Corona Virus Ramai Yang Tertipu Dengan Hand Sanitizer Dan Face Mask
Corona Virus - Hand Sanitizer Dan Face Mask Tidak Dapat Menghalang Penyebaran Corona Virus
Kalau dilihat pada situasi penularan Virus Corona atau Covid-19 ni, Hand Sanitizer dan Face Mask adalah 2 barang yang paling banyak dicari sehingga kehabisan stock
Disebabkan permintaan Hand Sanitizer Dan Face Mask yang meningkat, maka ramailah yang cuba mengambil kesempatan ini untuk menjual produk Hand Sanitizer dan Face Mask yang mereka jual... Malah ada penjual yang menjual pada harga tinggi.
Yang lebih menakutkan, ada pula sesetengah pihak mencuci atau mengitar semula Face Mask yang pernah digunakan sebelum ini dan menjualnya semula kepada orang ramai. What the Fish!
Tetapi.... Apakah benar Hand Sanitizer Dan Face Mask ini benar benar dapat mencegah penyebaran Corona Virus ini?
Di bawah adalah penjelasan seorang doktor (Doktor Rosnani) tentang fungsi dan penggunaan sebenar Hand Sanitizer ini dalam menghalang penyebaran virus Corona ini dan bagaimana sebenarnya virus Corona ni merebak
Baca sampai habis
1. Covid-19 adalah VIRUS, bukan bakteria
2. Jadi hand Sanitizer atau tisu basah anti-bakteria tidak akan membunuh / merencat virus covid-19
3. Virus Covid-19 boleh dibasmi dengan
alkohol berkepekatan tinggi (70%+)
4. Hand sanitizer mesra wudhu yang tidak mengandungi alkohol tidak akan membantu membunuh virus covid-19
5. Hukum menggunakan hand sanitizer beralkohol semasa solat adalah dibolehkan, melainkan korang teguk sampai mabuk, baru jatuh haram
6. Virus Covid-19 mempunyai lapisan lemak yang boleh dilarutkan dengan sabun dan air
7. Membasuh tangan dengan sabun dan air selama 20 saat adalah lebih baik dari menggunakan sanitizer, dan berwuduk sahaja tidak cukup. Pastikan tangan dibasuh dengan sabun sebelum mula berwuduk
8. Apa jenis sabunpun boleh digunakan. Sabun antibakteria, sabun buku, sabun basuh baju juga boleh
9. Virus Covid-19 merebak lebih cepat melalui sentuhan permukaan tercemar. Virus ini tidak boleh berpindah melalui udara.
10. Pakai surgical mask hanya jika kita sakit dan berisiko (dalam kuarantin). Pemakaian penutup hidung dan mulut bagi orang sihat adalah tidak membantu mengekang penyebaran virus Corona ini. Penggunaan surgical mask ini hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan ketika kita menyentuh kawasan muka. Ingat, Corona tidak berpindah melalui udara, tetapi sentuhan
11. Pemakaian surgical mask bagi orang sihat akan meningkatkan lagi risiko jangkitan bakteria di ruang pernafasan, terutama ketika nafas meruap kepada peluh
12. Covid-19 adalah novel virus yang belum ada vaksin, sistem imuniti tubuh pesakit mencipta imuniti sendiri untuk melawan virus ini dengan bantuan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital
13. Vitamin tambahan boleh membantu menguatkan imuniti tubuh TAPI kekuatan sistem imuniti bergantung kepada banyak faktor, seperti genetik dan gaya hidup
14. Pengambilan vitamin berlebihan / megadose terutama vitamin C, D dan Kalsium TIDAK akan membantu kita menjadi lebih kuat berbanding orang yang cuma makan buah oren 3 biji sehari. Malah, kita berisiko mengalami masalah hati/buah pinggang jika terus mengamalkan megadose pada jangka masa yang lama, ataupun air kencing kita kaya dengan segala nutrien yang tubuh kita tidak perlu. (Vitamin C yang diperlukan oleh badan cuma 100mg sehari)
15. Cecair antiseptic adalah bahan anti bakteria dan kuman, mungkin juga virus, tapi bukan berasaskan alkohol dan sabun.
16. Kepekatan 2:8 untuk homemade sanitizer adalah sangat tidak praktikal.
17. Tanpa alkohol yang tinggi dan sabun, covid-19 masih mampu berdangdut atas permukaan kulit anda selama 10 minit
KEPADA PIHAK TERTENTU, HENTIKAN PROMOSI HAND SANITIZER TANPA ALKOHOL DAN PENGAMBILAN MEGADOSE VITAMIN. JANGAN AMBIL KESEMPATAN PADA WAKTU KRITIKAL INI.
ELAKKAN UNTUK BERADA DI LUAR RUMAH TERUTAMA DI TEMPAT TUMPUAN RAMAI UNTUK MENGELAKKAN PENYEBARAN VIRUS CORONA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/03/corona-virus-ramai-yang-tertipu-dengan-penggunaan-Hand-sanitizer.html