Babi Lembu Anjing Kucing Di Pulau Pinang Dikenakan Caj Pindah



Oleh BERNAMA




KERAJAAN Pulau Pinang akan melaksanakan caj bayaran kadar minimum Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan permit pemindahan keluar/masuk semua jenis haiwan mulai 1 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, pelaksanaan kadar minimum itu bertujuan memberi kesan ekonomi sama rata kepada penternak kecil dan komersial.

“Warta kerajaan Pulau Pinang bernombor 254 bertarikh 5 Jun 2008 mengandungi kadar caj perkhidmatan yang dikenakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar ke atas SKV dan Akuan Kebenaran Pindah Keluar/Masuk (AKPK/AKPM). Bagaimanapun, kutipan untuk pengeluaran SKV dan AKPK/AKPM tidak dilaksanakan sehingga kini.

“Kita lihat kepada keadaan semasa untuk lebih adil, terutamanya dalam kalangan penternak kecil yang membayar harga sama dengan penternak komersial,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, caj bayaran kadar minimum antara RM4 hingga RM35 seekor/konsimen itu akan dikenakan mengikut jenis haiwan, termasuk kucing, anjing, kuda, lembu/kerbau, kambing/biri-biri, rusa, babi, unggas komersial, bahan hasilan haiwan, kuda/unta, lain-lain haiwan dan hasilan haiwan serta karkas.

Katanya, penternak yang tidak mempunyai sijil AKPK/AKPM dan SKV akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36 Akta Binatang 1953 (Semakan 2006).

Afif yang juga Adun Seberang Jaya berkata, Peraturan-peraturan Pelesenan Babi (Pulau Pinang) 2020 di bawah Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang 2016 akan berkuat kuasa 1 Mac ini.

“Enakmen dan peraturan ini diperkenalkan bagi mengawal aktiviti ternakan babi, khasnya dari aspek kebersihan dan kesihatan kerana sudah lama kita menyumbang kepada pencemaran terutamanya air.

“Sistem Penternakan Babi Moden di bawah Seksyen 3 Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang 2016 menggariskan setiap penternak perlu menaik taraf kepada sistem kandang babi tertutup, mengamalkan sistem kumbahan sifar, zon penampan dan amalan ladang ternakan baik (GAHP).”

Katanya, penternak babi perlu memohon lesen penternakan 6 bulan mulai tarikh peraturan itu dikuatkuasakan melalui Bahagian Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang dan hanya penternak babi yang mendapat kebenaran merancang dipertimbangkan kelulusan pelesenan itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/babi-lembu-anjing-kucing-di-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Laksana Cukai Pindah Haiwan Mulai April 2020

Pulau Pinang Laksana Cukai Pindah Haiwan Mulai April 2020

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 253 hits
Kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan caj bayaran kadar minimum Sijil Kesihatan Veterinar dan permit pemindahan keluar masuk semua jenis haiwan mulai 1 April ini Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pembangunan Desa dan...
Simpang Ampat Pulau Pinang Cuba Dulu Kuih Akok Viral Ini Pasti Korang Repeat Nak Beli

Simpang Ampat Pulau Pinang Cuba Dulu Kuih Akok Viral Ini Pasti Korang Repeat Nak Beli

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 1453 hits
Kepada peminat kuih akok area Pulau Pinang yang nak rasa kuih akok yang sedang viral kini boleh terjah ke 43 G Komplek Penjaja Taman Tasik Mutiara 14120 Simpang Ampat Pulau Pinang Harga cuma RM5 00 sebekas Untuk tempahan sila hubungi 017505...
Dap Lindungi Kegiatan Haram Di Pulau Pinang

Dap Lindungi Kegiatan Haram Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 355 hits
PADA 10 September 2019 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam Ops Eagle di Terminal Kargo Utara Butterworth Pulau Pinang telah merampas sebanyak 12 tan kokain yang disembunyikan bersama 60 tan arang batu Dadah itu yang bernilai ...
3 Dikhuatiri Maut 12 Tertimbus Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

3 Dikhuatiri Maut 12 Tertimbus Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 443 hits
PULAU PINANG Tiga dikhuatiri maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di lokasi pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus Paya Terubong Pulau Pinang Empat buah kontena tertimbus dalam kejadian tersebut Maklumat awal terdapat 10 ma...
Jalan Jalan Utama Sekitar Pulau Pinang Ditutup Sempena Thaipusam Chap Goh Meh

Jalan Jalan Utama Sekitar Pulau Pinang Ditutup Sempena Thaipusam Chap Goh Meh

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 807 hits
Beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai Jumaat hingga Ahad ini bersempena sambutan Thaipusam dan Chap Goh Meh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasegaran berkata bagi sambutan Thaipusam pen...
Tanah Runtuh Pulau Pinang 2 Mayat Dibawa Keluar Dari Lokasi

Tanah Runtuh Pulau Pinang 2 Mayat Dibawa Keluar Dari Lokasi

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 686 hits
GEORGETOWN Dua mayat ditemui sementara seorang cedera dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya berkembar dari arah Paya Terubong menghala ke Relau di sini tadi Ketiga tiga mangsa itu dijumpai kira kira jam 5 08 petang tadi n...
Waktu Subuh Di Pulau Pinang Ditambah Lapan Minit Mulai Esok

Waktu Subuh Di Pulau Pinang Ditambah Lapan Minit Mulai Esok

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 358 hits
GEORGE TOWN 7 Feb Waktu solat subuh di Pulau Pinang ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa esok 8 Feb kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor Beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Neger...
Miaaw Kucing Ini Tersekat Ada Masuk Neraka Kerana Kucing Ada Masuk Syurga Kerana Anjing

Miaaw Kucing Ini Tersekat Ada Masuk Neraka Kerana Kucing Ada Masuk Syurga Kerana Anjing

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 744 hits
Anak kucing bernama Jegentol milik Suhana Rahim tersekat dalam lubang saluran air rumah Foto ihsan Facebook Suhana Binti RahimREMBAU 13 Jan Gelagat seorang pemilik kucing peliharaan berleter kepada anak kucing yang tersepit di lubang salura...
Racun Bagi Mati Bangkai Anjing Amp Kucing Bergelimpangan Atas Jalan

Racun Bagi Mati Bangkai Anjing Amp Kucing Bergelimpangan Atas Jalan

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 764 hits
Kucing dan anjing merupakan haiwan yang kerap menjadi pilihan manusia untuk dipelihara Hal ini berikutan sikap manja mereka yang selesa tinggal bersama manusia Walau bagaimanapun ada juga anjing dan kucing yang tidak bertuan dan hidup berge...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi