Pulau Pinang Penang Apa Ada Di Bukit Bendera


 Pulau Pinang @ Penang | Apa ada di Bukit Bendera?
Dua minggu lepas aku ke Bukit Bendera buat kali ketiga sepanjang hidup hahaha...kali kedua lebih dari 11 tahun dahulu sebab anak aku yang bongsu belum wujud lagi dalam gambar. Lama sangat dah.
Kali ni ikut rombongan naik bas Muhaizah yang ada usb port di belakang tempat duduk dan wifi percuma. Memula kemain teruja okeh, sekali bongkar beg tak jumpa kabel. Haru betul, tak memasal terbang rm35 beli charger dan kabel baru. 
Ok berbalik ke Bukit Bendera yang dilawati purata 1.86 juta pelancong setahun.


Lebar pinggan muka aku huhuu..
Untuk naik ke Bukit Bendera ada dua cara sama ada guna keretapi funikular (tram) atau hiking fuhh...tapi ada nampak SUV travel agency kat atas tu. Pergi Bukit Bendera wajiblah naik keretapi bukit ye tak? Inilah keretapi yang pertama dibina di luar Britain, hanya menggunakan satu kabel untuk jarak perjalanan sejauh 1.996 km sampai ke atas. Bila ada koc di stesen bawah bermakna satu set koc lagi di puncak sana di upper tunnel station.
Sebenarnya British gagal dalam usaha pertamanya membina landasan dan keretapi funikular maka terbiarlah projek tu selama 50 tahun. Dalam tempoh tu mereka membuat kajian dan memperbaiki kelemahan yang ada. Orang British ni dikenali kerjanya "built to last", buat bagi elok sebab nak guna lama. Tengok je lah bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi Ipoh dan lain-lain sampai ke hari ni ada. Keretapi yang ada sekarang ni adalah generasi ketiga, dah laju. Yang generasi kedua dulu lagi best lama sket nak sampai ke puncak. Yang generasi pertama digunakan sehingga 1977 sahaja.
Keretapi pertama beroperasi jam 6.30 pagi, 6.15 kaunter tiket dah buka hingga lapan malam. Pemegang myKad RM12 dua hala manakala pemegang myKid 4-12 tahun RM6, warga emas RM6 dan OKU percuma. Kalau ada bajet, beli tiket laluan ekspres RM40 dua hala, menonong je kau masuk dalam keretapi tu tak payah beratur panjang.
Di atas tu kita boleh explore dengan berjalan kaki atau naik shuttle tapi ofkos kena bayar.
Balai polis Bukit Bendera yang siap pada 1929

'Gong' yang digunakan sejak 1882

PULAU PINANG SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN BRITISHBritish datang ke sini kerana lokasinya strategik untuk perdagangan dan berurus niaga rempah. Dalam buku sejarah pun kita dah belajar bahawa Pulau Pinang, Lembah Bujang dan Melaka adalah sebuah pusat perdagangan yang masyhur dahulu kala. Pedagang dari Afrika, India, asia menjadikannya tempat perlindungan semasa perubahan angin monsun. Sultan Kedah pula membuka jalan untuk British masuk ke sini kerana orang Siam sudah bertapak di utara.
Bukit Bendera atau Flag Hill dahulunya ibarat pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya kini. Kepercayaan orang British, sesiapa yang pertama pacak bendera tempat tu dia punya. Jadi geng British terus pacak bendera Union Jack di pokok pinang dalam kawasan rumah rehat TYT tu. Masa Francis Light naik ke sini - entah berjalan kaki ke naik gajah ke tak tahulah - dia tinggal di Strawberry Hill yang sekarang ini menjadi David Brown Hilltop Garden. Selepas tu dia pindah ke The Gate House, ke atas sikit sebelum naik ke rumah gabenor; rumah rehat gabenor/Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Gate House tu asalnya Guest House kemudian menjadi Guard House seterusnya Gate House. Dapurnya di bahagian bawah. Masa Penang Festival hari tu ada pameran di sini. 


Pintu pagar ke rumah rehat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pada hari tersebut beliau dijadualkan ke sini tapi tak lalu pula masa kami di sana, kalau tak aku nak minta dibawa melihat-lihat kawasan banglo atas tu. Aku berani je cakap. Cakap ja elok elok...nak takut padia?


Selepas je pagar untuk ke rumah rehat tu ada pokok african tulip atau nama saintifiknya Spathodea campanulata P. Beauv. Pokok ni sebenarnya didermakan oleh Singapura, mereka agaknya suruh try tanam kat sini mana tahu hidup sebab kat bawah sana tak mahu jadi. Eh elok pula hidupnya...mungkin sebab sejuk sikit kot atau tanahnya sesuai. Pokok ni tempat monyet healing (ko ingat ko je reti healing dekkk hahahaa). Mana mana monyet yang sakit akan duduk situ gigit daun kot jadi keluarga dia tak kacaulah, bagi dia pulih sendiri.
Dari sini kita akan turun ke Masjid Bukit Bendera lalu ke meriam yang dibawa dari Madras yang beratnya 2.6 tan. Selain meriam ini ada lagi di Singapura, Birmingham, Sri Lanka, India dan Fort Cornwallis.

Masjid Bukit Bendera


Di atas sana kita akan nampak juga pokok angsana atau red wood of Burma yang ditanam dari kaki bukit membawa ke puncak. Dahulu dari puncak bukit ini pihak British boleh nampak siapa yang datang dari laut. Jadi bila nampak musuh datang mereka akan tukar bendera dan bunyikan meriam dari Signal Hill untuk memberitahu tentera di Fort Cornwallis di bawah sana.


PAKEJ AKTIVITI DI BUKIT BENDERA

Pakej 2H 1M -  Nature Exploration Nature Team Building. 



Sabtu terakhir - Penang Hill Night Exploration



Ahad pertama setiap bulan - Penang Hill Heritage Bungalow Walks 



Ahad kedua setiap bulan - 1825 Moniot Heritage Walk



 Ahad minggu ketiga - Junior Rainforest Exploration
That's for now

Nanti ai sambung cerita di Penang Hill Edgecliff Gallery Tour dan The Habibat. Gembira betul dah sampai sini.




© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2023/08/pulau-pinang-penang-apa-ada-di-bukit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biodata Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang Exco

Biodata Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang Exco

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 374 hits
Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang Senarai Barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang Y A B Tuan Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal baharu pada 13 Ogos 2023 Istiada...
Pemimpin Umno Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai Tkm

Pemimpin Umno Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai Tkm

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 262 hits
GEORGE TOWN Tiada konflik kepentingan melantik bekas pemaju sebagai exco bertanggungjawab ke atas perumahan dan alam sekitar kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Beliau mempertahankan pelantikan S Sundarajoo sebagai exco perumahan ...
Jagdeep Tkm Ii Pulau Pinang Reezal Tiada Dalam Senarai Exco

Jagdeep Tkm Ii Pulau Pinang Reezal Tiada Dalam Senarai Exco

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 213 hits
Predeep NambiarAdun Dato Keramat Jagdeep Singh Deo akan bertanggungjawab dalam portfolio pembangunan modal insan sains dan teknologi GEORGE TOWN Adun Dato Keramat Jagdeep Singh Deo dari DAP telah dinamakan sebagai timbalan ketua menteri II ...
Makan Western Food Di Rustic Kitchen Permatang Manggis Kepala Batas Pulau Pinang

Makan Western Food Di Rustic Kitchen Permatang Manggis Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 334 hits
Rustic Kitchen Permatang Manggis Kepala BatasRustic Kitchen Permatang Manggis Kepala BatasDi Kepala Batas ni kalau korang nak makan menu western antaranya boleh cari restoran Rustic Kitchen yang terletak di Permatang Manggis Kepala Batas La...
Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 12hb Ogos 2023

Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 12hb Ogos 2023

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 274 hits
SELAMAT MENGUNDI DIUCAPKAN BUAT SEMUA RAKYAT DI ENAM BUAH NEGERI DI MALAYSIA ANTARA ENAM NEGERI TERSEBUT IALAH KEDAH DARUL AMAN PULAU PINANG SELANGOR DARUL EHSAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TERENGGANU DARUL IMAN KELANTAN DARUL NAIMUntuk ke...
Exco Pulau Pinang Exco Pkr Jaga Surau Exco Umno Jaga Kampong Amanah Dapat Angin

Exco Pulau Pinang Exco Pkr Jaga Surau Exco Umno Jaga Kampong Amanah Dapat Angin

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 342 hits
Tujuh daripada 10 Exco adalah DAP Jagdeep Singh DeoWong Hon WaiLim Siew KhimH ng Mooi LyeGooi Zi SenS SundarajooZairil Khir8 Dr Mohamad Abdul Hamid Timbalan KM dan Exco Pembangunan Agama Islam Pendidikan Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masya...
Makan Tengahari Di Gerai Nasi Campur Umi Batu Ferringhi Pulau Pinang

Makan Tengahari Di Gerai Nasi Campur Umi Batu Ferringhi Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 238 hits
gerai Nasi Campur Umigerai Nasi Campur UmiGerai Nasi Campur Umi ni adalah port untuk korang nak makan tengahari di Batu Ferringhi ni Waktu pagi diorang ada buat jugak menu sarapan tapi kali ni aku datang tengahari untuk makan tengahari Ini ...
Bn To Have One Seat In Penang Govt Says Dap

Bn To Have One Seat In Penang Govt Says Dap

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 368 hits
DAP secretary general Loke Siew Fook flanked by party chairman Lim Guan Eng and deputy chairman Gobind Singh Deo after the CEC meeting KUALA LUMPUR An assemblyman from Barisan Nasional will be a member of the DAP led Penang state government...
Ph Bn Discuss Appointment Of Penang Deputy Cm Exco Lineup

Ph Bn Discuss Appointment Of Penang Deputy Cm Exco Lineup

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 323 hits
Penang chief minister Chow Kon Yeow with state Umno chief Musa Sheikh Fadzir at a press conference after the Pakatan Harapan Barisan Nasional unity coalition won the state election last Saturday GEORGE TOWN Penang Pakatan Harapan and Barisa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa