7 Sebab Kenapa Penyatuan Ummah Dan Piagam Muafakat Nasional Perlu Disokong Oleh Rakyat Sabah




1. DEMOKRASI
* Negara ini mengamalkan demokrasi. Sesiapa pun boleh bergabung dalam mana-mana platform politik atau massa asalkan ianya tidak menyalahi undang-undang. Hak itu dilindungi oleh perlembagaan negara. DAP pernah bergabung dengan PAS. PPBM dan DAP pun bergabung walaupun satu ketika dulu pemimpin mereka bermusuhan. Itu hak masing-masing.
2. PELUANG KEEMASAN PENYATUAN BANGSA
* Inilah yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh umat Melayu dan bumiputera. Selama ini Melayu dan bumiputera berpecah dan sering tidak sekata. Mereka mahu kesempatan ini diambil dan digunakan sebaik mungkin. Mereka tidak mahu jendela kesempatan ini disia-siakan oleh pemimpin-pemimpin politik. Peluang penyatuan seperti ini tidak mudah datang lagi dalam puluhan tahun mendatang. Masa, tempat dan keadaannya sekarang tepat dan sesuai untuk gerakan penyatuan ini.
3. TIDAK RASIS DAN BUKAN PELAMPAU AGAMA
* Penyatuan Ummah telah melahirkan Piagam Muafakat Nasional yang jelas menyatakan bahawa ianya akan mempertahankan dan memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain dalam negara kita. Orang bukan Islam dan bukan bumiputera tidak perlu bimbang. Selama ini pentadbiran kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan PAS tetap berlaku adil kepada semua pihak. Semua rakyat hidup aman damai. Semua boleh cari rezeki dengan selesa dan membina masa depan masing-masing dengan keyakinan dan keadilan.
4. KESTABILAN NEGARA
* Melayu dan Bumiputera merupakan 70% daripada jumlah penduduk Malaysia. Sejarah telah menunjukkan bahawa jika kumpulan penduduk majoriti dalam mana-mana negara di dunia merasa resah, gelisah, panik, kecewa dan tersisih, negara tersebut tidak akan stabil. Bila penduduk majoriti merasa aman, selesa dan yakin, negara itu akan stabil dari sudut politik, sosial dan ekonomi. Kestabilan ini baik untuk semua kaum termasuk kaum minoriti.
5. BUKTI MALAYSIA BOLEH
* Penduduk Islam Malaysia mahu mengambil peluang ini untuk membukitkan bahawa kebangkitan penyatuan umat Islam ini tidak semestinya berakhir dengan keganasan dan huru-hara seperti apa yang berlaku di Asia Barat dan Timur Tengah. Inilah peluang besar untuk Malaysia menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu berjiwa besar dan cintakan keamanan.
6. PENCETUS KESEDERHANAAN
* Sesetengah pihak sering melabel UMNO sebagai terlalu “merah” dan PAS pula terlalu “hijau”. Dengan gabungan kerjasama di bawah konsep penyatuan ummah dan Muafakat Nasional ini, pastinya kedua-dua pihak akan saling nasihat menasihati tentang perlunya kesederhanaan dalam pendekatan masing-masing. Mereka boleh ingat mengingati bahawa untuk menjadi releven kepada seluruh rakyat Malaysia, konsep penyatuan ummah dan Muafakat Nasional mesti merangkumi janji untuk tidak mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Dalam ucapan-ucapan dan kenyataan pimpinan tertinggi UMNO dan PAS sebelum ini tidak pernah menyebut penyatuan ummah dan Muafakat Nasional ini diujudkan untuk menganiaya mana-mana pihak kerana agama Islam tegas melarang berbuat demikian. Malah mereka menyebut berkali-kali bahawa penyatuan ummah ini adalah untuk kebaikan semua pihak dalam Malaysia.
7. MENGIMBANGI KUASA EKONOMI
* Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional juga bakal memperkukuhkan ekonomi bumiputera dan umat Islam supaya bertambah kukuh. Bila kukuh, pendapatan Melayu dan bumiputera juga pastinya akan meningkat. Akhirnya yang turut mendapat manfaat ialah golongan usahawan kaum bukan bumiputera juga kerana mereka sememangnya sudah bertapak lama dalam bidang ekonomi. Tidak akan ujud situasi di mana segala transaksi ekonomi negara akan mengecualikan orang bukan Islam dan bukan bumiputera. Itu perkara mustahil.
Saya berharap rakyat Malaysia keseluruhannya akan menerima penyatuan ummah dan Muafakat Nasional ini dengan positif dan hati yang terbuka.
Gerakan penyatuan ummah dan Muafakat Nasional ini tidak akan mungkin dapat digagalkan oleh mana-mana pihak kerana ianya bermula dan bertunjangkan gerakan akar umbi yang resah dan gelisah dengan perkembangan terkini dalam negara. Bila gerakan rakyat bangkit, ianya satu kebangkitan yang susah untuk dibendung. Ianya sudah dan sedang berlaku dan akan berterusan. Inilah bentuk landskap politik terbaru tanah air kita dan semua pihak perlu menerima hakikat ini.
Lebih cepat kita mengikhtiraf dan memahaminya bersama, lebih banyak kebaikan yang kita dapat darinya, demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyatnya. InsyaAllah.
Sekian.
____
Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan,
Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran,
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
23.09.19
Kota Kinabalu




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/24/7-sebab-kenapa-penyatuan-ummah-dan-piagam-muafakat-nasional-perlu-disokong-oleh-rakyat-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Umno Pas Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional

Punca Umno Pas Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 315 hits
Punca Umno PAS Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional Dua hari sebelum 16 September yang merupakan Hari Malaysia pada tahun ini tercipta satu sejarah apabila dua parti yang turun temurun berbalah malah saling menuduh kafir dan se...
Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 237 hits
September 18 2019 3 44 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Sabtu lalu PETALING JAYA PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Khas Merangka Plan Tindakan dan road map mer...
Piagam Muafakat Nasional Kalau Retorik Kenapa Pemimpin Ph Perlu Takut

Piagam Muafakat Nasional Kalau Retorik Kenapa Pemimpin Ph Perlu Takut

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 292 hits
Sinar Harian Najmil berkata walau apa jua terjadi penyatuan ummah harus direalisasikan pada pilihan raya umum akan datang Foto Sinar Harian KUALA TERENGGANU Kenyataan provokasi yang dikeluarkan sesetengah pemimpin Pakatan Harapan terhadap p...
Piagam Muafakat Nasional Islam Tidak Lagi Memimpin

Piagam Muafakat Nasional Islam Tidak Lagi Memimpin

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 273 hits
Piagam Muafakat Nasional Islam tidak lagi memimpin Oleh September 20 2019Piagam Muafakat Nasional yang diuar uarkan oleh Pas kepada penyokong mereka seolah olah Umno mengharapkan talian hayat daripada parti itu tidak menjadi kenyataan Sebai...
Hpu149 Kerja Keras Selepas Meterai Quot Piagam Penyatuan Ummah Quot

Hpu149 Kerja Keras Selepas Meterai Quot Piagam Penyatuan Ummah Quot

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 305 hits
Pemuda Umno mengingatkan partinya dan PAS supaya tidak terleka dengan piagam kerjasama kedua dua parti Melayu Islam terbesar itu menegaskan pemeteraian itu hanya permulaan kepada kerja keras Naib Ketua Shahril Sufian Hamdan meminta Umno dan...
Rakyat Tersentak Dengan Kerajaan Hopeless Penyatuan Ummah Jalan Penyelesaian

Rakyat Tersentak Dengan Kerajaan Hopeless Penyatuan Ummah Jalan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 265 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat tersentak dengan apa yang berlaku dalam negara ini setelah kerajaan yang ada bukan sahaja dilihat sebagai sebuah kerajaan yang hopeless malah rakyat sedang merasai keperitan Lantaran ...
Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional Umno Pas Ditandatangani

Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional Umno Pas Ditandatangani

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 465 hits
Hari ini Himpunan Penyatuan Ummah telah berlangsung di PWTC Kuala Lumpur dan telah dibanjiri ramai pengunjung dan penyokong UMNO dan PAS Perhimpunan pagi tadi juga telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman Piagam Muafakat Nasiona...
Jalil Backer Prk Tanjung Piai Ujian Kepada Piagam Muafakat Nasional

Jalil Backer Prk Tanjung Piai Ujian Kepada Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 413 hits
1 Semoga Allah merahmati dan mengampuni segala dosa dosa allahyarham Ahli Parlimen Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik yang meninggal dunia awal pagi ini 2 Takziah kepada keluarga Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan ...
Umno Pas Akhirnya Meterai Piagam Muafakat Nasional

Umno Pas Akhirnya Meterai Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 500 hits
Diterbitkan Hari ini 1 20 tengahariUmno dan PAS akhirnya memeterai piagam kerjasama yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putran Kuala Lumpur hari ini Ia selepas presiden kedua dua parti...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord