Punya Miskin Calon Rupanya Umno Ini Calon Pun Kutip Daripada Pas


 
UMNO mempunyai ahli seramai 3.4 juta orang dan merupakan parti terbesar di negara ini.
Di dalamnya terkumpul segala macam jenis manusia – daripada cerdik pandai, usahawan, golongan kaya, ahli korporat, pendidik, agamawan, profesional dan pelbagai lagi.
Dalam mana-mana sektor di negara ini, boleh dikata pasti ada orang kuat UMNO di dalamnya.
Yang terbabit skandal dan nakal-nakal pun ada terselit sama di dalam UMNO.
Makna kata, untuk apa saja peranan yang diperlukan, tambahan lagi sebagai calon pilihan raya, UMNO pasti tiada masalah untuk mencari daripada kalangan ahlinya sendiri bagi memenuhi keperluan itu.
Malangnya, dalam PRU15 kali ini memperlihatkan UMNO sebenarnya sebuah parti yang tandus, miskin, gersang dan tidak berkeupayaan dalam memilih calonnya sendiri.
Ini kerana untuk mencari dua calon bagi kerusi Parlimen Tumpat di Kelantan dan Kuala Nerus di Terengganu, seolah-olah tiada yang layak untuk mengisinya daripada kalangan ahli UMNO sendiri.
Bagi kerusi Parlimen Tumpat, UMNO telah memilih penyandang Ahli Parlimen kawasan itu daripada Pas, Che Abdullah Mat Nawi sebagai calon BN bagi PRU15 ini.
Untuk kerusi Kuala Nerus pula, UMNO memilih Khairuddin Aman Razali, penyandangnya daripada Pas juga sebagai calon BN.
Che Abdullah boleh dikira sebagai “barang reject” berikutan namanya tidak dicalonkan lagi oleh Pas dalam PRU15 kali ini kerana gagal mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama parti itu.
Kalau tidak diluluskan oleh Majlis Syura Ulama Pas, ini bermakna beliau seorang calon yang bermasalah dan tidak melepasi kelayakan sepatutnya sebagai calon.
Tetapi UMNO telah mengutipnya dan menilainya sebagai calon yang boleh menang untuk mewakili BN?
Tak ke pelik namanya?
Begitu juga dengan Khairuddin di Kuala Nerus, beliau sudah lama diketepikan oleh Pas sehingga akhirnya beliau sendiri keluar daripada parti itu.
Sekali lagi, UMNO juga mengutipnya untuk dijadikan calon, kononnya beliau adalah calon boleh menang bagi BN.
Jika beliau pemimpin yang ada harga, sudah tentu Pas akan menjaga dan menatang beliau dengan baik.
Kalau parti lain mengutip bekas ahli UMNO untuk dijadikan calon mereka, ia barangkali tidaklah menghairankan kerana UMNO sebuah parti yang besar dan ada nama.
Macam bekas pemain daripada Real Madrid, tentulah tidak menghairankan jika ada kelab-kelab kecil ingin mengambil mereka sebagai pemainnya, tetapi tentulah nampak pelik jika Real Madrid mengutip pemain kelab di negara kita untuk dijadikan sebagai penyerangnya.
Dalam hal ini, apakah UMNO Tumpat dan Kuala Nerus begitu ketandusan dan miskin daripada kalangan ahlinya sendiri untuk dipilih sebagai calon mewakili BN?
Tiadakah yang berkebolehan dan cerdik pandai daripada kedua-dua UMNO bahagian itu?
Lebih daripada itu, kalau tiada calon daripada UMNO Bahagian Tumpat dan Kuala Nerus, apakah tiada langsung daripada seluruh Kelantan dan Terengganu yang boleh dlketengahkan sebagai calon?
Jika UMNO boleh meletakkan calon-calon luar di beberapa kawasan lain dalam PRU15 kali ini, katalah jika tiada calon daripada bahagian Tumpat dan Kuala Nerus serta negeri Kelantan dan Terengganu yang layak untuk diketengahkan, tidak bolehkah diletakkan calon UMNO daripada negeri-negeri yang lain?
Kenapa UMNO mesti mengambil daripada Pas sebagai calon mereka?
Apakah meletakkan calon ahli UMNO sendiri ternampak begitu hina daripada mengutip “barang reject” dan “barang tak berapa laku” daripada Pas untuk dijadikan calon BN?
Apa yang berlaku di Tumpat dan Kuala Nerus ini sebenarnya tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan UMNO sebelum ini.
Miskin sungguh UMNO di era Zahid Hamidi ini rupanya….ShahbudinHusin 03/11/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/punya-miskin-calon-rupanya-umno-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Che Lah Isi Borang Sebagai Calon Umno Selepas Tidak Dicalonkan Pas

Che Lah Isi Borang Sebagai Calon Umno Selepas Tidak Dicalonkan Pas

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 239 hits
BORHAN AHMADBekas Ahli Parlimen Tumpat dikatakan akan bertanding atas tiket Barisan Nasional selepas tidak dicalonkan oleh Pas dalam pengumuman calon Perikatan Nasional malam tadi Menurut aktivis Umno Mohd Yusof Solu Datuk Che Abdullah Mohd...
Pas Sabah Seru Ahli Penyokong Undi Calon Grs Bn

Pas Sabah Seru Ahli Penyokong Undi Calon Grs Bn

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 217 hits
SEMUA ahli serta penyokong PAS Sabah diminta untuk membantu dan mengundi calon mewakili Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan berkata sokongan kepad
Tuan Ibrahim Dedah Pas Akan Bekerjasama Dengan Umno Lepas Pru Pas Akan Khianati Bersatu

Tuan Ibrahim Dedah Pas Akan Bekerjasama Dengan Umno Lepas Pru Pas Akan Khianati Bersatu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 172 hits
Pas beri bayangan kerjasama dengan UMNO tidak akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Kata timbalan presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ini kerana UMNO mendakwa parti itu tidak ada pendirian tetap Kata Tuan Ibrahim parti itu...
Pru 15 Umno Bertekad Mahu Pastikan Pas Tewas Semua Kerusi Dun Di Pahang

Pru 15 Umno Bertekad Mahu Pastikan Pas Tewas Semua Kerusi Dun Di Pahang

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 201 hits
nbsp BERA Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail bertekad memastikan PAS tewas lapan kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu Wan Rosdy berkata P
Wanita Umno Kecewa Bn Gagal Terjemah Kuota 30 Peratus Calon Wanita

Wanita Umno Kecewa Bn Gagal Terjemah Kuota 30 Peratus Calon Wanita

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 144 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 3 2022 11 38 AMWanita Umno membangkitkan rasa tidak puas hati dengan senarai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke 15 kali ini susulan kegagalan pucuk pimpinan parti menterjema...
Pas Gugurkan Nik Abduh Che Abdullah Dari Senarai Calon Pru15

Pas Gugurkan Nik Abduh Che Abdullah Dari Senarai Calon Pru15

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 310 hits
FMT ReportersBekas Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi digugurkan dalam senarai calon PRU15 Perikatan Nasional Kelantan PETALING JAYA Bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Ab...
Gugur Sekutu Jadi Calon Umno Dilihat Cuba Sekat Ismail

Gugur Sekutu Jadi Calon Umno Dilihat Cuba Sekat Ismail

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 182 hits
Lynelle ThamPETALING JAYA Keputusan Barisan Nasional menggugurkan beberapa nama besar daripada barisan calon pilihan raya umum ke 15 mendorong seorang penganalisis membuat spekulasi bahawa Umno cuba melemahkan pengaruh Perdana Menteri Ismai...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton