Putar Belit Fakta Mengenai Face Mask


Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mengkritik pemimpin politik yang memutarbelitkan fakta kononnya China menderma 10 juta topeng dan Putrajaya pula menjualnya pada harga siling melalui Pharmaniaga.

Wee berkata, perbuatan fitnah pada saat negara berdepan waktu sukar kini tidak boleh diterima.

Ini kerana katanya, Putrajaya membeli topeng dari kilang di China disebabkan kilang tempatan tidak mampu menghasilkannya.

“Untuk rekod, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah melarang pengeksportan topeng beberapa hari selepas menyandang jawatan menteri dan keputusan itu sudah diwartakan.





“Kapasiti pengeluar topeng domestik tidak mampu menghasilkan topeng (yang mencukupi). Inilah sebab Malaysia mengimport dan negara yang mempunyai bekalan ialah China walaupun harga topeng sedunia melambung tinggi selepas penularan wabak Covid-19,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Fadillah Yusof, berkata Putrajaya akan mendapatkan bekalan topeng dari China sebanyak 10 juta keping bagi menampung kekurangan bekalan topeng di Malaysia untuk menangani wabak Covid-19.

Fadillah berkata, topeng tersebut akan diutamakan kepada pihak berkepentingan yang berada di barisan hadapan dalam menangani Covid-19, kegunaan di Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa, polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Imigresen di peringkat kebangsaan dan negeri.

Wee berkata, beliau sendiri mengesyorkan supaya duti import 20% dan cukai jualan 10% untuk topeng dimansuhkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersama menteri besar dan ketua menteri pada 20 Mac lalu.

Malah katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah bersetuju dengan syor yang dibawanya dan meminta Kementerian Pengangkutan mengendalikan pengimportan topeng dari China melalui penerbangan kargo.

Menurut beliau lagi, Kementerian Kewangan juga sudah mengarahkan Jabatan Kastam membuat pengumuman mengenai pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng berkuat kuasa mulai esok, 23 Mac 2020.


“Mulai esok, sesiapa sahaja yang mengimport topeng ke Malaysia tidak lagi tertakluk kepada duti import dan cukai jualan. Ini bermakna komponen cukai tidak lagi wujud dalam penjualan topeng di seluruh negara.

“Realiti yang dihadapi ketika ini ialah permintaan global terhadap topeng meningkat secara mendadak, khususnya permintaan dari negara Eropah dan Amerika Syarikat yang sedia membeli dengan harga premium,” katanya.

Wee berkata, beliau berharap dengan penghapusan duti import dan cukai jualan ini akan mengurangkan beban kewangan semua pihak, khususnya rakyat.

Katanya, beliau sendiri sudah dihubungi beberapa dermawan dan badan kebajikan yang menzahirkan perasaan lega terhadap keputusan kerajaan ini.

“Malah, mereka telah menempah topeng dari China untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Inilah semangat dan sifat penyayang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/putar-belit-fakta-mengenai-face-mask.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
All In Vietnam Must Wear Face Mask In Public Places For Coronavirus Prevention

All In Vietnam Must Wear Face Mask In Public Places For Coronavirus Prevention

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 271 hits
All Vietnamese and foreign nationals are required to wear face masks in public places such as airports bus stations supermarkets and public transport vehicles in Vietnam from Monday daily newspaper Vietnam News has reported All passengers o...
Pg Mall 3ply Face Mask

Pg Mall 3ply Face Mask

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 261 hits
PG Mall 3ply face maskPG Mall Pre Ramadhan Sale Coupon Code FREEDEL PG Mall Pre Ramadhan Sale Coupon Code NEW15 Qoo10 Qoo10 March Payday SaleVero Moda IA Exclusive Promo CodePomelo Fashion Pomelo Birthday Coupon Code BDAY30MYJD Sports FREE ...
5 Fakta Mengenai Virus Zika Yang Anda Perlu Tahu

5 Fakta Mengenai Virus Zika Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 225 hits
Virus Zika setakat ini alhamdulillah belum ada laporan mengenai jangkitannya di Malaysia tetapi kita tetap harus berjaga jaga Berikut diberikan 5 fakta mengenai Virus Zika yang anda perlu ambil perhatian 1 Apa itu virus Zika Virus Zika term...
Lepas Sedekah Aircond Ebit Lew Edar 10 000 Face Mask Kepada Orang Ramai

Lepas Sedekah Aircond Ebit Lew Edar 10 000 Face Mask Kepada Orang Ramai

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 416 hits
Figura Ustaz Ebit Lew sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi Sejak dari awal Covid 19 melanda negara pendakwah terkenal itu antara individu yang gigih menghulurkan bantuan kepada para petugas kesihatan dan juga masyarakat setempat...
Why Social Distancing And Hand Washing Are More Important Than A Face Mask

Why Social Distancing And Hand Washing Are More Important Than A Face Mask

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 247 hits
This Q A is to clear the confusion among the public on the use of face masks Why the current emphasis on the need for the public to practice social distancing rather than wearing face mask Covid 19 is not an airborne disease It is spread by...
Alert Scammer Account Face Mask

Alert Scammer Account Face Mask

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 328 hits
1 Wan Kah WeiMBB 157148267020CIMB 70708533042 Chew Sang BoonMBB 1640897825903 Chia Yew MengCIMB 76313040574 Low Nan KhoonMBB 1540625816585 SZE Home Electrical ServiceCIMB 86038268786 YSK Jaya TradingHLB 014001235247 Yong Wun ChuanMBB 114589...
Keldai Akaun Dibayar Rm50 Setiap Transaksi Pesanan Face Mask Covid 19

Keldai Akaun Dibayar Rm50 Setiap Transaksi Pesanan Face Mask Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 464 hits
Betullah orang kata Zaman sekarang duit adalah segalanya Manusia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan duit tanpa mengira baik buruk halal dan haram Yang pasti akan ada pihak yang menganiaya dan pihak yang teraniaya Sejak beberapa mingg...
Panik Wabak Covid 19 Menular Di Sepanyol Harga Face Mask Melambung Kepada Rm1 419

Panik Wabak Covid 19 Menular Di Sepanyol Harga Face Mask Melambung Kepada Rm1 419

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 319 hits
Bermula dari negara China siapa sangka wabak ini telah menular ke beberapa benua lain Selepas Italy mencatatkan angka kes COVID 19 yang tinggi negara Sepanyol pula menjadi ancaman terbaru kepada wabak ini Berdasarkan laporan terbaru bandar ...
Corona Virus Ramai Yang Tertipu Dengan Hand Sanitizer Dan Face Mask

Corona Virus Ramai Yang Tertipu Dengan Hand Sanitizer Dan Face Mask

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 666 hits
Corona Virus Hand Sanitizer Dan Face Mask Tidak Dapat Menghalang Penyebaran Corona VirusKalau dilihat pada situasi penularan Virus Corona atau Covid 19 ni Hand Sanitizer dan Face Mask adalah 2 barang yang paling banyak dicari sehingga kehab...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip