Pulau Pinang Penang Penang Hill Gallery Edgecliff
Masih di Bukit Bendera, seterusnya kami ke Penang Hill Gallery@Edgecliff diiringi pemandu pelancong yang sangat berpengalaman, KP. Bagus ada tour guide bercerita, takde lah kita mengagak aje dan kita dapat informasi yang tidak ditulis di mana-mana.
Antara tips masuk hutan yang diberikan oleh KP ialah SENYAP supaya kita sensitif dengan bunyian dan haiwan di persekitaran. Bila senyap kita dapat dengar nafas tenggiling ketika menggali lubang. Ditunjukkan juga pokok jelutong yang dahulu getahnya dijadikan gula-gula getah (chewing gum) dan daun simpoh gajah besar yang dijadikan pembungkus makanan. Pengusaha makanan di Indonesia masih menggunakan daun ini sedangkan kita lebih banyak menggunakan daun pisang.
Boleh nampak kawasan Air Itam dari Bukit Bendera
Penang Hill Gallery @ Edgecliff
Nak masuk ke galeri ini ada tiket juga tapi taklah mahal. Berbaloi masuk ke sini sebab ia adalah projek konservasi kedua Penang Hill Coproration di Bukit Bendera. Galeri ini adalah banglo warisan kategori kedua yang hanya 200 meter dari Upper Station. Untuk peringatan, lokasinya tidak mesra OKU.
Sesuai namanya, galeri ini berada di tebing tinggi. Berada di dalam kawasan rezab biosfera Bukit Bendera, berjalan kaki ke sini tak terasa memenatkan kerana di kelilingi kehijauan. Terasa segar aje...sebab banyak oksigen kot eh?
Galeri yang dibahagikan kepada lima seksyen sangat informatif, menjelaskan identiti Bukit Bendera. Terasa kembali ke zaman dahulu dan cuba menggambarkan keadaan sebenar ketika itu.
Memula kita akan 'masuk ke dalam hutan' di seksyen biodiversiti dimana dipamerkan gambar pelbagai tumbuhan yang terdapat di Bukit Bendera. Kemudian ke seksyen warisan yang menyenaraikan banglo-banglo di sana. Best kan dapat duduk di rumah mewah di dalam kehijauan asli. Sesungguhnya hanya orang kaya sahaja mampu duduk dalam hujan sekarang ni.. yang tak kaya akan duduk 'atas langit'.
Lot banglo. Alangkah bertuahnya jika memiliki a piece of Penang di sini.
Seterusnya ke bahagian furnicular train. Ditunjukkan model keretapi generasi pertama hingga ketiga (yang digunakan sekarang). Keretapi generasi pertama telah ditamatkan penggunaannya pada 1977. Aku sempatlah merasa naik keretapi generasi kedua. Feel tak sama dengan keretapi elektrik sekarang, laju nau.
Hebatnya manusia waktu itu boleh mencipta sistem pengangkutan ke puncak bukit. Bagaimanalah azabnya membawa kayu kayan dan simen batu segala ke atas sana. Menggunakan tenaga emat kerat kah? atau menggunakan gajah dan kuda? Bayangkan seratus tahun dahulu dah ada teknologi kejuruteraan yang canggih.
Kesimpulannya, alang-alang dah naik Bukit Bendera, kita lawatlah keseluruhannya kawasan. Kenangan dapat, ilmu pengetahuan pun bertambah. Ada lah perkara yang nak dikenang dan diceritakan bila balik nanti
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2023/09/pulau-pinang-penang-penang-hill.html