Punca Ketumbit Terjadi Bukan Sebab Mengintai Ye Mungkin Sebab Stress


Ketumbit Terjadi Sebab Mengintai Ke? || Inilah selalu aku dengar, tapi tak pernah google pulak sebab musabab sebenar. Haha..So harini dah tahu, dan haruslah aku share sekali...Biar tak terus percaya dengan kepercayaan lama tu..Hehee...Asal muncul ketumbit pada mata sahaja, orang mesti akan mengaitkannya dengan tabiat mengintai bukan?


Persoalannya, apakah punca sebenar ketumbit? Adakah ia disebabkan oleh stress? Ataupun ia berlaku kerana tidak cukup tidur?
Tenang, mari kita sama-sama cari jawapannya menerusi pembacaan artikel ini dengan lebih lanjut.
Apa itu ketumbit?Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan kondisi yang berlaku pada mata ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, ketumbit (hordeolum atau stye) adalah satu kondisi di mana timbul benjolan pada kelopak mata seperti sedang membengkak.
Ia sering kali dikaitkan dengan tabiat mengintai,  namun itu bukan sebabnya kerana ia berlaku akibat jangkitan bakteria Staphylococcus aureus.
Meskipun ia tidaklah berbahaya tetapi tetap akan mengganggu aktiviti seharian ekoran rasa tidak selesa selain menjejaskan penampilan anda.
Jenis-jenisnyaSebelum itu, kalian harus tahu bahawa terdapat 3 kelenjar kelopak mata yang sering dijangkiti iaitu kelenjar Zeis, Moll, dan Meibom.
Berdasarkan kelenjar-kelenjar ini, ketumbit boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
Hordeolum interna (meibom)Hordeolum eksterna (zeis dan moll)
Untuk pengetahuan anda, hordeolum interna biasanya akan muncul pada kelopak mata atas sementara hordeolum eksterna akan muncul pada pangkal bulu mata sama ada pada kelopak mata atas atau bawah.
Sebenarnya adalah agak sukar untuk kita semua membezakannya kerana kesemuanya kelihatan sama sahaja.
Maka sila dapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor sekiranya anda perasan mata telah terjangkiti kondisi ini.
Apa punca ketumbit?Seperti mana yang kita semua telah baca di atas tadi, kondisi ini berpunca daripada bakteria Staphylococcus aureus.
Ia akan menjangkiti bahagian kelenjar minyak yang terdapat di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata.
Untuk pengetahuan anda, bakteria ini boleh datang daripada sebarang perkara atau perbuatan yang menyentuh atau menggosok mata seperti jari, tangan atau alat solek.
Anda mungkin cenderung untuk dapat lebih banyak ketumbit semasa musim alahan apabila mata menjadi gatal.
Selain itu, anda juga mungkin akan lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda menghidapi blepharitis – sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.
ChalazionDalam pada itu, kalian juga harus tahu bahawa ada penyebab kondisi ini yang bukan disebabkan oleh bakteria iaitu chalazion.
Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi di mana berlaku penyumbatan pada kelenjar kelopak mata tanpa adanya jangkitan bakteria.
Penyumbatan tersebut seterusnya akan menyebabkan isi kelenjar terkumpul dan menggalakkan terjadinya keradangan pada kelopak mata.
Kesannya, akan muncul benjolan yang hampir mirip dengan hordeolum.
Benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?
Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kondisi ini boleh terjadi akibat jangkitan bakteria serta penyumbatan kelenjar kelopak mata.
Kini kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?
Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang bukti saintifik yang dapat menghubungkan perkaitan di antara stres dan ketumbit.
Pun begitu, anda mungkin tidak perlu berasa hairan jika selalu terkena kondisi ini ekoran stres yang dihidapi kerana mungkin ada benarnya.
Menurut segelintir ahli oftalmologi (pakar mata), stres dan juga tidur yang tidak mencukupi serta berkualiti boleh meningkatkan risikonya.
Antara penjelasan yang diberikan mereka adalah stres boleh melemahkan sistem imun dalam tubuh badan manusia menjadikan kita semua lebih mudah terkena jangkitan.
Menurut sebuah kajian pada tahun 2017, hormon stres seperti norepinephrine boleh bertukar kepada 3,4-dihydroxymandelic acid (DHMA) lantas mengakibatkan bakteria lebih mudah menjangkiti tubuh badan.
Dalam pada itu, stres juga akan mengakibatkan anda kurang tidur sekali gus melemahkan imuniti tubuh badan serta menjejaskan sel darah merah yang berfungsi untuk melawan jangkitan pada tubuh badan.
Stres juga akan membuat tubuh badan kalian penat dan letih sekali gus cenderung mengabaikan tahap kebersihan serta kesihatan tubuh badan termasuklah mata.
Jadi jawapan mudahnya adalah ya, stres mungkin boleh menjadi salah satu punca ketumbit.
Bagaimana merawat kondisi ini?
Usah khuatir kerana dalam kebanyakan kes, ketumbit akan hilang sendiri dan tidak memerlukan sebarang rawatan lanjutan.
Pun begitu, sila pastikan mata anda diperiksa jika ia tidak pulih dalam masa beberapa hari, tumbuh dengan cepat, mula keluar darah atau menjejaskan penglihatan anda.
Ini mungkin petanda jangkitan itu sudah merebak dengan lebih teruk!
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan tip-tip di bawah ini:
Jangan sesekali cuba untuk memecahkannyaTuam dengan tuala yang suamUrut dengan cermat dan perlahanElak daripada menggunakan alat kosmetikElak daripada menggunakan kanta lekapAkhir kata, ketumbit mungkin tidak berbahaya namun anda masih perlu berwaspada dengannya, ya?








Rujukan lain:
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.












SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/10/punca-ketumbit-terjadi-bukan-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Masih Dalam Proses Baiki Hubungan Syamsul Akui Gila Kerja Mungkin Punca

Kami Masih Dalam Proses Baiki Hubungan Syamsul Akui Gila Kerja Mungkin Punca

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 190 hits
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya tampil menjelaskan mengenai status sebenar rumah tangganya setelah agak lama isu tersebut menjadi perbualan ramai source
Hiburan Lupa Lirik Sebab Tengok Muka Ajai Mungkin Punca Saya Dapat Tempat Ke 5 Fadh Majid

Hiburan Lupa Lirik Sebab Tengok Muka Ajai Mungkin Punca Saya Dapat Tempat Ke 5 Fadh Majid

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 380 hits
Mendapat tempat ke 5 dalam program Big Stage 2020 penyanyi Fadh Majid merasakan bahawa punca dia memperoleh tempat terakhir adalah kerana lupa lirik Fadh atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid 27 memberitahu dia mengulang lirik papa...
Betul Ke Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Suka Mengintai Ini Jawapannya

Betul Ke Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Suka Mengintai Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 402 hits
Untuk pengetahuan anda hordeolum interna biasanya akan muncul pada kelopak mata atas sementara hordeolum eksterna akan muncul pada pangkal bulu mata sama ada pada kelopak mata atas atau bawah Sebenarnya adalah agak sukar untuk kita semua me...
Mungkin Jenama Lain Akan Ikut Jejak Apple

Mungkin Jenama Lain Akan Ikut Jejak Apple

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 229 hits
Mungkin jenama lain akan ikut jejak AppleKuala Lumpur Umum sudah mengetahui bahawa ketika pelancaran peranti ikonik milik Apple iaitu iPhone 12 tidak menyertakan palam kuasa termasuk fon telinga sebaliknya hanya kabel jenis USB C kepada Lig...
Vivo Iqoo U1x Tertiris Mungkin Sebuah Lagi Peranti Dengan Cip Snapdragon 662

Vivo Iqoo U1x Tertiris Mungkin Sebuah Lagi Peranti Dengan Cip Snapdragon 662

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 223 hits
IQOO U1 telah diperkenalkan sekitar Julai lalu dengan cip pemproses Snapdragon 720G Dalam perkembangan terkini sebuah lagi peranti terkini keluaran jenama ini mungkin bakal diumumkan tidak lama Dikenali sebagai IQOO UIx ia didakwa telah mul...
Kenang Ucapan Terakhir Bocah Yang Meninggal Demi Bela Ibunya Sang Ayah Mungkin Itu Sakaratul Maut

Kenang Ucapan Terakhir Bocah Yang Meninggal Demi Bela Ibunya Sang Ayah Mungkin Itu Sakaratul Maut

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 616 hits
Secara sadis Samsul Bahri menghabisi nyawa Rangga sekaligus memerkosa ibu korban DN Kasus tersebut terjadi di Kecamatan Birem Bayeun Aceh Timur pada sabtu lalu Fadli Fajar yang merupakan ayah kandung korban yang juga mantan suami DN berceri...
Kerajaan Abah Din Di Hujung Tanduk Umno Mungkin Akan Bekerjasama Dengan Anwar

Kerajaan Abah Din Di Hujung Tanduk Umno Mungkin Akan Bekerjasama Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 284 hits
Kenyataan Ahmad Maslan yang memaklumkan UMNO sedang mempertimbangkan menarik diri dari dari menyokong Perikatan Nasional dan mengenakan syarat baharu jika mahu terus bekerjasama bukanlah ancaman tetapi satu keputusan sebulat suara dari pemi...
Pemkab 2 Abg Dinikahi Siswa Smk Ntb Sudah Hamil Tak Mungkin Dipisahkan

Pemkab 2 Abg Dinikahi Siswa Smk Ntb Sudah Hamil Tak Mungkin Dipisahkan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 197 hits
Pemerintah Kabupaten Lombok Barat Nusa Tenggara Barat menegaskan tak mungkin memisahkan siswa SMK menikahi 2 wanita yang viral Sebab dua mempelai telah hamil Sekretaris Dinas Pengendalian Penduduk Keluarga Berencana dan Pemberdayaan Perempu...
Genap 8 Bulan Tanpa Suami Hidayah Janji Besarkan Anak Sebaik Mungkin

Genap 8 Bulan Tanpa Suami Hidayah Janji Besarkan Anak Sebaik Mungkin

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 215 hits
Sedar tak sedar sudah lapan bulan pelawak dan pelakon Allahyarham Abam Bocey kembali ke rahmatullah akibat demam panas Namun balu Allahyarham iaitu Nor Hidayah Mohd Ali tetap tabah dan bersemangat dalam membesarkan cahaya mata mereka Syed U...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation