Pulau Perhentian Fire Show


 
Selepas makan malam aku, Syiha dan Staf Naim berjalan-jalan di tepi pantai. Waktu macam ni tak seronok nak 'stay' dekat khemah kami sebab orang terlalu ramai dekat restoran sebelah khemah kami tu. Jadi, tak berapa seronok nak relaks-relaks lepak-lepak kat khemah sendiri. Nak berbual pun macam tak best dekat sini waktu tu. Jadi kami berjalan-jalan santai menghala ke arah hujung pantai untuk ambil angin malam. Waktu aku menaip entri ni, aku seperti boleh mendengar bunyi deruan ombak yang perlahan tu. Bunyi ombak yang sangat aku rindui. Tenang. Sememangnya waktu begini jiwa rasa tenang bila berjalan-jalan di tepi pantai walaupun sebenarnya dari khemah kami sudah boleh dengar bunyi muzik hip-hop yang sangat kuat berdentam-dentum.


Perjalanan kami akhirnya terbantut dek kerana ternampak sekumpulan manusia iaitu pengunjung-pengunjung Pulau Perhentian di Long Beach ni tengah menyaksikan pertunjukan api. Rupa-rupanya muzik yang kuat dan rancak berdentam-dentum tu datangnya dari sini. Dekat sini, ramai anak-anak muda nampak bersuka ria sekali sambil hisap shisha sambil juga menonton 'fire show' ni sambil bersorak kuat bila ada persembahan api yang menarik dan mendebarkan berlaku. Dekat sini, rata-rata pengunjung hanya duduk sahaja di atas pasir sama ada melapik punggung dengan kain atau juga tak lapik. Dan rata-rata pengunjung adalah orang muda. Dan kami pun jadi muda balik sebab terjebak sama-sama menonton acara fire show ni hahaa.. bila nak balik sahaja, lagu yang menarik diputarkan jadi terbatal pula hasrat nak balik uhuk-uhukk.. sampailah Kom call Staf Naim bertanyakan di mana kami berada sebab sudah hampir pukul 11.30 malam kami tak balik ke khemah haha.. dan tak lama lepas tu, Kom pun join kami sekali kahkahkah apakesss...


Kami berdiri dekat belakang-belakang penonton yang duduk ni sahaja. Bila dekat nak habis lagi setengah jam aku rasa macam orang semakin ramai pulak. Mungkin sebab orang yang duduk tu ramai yang dah bangun nak balik kot sebab tu rasa macam makin ramai..? Khabarnya ni adalah persembahan 'fire show' mereka yang pertama sejak PKP fasa 1 bermula. Maksudnya dari bulan 3 sampai bulan 10 dorang tak buat show. 

Lepas tengok persembahan api tu, kami pun balik ke campsite. Restoran yang ramai orang tadi dah tutup. Kedai yang betul-betul sebelah campsite kami tu pun dah tutup. Hampir jam 12 malam. Baru bercita-cita nak minum-minum sambil bersembang sampai pukul 2, ingat kedai tutup pukul 2 pagi huhu... 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thisspin.blogspot.com/2021/09/pulau-perhentian-fire-show.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Pertama Di Pulau Perhentian

Hari Pertama Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 318 hits
Sebelah petang aku dengan Syiha keluar berjalan jalan di tepi pantai meninjau ninjau tempat untuk kami sewa kayak Waktu tu lebih kurang jam 5 petang Redup sahaja suasana pantai petang tu tapi riuh dengan suara suara manusia bergembira berma...
Lihat Fenomena Alam Cara Warga Pulau Sebesi Cegah Dampak Tsunami

Lihat Fenomena Alam Cara Warga Pulau Sebesi Cegah Dampak Tsunami

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 182 hits
Peneliti LIPI Devy Riskianingrum mengungkap cara masyarakat di Pulau Sebesi meminimalisir dampak bencana alam Menurut Devy cara itu diketahui pasca penelitiannya yang dilakukan pada pada 13 16 Oktober 2020
Ini Pulau Paling Utara Di Dunia Yang Ditemukan Secara Tak Sengaja

Ini Pulau Paling Utara Di Dunia Yang Ditemukan Secara Tak Sengaja

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 237 hits
Ini Pulau Paling Utara di Dunia yang Ditemukan Secara Tak Sengaja Pulau berukuran 60x30 meter itu ditemukan secara tak sengaja ketika para ilmuwan tengah melakukan Ekspedisi Leister untuk mengumpulkan sampel penelitian di Pulau Oodaaq yang ...
Penduduk Pulau Sebatik Diminta Segera Dapatkan Vaksin Cansino

Penduduk Pulau Sebatik Diminta Segera Dapatkan Vaksin Cansino

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 236 hits
650 di Pulau Mantanani penerima pertama vaksin CanSino TAWAU Penduduk Pulau Sebatik diminta untuk segera mendapatkan suntikan vaksin jenis CanSino yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di Pulau tersebut sejak Khamis lalu Vaksin satu dos...
Comment On Pulau Redang Hari Pertama By Tukar Tayar Radio Senyap

Comment On Pulau Redang Hari Pertama By Tukar Tayar Radio Senyap

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 206 hits
card Takde caj pulak tu Bolehlah pakai bajet gaji bulan depan Bulan ni dah banyak belanja pergi pulau sambung roadtax insurans kereta Alhamdulillah rezeki tetap ada tayar ni boleh tahan sampai abis
Varian Delta Sekatan Pergerakan Penuh Dicadang Dilaksana 2 Minggu Di Pulau Pinang

Varian Delta Sekatan Pergerakan Penuh Dicadang Dilaksana 2 Minggu Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 296 hits
GEORGETOWN Sekatan pergerakan penuh selama dua minggu dicadang dilaksanakan di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat bagi membendung penularan varian Delta yang dikesan mula tersebar di negeri ini Cadangan tersebut disuarakan secara peribadi o...
Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 267 hits
Pulau Pinang menerima sumbangan 20 000 dos vaksin COVID 19 daripada kerajaan negeri Selangor hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya berbesar hati menerima sumbangan ini dan berharap ia akan membantu mempercepatka...
Kim Raewon Dilapor Bakal Terajui Drama The Police Station Next To The Fire Station

Kim Raewon Dilapor Bakal Terajui Drama The Police Station Next To The Fire Station

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 439 hits
Tamat sahaja L U C A The Beginning pastinya ramai yang dah rindu nak tengok Kim Rae won di kaca televisyen kan Mungkin anda akan melompat gembira apabila mendengar khabar daripada sumber dalam industri ini yang mengatakan bahawa pelakon lel...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025