Islam

Isu Kalimah Allah Kerajaan Gagal Pertahan Kesucian Islam

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 467 hits
satuberita myBy May 16 2023USTAZ AFNAN HAMIMI DATO TAIB AZAMUDDEN Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS MalaysiaOLEH Afnan Hamimi Taib Azamudden Ahli Parlimen Alor SetarKERAJAAN Madani pada hari ini sekali lagi telah menunjukkan kebaculan ...
Isu Kalimah Allah Rupanya Ini Punca Asal Kes Tersebut Ramai Tak Tahu

Isu Kalimah Allah Rupanya Ini Punca Asal Kes Tersebut Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 285 hits
Isu kalimah Allah Rupanya ini punca asal kes tersebut ramai tak tahu Gegak gempita bumi Malaysia apabila KDN menarik balik rayuan ke atas keputusan kes Jill Ireland bt Lawrence Bill v Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri Malaysia amp Anor ...
Kalimah Allah Isu Sensitif

Kalimah Allah Isu Sensitif

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 314 hits
BARU JE BERTAKBIR HARI RAYA TENTANG TENTERA AHZABORANG YANG MENJAGA URUSAN AGAMA SUNYI SEPI KALIMAH ALLAH BUKAN ISU NEGERI TAPI NEGARA MALAH ISU INTERNASIONALISU KALIMAH YANG TERDAPAT DI DALAM KITAB ORANG ISLAN IAITU AL QURAN ITULAH ISU POK...
Isu Kalimah Allah Libat Teknikal Perundangan Menteri Agama Seru Elak Sentimen Tak Berasas

Isu Kalimah Allah Libat Teknikal Perundangan Menteri Agama Seru Elak Sentimen Tak Berasas

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 274 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Orang ramai dinasihatkan bertenang dan berhati hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu kalimah Allah kerana ia melibatkan isu teknikal perundangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar dala...
Fakta Isu Kalimah Allah Penjelasan Untuk Mudah Difaham

Fakta Isu Kalimah Allah Penjelasan Untuk Mudah Difaham

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 561 hits
Isu yg dinyatakan oleh YBM Menteri KDN YBM Saifuddin Nasution hanya merujuk kpd kes Jill Ireland vs Kastam Bukan isu penggunaan kalimah Allah secara keseluruhan tapi isu kastam rampas CD milik Jill Ireland Pertama kita pahami kronologi KES ...
Isu Kalimah Allah Mais Tak Setuju Kerajaan Tarik Balik Rayuan

Isu Kalimah Allah Mais Tak Setuju Kerajaan Tarik Balik Rayuan

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 294 hits
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Majlis Agama Islam Selangor tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan BN PH dan Kementerian Dalam Negeri yang menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin l...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank