Pulau Pinang Akan Dapat 2 Tkm Baru



GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P Ramasamy yang menimbulkan kontroversi mengenai perkhidmatan awam dikuasai satu kaum, awal tahun ini, adalah antara yang digugurkan sebagai calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.
Pengguguran beliau sekali gus menyaksikan Pulau Pinang bakal memiliki dua Timbalan Ketua Menteri baharu jika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas PRN.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman turut digugurkan oleh PKR, ketika pengumuman calon mereka dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.
Selain dua Timbalan Ketua Menteri, turut digugurkan dari pencalonan bagi persaingan PRN di pulau mutiara itu adalah tujuh EXCO kerajaan negeri dari DAP dan PKR, sekali gus menyaksikan rombakan besar-besaran bakal berlaku dalam kepimpinan negeri bulan depan.
Dalam pengumuman barisan calon DAP Pulau Pinang semalam, parti itu akan mempertahankan 19 kerusi DUN disandangnya dan mengekalkan 10 penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini.
Ia termasuk bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang akan bertanding di DUN Air Putih dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di DUN Padang Kota.
Sembilan muka baru pula ditampilkan DAP, termasuk Phee Syn Tze di DUN Sungai Puyu; Chee Yeeh Keen (Bagan Jermal); K Kumaran (Bagan Dalam); Datuk Seri S Sundarajoo (Perai); Woo Sze Zeng (Pulau Tikus); Wong Yue Harng (Pengkalan Kota) serta Tan Hooi Peng di DUN Seri Delima.
Seorang calon beralih kerusi iaitu penyandang DUN Pengkalan Kota, Gooi Zi Shen yang berpindah ke DUN Padang Lalang, sementara bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera dan bekas ADUN Air Itam, Wong Hon Wai pula bertanding di DUN Paya Terubong.
Selain Guan Eng dan Kon Yeow, turut kekal adalah Heng Lee Lee (DUN Berapit); H'ng Mooi Lye (DUN Jawi); Zairil Khir Johari (DUN Tanjong Bunga); Teh Lai Heng (DUN Komtar); Jagdeep Singh Deo (DUN Datok Keramat); Lim Siew Khim (DUN Sungai Pinang); Ong Ah Teong (DUN Batu Lancang) serta Joseph Ng Soon Siang di DUN Air Itam.
Pengumuman senarai calon DAP Pulau Pinang dan Kedah dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Pada majlis itu, Loke mengumumkan Teh Swee Leong sebagai calon parti itu di DUN Kota Darul Aman, Kedah dan Tan Kok Yew di DUN Derga.
Beliau juga menamakan ADUN Paya Terubong yang digugurkan Yeoh Soon Hin sebagai Pengerusi baharu Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC).
"Kita ingin membawa nafas baharu dalam DAP dan proses pembaharuan berlaku pada setiap kali pilihan raya," katanya pada Majlis Pengumuman Calon DAP Pulau Pinang dan Kedah di sini, semalam.
Ramasamy, 74, dipilih sebagai EXCO kerajaan negeri kali pertama pada 2008 selepas memenangi kerusi DUN Perai.
Beliau disifatkan 'giant killer' ketika itu apabila menumbangkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon di Parlimen Batu Kawan dalam PRU 2008 dengan majoriti 9,485 undi.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan merupakan orang India pertama dilantik ke jawatan itu.
Awal tahun ini, Ramasamy dikritik hebat kerana menimbulkan beberapa isu kontroversi, termasuk mengenai kakitangan awam.
Beberapa pihak menyifatkannya sebagai bermulut celupar selepas beliau menggesa Kerajaan Perpaduan menamatkan dominasi Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.
Dalam kenyataan berasingan, Ramasamy juga menyifatkan Ahmad Zahid jika kekal memegang jawatan Presiden UMNO, bukan hanya membebankan kepada parti itu, tetapi juga PH dan Kerajaan Perpaduan.
Beliau mengulas keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.- BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/2-tkm-baru-di-pulau-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Ceramah Ph Di Pulau Pinang Lebih Banyak Kerusi Dari Orang

Kenapa Ceramah Ph Di Pulau Pinang Lebih Banyak Kerusi Dari Orang

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 296 hits
JUMLAH pengunjung ke ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang semalam yang rendah bukan disebabkan kurang sokongan terhadap PH sebaliknya orang ramai memilih menonton ceramah itu secara dalam talian Pengerusi PH Pulau ...
Bekas Ahli Dap Tanding Prn Untuk Bebaskan Pulau Pinang Daripada Guan Eng

Bekas Ahli Dap Tanding Prn Untuk Bebaskan Pulau Pinang Daripada Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 327 hits
MalaysiakiniDavid Marshel yang keluar dari DAP semalam akan bertanding pada pilihan raya negeri Pulau Pinang akan datang dengan matlamat utamanya untuk menghalang Lim Guan Eng daripada menjadi ketua menteri lagi Marshel akan bertanding di k...
Takwim Hijri Waktu Solat Pulau Pinang 2023 1445h

Takwim Hijri Waktu Solat Pulau Pinang 2023 1445h

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 388 hits
Lihat dan semak Waktu Solat Pulau Pinang bagi tahu 2023 1445 Hijrah untuk memudahkan perancangan harian kita sepanjang tahun Takwim Hijri Waktu Solat Pulau Pinang ini telah disemak oleh Jawatankuasa Falak Negeri Pulau Pinang Kalendar ini di...
Pkr Tanding 58 Kerusi Antaranya 20 Di Selangor Kedah Negeri Sembilan Kelantan Terengganu Dan 13 Di Pulau Pinang

Pkr Tanding 58 Kerusi Antaranya 20 Di Selangor Kedah Negeri Sembilan Kelantan Terengganu Dan 13 Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 382 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR PKR mempertaruhkan 58 calon pada PRN enam negeri 12 Ogos ini Parti itu mempertaruhkan 20 calon di Selangor 6 di Negeri Sembilan dan 13 di Pulau Pinang negeri negeri ditadbir oleh kerajaan perpaduan Di Kedah yang di...
Kway Teow Goreng Pulau Pinang

Kway Teow Goreng Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 211 hits
Apabila kemalasan melanda tak sihat sikit pun cari alasan kononnya tak larat nak ke dapur masak Mujur suami kita boleh bacaaa lah So tadi dia singgah Hero Market Beli bahan bahan untuk masak comfort food isteri dia UnclePali kata udang mura...
Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 178 hits
agendaily com12 07 2023Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tiada masalah beri jawatan kepada UMNO jika calon mereka menang PRN nanti Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang menyaksikan UMNO hanya akan bertanding enam kerusi Dewan Undan...
Cita Cita Pas Menang Semua 10 Kerusi Dun Pulau Pinang

Cita Cita Pas Menang Semua 10 Kerusi Dun Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 247 hits
PAS nampaknya memasuki gelanggang PRU15 peringkat DUN Pulau Pinang dengan keyakinan usaha keras jenteranya akan membuahkan hasil apabila menyasarkan menang di semua 10 kerusi ia tandingi Kita mahu 10 0 kita tidak mahu overconfident tapi kit...
Port Makan Ikan Bakar Seafood Masakan Ala Thai Di D Seafood Paradise Jalan Teluk Tempoyak Batu Maung Pulau Pinang

Port Makan Ikan Bakar Seafood Masakan Ala Thai Di D Seafood Paradise Jalan Teluk Tempoyak Batu Maung Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 243 hits
D Seafood ParadiseRestoran D Seafood Paradise ni terletak di Jalan Teluk Tempoyak Batu Maung Pulau Pinang Di restoran kira port untuk korang nak menikmati makanan seafood la Semua seafood korang boleh pilih segar segar Ikut suka menu apa ya...
Restoran The Manhattan Fish Market Di Queensbay Mall Pulau Pinang

Restoran The Manhattan Fish Market Di Queensbay Mall Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 320 hits
Restoran The Manhattan Fish MarketMall paling besar di Pulau Pinang korang boleh pergi jalan jalan di Queensbay Mall ber shopping dan cuci mata Kalau nak makan pun banyak restoran makanan yang ada di sini Kebanyakannya makanan jenis fast fo...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage