Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri


 
Sebaik mula memasuki pejabat Perdana Menteri hari ini, beberapa cabaran telah pun siap terhidang untuk membuatkan Ismail Sabri Yaakob mula pening kepala memikirkannya.
Selain menguruskan pandemik Covid19 yang diharapkan rakyat pendekatannya berbeza dengan Mahiaddin Md Yasin dulu, ia juga adalah cabaran yang tentu saja tidak mudah dihadapi oleh Ismail Sabri yang merupakan sebahagian pasukan kerajaan gagal sebelum ini.
Kesan paling ketara jika pandemik ini gagal ditangani bukan saja menimpa Ismail Sabri selaku Perdana Menteri, tetapi juga kepada UMNO, parti yang menaungi perjuangan beliau.
Sebelum ini, ketika Mahiaddin mengetuai kerajaan, UMNO khususnya melalui kritikan yang dilakukan oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak terhadap kegagalan menangani wabak tersebut, mereka sentiasa saja menyalahkan Perdana Menteri seratus peratus berkenaan dengannya.
Bagi mereka, oleh kerana Perdana Menteri datang daripada Bersatu, UMNO tidak boleh dikaitkan sama sekali dengan kegagalan itu.
Namun, dengan sekarang Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, kegagalan kerajaan membawa khabar gembira buat rakyat dalam mendepani wabak tersebut, UMNO bukan saja tidak boleh mengelak lagi, bahkan ia juga akan memberi kesan kepada PRU15 akan datang.
Tidak mustahil selepas ini ada pemimpin Bersatu yang akan lantang bersuara menyalahkan Ismail Sabri dan UMNO secara terbuka untuk membalas dendam perlakuan Zahid Hamidi dan Najib sebelum ini.
Cabaran seterusnya ialah untuk membentuk barisan kabinet yang dapat diterima baik oleh rakyat, seterusnya menjadikan sama ada kepimpinan beliau diterima atau sebaliknya.
Jika ada pembaharuan dalam wajah barisan kabinetnya, mungkin dengannya ada peluang untuk beliau meraih sedikit kepercayan, tetapi jika sebahagian besar menteri-menteri gagal dan tidak berfungsi sebelum ini terus dikekalkan lagi, tentulah padah besar bakal menunggunya.
Mengekalkan menteri-menteri gagal atau wajah lapuk yang penuh kontroversi sebagai anggota pasukannya dalam kabinet hanya bererti Ismail Sabri sengaja menempah jalan sukar buatnya.
Lebih sukar dalam hal ini kerana pilihan Ismail Sabri juga amat terhad disebabkan Ahli Parliman dan parti yang menyokongnya adalah sama dengan mereka yang menyokong Mahiaddin sebelumnya.
Kesukaran lain yang bakal dihadapi Ismail Sabri ialah sama ada harus mengekalkan jumlah 74 menteri dan timbalan menteri yang dilantik Mahiaddin atau bertindak mengecilkannya.
Mengekalkan jumlah tersebut pasti menimbulkan kecaman rakyat yang perlu meneruskan kehidupan susah di tengah-tengah pandemik Covid19 serta memberi tanggapan beliau cenderung meneruskan amalan “scheme of things” Mahiaddin.
Tambahan lagi ramai menteri dan timbalan menteri lantikan Mahiaddin dilihat tidak berfunsgi, tidak bekerja dan hanya makan gaji buta semata-mata.
Adakah mereka mahu dikekalkan juga?
Mengurangkan atau menggugurkan mana-mana menteri dan timbalan menteri sebelum ini tentu pula akan memungkinkan mereka merajuk dan jauh hati, lalu mengalih sokongan, seterusnya merisikokan jawatan Perdana Menteri dalam undi percaya di Parlimen.
Tetapi, cabaran paling besar yang menjadi perhatian rakyat ialah kes mahkamah melibatkan beberapa pemimpin UMNO, khususnya Zahid Hamidi dan Najib.
Jika mereka dibebaskan, rakyat pasti akan menuduh adanya campurtangan beliau dalam perkara itu dan sebagai membalas budi kerana menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri.
Kecaman ini bukan saja akan datang daripada pelbagai kelompok rakyat dalam negara, bahkan juga oleh masyarakat antarabangsa, tambahan lagi ada kes melibatkan Zahid Hamidi dan Najib itu agak “straight forward” sifatnya dengan kesalahan yang sangat jelas telah dilakukan.
Kiranya Zahid Hamidi dan Najib tersangkut dalam kes yang sedang mereka hadapi, kemarahan kedua-dua pemimpin berkenaan beserta penyokongnya terhadap Perdana Menteri sudah pasti mencetuskan pergolakan yang bukan sedikit dalam UMNO.
Ismail Sabri sendiri, jika tidak cermat dan tiada persiapan untuk berdepan dengannya, silap-silap boleh terpelanting pula dibuatnya.
Barangkali ketika itu nanti, sebagaimana dialami Mahiaddin sehingga kejatuhannya, itulah yang akan menimpa Ismail Sabri.
Namun, jika Ismail Sabri siap sedia dengan segala perisai secukupnya, agar kelangsungan karier masa depannya tidak banyak gangguan dengan ugutan serta halangan, memastikan Zahid Hamidi dan Najib mendiami penjara untuk tempoh beberapa lama adalah jalan paling selamat buatnya. –


 ShahbudinHusin 23/08/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/kes-mahkamah-zahid-hamidi-najib-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Jangan Layan Selera Zahid Hamidi Najib

Ismail Sabri Jangan Layan Selera Zahid Hamidi Najib

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 271 hits
KHABARnya ada yang terlalu GEMBIRA dengan KEJATUHAN Muhyiddin Yassin dan Umno berjaya MERAMPAS jawatan Perdana Menteri tanpa perlu menunggu PRU 15 Pelbagai agenda peribadi dapat disusun termasuk mereke mereka yang telah didakwa di Mahkamah ...
Kumpulan 15 Tolak Ismail Sabri Pilih Zahid Hamidi

Kumpulan 15 Tolak Ismail Sabri Pilih Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 235 hits
By August 17 2021ISMAIL SABRI YAAKOBKUMPULAN 15 Ahli Parlimen yang dikatakan menjadi punca kejatuhan Kerajaan Perikatan Nasional menolak pencalonan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan S...
Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 383 hits
agendaily com27 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas mengenai barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Mungkin...
Ismail Sabri Berdepan Tiga Cabaran Utama

Ismail Sabri Berdepan Tiga Cabaran Utama

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 215 hits
Ismail Sabri berdepan tiga cabaran utama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan tiga cabaran utama yang perlu diatasi terutama pandemik Covid 19 dan kestabilan politik Ketua UMNO Bahagian Kluang Datuk Md Jais Sarday berkata...
Amid Rumours Of Ismail Sabri S Candidacy Zahid Says Umno Weighing Several Candidates For Malaysia S Next Prime Minister

Amid Rumours Of Ismail Sabri S Candidacy Zahid Says Umno Weighing Several Candidates For Malaysia S Next Prime Minister

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 321 hits
The Umno president also pointed out that he was not nominating himself for the position despite his party controlling the most parliamentary seats among those that had been part of Tan Sri Muhyiddin Yassin s administration Picture by Hari A...
Najib Dedah Mengapa Ismail Sabri Lantik Kabinet Recycle

Najib Dedah Mengapa Ismail Sabri Lantik Kabinet Recycle

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 344 hits
tuncarlos comKENYATAAN DATUK SERI NAJIB RAZAK Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini Seolah olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet recycle Bagaimanapun sa...
Ismail Sabri Jangan Telan Bulat Bulat Pandangan Mt Zahid Untuk Tadbir Negara

Ismail Sabri Jangan Telan Bulat Bulat Pandangan Mt Zahid Untuk Tadbir Negara

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 183 hits
agendadaily com29 8 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO Akar umbi parti komponen Barisan Nasional di peringkat negeri dan cawangan mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kuasa pentadbi...
Mahkamah Benar Najib Hadiri Mesyuarat Bn Tetapi Bicara Kes Tetap Diteruskan

Mahkamah Benar Najib Hadiri Mesyuarat Bn Tetapi Bicara Kes Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 166 hits
Najib Razak dibicarakan atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram yang didakwa dana 1MDB berjumlah RM2 28 bilion dan dimasukkan ke dalam akaun AmBank antara Februari 2011 dan Disember 2014 KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi mem...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat