Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Kl Selangor


 
KEADAAN kereta yang ditenggelami banjir kilat di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran Wisma UOA di Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/MEDIA SOSIAL

Oleh MASZUREEN HADZMAN dan OMAR ZIN
7 Mac 2022, 
PETALING JAYA: Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial.

Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air.

Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi.

JALAN raya di Kuchai Lama turut dinaiki air banjir akibat hujan lebat hari ini.


Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.

Empat kawasan di sekitar Gombak turut dinaiki air selepas hujan lebat pada waktu petang.

Antara kawasan terjejas iaitu Bandar Baru Sungai Buloh,  Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 50 kediaman terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.

Sementara itu, kata beliau, kejadian banjir yang berlaku di Jalan Masjid Kampung Gombak Batu Arang dekat sini telah menyebabkan tiga kediaman terjejas.

“Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu telah menyebabkan air naik dengan kedalaman lebih 1 kaki.

“Bagaimanapun air tidak memasuki rumah dan air semakin surut. Tiada pemindahan mangsa dilakukan,” jelasnya.

Terowong SMART umum ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir. – UTUSAN

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/banjir-kilat-landa-beberapa-kawasan-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Kawasan Ibu Negara Dilanda Banjir Kilat

Enam Kawasan Ibu Negara Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 584 hits
KUALA LUMPUR Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang berikutan hujan berterusan sejak jam 3 petang tadi Agensi Pengurusan Bencana Negara mengesahkan kejadian itu dan kawasan dilaporkan dinaiki air sekitar Balai Polis Dang Wang...
Purata Hujan Lebih Sebulan Dalam 2 Jam Punca Banjir Kilat Kata Menteri

Purata Hujan Lebih Sebulan Dalam 2 Jam Punca Banjir Kilat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 186 hits
Hujan berkenaan menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi menyebabkan air bertakung di kawasan terjejas kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man PETALING JAYA Hujan lebat me...
Hampir 40 Rumah Terjejas Banjir Kilat Di Jelebu

Hampir 40 Rumah Terjejas Banjir Kilat Di Jelebu

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 266 hits
Paras air paling tinggi naik hingga 0 5 meter di beberapa kawasan bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka menurut APM SEREMBAN Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas ban...
Banjir Dan Longsor Landa Minahasa Selatan 97 Kk Terdampak

Banjir Dan Longsor Landa Minahasa Selatan 97 Kk Terdampak

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 195 hits
Banjir dan longsor melanda Kabupaten Minahasa Selatan Sulawesi Utara pada Selasa setelah hujan dengan intensitas tinggi Selain faktor cuaca longsor terjadi akibat struktur tanah yang labil
Lagi Gangguan Air Di Selangor Melibatkan 42 Kawasan Di Shah Alam Klang Petaling

Lagi Gangguan Air Di Selangor Melibatkan 42 Kawasan Di Shah Alam Klang Petaling

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 220 hits
SHAH ALAM Sebanyak 42 kawasan di Shah Alam Klang dan Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada Jumaat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menerusi kenyataan di Facebook berkata ia susulan terdapat kerosakan sistem el...
Banjir Bandang Landa Malang Satu Warga Hilang

Banjir Bandang Landa Malang Satu Warga Hilang

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 199 hits
Plt Kepala Pusat Data Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Abdul Muhari menyampaikan saat ini pencarian korban hilang masih dilakukan Pencarian dilakukan tim Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupate...
Hujan Lebat Banjir Kilat Tenggelamkan Ribuan Kenderaan Di Sekitar Ibu Negara Petang Tadi

Hujan Lebat Banjir Kilat Tenggelamkan Ribuan Kenderaan Di Sekitar Ibu Negara Petang Tadi

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Beberapa kawasan sekitar Lembah KIang termasuk ibu kota di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan beberapa lalu...
Malaysia Dijangka Alami Banjir Kilat Bermula 14 Mac Hingga Pertengahan Mei

Malaysia Dijangka Alami Banjir Kilat Bermula 14 Mac Hingga Pertengahan Mei

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 193 hits
Foto The StarMalaysia dijangka berdepan dengan fasa peralihan monsun bermula hari ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei depan Dalam tempoh itu Malaysia dijangka akan berdepan dengan masalah banjir kilat di beberapa tempat Ketua Pengar...
Banjir Di Hulu Terengganu Serius Kawasan Tak Pernah Banjir Turut Terjejas

Banjir Di Hulu Terengganu Serius Kawasan Tak Pernah Banjir Turut Terjejas

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 267 hits
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata sebanyak 1 432 penduduk telah berjaya dipindahkan dan sebanyak 21 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah itu KUALA BERANG Banjir yang melanda Hulu Terengganu di sini disifatkan sebagai yang...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik