Pulau Pinang Laksana Cukai Pindah Haiwan Mulai April 2020




Kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan caj bayaran kadar minimum Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan permit pemindahan keluar/masuk semua jenis haiwan mulai 1 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, pelaksanaan kadar minimum itu bertujuan memberi kesan ekonomi sama rata kepada penternak kecil dan komersial.

“Warta kerajaan Pulau Pinang bernombor 254 bertarikh 5 Jun 2008 mengandungi kadar caj perkhidmatan yang dikenakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar ke atas SKV dan Akuan Kebenaran Pindah Keluar/Masuk (AKPK/AKPM). Bagaimanapun, kutipan untuk pengeluaran SKV dan AKPK/AKPM tidak dilaksanakan sehingga kini.



“Kita lihat kepada keadaan semasa untuk lebih adil, terutamanya dalam kalangan penternak kecil yang membayar harga sama dengan penternak komersial,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, caj bayaran kadar minimum antara RM4 hingga RM35 seekor/konsimen itu akan dikenakan mengikut jenis haiwan, termasuk kucing, anjing, kuda, lembu/kerbau, kambing/biri-biri, rusa, babi, unggas komersial, bahan hasilan haiwan, kuda/unta, lain-lain haiwan dan hasilan haiwan serta karkas.

Katanya, penternak yang tidak mempunyai sijil AKPK/AKPM dan SKV akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36 Akta Binatang 1953 (Semakan 2006).

Afif yang juga Adun Seberang Jaya berkata, Peraturan-peraturan Pelesenan Babi (Pulau Pinang) 2020 di bawah Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang 2016 akan berkuat kuasa 1 Mac ini.

“Enakmen dan peraturan ini diperkenalkan bagi mengawal aktiviti ternakan babi, khasnya dari aspek kebersihan dan kesihatan kerana sudah lama kita menyumbang kepada pencemaran terutamanya air.

“Sistem Penternakan Babi Moden di bawah Seksyen 3 Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang 2016 menggariskan setiap penternak perlu menaik taraf kepada sistem kandang babi tertutup, mengamalkan sistem kumbahan sifar, zon penampan dan amalan ladang ternakan baik (GAHP).”

Katanya, penternak babi perlu memohon lesen penternakan 6 bulan mulai tarikh peraturan itu dikuatkuasakan melalui Bahagian Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang dan hanya penternak babi yang mendapat kebenaran merancang dipertimbangkan kelulusan pelesenan itu.


“Setakat ini, 111 daripada 156 permohonan ladang ternakan (babi) mendapat kelulusan bersyarat daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai. Selebihnya kita bagi peluang sehingga 31 Mei ini atau berdepan lesen tidak dikeluarkan.”

Beliau berkata, pemeriksaan dan penilaian akan dilaksanakan pegawai dilantik sebelum dipertimbangkan Jawatankuasa Pelesenan yang akan memastikan ladang babi dilesenkan mematuhi kriteria di bawah enakmen itu.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/02/pulau-pinang-laksana-cukai-pindah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Subuh Di Pulau Pinang Ditambah Lapan Minit Mulai Esok

Waktu Subuh Di Pulau Pinang Ditambah Lapan Minit Mulai Esok

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 334 hits
GEORGE TOWN 7 Feb Waktu solat subuh di Pulau Pinang ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa esok 8 Feb kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor Beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Neger...
Babi Lembu Anjing Kucing Di Pulau Pinang Dikenakan Caj Pindah

Babi Lembu Anjing Kucing Di Pulau Pinang Dikenakan Caj Pindah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 778 hits
Oleh BERNAMA KERAJAAN Pulau Pinang akan melaksanakan caj bayaran kadar minimum Sijil Kesihatan Veterinar dan permit pemindahan keluar masuk semua jenis haiwan mulai 1 April ini Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pembang...
Jadual Cuti Sekolah Pulau Pinang Tahun 2020

Jadual Cuti Sekolah Pulau Pinang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 676 hits
Di bawah adalah Jadual cuti sekolah bagi sekolah sekolah seluruh Pulau Pinang Cuti peristiwa bergantung kepada keputusan pihak sekolah Cuti perayaan adalah sebagaimana yang diperuntukan oleh KPM Jumllah hari persekolahan pada tahun 20202 ia...
Tol Jambatan Pulau Pinang Rm4 59 Bermula Februari

Tol Jambatan Pulau Pinang Rm4 59 Bermula Februari

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 864 hits
Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang juga pemegang kad Touch n Go bakal menikmati diskaun tambahan kadar tol 18 peratus bermula 1 Februari ini selepas diskaun khas 20 peratus diumumkan sebelum ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tambah...
Demi Pemerataan Penduduk Jokowi Akan Paksa Sebagian Warga Pindah Dari Pulau Jawa

Demi Pemerataan Penduduk Jokowi Akan Paksa Sebagian Warga Pindah Dari Pulau Jawa

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 242 hits
Artinya kata Jokowi kurang lebih 149 juta penduduk Indonesia berada di Jawa Sebab magnet para penduduk adalah Ibu kota Jakarta Sehingga daya dukung pulau Jawa sudah tidak mampu
Negeri Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 1192 hits
Bendera Pulau PinangBiru Muda Pulau Pinang dikelilingi lautan indah Putih Negeri yang aman damai Kuning KemakmuranPohon Pinang Asal nama negeri Semua rakyat Malaysia mesti kenal akan Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang selalunya dipanggil Pena...
Kedah Negeri Kedua Selepas Pulau Pinang Sedia Kemudahan Perpustakaan Digital

Kedah Negeri Kedua Selepas Pulau Pinang Sedia Kemudahan Perpustakaan Digital

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 420 hits
ALOR SETAR 3 Feb Kedah muncul negeri kedua selepas Pulau Pinang dalam penyediaan kemudahan perpustakaan awam digital kepada rakyat Perpustakaan Digital Kedah akan beroperasi Oktober tahun ini bagi memudahkan orang ramai mengakses bahan baca...
Astra Auto Fest 2020 Digelar Di Empat Kota Mulai Dari Bsd City Hingga Medan

Astra Auto Fest 2020 Digelar Di Empat Kota Mulai Dari Bsd City Hingga Medan

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 223 hits
Pameran Astra Auto Fest kembali digelar awal tahun ini untuk memperingati hari jadi ke 63 PT Astra International Tbk yang jatuh pada 20 Februari 2020 Dengan tema Kado Terbaik dari Astra Astra Auto Fest 2020 menawarkan beragam produk promo d...
Makan Kari Claypot Ilyana Cafe Teluk Kumbar Pulau Pinang

Makan Kari Claypot Ilyana Cafe Teluk Kumbar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 781 hits
MAKAN KARI CLAYPOT ILYANA CAFE TELUK KUMBAR PENANGAssalamualaikum semoga semua pembaca arzmoha com terus sihat dan diberi ketenangan hati serta selalu bahagia Hari minggu kebiasaannya merupakan hari untuk bersama keluarga samada berkunjung ...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut