10 Restoran Nasi Kandar Penang Sedap Dan Popular


Nasi Kandar adalah sejenis hidangan yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Penang. Hidangan ini terdiri daripada nasi putih yang disajikan dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan kuah kari. Nasi Kandar biasanya dihidangkan di kedai-kedai makan atau gerai jalanan dan menjadi makanan yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan serta pelancong.



Isi Kandungan Kita sedia maklum, nasi kandar yang sedap dari campuran kuah yang diletakkan ke dalam pinggan nasi kandar kita selain lauk yang kita pilih selain bendi dan cili hijau rangup yang dikunyah bersama nasi serta sambal kelapanya yang menambah keenakan nasi kandar pada selera kita

Apa pun kalau nak makan nasi kandar Penang ni kena beringat kerana harganya tidak murah walau kesemua lauk pauk yang disediakan memang memikat selera dan kesedapannya bergantung pada selera masing-masing




Setiap kedai nasi kandar punya resepi rahsia yang tiada siapa yang tahu dengan olahan rempah ratus yang membuatkan nasi kandar surr selain penggunaan kaskas, daun kari atau mungkin juga diletakkan daun kesum sama seperti yang pernah saya sendiri buat. Memang sedap dan mungkin anda boleh mencubanya


Asal Usul Nasi KandarNasi kandar berasal daripada perkataan Tamil "nāsukkāṇḍar" yang bermaksud "nasi dengan sisi". Inilah makanan ruji kaum buruh kasar yang bekerja di pelabuhan pada satu ketika dulu di Pulau Pinang


pix kredit : Google


Dahulu peniaga nasi ini berniaga secara bergerak menggunakan kayu pengandar dan dua bakul di kandar yang di dalamnya di isi dengan nasi, kari ikan, ikan goreng dan bendi

Peniaga kandar ini akan tiba di sekitar perlabuhan pada awal pagi kerana pekerja perlabuhan selalunya memulakan kerja mereka selepas makan nasi awal pagi sebagai memberi sumber tenaga untuk persiapan mereka bekerja sehingga petang


Kini, makanan ini menjadi hidangan yang beraneka selepa melalui proses penyesuaian dengan rasa dan gaya tempatan Melayu dan India. Lauk-pauk yang dijual menjadi lebih pelbagai  dengan berbagai kuah kari serta disajikan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan acar


Nasi Kandar Penang menjadi tarikan utama bagi pelancong yang ingin merasai kekayaan rasa dan keunikan makanan tempatan. Kedai-kedai Nasi Kandar lazimnya beroperasi sepanjang hari dan malam, membolehkan orang menikmati hidangan ini pada bila-bila masa.


10 Restoran Nasi Kandar Penang 

1. Nasi Kandar Beratur


Seperti namanya, memang penggemar nasi kandar perlu beratur untuk mendapatkan nasi kandar di sini malahan penggemar nasi kandar akan beratur sebelum kedai ini memulakan urusniaganya pada waktu malam.


Memang berbaloi beratur walau tidak lama mana untuk mendapatkan makanan di sini kerana kuah karinya yang pekat berlemak cukup menghilangkan rasa craving penggemar nasi kandar ditambah dengan sambal kelapanya yang cukup umphhh bila dimakan.


Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling,10300 George Town, Pulau Pinang.
Waktu operasi: 10 p.m.- late Daily (probably 8 a.m.)


2. Restoran  Mohamed RafeeKalau anda ke sini, pastikan anda sampai seawal jam 11 pagi untuk elak dari beratur panjang kerana Restoran Mohamed Raffee yang sudah beroperasi sejak tahun 70an ni cukup digemari ramai.


Restoran Mohamed Raffee juga terkenal dengan nasi briyaninya yang sedap dengan lauk ayam dan dagingnya dan kalau anda ke sini, cubalah daging kambing dan kari kepala ikan yang cukup menyelerakan dan tidak mengecewakan.


Alamat: 295-A, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Penang
Waktu operasi : 7.30 pagi - 12 malam




3. Subaidah Nasi KandarRestoran Subaidah Nasi Kandar ni bukan suatu nama asing kerana restoran ini juga mempunyai beberapa cawangan sekitar Malaysia dan Penang


Restoran ini cukup terkenal dengan menu nasi lemak, tapi nasi kandar di sini juga boleh tahan sedap dengan pilihan  lauk yang pelbagai.


Alamat: Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Penang
Waktu Operasi: 24 jam


4. Line Clear Nasi KandarNasi kandar Penang yang cukup popular dan kena bersedia untuk beratur panjang suatu ketika dahulu. Ianya bukan seperti restoran nasi kandar lain, lebih kepada ala-ala street food.
pix kredit : sedapnya-makanKedai makan yang terletak di celah lorong, berdekatan simpang Jalan Chulia dan Jalan Penang ini masih menjadi tumpuan meskipun pernah terbabit isu kebersihan. 


Apa pun saya pernah berkali makan di sini beberapa tahun dulu tapi bertukar ke restoran nasi kandar lain yang lebih selesa untuk menikmati nasi kandar favorite dengan tenang.


Alamat:: 177, Jalan Penang, 10000, George Town, Penang.
Waktu Operasi: 24/7


5. Deen MajuKedai Nasi Kandar Deen Maju boleh diktakan berada di tangga pertama untuk tempat makan nasi kandar Penang.

Kedai makan yang terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama ini dikatakan berharga agak murah. Harganya boleh dikatakan paling murah berbanding nasi kandar yang ada di sekitar.


Alamat: 170, Jalan C.Y. Choy (Jalan Gurdwara), 10300 George Town, Penang, Malaysia.
Waktu Operasi:  2:30 p.m.-11 p.m. (Daily)




6. Hameediyah Nasi KandarHameediyah menyajikan nasi kandar tertua di Pulau Pinang, ditubuhkan pada tahun 1907. Restoran ini terletak di tengah-tengah Georgetown. Bahagian dalamannya mempunyai rasa tradisional dengan kerusi kayu, meja dan dapur terbuka. Warisan yang kaya dan keasliannya jelas dalam setiap hidangan yang mereka sajikan, yang merupakan bukti komitmennya terhadap kualiti dan tradisi
gambar kredit : Tabi Together
Hameediyah terkenal dengan Ayam Ros (Ayam Mawar). Ayam berair diperap dalam campuran rempah dan herba rahsia, beberapa daripadanya termasuk kunyit, halia, bawang putih, cili dan serai. Jadi, hidangan itu mempunyai rasa wangi dan aromatik yang tidak dapat ditolak. Kari kambing juga merupakan kegemaran peminat, dengan dagingnya yang lembut dan berair yang hampir cair di dalam mulut anda.


Alamat: 164A, Lebuh Campbell, 10200, George Town, Penang.
Waktu Operasi: 10 a.m.-10:30 p.m. (Daily)




7. Restoran Deen (Jelutong)Antara kedai nasi kandar yang beroperasi 22/7 menjadi kegemaran ramai kerana harganya yang berpatutan dan sedap.
pix kredit : Penanglocal stuff
Kalau ke sini pastikan anda datang awal atau join the crowd untuk beratur panjang seperti dimana-mana kedai nasi kandar Penang.


Kalau nak ke sini boleh guna GPS koordiant ==>> 5°23'16.3"N 100°18'45.8" atau waze saja!


Alamat: 598-D, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 24/7


8. Kayu Nasi Kandar PenangRestoran yang sudah beroperasi lebih 40 tahun dan sangat popular serta punya beberapa cawangan di Malaysia.

pix kredit : dzunaina
Dikatakan kari daging lembu yang disini sangat lembut dengan adunan rempah yang sempurna ini wajib dicuba. Restoran ini beroperasi 24/ jadi anda boleh ke sini  untuk sarapan hingga ke makan malam.


9. Kapitan Maju
Kapitan Maju di Georgetown telah wujud selama lebih dua dekad dan patut mendapat gembar-gembur untuk masakan asli India Muslim.




Antara menu popular disini adalah lamb shank yang menampilkan daging kambing yang lembut dan berair, direbus dalam campuran rempah India yang kaya dan beraroma. Ia dimasak sehingga daging relai dan jatuh dari tulang. Sos masalanya pekat, berkrim dan penuh dengan perisa yang menambahkan kenikmatan semasa menikmatinya.


Alamat : 92, Jln Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi : 10.30 pagi hingga 9.30 malam



10. Nasi Kandar Pokok KetapangNasi kandar Pokok Ketapang ini terletak di Butterworth dan menjadi tumpuan ramai bukan kerana hanya keunikan kedainya di bawah pokok ketapang tapi keenakan sajiannya yang memikat rasa penggemar nasi kandar.
pix kredit : blog AyuArjuna
Bagi anda yang sukakan makan dengan keadaan santai dan terbuka, disinilah tempatnya atau boleh ke ke restorannya di Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamad yang terletak 100 meter dari sini. Restoran tersebut telah beroperasi sejak 1988 dan beroperasi pada pagi dan ditutup pada 12.00 tengah malam.


Alamat: Jalan Telekom, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 6 ptg




KesimpulanWalaubagaimanapun nasi kandar di Pulau Pinang bukanlah hidangan paling glamor sebab bukan semua orang menyukai nasi kandar tapi bagi penggemar nasi kandar, kalau ke Penang pastu itu antara yang dicari.


Yang mana menjadi pilihan anda? Secara jujurnya, kami sendiri rambang mata dengan nasi kandar Penang ni tapi ada beberapa restoran yang diatas menjadi pilihan hati.


Lazimnya kesemua restoran nasi kandar ini punya ruang parkir yang terhad, jadi anda digalakkan untuk datang pada waktu yang sesuai dan ruang dalam restoran juga selalunya penuh kerana orang ramai. 


    Baca juga : 10 Tempat Menarik di Penang Mesti Dikunjungi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/08/1-restoran-nasi-kandar-penang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badan Naik Cepat Sangat Sarat Hamil Anak Ketiga Nad Zainal Mengidam Makan Nasi Kandar

Badan Naik Cepat Sangat Sarat Hamil Anak Ketiga Nad Zainal Mengidam Makan Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 328 hits
Pelakon Nad Zainal akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dan bakal bersalin pada pertengahan Oktober depan Berdebar menantikan kelahiran bayi ketiganya itu akui Nad dia terbuka untuk berkongsikan perkhabaran gembira itu apat...
Makan Malam Nasi Lemak Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

Makan Malam Nasi Lemak Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 306 hits
Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung BaruRestoran Nasi Lemak Wanjo Kampung BaruNasi Lemak Wanjo ni antara nasi lemak yang famous la di Kampung Baru Kuala Lumpur ni Sebenarnya ada dah pernah try nasi lemak wanjo ni sebelum ni masa tu aku datang...
Makan Petang Dengan Menu Nasi Kandar

Makan Petang Dengan Menu Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 351 hits
Makan Petang Dengan Menu Nasi Kandar Hai uolss dah makan petang malam hari ni Apa agaknya menu korang ya Dalam fikiran saya sebenarnya hari ni nak pekena nasi ayam pandan Nasi ayam utara Macam macam la yang penting nasi ayam Tapi on the way...
Lain Macam Restoran Nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang Kuala Lumpur

Lain Macam Restoran Nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 269 hits
Restoran Nasi Kahwin Hari HariRestoran Nasi Kahwin Hari HariNasi Kahwin Hari Hari yang aku terjah ni ada Restoran Nasi Kahwin Hari Hari Sebenarnya dioarang ada satu lagi gerai yang viral yang diorang buka di celah celah lorong Kedua duanya ...
Ikan Siakap Mudah Dapat Sedap Di Masak Pelbagai Menu

Ikan Siakap Mudah Dapat Sedap Di Masak Pelbagai Menu

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 369 hits
Kalau ke pasar basah atau kedai runcit yang menjual lauk basah ikan siakap selalunya ada di jual mudah di dapati Rupanya banyak khasiat ikan siakap ni nampak macam biasa biasa je kan Selalu juga la Cik Sue beli walaupun encik suami tak gema...
Teringin Nak Makan Pasta Yang Sedap Cuba Pasta Port Aman Central

Teringin Nak Makan Pasta Yang Sedap Cuba Pasta Port Aman Central

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 241 hits
Teringin nak makan pasta yang sedap Cuba Pasta Port Aman Central Hai korang Semalam plan nak tengok wayang filem Rahsia tapi tengok online tiket tak ada pulak slot sebelah malam So decide makan je la haha Kebetulan Pasta Port baru buka deka...
Dah Bosan Telur Dadar Cuba Resipi Thai Omelette Viral Sedap Kebabom

Dah Bosan Telur Dadar Cuba Resipi Thai Omelette Viral Sedap Kebabom

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 168 hits
Kecoh penangan resipi telur ommelette viral apa kata kali ini kita cuba buat sendiri rumah Barulah tahu rasanya sedap atau tak kan Resipi perkongsian ini mama kena cuba Patutlah terlebih sedap macam macam ada Jom cuba Dok viral THAI OMELETT...
Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di Ikea Malaysia

Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di Ikea Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 416 hits
Mungkin anda yang tinggal sekitar Kuala Lumpur akan setuju kalau aku kata menu di Restoran IKEA Malaysia memang terbaik Bukan hanya sekadar menu yang pelbagai punyai garapan citarasa Malaysia dan harga yang murah untuk semua Sebab itu aku b...
Sedap Mcflurry Chocolate Strawberry Ni

Sedap Mcflurry Chocolate Strawberry Ni

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 367 hits
Mr hubby rasuah sis McFlurry Chocolate Strawberry semalam sebab dia nak order McD tengah tengah malam haha Dia pandai tau takut k fiezz bising dia makan fastfood malam malam dia tanya nak apa apa tak Bijak tau haha Ater sis yang cepat terpe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa