Cantiknya Orkid


 Semua jenis orkid dianggap cantik dan sesuai dijadikan perhiasan. Orkid yang tumbuh liar di hutan juga cantik jika diambil dan ditanam di halaman rumah. Ia mudah dibiakkan dan penjagannya tidak rumit.
Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae. Kini terdapat lebih daripada 30,000 spesies orkid yang hidup berkembang di merata dunia. Bilangan spesies orkid semakin bertambah dari hari ke hari melalui penghasilan dan pembiakan spesies baru. Setiap satunya mempunyai perbezaan dari segi bentuk, rupa maupun warna.
Banyak orang berminat hendak menanam orkid tetapi merasakan sukar dilakukan kerana tidak mempunyai pengalaman. Menanam orkid dianggap sukar kerana ia dikatakan berbeza dengan tanaman lain. Tambahan ia dianggap pokok hiasan golongan kaya.
Sebenarnya menanam orkid mudah seperti juga pokok hiasan lain. Penanam hanya perlu mengetahui beberapa ciri pembiakan, pertumbuhan dan cara menanam.
Pokok orkid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut medium pertumbuhannya. Bagi orkid yang tumbuh di atas tanah dikenali terrestrial. Nama epiphytes pula bagi orkid tumbuh di atas pokok lain tetapi tidak mengambil zat makanan daripada pokok tumpangan itu. Manakala yang tumbuh di atas bahan organan dipanggil saprofitic.
Pertumbuhan orkid dibahagikan kepada dua jenis iaitu monopodia dan simpodial.   Pertumbuhan monopodia ini berlaku menegak ke atas. Ia mempunyai batang asas dan mengeluarkan daun dalam kedudukan berselang seli. Bunganya keluar di antara dahan dan daun. 
Kebanyakan orkid mempunyai cara pertumbuhan simpodial. Rizom atau tunas baru tumbuh dari pangkal tunas lama secara melintang. Di bahagian atas rizom tersebut biasanya wujud bebawang palsu. Bebawang palsu merupakan tempat simpanan bekalan makanan dan air yang digunakan apabila berlaku kekurangan zat makanan dan air.
Terdapat lima cara orkid dibiakkan, iaitu cara belahan dari pokok ibu atau induk, keratan batang, memotong anak ‘keike’, pembiakan tisu dan biji benih. Di antara kelima-lima cara pembiakan itu, teknik menggunakan keratan batang dan belahan induk paling popular dan mudah dilakukan serta cepat berbungga.
Pembiakan orkid untuk menghasilkan baka baru dilakukan secara pembiakan tisu. Teknik khas dilakukan untuk mendapatkan satu baka yang mempunyai ciri lebih menarik. Setiap baka baru dinamakan dan biasanya mengambil nama sempena sesuatu acara, tempat, pemimpin ternama dan sebagainya. 
Apa yang menarik tentang penanaman orkid, ia boleh ditanam sama ada di atas tanah, di dalam pasu atau di atas bahan organik. Orkid juga sesuai ditumpangkan di pokok yang terhadap di halaman rumah. Ia tidak akan memusnahkan pokok yang ditumpangi itu.
Penanaman dan penjagaan orkid bukan sukar. Apa yang perlu diketahui ialah medium ia tumbuh. Tiada penjagaan khusus atau sukar dilakukan untuk tanaman orkid. Hanya sedikit pengetahuan dan pergalaman diperlukan untuk berjaya menanam orkid dengan sempurna.
Dengan kata lain, semua orang boleh menanam orkid asalkan ada kemahuan. Walaupun  tidak berpeluang mendapatkan benih dari harga mahal, dapatkan jenis yang mudah didapati, tetapi tetap menarik.
Peminat orkid boleh mendapatkan baka dari berbagai-bagai jenis dengan cara bertukar-tukar sesama penanam untuk menambahkan koleksi jenis orkid. Terdapat persatuan peminat orkid di seluruh negara.
Jika ingin membeli pokok orkid, belilah ketika ia masih kecil. Harganya lebih murah berbanding dengan yang sudah matang. Harga pokok orkid meningkat tinggi terutama ketika ia sedang berbunga. 
Ketika itu penjual sudah dapat membuktikan kepada peminat orkid tentang rupa dan warna yang menarik. Ia juga mendapat saingan harga dengan mereka yang ingin terus memilikinya tanpa perlu bersusah menjaganya sejak kecil.
Penanaman orkid boleh dilakukan sebagai hobi atau mata pencarian yang lumayan jika diusahakan secara besar-besaran. Bunga dan pokok orkid mudah dipasarkan. Malaysia sekarang merupakan pengeksport bunga orkid terkenal dan memberi tukaran wang asing berjuta-juta ringgit kepada negara.
Baca juga;- Orkid lambang status



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2025/12/dcf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia Terbina Ruang Gps

Kebiasaannya Ambil Masa 3 Hari Pelajar Ini Tamat Syahadah 30 Juzuk Dalam 18 Jam Tanpa Kesalahan Sangat Luar Biasa

Kucing Terkenal Jellybean Pergi Selamanya

Ktmb Umum Tamat Operasi Perkhidmatan Ekspres Selatan Bermula 1 Januari

Rumah Jagaan Hangus 16 Warga Emas Maut

Rosmah Dismisses Claims She Caused Najib S Downfall Says Focus Is On Family And Prayer