Kenali Francisca Luhong Bakal Akhiri Penantian Malaysia Di Pentas Miss Universe


Besar harapan negara untuk menyaksikan anak kepada pasangan James Mering Bungan dan Pauline Japok ini mengikut jejak Datin Josephine Lena Wong berhasil. - Miss Universe Malaysia
Francisca Luhong dan cabaran mengakhiri penantian Malaysia di pentas Miss Universe
Misi mengukir nama Malaysia sebagai pesaing hebat di pentas Miss Universe berjaya digalas dengan cemerlang oleh gadis jelita kelahiran negeri Bumi Kenyalang, Francisca Luhong James. S etakat ini, dia yang merupakan Miss Universe Malaysia 2020 berjaya membuktikan kepada peminat arena ratu kecantikan di seluruh dunia bahawa Malaysia juga mampu menghasilkan jaguh yang menawan, berketrampilan, dan bijaksana.

Ini dibuktikan dengan persembahan mantap gadis berketurunan Iban, Kenyah dan Kayan ini menerusi “Preliminary Round” yang berlangsung di Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood, Florida pada Sabtu pagi, waktu Malaysia.

Dua pusingan acara itu melibatkan Swimsuit Competition dan Evening Gown Competition, Francisca berjaya mempamerkan segala usaha kerasnya sebelum terbang ke negara Uncle Sam itu dengan menterjemah persembahan memukau. Persembahan mantap di prelims Menerusi slot Evening Gown Competition, dia mengenakan sepersalinan gaun mewah berwarna monokrom rekaan Rizman Ruzaini yang diilhamkan daripada kisah lagenda Puteri Santubong di negeri kelahirannya, Sarawak.

Gaun rekaan Rizman Ruzaini ini mengambil kisah inspirasi lagenda Puteri Santubong dan digayakan dengan jayanya oleh Francisca. FOTO: Miss Universe Malaysia Serba-serbi mengenai persembahannya itu mencuri tumpuan daripada lenggok berjalan, lirikan matanya dan paling penting emosinya ketika menggayakan busana tersebut.

Selain itu, berlaku elemen kejutan apabila ramai menyangkakan bahawa gadis berusia 25 tahun ini akan mengenakan satu lagi busana mewah rekaan Rizman Ruzaini yang sebelum ini dipersembahkan kepada umum beberapa hari sebelum Francisca terbang ke Amerika Syarikat.

Gaun mewah berwarna biru itu juga diinspirasikan daripada kisah legenda Puteri Sejinjang di Sarawak.

Persalinan mewah diinspirasikan daripada kisah lagenda, Puteri Sejinjang di Sarawak. FOTO: Miss Universe Malaysia
Fokus terhadap jelitawan ini tidak hanya tertumpu kepada persembahannya di pentas “Preliminary” malah setiap pergerakannya baik di lobi hotel ketika dalam perjalanan menuju ke setiap acara juga mendapat perhatian peminat ratu cantik seluruh dunia.

Namun pastinya, perhatian yang diperoleh bukanlah penentu kepada keberhasilan Francisca meloloskan diri ke peringkat suku akhir (Top 21) kerana perlu diingat ada sesi soal jawab secara tertutup bersama beberapa panel hakim terpilih.

Di situ, kesemua 74 peserta untuk edisi kali ini dinilai secara terperinci dan pastinya kemahiran berkomunikasi, ketangkasan melontarkan idea serta jawapan kepada setiap persoalan, kebolehan mempamerkan keunikan diri pastinya menjadi kayu pengukur untuk menentukan seseorang peserta itu layak atau sebaliknya.

Terdahulu juga pada Jumaat, Francisca memperagakan 'Kampungku' yang merupakan National Costume rekaan Carven Ong.

Umum mengetahui Kampungku yang berinspirasikan citra Malaysia mempamerkan budaya dan elemen perkampungan yang terdapat di negara ini.

Kampungku sisi pertama National Costume Malaysia yang digayakan Francisca Luhong di Amerika Syarikat. FOTO: Miss Universe Malaysia Kampungku rekaan Carven Ong menerima respon positif daripada peminat ratu cantik di seluruh dunia, namun mampukah ia dijulang sebagai pemenang bagi segmen tersebut? FOTO: Miss Universe Malaysia Usaha gigih Francisca dan pasukannya di Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) wajar dipuji kerana komitmen mereka membawa sesuatu yang luar biasa di ajang tersebut.

Biar berdepan sedikit kesulitan saat persembahan berlangsung, Francisca berjaya memberikan persembahan mantap dan bersahaja, seterusnya membanggakan rakyat Malaysia. Cabaran sepanjang penularan pandemik COVID-19 Kewibawaannya sebagai peserta yang mewakili Malaysia juga terserlah menerusi pesonanya tersendiri ditambah dengan setiap busana yang digayakan sepanjang acara berlangsung bermula daripada saat gadis Borneo ini menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Fort Lauderdale, Florida pada 7 Mei 2021.

Jumpsuit rekaan Epul Senitravision ini menggunakan songket yang diserikan dengan lace sulam goyang dan ditambah dengan penggunaan aksesori pending dan tali pinggang emas. FOTO: Miss Universe Malaysia
Anak sulong daripada tiga beradik berketinggian 175 sentimeter ini tidak menunggu lama untuk memulakan aksi dan mempamerkan keunikan dirinya di mata dunia.

Mengenakan busana berwarna merah rekaan Brian Khoo, Francisca terus ‘melibas’ dengan mengenakan pelbagai lagi rona dan gaya busana yang menarik perhatian dan lebih penting menerapkan identiti dan keindahan Malaysia.

Menerusi slot AWANI Pagi yang dihoskan penulis pada 24 April 2021 yang lalu, Francisca ada berkata saat ini, dunia bukan hanya tertumpu kepadanya, malah kepada setiap perkara yang dipersembahkan di arena Miss Universe.

The Royal of Pelaga rekaan pereka fesyen, Mizta MO Sarawak menerapkan elemen manik pelaga yang merupakan identiti dalam pakaian tradisional etnik Iban. FOTO: Miss Universe Malaysia The Selampai rekaan Mizta MO Sarawak juga membuktikan kesungguhan Francisca memperkenalkan identiti dan keunikan masyarakat Iban di seluruh dunia. FOTO: Miss Universe Malaysia
Untuk itu, penting buat dirinya untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya bagi membolehkan misinya menjadi peserta Miss Universe kedua dari Malaysia yang melepasi pusingan suku akhir selepas Datin Josephine Lena Wong pada tahun 1970 di Miami, Amerika Syarikat, berhasil.

Penularan COVID-19 ujarnya, sedikit sebanyak mengganggu proses persiapannya namun segalanya berjaya diatasi dengan baik.

“Persiapan saya pada kali ini sangat berbeza dengan perwakilan Malaysia sebelum ini kerana penularan pandemik COVID-19.

“Antara persiapan saya adalah memperkasakan advokasi yang saya perjuangkan iaitu Women Rise juga persiapan yang melibatkan catwalk bersama Amber Chia, pemilihan busana dengan beberapa pereka fesyen dan National Costume yang akan digayakan.

“Secara jujurnya agak rumit bagi saya untuk mengejar aspirasi mempamerkan keunikan Malaysia dari Perlis sehingga ke Sabah namun disebabkan kekangan masa, saya tetap berhasil menyiapkan beberapa video menarik memaparkan keunikan negeri Kelantan, Selangor dan Sarawak,” katanya. Mengakhiri penantian Malaysia selama 51 tahun?
Seperti yang kita ketahui, kali terakhir Malaysia berjaya menempatkan diri dalam pusingan suku akhir Miss Universe pada 1970 melepasi Top 15. Untuk itu, besar harapan negara untuk menyaksikan anak kepada pasangan James Mering Bungan dan Pauline Japok ini mengikut jejak Datin Josephine Lena Wong berhasil.

Biar berdepan persaingan hebat dari pelbagai negara terutama negara ‘veteran’ seperti Venezuala, Filipina, Columbia dan Thailand, pastinya peminat akan sentiasa meletakkan harapan agar gadis pribumi ini akan berjaya mengharungi cabaran ini dengan gemilang.

Pastinya tekanan yang menggunung turut dirasai pemilik sosok tubuh ini namun apa pun rakyat Malaysia tahu akan hasil kerja keras dan usahanya dalam memastikan agenda melepasi pusingan suku akhir dan seterusnya telah diusahakan dengan sebaik-baiknya.

Pentas akhir Miss Universe akan berlangsung pada Isnin, 17 Mei 2021 jam 8.00 pagi waktu Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://baratwood.blogspot.com/2021/05/kenali-francisca-luhong-bakal-akhiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 National Costume Yang Menyerlah Di Pentas Miss Universe 2020

18 National Costume Yang Menyerlah Di Pentas Miss Universe 2020

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 323 hits
Setelah ditunda dari penganjuran asal tahun 2020 akhirnya pertandingan Miss Universe 2020 telah muktamad diadakan 9 16 Mei 2021 di Las Vegas Amerika Syarikat dengan menerapkan protokol kesihatan yang ketat susulan dunia masih berdepan pande...
Wow Wakil Korsel Dan Finlandia Pakai Gaun Rancangan Desainer Indonesia Di Miss Universe 2020

Wow Wakil Korsel Dan Finlandia Pakai Gaun Rancangan Desainer Indonesia Di Miss Universe 2020

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 230 hits
Tak hanya wakil dari Indonesia desainer muda Anaz Khairunnas turut membuat bangga Tanah Air di ajang bergengsi tersebut
Travel Ban Forces India S Badminton Team To Miss Malaysia Open

Travel Ban Forces India S Badminton Team To Miss Malaysia Open

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 305 hits
All top Indian singles and doubles players were due to participate in the Kuala Lumpur event scheduled to run from May 25 to 30 NEW DELHI India s badminton team has been forced to withdraw from the Malaysia Open due to a travel ban potentia...
Kejutan Keputusan Penuh Pemenang Miss Universe 2020 Dominasi Negara Latin

Kejutan Keputusan Penuh Pemenang Miss Universe 2020 Dominasi Negara Latin

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 288 hits
Seramai 74 peserta dari seluruh dunia telah menyertai pertandingan Miss Universe 2020 Dianjurkan di Seminole Hard Rock Hotel Casino Hollywood Florida Amerika Serikat Malam kemuncaknya telah berlangsung pada ahad malam atau Isnin pagi waktu ...
Imbau Kembali 24 Senarai Pemenang Miss Universe Terdahulu Tahun 1997 Kini

Imbau Kembali 24 Senarai Pemenang Miss Universe Terdahulu Tahun 1997 Kini

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 803 hits
Pertandingan ratu cantik Miss Universe telah dianjurkan sejak dari tahun 1952 merupakan pertandingan ratu cantik paling popular di dunia ketika ini Setiap tahun dinantikan dan menjadi bualan netizen di internet ada sahaja yang menjadi bahan...
Fesyen Memukau Nova Stevens Warna Kulit Hitam Bergelar Miss Universe Canada

Fesyen Memukau Nova Stevens Warna Kulit Hitam Bergelar Miss Universe Canada

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 340 hits
Siapa yang mengikuti perkembangan Miss Universe pasti ketahui bahawa Canada telah memilih wanita kulit hitam untuk takhta Miss Universe Canada 2020 Ini bukanlah kali pertama Canada membuat kejutan dan sejarah Kemenangan Nova Stevens merupak...
Negara Bakal Alami Hari Tanpa Hujan Mulai 19 Mei Met Malaysia

Negara Bakal Alami Hari Tanpa Hujan Mulai 19 Mei Met Malaysia

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 312 hits
Tempoh monsun barat daya berisiko punca fenomena jerebu BANGI Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak tidak lama lagi menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Ini kerana monsun Barat Daya dijang...
Lima Desa Di Perbatasan Ri Malaysia Terendam Banjir Saat Lebaran

Lima Desa Di Perbatasan Ri Malaysia Terendam Banjir Saat Lebaran

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 262 hits
Sejumlah permukiman warga Kecamatan Badau perbatasan Indonesia Malaysia wilayah Kapuas Hulu Kalimantan Barat dilanda banjir saat Hari Raya Idulfitri 1442 Hijriah dan Kenaikan Isa Almasih sehingga mengakibatkan sejumlah umat Muslim di daerah...
Malaysia Gerak Kempen Aid4palestine

Malaysia Gerak Kempen Aid4palestine

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh ROSALINDA MD SAID ABDUL HADI AWANGKUALA TERENGGANU Kerajaan menggerakkan kempen kesedaran terhadap Palestin dengan menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta bagi membantu perjuangan umat Islam di negara berkenaan yang tertindas akibat...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage