Pusaka Mengapa Bahagian Lelaki Lebih Banyak Dari Bahagian Perempuan



SOALAN:
Mengapakah bahagian pusaka bagi lelaki adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding bahagian pusaka perempuan? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا ﴿٧﴾
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).” (Surah al-Nisa’: 7)

Ayat ini menerangkan bahawa pada dasarnya Allah SWT memberitahu bahawa apabila meninggalnya seseorang itu, maka harta peninggalannya akan diwarisi oleh para warisnya yang berhak, dan dijelaskan bahawa setiap orang baik lelaki mahupun perempuan ada bahagian masing-masing dalam perwarisan ini. Kemudian ayat ini dijelaskan lagi dalam perihal bahagian anak lelaki dan anak perempuan melalui firman-Nya:

يُوصِيكُمُ اللَّـهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنثَيَيْنِ
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.” (Surah al-Nisa’: 11)

Ayat ini merupakan salah satu ayat bagi penjelasan mengenai urusan perwarisan harta pusaka atau lebih dikenali dengan faraid atau mawarith. Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan bahawa bahagian pusaka bagi seorang anak lelaki bersamaan dengan bahagian dua orang anak perempuan. Ini bermakna bahagian lelaki dua kali ganda lebih banyak berbanding bahagian perempuan.

Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi ketikamana menafsirkan ayat ini berkata, Allah SWT menjadikan bahagian perwarisan bagi perempuan sebagai kayu ukur iaitu dengan cara bahagian lelaki ditentukan dengan melihat kayu ukur iaitu bahagian perempuan, maka jadilah bahagian bagi seorang anak lelaki bersamaan dengan bahagian dua orang anak perempuan. Lalu ketika beliau ditanya, dimanakah keadilannya di dalam ayat ini yang jelas menunjukkan kurangnya nisab bagi perempuan?

Maka Syeikh menjawab bahawa seorang suami dituntut untuk memberi nafkah kepada isterinya, begitu juga seorang lelaki dituntut untuk menafkahi seorang perempuan, maka separuh bahagian lelaki (bagi perempuan) adalah cukup baginya walaupun dia belum berkahwin, sehinggalah perempuan tersebut berkahwin dan bahagiannya itu akan tetap bersamanya kerana suaminya yang perlu menafkahinya. [Lihat: Tafsir al-Sya’rawi; 4/2025]

Dr Wahbah Zuhaili berkata di dalam tafsirnya, bahagian anak lelaki bersamaan dengan dua bahagian anak perempuan adalah kerana para lelaki memiliki kewajipan memberi nafkah, bekerja menanggung berbagai tanggungan yang berat dan membayar mahar. Sedangkan perempuan sama sekali tidak dibebani kewajipan memberi nafkah kepada siapa pun, sama ada ia sebagai anak perempuan, saudara perempuan, ibu, isteri atau sebagainya. Perempuan hanya menafkahi dirinya sendiri setelah dia besar atau sudah baligh jika dia belum bersuami. [Lihat: Tafsir al-Munir; 4/273]

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas R.A:

«أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ»
“Berikan bahagian warisan yang ditentukan kepada pemiliknya. Adapun sisanya maka bagi pewaris lelaki yang paling dekat nasabnya.” [Riwayat al-Bukhari (6732), Muslim (1615)]

Imam al-Nawawi berkata di dalam syarahnya, yang dimaksudkan dengan أولى رجل ialah lelaki yang paling hampir (yang paling dekat nasabnya) dan bukannya bermaksud lebih layak. Beliau kemudiannya menambah lagi bahawa Nabi SAW menjelaskan الرجل di sini sebagai ذكر sebagai penjelasan ke atas sebab kelayakannya ialah lelaki iaitu yang menjadi sebab ‘asabah dan juga sebab keutamaan dalam hal perwarisan. Disebabkan itu dijelaskan dalam al-Quran, perkaitannya dengan ayat al-Quran di atas, yakni hikmahnya iaitu lelaki menanggung beban atau kesulitan yang banyak dari sudut kewangan, kekeluargaan, dan sebagainya. [Lihat: Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim; 11/53]

Perkara ini dijelaskan lagi dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta’ al-Misriyyah yang menyatakan bahawa salah satu prinsip atau garis panduan dalam perwarisan ialah beban kewangan yang diwajibkan oleh syara’ ke atas para waris untuk menanggungnya dan lakukan terhadap orang lain. Ini adalah satu-satunya prinsip yang menyebabkan berlakunya perbezaan antara lelaki dan perempuan iaitu dalam erti kata lain bahawa lelaki lebih bertanggungjawab secara kewangan.

Namun, nisbah 2:1 ini bukanlah mutlak ke atas semua situasi yakni ada sebahagian situasi yang menyatakan bahagian perempuan melebihi bahagian lelaki dan wujud juga sebahagian keadaan bahagian perempuan menyamai bahagian lelaki.

