Punca Umno Pas Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional


Punca Umno PAS Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional. Dua hari sebelum 16 September yang merupakan Hari Malaysia pada tahun ini, tercipta satu sejarah - apabila dua parti yang turun-temurun berbalah, malah saling menuduh kafir dan sesat; PAS dan Umno berjaya menandatangani hubungan kerjasama

Walaupun usaha kerjasama dua parti tertua di negara ini telah dilakukan semenjak tahun 2008 lagi - atas nama idea unity government - tetapi perlaksanaan kerjasama ketika itu agak sukar terjadi

Dari sudut ahli PAS pun, masih ramai lagi dari kalangan mereka yang agak susah hendak menerima cadangan tersebut. Apatah lagi, melihat kepada Umno yang terpalit dengan skandal kewangan negara seperti 1MDB

Dengan itu, berlaku perlawanan dalaman parti, sehingga sebilangan besar figura besar PAS telah keluar dan menubuhkan parti baru - Parti Amanah Negara

Walau bagaimanapun, dengan keluar sebilangan besar figura besar itu, menjadikan usaha PAS mahu bergabung dengan Umno semakin lancar. Dengan itu, sejarah 14 September berjaya dilaksanakan

Menarik direnung, pada peringkat awal, ungkapan yang dipopularkan adalah "penyatuan Ummah". Tetapi, tidak semena-mena dua parti yang berorentasikan kaum dan agama itu memutuskan untuk menukar kepada ungkapan lain - Piagam Muafakat Nasional

Tidak tahu apa yang difikirkan oleh pemimpin tertinggi PAS dan Umno itu. Berbagai spekulasi yang kedengaran. 
Ada pihak mendakwa, menukar itu kerana mengambil kira rakan taulan Umno turun temurun - MCA dan MIC. Wallahu alam, hanya Allah yang tahu hakikat sebenarnya

Andai tindakan PAS - Umno menukar itu kerana faktor kewujudan bukan muslim, dan dianggap kalimah Ummah hanya fokus kepada muslim sahaja, saya menganggap menolak penggunaan kalimah "ummah" tersebut adalah dangkal dan cukup tidak berilmu

Ummah centric
Jika diimbau ke tahun 2006 yang lalu, Dr Maszlee Malik yang kini menteri pendidikan, pernah melontarkan satu idea - ummah centric vs jemaah centric

Ketika itu, saya menjawat jawatan ketua Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, saya masih ingat bagaimana Ustaz Idris Ahmad yang ketika itu timbalan ketua pemuda PAS Pusat telah menolak wacana yang dibuka oleh Dr Maszlee tersebut

Bukan sekadar menolak, malah Ustaz Idris Ahmad yang mendokong idea jemaah centric - dalam ucapan penutup muktamar Pemuda PAS Pusat itu, tanpa rasa bersalah menuduh Dr Maszlee Malik yang ketika itu adalah pensyarah UIA sebagai ejen Umno

Menarik untuk direnungi, kini Dr Maszlee Malik adalah salah seorang menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dimusuhi Umno, sedangkan Ustaz Idris Ahmad pula pemimpin PAS yang kini memberi “siqah” atau kepercayaan penuh kepada kerjasama PAS - Umno

Ummah dalam hadis
Bagi mereka yang sering mendengar syarahan dan membaca tulisan ulama Arab berkenaan perbahasan kalimah “ummah” pasti akan tahu akan pemaknaannya yang sebenar. 
Ingin saya mencadangkan agar ulama-ulama dalam PAS dan Umno perlu mendengar kupasan daripada Syaikh Dr Said Ramadhan al Buti berkenaan hal ini.

Punca Umno PAS Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional
Dalam satu syarahan beliau, dijelaskan bahawa penggunaan kalimah ummah bukan sekadar merujuk kepada orang Islam sahaja, malah termasuk juga kepada orang yang tidak beragama Islam. Ini dihujah kepada dua dalil berikut:
Pertama, dalam Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW ada bersabda:
"Demi nyawa Muhammad di tangan Tuhan, bahawa tidak ada seorang pun daripada kalangan umat ini, sama ada dia Yahudi atau Nasrani yang mereka mendengar (Islam) daripadaku (Nabi), kemudian mereka mati tanpa beriman kepadaku, maka dia sebagai ahli neraka." (Hadis no, 153)
Daripada hadis ini kita akan faham bahawa Nabi telah menjelaskan bahawa Yahudi dan Nasrani - walaupun mereka tidak beragama Islam, mereka dikira juga sebilangan daripada kalangan ummah

Kedua, dalam hadis lain Nabi SAW ada bersabda: 
"Para Nabi terdahulu diutuskan untuk kaum tertentu, sedangkan aku diutuskan untuk semua manusia." (al Bukhari, hadis no : 335)
Dengan hadis ini, Dr Said Ramadhan al-Buti menjelaskan bahawa, ummah bukan dikhususkan untuk muslim sahaja, malah semua mereka yang tidak beragama Islam juga dikira daripada kalangan ummah

Ubah idealisme
Dalam karya Muqaddimah, Ibn Khaldun ada membincangkan teori "tadawul" - perubahan jatuh naik sesuatu pemerintahan

Menurut pengamatan ulama sosiologi itu, sesuatu idea dalam sesuatu pentadbiran mengambil masa selama 40 tahun. Kemudian idea tersebut bergantian sehingga mencapai 120 tahun. Selepas 120 tahun, selalunya pemerintahan itu akan jatuh

Melihat teori tadawul, mengingatkan kita pada permulaan idea kepimpinan ulama yang secara rasmi diterima dalam PAS semenjak 1982. Dalam kiraan itu, umur kepimpinan ulama kini sudah mencapai 37 tahun - berbaki tiga tahun lagi

Dalam buku "Memoir Politik Asri: Meniti arus", Datuk Asri Muda ada menulis bahawa sebelum kepimpinan Ulama PAS, idealisme yang PAS amalkan adalah semangat nasionalis yang disebatikan dalam fikrah Islam

Namun, apabila berlaku revolusi Iran tahun 1979, idea Wilayatul Faqeh cadangan Ayatollah al-Khomeini yang bermazhab Syiah diterima oleh PAS. Ia diserap secara langsung dalam idealisme perjuangan PAS yang dijenamakan sebagai kepimpinan ulama

Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh - yang pernah menjawat jawatan pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia - ada menulis bahawa idea kepimpinan ulama PAS merupakan pemikiran yang memisahkan fikrah Islam daripada semangat kebangsaaan Melayu

Tahun 1983 merupakan titik akhir idealisme percampuran faham kebangsaaan Melayu dan Islam apabila gagasan yang dibawa beberapa tokoh besar dalam PAS seperti Dr Burhanuddin al Helmi, Prof Zulkifli Muhammad dan Dato’ Asri tersingkir daripada kerangka idealismenya

Menarik untuk direnung, apabila teori tadawul oleh Ibn Khaldun itu meletakkan batasan 40 tahun, sedangkan kepimpinan ulama yang tinggal beberapa tahun sahaja lagi akan mencecah umur 40 tahun; yang PAS pula pada kala ini sedang mengolah persetujuan ahli partinya agar menerima Umno sebagai rakan kerjasama dengan menggunakan istilah “ta’awun siyasi”, “matang dan sejahtera”, serta sedang membawa naratif yang amat berbeza dengan pendekatan PAS turun temurun – menyerang dan bermusuh dengan Umno

Mungkin pada saat ini, PAS sedang berada dalam landasan perubahan idealisme politik mereka. 
Mungkin mereka akan “sujud di kubur” Datuk Asri Muda mengaku salah atas usaha menjatuhkan bekas Yang Di Pertua PAS itu - dengan mengambil semula idea campuran Islam dan fahaman kebangsaan Melayu

Bahkan, mungkin juga mereka sedang menuju ke arah idealisma yang lebih sedih – penafsiran Islam dalam semangat perkauman

Pada saya, itu tidak pelik. Apatah lagi, ketika kita mengetahui kenyataan terbaru Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Sarawak baru-baru ini yang menyebut,"...biar Melayu yang menguasai Sarawak ini... kita tidak halau orang Cina, tidak! Tapi jangan orang Cina menguasai Sarawak ini," katanya seperti dipetik lidah rasmi parti itu, Harakahdaily. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/09/punca-umno-pas-guna-kalimah-ummah-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional Umno Pas Ditandatangani

Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional Umno Pas Ditandatangani

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 411 hits
Hari ini Himpunan Penyatuan Ummah telah berlangsung di PWTC Kuala Lumpur dan telah dibanjiri ramai pengunjung dan penyokong UMNO dan PAS Perhimpunan pagi tadi juga telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman Piagam Muafakat Nasiona...
Kenapa Pas Umno Tolak Guna Kalimah Ummah

Kenapa Pas Umno Tolak Guna Kalimah Ummah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 297 hits
Wan Ji Wan Hussin Dua hari sebelum 16 September yang merupakan Hari Malaysia pada tahun ini tercipta satu sejarah apabila dua parti yang turun temurun berbalah malah saling menuduh kafir dan sesat PAS dan Umno berjaya menandatangani hubunga...
Umno Pas Akhirnya Meterai Piagam Muafakat Nasional

Umno Pas Akhirnya Meterai Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 450 hits
Diterbitkan Hari ini 1 20 tengahariUmno dan PAS akhirnya memeterai piagam kerjasama yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putran Kuala Lumpur hari ini Ia selepas presiden kedua dua parti...
Muafakat Nasional Umno Pas Ini Ulasan Tun Hamid

Muafakat Nasional Umno Pas Ini Ulasan Tun Hamid

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 209 hits
KEMUNCAK perpaduan orang Melayu adalah dalam tahun 1946 Pada masa itu orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union Selepas itu orang Melayu bersatu menentang ancaman pengganas Komunis orang Melayu juga bersatu mempejuangkan kemerdekaan...
Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 203 hits
September 18 2019 3 44 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Sabtu lalu PETALING JAYA PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Khas Merangka Plan Tindakan dan road map mer...
Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru

Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 498 hits
Piagam Muafakat Nasional antara Umno PAS yang dimeterai hari ini menggariskan 5 teras termasuk janji mahu mengusahakan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik Selain itu teras terseb...
7 Sebab Kenapa Penyatuan Ummah Dan Piagam Muafakat Nasional Perlu Disokong Oleh Rakyat Sabah

7 Sebab Kenapa Penyatuan Ummah Dan Piagam Muafakat Nasional Perlu Disokong Oleh Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 206 hits
1 DEMOKRASI Negara ini mengamalkan demokrasi Sesiapa pun boleh bergabung dalam mana mana platform politik atau massa asalkan ianya tidak menyalahi undang undang Hak itu dilindungi oleh perlembagaan negara DAP pernah bergabung dengan PAS PPB...
Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 315 hits
Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang maka dengan ini sahlah ...
10 Kali Perhimpunan Ummah Umno Pas Pun Untuk Singkir Dap Tidak Akan Berjaya Tanpa Mahathir

10 Kali Perhimpunan Ummah Umno Pas Pun Untuk Singkir Dap Tidak Akan Berjaya Tanpa Mahathir

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 511 hits
Itulah kedudukan terkini 60 tahun DAP cuba jadi sebahagian kerajaan tetapi gagal dan di era Tun sebagai PM lagi hampir pupus Tetapi dengan sekali saja Tun bawa bersama DAP mereka sudah mampu jadi sebahagian kerajaan Dan hari ini kalau Tun m...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama