Puri Bubur Makanan Awal Bayi Panduan Resepi Gabungkan Bijirin Sayur Buah


Puri dan bubur boleh dijadikan sajian awal kepada bayi selepas pertama kali diperkenalkan kepada makanan pelengkap. Semestinya tanpa garam & gula!
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menyediakan sendiri sajian untuk bayi boleh memastikan ia lebih sihat kerana ibu tahu bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan yang bersih. Ibu boleh menggunakan 15 resepi ini sebagai panduan.
#1: Puri brokoli, oat dan pir
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan brokoli, dipotong kecil
1/2 cawan oat
1 biji pir, dikupas dan dipotong dadu
CARA-CARA
1.Masukkan brokoli dan pir bersama air ke dalam periuk.
2.Apabila semua bahan sudah empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
#2: Puri brokoli bayam
BAHAN-BAHAN
1 cawan bunga brokoli, bersihkan
2 cawan bayam, bersihkan
CARA-CARA
1. Masukkan brokoli dalam periuk pengukus selama air mendidih. Kukuskan selama dua minit.
2. Tambah bayam dan kukus lagi selama dua hingga dua minit atau sehingga brokoli lembut.
3. Angkat dan masukkan ke dalam dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
TIP: Semasa mengisar puri,pastikan anda mendapatkan tekstur yang sesuai dengan bayi. Elakkan puri yang halus bagi bayi lapan bulan ke atas kerana mereka menyukai puri yang lebih bertekstur.
#3: Bubur pisang dan beras perang
BAHAN-BAHAN
2 biji pisang, dikupas dan didadu
1/2 cawan beras perang, cuci
1 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan beras ke dalam periuk dan masak seperti memasak bubur.
2. Apabila mendidih, masukkan pisang dan biarkan sehingga bubur masak.
3. Kemudian campurkan semua bahan dan kisar. Sedia untuk dihidang.
#4: Puri pisang, oat dan pir
BAHAN-BAHAN
1 biji pisang saiz sederhana, kupas dan dipotong
1 biji pir yang masak, cuci bersih, kupas dan potong dadu
1/4 cawan oat masak segera
1/2 cawan air
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Stimkan pir sehingga lembut.
2. Kemudian masakkan oat dengan air sehingga masak.
3. Selepas itu, kisarkan semua bahan sehingga mendapat tekstur yang sesuai dengan si manja.
#5: Bubur oatmil, labu & ikan
BAHAN-BAHAN
1 cawan labu yang dipotong dadu
1 sudu besar oatmil segera, dikisar halus
50gram isi ikan tenggiri
Sedikit halia
Air panas secukupnya
CARA-CARA
1.Labu dipotong dadu, oatmil dikisar manakala isi tenggiri dicuci bersih dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu bersama isi ikan tenggiri dan halia sehingga masak.
3.Apabila kedua-duanya masak, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
4.Kisarkan dengan sedikit air panas sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air panas sekiranya mahukan tekstur lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
Labu penuh dengan dan kebaikan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam labu sesuai untuk perkembangan bayi. Sebagai contoh, kalsium dan magnesium membantu membina tulang yang lebih kuat, fosforus dalam fungsi otak, pencernaan, keseimbangan hormon, dan sebagainya.
#6: Puri labu, ayam dan brokoli
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1/2 cawan bunga brokoli
1 ulas bawang putih
50gram isi ayam
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala brokoli dipotong kecil dan cuci bersih. 2.Kukuskan labu bersama ayam, bawang putih dan brokoli yang sehingga masak.
3.Kemudian kisar halus sebelum disajikan kepada anak.
#7: Puri labu dan kurma
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
2 biji kurma
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala kurma dibuang biji dan potong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan isi kurma.
4. Sajian sedia untuk dinikmati.
Elakkan mengisar terlalu halus untuk bayi yang berumur lapan bulan ke atas kerana pada usia ini bayi lebih berminat kepada sajian yang bertekstur lebih kasar.
#8: Puri kentang dan labu BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji ubi kentang
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dan ubi kentang dikupas dan dipotong dadu
2.Kukuskan kedua-duanya sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan sedikit air.
4.Sajikan kepada si kecil.
#9: Puri pisang dan labu BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji pisang
Secubit serbuk kayu manis (opsyenal)
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dikupas dan dipotong dadu manakala pisang dikupas dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan pisang dan sedikit air.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum disuapkan kepada bayi anda.
Oat mengandungi dengan sebatian vitamin, mineral dan sebatian anti oksidan. Terkandung zat seperti mangan, fosforus, magnesium, kuprum, besi, zink, folat, vitamin B1, vitamin B5, kalsium, potassium, vitamin B6 dan vitamin B3.
#10: Bubur oat, ayam dan lobak merah
 
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/2 biji lobak merah, dipotong dadu
50gm isi ayam, dipotong dadu
1 ulas bawang putih
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
Sedikit halia dan kulit kayu manis (pilihan)
CARA-CARA
1.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih,halia dan kulit kayu manis.
2.Apabila garing, masukkan isi ayam dan lobak merah. Biarkan sehingga isi ayam masak dan lobak merah lembut.
3.Selepas isi ayam masak, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
4.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali kulit kayu manis.
4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
#11: Bubur oat, bilis, saderi dan brokoli
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/3 batang saderi, dipotong dadu
1 sudu besar ikan bilis, dibelah dan bersihkan
1 ulas bawang putih, hiris
1/4 cawan brokoli, potong kecil
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Masukkan saderi, ikan bilis, bawang putih dan brokoli bersama air ke dalam periuk. Jerangkan sehingga mendidih.
2.Apabila sayur empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
#12: Puri Couscous, Epal, Baby Spinach Bahan-bahan:
1 biji epal merah
Segenggam baby spinach
¼ cawan cous cous
Sedikit mentega tanpa garam
Cara memasak:
1. Bersihkan epal dan potong dadu.
2. Kukus epal yang sudah dipotong dengan segenggam baby spinach.
3. Kukus cous cous secara berasingan.
4. Kisar semua bahan sehingga halus bersama sedikit mentega. Tambah sedikit susu ibu jika puri terlalu pekat.
Info: Puri ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Cous cous agak berat dan memberi rasa kenyang kepada bayi kerana ia seperti pasta.
#13: Puri Keledek, Asparagus & Kacang Kuda
Bahan-bahan:
1biji keledek
2sudu besar kacang kuda yang sudah direbus
4 batang asparagus
Cara memasak:
1. Basuh keledek, kemudian bakar tanpa membuang kulit. Bila sudah empuk, kupas kulitnya.
2. Potong hujung batang asparagus dan kukus lebih kurang 20 minit.
3. Bila semua bahan sudah siap, kisar halus hingga menjadi puri, tambah sedikit minyak zaitun.
4. Tambah susu ibu jika suka untuk menjadikan puri lebih berkrim dan tidak terlalu pekat.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Campuran asparagus, keledek dan kacang kuda sangat baik kepada bayi dan mengenyangkan.
#14: Puri Peas & Bayam
 
Bahan-bahan:
Segenggam kacang peas beku
4 helai daun bayam
Cara memasak:
1. Nyah bekukan kacang peas. Kemudian kukus bersama daun bayam.
2. Buangkan kulit kacang peas.
3. Kisar kedua bahan bersama dengan susu ibu atau air.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Bayam mengandung vitamin A (dalam bentuk beta karotena) yang tinggi, iaitu1872 mikrogram/100 gram. Selain itu, bayam juga kaya vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosfor, dan zat besi. Bayam juga sangat penting untuk pembentukan otak bayi.
#15: Puri Oat Kurma Hirisan kurma hanya hiasan. Bahan-bahan:
1 biji pisang
½ cawan oat (rolled oat organic)
3 biji kurma (dibuang biji)
Cara memasak:
1. Masak oat di dalam air atau susu sehingga kembang.
2. Kisar kesemua bahan sekali gus.
3. Tambah sedikit susu ibu untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Info: Sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Rolled oat organic lebih berkhasiat berbanding dengan oat segera. Ia harus dimasak sebelum dijadikan puri.
Sumber: Pa&Ma
The post Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resepi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/puri-bubur-makanan-awal-bayi-panduan-resepi-gabungkan-bijirin-sayur-buah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Memberi Makan Buah Hati Bayi 10 Hari Ini Meninggal Akibat Diberi Bubur Pisang

Hati Hati Memberi Makan Buah Hati Bayi 10 Hari Ini Meninggal Akibat Diberi Bubur Pisang

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 324 hits
Setiap orang pasti membutuhkan makan termasuk bayi Untuk bayi makanan yang diperlukannya untuk tumbuh kembang sebelum ia berusia enam bulan adalah Air Susu Ibu Setelah berumur enam bulan maka bayi memerlukan makanan pendamping ASI yang dimu...
Pening Nak Intro Apa Bila Anak Mula Makan Puri Buah Sayur Membuka Selera

Pening Nak Intro Apa Bila Anak Mula Makan Puri Buah Sayur Membuka Selera

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 601 hits
Anak mula nak mula makan bila cecah 6 bulan 5 puri buah sayur ini sesuai dicuba Si kecil mesti suka Perkongsian daripada ibu ini boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang bakal memulakan makanan pelengkap kepada bayi masing masing Puan t...
Kalau Nak Bagi Bayi Lebih Pintar Ibu Menyusu Amalkan Makan Makanan Ini

Kalau Nak Bagi Bayi Lebih Pintar Ibu Menyusu Amalkan Makan Makanan Ini

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 480 hits
Sebarang makanan atau minuman yang anda ambil semasa penyusuan adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal iaitu sewaktu tubuh anda mula menghasilkan susu ibu Bagi menghasilkan susu badan tubuh anda memerlukan b...
Allah Masih Panjangkan Umur Aku Cuma Awal Setengah Jam Kren Langgar 8 Buah Kenderaan

Allah Masih Panjangkan Umur Aku Cuma Awal Setengah Jam Kren Langgar 8 Buah Kenderaan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 392 hits
Seorang parah dan seorang lagi cedera manakala lapan buah kenderaan rosak selepas dilanggar jentera kren di Jalan Batu Arang menghala ke Rawang hari ini nbsp Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya mener...
Amalkan Makanan Ini Semasa Hamil Jika Mahu Kulit Bayi Cerah Dan Bersih

Amalkan Makanan Ini Semasa Hamil Jika Mahu Kulit Bayi Cerah Dan Bersih

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 487 hits
Sudah menjadi angan angan dan impian ibu bapa untuk mempunyai bayi yang sihat dan sempurna dari segenap aspek termasuklah kulitnya Setiap ibu bapa mahukan kulit bayi mereka gebu cerah dan bersih agar sedap untuk dipandang dan lembut ketika ...
Resepi Mudah Dan Sedap Sayur Kolok Sotong

Resepi Mudah Dan Sedap Sayur Kolok Sotong

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1641 hits
Resepi Sayur Kolok SotongSelera Pantai Timur Lauk yang tidak asing lagi bagi warga Pantai Timur Terengganu dan Kelantan Selera kampung Belum cuba belum tahu Alang alang sekarang sotong tengah banyak dan musim jambu golok jugak Selalunya dua...
Panduan Untuk Ke 12 Restoran Makanan Jepun Halal Di Osaka

Panduan Untuk Ke 12 Restoran Makanan Jepun Halal Di Osaka

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 622 hits
Mencari makanan halal di Osaka seperti Takoyaki atau Okonomiyaki Jika ini adalah makanan ringan kegemaran anda dari pasar malam tempatan anda maka anda harus tahu bahawa ia berasal dari Osaka Direka sebagai dapur negara kerana peranan utama...
Aneka Resepi Pengat Dan Bubur Juadah Sepanjang Ramadhan

Aneka Resepi Pengat Dan Bubur Juadah Sepanjang Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 502 hits
Aneka Resepi Pengat Dan Bubur Juadah Sepanjang RamadhanBUBUR KACANG HIJAU DURIANBahan bahan
Panduan Harga Untuk Membeli Polish Soft99

Panduan Harga Untuk Membeli Polish Soft99

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 447 hits
Soft 99Cecair pembersih dan pengilap body kereta Bahasa mereka luster cleaner polish Soft 99 ni memang Lagend awal tahun 90an dah pernah nampak Abang abang Kita buat polish RXZ model Bosch kalau tak silap gear 5 jadi gear 6 Kita buat kit ex...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian