Pusat Beli Belah Malakat Teraju Usaha Perkenal Produk Usahawan Muslim Berita Harian 11 11 2023


 

CYBERJAYA: Usaha memperkenalkan usahawan dan produk tempatan Muslim dan dari negara Islam lain terus diperkasakan dengan pelancaran Buy Muslim First (BMF) Global Movements.
Gerakan itu diterajui Pusat Beli Belah Malakat dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).
Pengasas Pusat Beli Belah Malakat, Mohd Fadzil Hashim, berkata pihaknya dan KoPPIM mengambil inisiatif menjadi peneraju utama BMF Global Movements dalam usaha memperluas sokongan usahawan tempatan dan dari negara Islam lain.
Katanya, gerakan itu bukan bersifat bangsa untuk memboikot produk bukan Muslim, tetapi lebih kepada untuk memperkuatkan ekonomi orang Islam.
Oleh itu, katanya, Malakat akan digunakan sebagai platform memperkenalkan jenama Muslim setiap minggu termasuk dari Turkiye dan Indonesia.
"Usaha ini turut memfokuskan kepada tiga tujuan utama iaitu Kempen Satukan Kuasa Beli yang mana kita menyarankan pembeli memfokus pilihan dalam perbelanjaan mereka.
"Bagi mempraktikkan idea itu, kami turut melancarkan Karnival Usahawan kepada usahawan iaitu pengeluar asal sesebuah produk yang berperanan penting dalam ekosistem ekonomi.
"BMF Global Movements adalah usaha menyedarkan masyarakat yang perjuangan memartabatkan produk Muslim bukan sekadar bertaraf lokal, malah ke peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran BMF Global Movements di Pusat Beli Belah Malakat di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd Razali.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim (empat dari kanan) dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (tiga dari kanan) pada majlis Pelancaran BMF Global Movements di Pusat Beli Belah Malakat di Cyberjaya, hari ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Mohd Fadzil berkata, rakyat perlu mengutamakan produk tempatan.
"Sudah tiba masanya kita menggunakan kuasa sebagai pengguna untuk membina kekuatan sendiri untuk membantu melindungi rakyat terutama umat Islam," katanya.
Mengenai tindakan boikot produk pro-Israel ketika ini, beliau akui tindakan kali ini sangat luar biasa dan turut memberi kesan kerana banyak pihak.
"Orang kita sangat sensitif sehinggakan ramai yang terluka. Mereka berasakan tidak boleh berbuat apa-apa dan memboikot adalah tindakan kolektif mampu dilakukan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, tindakan memboikot akan lebih berkesan jika disusuli dengan usaha memperkenalkan produk alternatif bagi mengelak orang ramai kembali produk diboikot apabila keadaan kembali tenang.
"Kita maklum BMF hanya kuat di Malaysia namun di peringkat antarabangsa, ada gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), gerakan Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.
"Apa yang kita lancarkan hari ini adalah langkah strategik melalui 12 protokol BMF Global membabitkan pengguna Islam, usahawan Islam, pengguna dan usahawan bukan Islam yang sealiran dengan perjuangan yang membebaskan Palestin," katanya.
Sementara itu, Mustapa Kamal berharap lebih ramai usahawan tempatan terutama Muslim mengeluarkan produk.
Katanya, tindakan memboikot produk pro-Israel membuatkan orang ramai mulai memilih produk tempatan.
Turut diadakan di pusat beli belah itu adalah acara March4Gaza dihadiri kira-kira 1,000 orang sebagai tanda solidariti susulan konflik Palestin-Israel.

Antara peserta acara March4Gaza di Malakat Mall, Cyberjaya. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim (lima dari kanan) pada majlis Pelancaran BMF Global Movements di Pusat Beli Belah Malakat di Cyberjaya, hari ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Artikel oleh: Berita Harian
PUSAT BELI BELAH MALAKAT TERAJU USAHA PERKENAL PRODUK USAHAWAN MUSLIM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1175851/pusat-beli-belah-malakat-teraju-usaha-perkenal-produk-usahawan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/11/pusat-beli-belah-malakat-teraju-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malakat Mall Koppim Bantu Usahawan Perkasa Ekonomi Islam Sinar Harian 11 11 2023

Malakat Mall Koppim Bantu Usahawan Perkasa Ekonomi Islam Sinar Harian 11 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 452 hits
CYBERJAYA Malakat Mall bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia melancarkan kempen Buy Muslim First Global Movement bagi membantu usahawan tempatan dan antarabangsa memperkasa semula ekonomi Islam Pengasas pusat beli belah itu M...
Banjir Kilat Di Subang Pusat Beli Belah Dimasuki Air

Banjir Kilat Di Subang Pusat Beli Belah Dimasuki Air

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 274 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myKEADAAN pusat beli belah yang dimasuki air akibat banjir kilat FOTO AZIAH AZMEESubang Beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak 4 petang tad...
Fatwa Terbaru Mui Haram Beli Produk Pendukung Israel

Fatwa Terbaru Mui Haram Beli Produk Pendukung Israel

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 143 hits
MUI menetapkan membeli produk dari produsen yang secara nyata mendukung agresi Israel ke Palestina hukumnya haram
Kempen Bmf Global Bukan Boikot Tapi Perkasa Ekonomi Orang Islam Harian Metro 11 11 2023

Kempen Bmf Global Bukan Boikot Tapi Perkasa Ekonomi Orang Islam Harian Metro 11 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 191 hits
Cyberjaya Inisiatif kempen satukan kuasa membeli yang menyarankan pembeli memfokus pilihan dalam perbelanjaan melalui Pelancaran Buy Muslim First Global membantu memperkasakan produk Muslim tempatan dan luar negara Pengasas Malakat Mall Moh...
Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 275 hits
Artikel oleh Sinar HarianRAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL HENTI EKSPORT MINYAK
Boikot Adalah Satu Bentuk Jihad Sinar Harian 10 11 2023

Boikot Adalah Satu Bentuk Jihad Sinar Harian 10 11 2023

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 163 hits
GERAKAN boikot produk dan jenama yang menyokong Israel kembali bergema Usaha itu dilihat begitu rancak dan agresif apabila ramai orang yang mempromosikan kempen itu di media sosial masing masing Kempen boikot itu dilakukan oleh kalangan rak...
100 Most Influential Young Entrepreneurs 2023 Iktiraf Usahawan Malaysia

100 Most Influential Young Entrepreneurs 2023 Iktiraf Usahawan Malaysia

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 326 hits
100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2023 IKTIRAF USAHAWAN MALAYSIA Assalammualaikum semua Pada 10 November 2023 yang lalu telah berlangsung majlis pengiktirafan 100 Most Influential Young Entrepreneurs buat kali ke 8 Affin Bank merupak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa