Punca Lebam Misteri Timbul Di Badan Angkara Hantu Atau Penyakit Rileks Media
Seperti biasa, orang-orang kita sering dihantui dengan kisah-kisah misteri… paling takut apabila ia melibatkan jin.
Pernah dengar cerita jin jatuh hati dengan manusia? Perkara itu sering dikaitkan dengan individu yang mempunyai lebam-lebam misteri pada beberapa bahagian tubuh. Lebih tepat, lebam itu umpama “gigitan cinta” yang ditinggal jin pada tu buh si mangsa pilihannya. Ish, seram kan?
Tetapi, adakah fakta ini logik mengikut pemahaman moden generasi milenial?
Biarpun ia sering mengundang perdebatan, hujah-hujah yang dikeluarkan sering sahaja ‘loggar’ tanpa gabungan fakta kukuh.
Ia juga sering ditanya kepada para ustaz apakah benar lebam di badan yang secara tiba-tiba muncul tanpa sebarang tanda kesakitan itu adalah angkara jin, namun jawapan yang lebih tepat mungkin berbalik kepada pemahaman individu masing-masing. Scara dasarnya lebam yang disebabkan oleh benda ghaib mungkin benar akan tetapi lebam yang dikatakan berlaku kerana reaksi dalaman tu buh adalah jauh lebih logik.
Jika anda tanya penulis, penulis lebih terbuka untuk menerima bahawa lebam adalah disebabkan reaksi tu buh.
Menurut kajian saintifik dalam dunia perubatan, lebam yang terjadi secara tiba-tiba boleh disebabkan pelbagai penyakit berkaitan darah dan salurannya. Boleh jadi, ia juga petanda awal yang berpunca dari Leukemia.
Oleh itu, jangan terlalu taksub dengan kepercayaan misteri sehingga penyakit dalam tu buh melarat kerana tersalah anggap bahawa lebam itu adalah perbuatan jin semata. Lalu ramailah yang melawat ke pondok-pondok serta rumah-rumah pengamal perubatan tradisional untuk mengubati ‘penyakit jin’ tersebut sehingga akhirnya menggadai nyawa.
Bagaimana Lebam Terjadi?
Jelas Dr Zubaidi Hj Ahmad, lebam sebenarnya berlaku apabila kulit di badan kita terdapat pengumpulan darah. Ia terjadi apabila salurah darah kecil pecah di bawah kulit. Pengumpulan darah ini akan memberi efek warna merah atau biru kekuningan pada permukaan kulit dan bakal hilang sendiri dalam masa dua minggu.
Ia juga dikenali sebagai ecchymosis yang sering berlaku apabila terkena kecederaan trauma akibat terlanggar objek keras. Sebagai contoh bucu meja. Salur darah kecil yang berada di bawah bahagian kulit yang terkena kecederaan itu tadi akan pecah seterusnya mmebuatkan darah berkumpul di situ. Bengkak akan terjadi bahkan menghasilkan tompok darah beku yang dipanggil lebam.
Wanita Lebih Mudah Dapat Lebam
Ini mungkin kenapa kita sering ditakuti dengan kenyataan bahawa “lebam itu adalah perbuatan jin yang telah jatuh hati pada kita”. Walhal, sememangnya wanita lebih mudah mendapatkan lebam kerana kekenyalan tisu kulit wanita lebih lembut dan sensitif berbanding lelaki.
Lebih-lebih lagi apabila umur seseorang semakin meningkat, saluran darahnya juga sudah menjadi lemah membuatkan risiko kemunculan lebam itu lebih tinggi. Kanal-kanak juga mudah lebam tahu?
Kekurangan Zat Juga Penyebab Lebam
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Advanced Nutrition: Macronutrients, Micronutrients and Metabolism, punca utama lebam juga kadang-kala disebabkan kekurangan nutrisi seperti vitamin C, Vitamin K, Vitamin B9 dan B12. Bila diet tidak seimbang, sudah tentu kesihatan kulit akan terkesan seperti semakin menipis malah saluran darah juga lemah kerana pertambahan usia.
Cara Merawat Lebam
Tekap bongkah ais di bahagian yang lebam. Kesejukan ais mampu mengurangkan pendarahan dalam kulit seterusnya mengecutkan salur darah.
“Ramai orang kita salah faham bahawa menuam bahagian lebam dapat kecutkan bengkak, benjol atau saluran darah, namun sebaliknya kepanasan akan mengembangkan lagi kecederaan.
“Hanya kesejukan sebenarnya yang berfungsi untuk mengecut kecederaan”.
Tinggikan sekali kedudukan bahagian tubuh yang lebam. Jika lebam pada peha, berbaringlah sambil naikkan kedudukan peha agar lebih tinggi dari paras jantung untuk menghentikan pergerakan darah ke bahagian lebam berkenaan. Jika berdiri, pendarahan akan jadi lebih teruk menyebabkan lebih banyak darah yang dipam ke kawasan kecederaan tersebut.
Perlukah Dapatkan Rawatan Lebam Di Hospital?
Jika ianya teruk disebabkan kecederaan berat seperti dihempap almari mahupun televisyen pada bahagian-bahagian sensitiftubuh contohnya di muka atau di kawasan nipis sekitar badan, hendaklah mangsa di bawa ke hospital kerana apabila terlalu banyak darah beku, bahagian itu akan membengkak besar sehingga perlu dibedah untuk keluarkan darah beku tersebut.
Jika setakat kecederaan ringan, cukup sekadar rawatnya di rumah dengan ais.
Hanya perlu ke hospital bila:-
Lebam tak hilang lepas dua minggu.
Kulit lebam tiba-tiba tanpa punca (mungkin tanda penyakit seperti Leukemia).
Lebam muncul tanpa ada berlanggar dengan objek keras.
Jika lebam membengkak dan membesar.
Lebam sehingga menyebabkan bahagian tubuh tidak boleh bergerak (mungkin efek kepada sendi).
Lebam yang terjadi di bahagian mata atau organ sensitif seperti kemaluan.
Semoga perkongsian kali ini berguna buat anda semua…
Jika ada sebarang maklumat tambahan berkenaan entri ini, sila tinggalkannya di bahagian komen. Selamat beramal!
Sumber: Wanista
Source link
The post Punca Lebam Misteri Timbul Di Badan, Angkara Hantu Atau Penyakit? – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rilekslah.my/punca-lebam-misteri-timbul-di-badan-angkara-hantu-atau-penyakit-rileks-media/