Penutup

Kesimpulannya, bahagian anak lelaki memang melebihi dua kali ganda daripada bahagian anak perempuan disebabkan anak lelaki menanggung banyak beban dari segi kewangan, nafkah, mahar, memelihara tanggungan dan sebagainya.

Dan ia juga tidak bermakna tiada keadilan buat anak perempuan namun keadilan terlihat apabila perempuan tidak dituntut untuk menafkahi para suami dan juga ahli keluarganya sedang itu adalah tanggungjawab lelaki.

Akhir kalam, kami memetik sepotong ayat al-Quran firman Allah SWT yang menyatakan bahawa setiap yang ditentukan atau diciptakan Allah SWT ke atas hamba-Nya pasti mempunyai hikmah (tidak menjadi sia-sia). Firman-Nya:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ ﴿١١٥﴾
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan kita, menetapkan hati dan keimanan dalam diri kita, memberkati segala amal kebajikan kita.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/pusaka-mengapa-bahagian-lelaki-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perempuan Bukannya Pemalas Mereka Memang Perlu Lebih Tidur Berbanding Lelaki

Perempuan Bukannya Pemalas Mereka Memang Perlu Lebih Tidur Berbanding Lelaki

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 727 hits
Perempuan perlu lebih tidur atau lelaki Jawapannya ialah perempuan Tapi sebab apa Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata otak perempuan memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari Kajian oleh saint...
Kurang Tidur Bisa Mendorong Seseorang Untuk Mengonsumsi Lebih Banyak Makanan Manis

Kurang Tidur Bisa Mendorong Seseorang Untuk Mengonsumsi Lebih Banyak Makanan Manis

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 232 hits
Diketahui bahwa mereka yang dilaporkan memiliki kualitas tidur yang buruk atau kurang tidur juga mengonsumsi makanan tinggi gula lemak jenuh serta kafein Peneliti mengingatkan bahwa wanita cenderung memiliki risiko tinggi obesitas dan gangg...
Pengantin Perempuan Didakwa Terima Hantaran Lebih Rm 900 Ribu Majlis Kahwin Pasangan Ini Jadi Viral

Pengantin Perempuan Didakwa Terima Hantaran Lebih Rm 900 Ribu Majlis Kahwin Pasangan Ini Jadi Viral

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 618 hits
Makassar 11 Feb Seorang wanita menjadi sebutan netizen setelah didakwa menerima wang hantaran bernilai 3 miliyar rupiah bersamaan kira kira RM906 787 Dalam majlis membincangkan persetujuan pernikahan antara kedua mempelai calon pengantin le...
6 Cara Bikin Hubunganmu Lebih Simpel Dan Sederhana Tanpa Banyak Drama

6 Cara Bikin Hubunganmu Lebih Simpel Dan Sederhana Tanpa Banyak Drama

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 339 hits
Salah satu tanda hubungan banyak drama adalah seringnya keluar kalimat ini Ya iya sih aku salah karena udah nuduh tanpa alasan Tapi kan
Lebih 8 000 Mengambil Bahagian Dalam Selangor Marathon 2020

Lebih 8 000 Mengambil Bahagian Dalam Selangor Marathon 2020

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 706 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat rakan rakan dan pembaca sekalian Jika anda ada mengikuti perkembangan aku di platform lain seperti Facebook Instagram atau Twitter pastinya anda akan perasan bahawa baru baru ini aku ada me...
Anak Arwah Dah Tercari Cari Bapanya Lebih Banyak Diam Sejak Pemergian Abam

Anak Arwah Dah Tercari Cari Bapanya Lebih Banyak Diam Sejak Pemergian Abam

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 678 hits
Anak arwah sudah mula tercari cari bapanya kata pelawak Ali Puteh yang juga adik kepada Allahyarham Abam Ali 31 atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata anak Abam Syed Uthman Hamzah Al Juffrey Syed Umar Mokhtar Al Juf...
Manja Manja Perempuan Sebenarnya Mereka Lebih Gatal Dalam Diam

Manja Manja Perempuan Sebenarnya Mereka Lebih Gatal Dalam Diam

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 260 hits
Gambar hiasanPara lelaki pada umumnya ramai rasa bangga apabila disamakan seperti buaya darat Wanita pula walaupun memang sudah jelas gatal dia akan tetap marah apabila diperkatakan seperti itu Status gatal atau perasan terlalu universal un...
Ketengahkan Lebih Banyak Sektor Pelancongan Pengalaman

Ketengahkan Lebih Banyak Sektor Pelancongan Pengalaman

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR 23 FEB Pemain industri pelancongan perlu mengetengahkan produk berasaskan pelancongan pengalaman atau experiential tourism kerana mampu menarik kemasukan pelancong berkualiti sekali gus menjana pendapatan lumayan jangka panjang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah