Bersatu Yakin Masih Ada Peluang Cerah Untuk Menang Di Semenyih


   Foto oleh Bernama. 

PETALING JAYA - Bersatu yakin mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan kerusi Dun Semenyih bagi PH pada PRK kawasan itu yang dijadual diadakan pada 2 Mac ini.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin sokongan pengundi Melayu di kawasan berkenaan kekal bersama Bersatu.

Loading...
"Saya rasa sokongan orang Melayu di Semenyih masih kuat, tetapi kita perlu ingat bahawa mungkin terdapat lebih dua parti bertanding, jadi undi orang Melayu mungkin boleh berpecah.

“Sudah tentu ia boleh beri kesan tidak baik kepada sesebuah parti tetapi berdasarkan penilaian, kami yakin masih mempunyai peluang yang cerah untuk menang,” kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini hari ini.

PRK Dun Semenyih diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung. Penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari manakala hari mengundi awal 26 Februari.

Pengerusi PH langor Amirudin Shari dilaporkan berkata, ia tetap dengan keputusan yang dibuat pada peringkat negeri sebelum ini bahawa Bersatu patut meletakkan calon sebagai penyandang kerusi berkenaan.

Dr Mahathir berkata, mesyuarat itu juga membincangkan keadaan semasa politik dalam negara dan persepsi rakyat kepada pemerintah.

"Pemerintahan negara berjalan dengan baik walaupun ada sedikit perselisihan pandangan dan salah tafsir daripada media," katanya.

Sebelum sidang media itu berlangsung, Dr Mahathir menerima 5,000 borang permohonan untuk menyertai Bersatu daripada wakil beberapa negeri.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, kenyataan beliau yang mengecam kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin mendapat sokongan beberapa pemimpin dunia Islam.


"Saya rasa sebilangan mereka sangat gembira dengan kenyataan dan tindakan kita. Saya berbual dengan beberapa pemimpin tersebut dan mereka gembira dengan pendirian kita dan menyokong kita,” katanya.

Malaysia tegas dengan keputusan untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019, menyebabkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran negara sebagai tuan rumah kejohanan itu yang bakal berlangsung di Kuching dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan. 

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/bersatu-yakin-masih-ada-peluang-cerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pukulan Maut Buat Bersatu Jika Bn Menang Di Semenyih Annuar

Pukulan Maut Buat Bersatu Jika Bn Menang Di Semenyih Annuar

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 337 hits
MALAYSIAKINI Parti Pribumi Bersatu Malaysia bakal menerima satu pukulan maut sekiranya BN berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih pada Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan nanti kata Annuar Musa Bagaimanapun Setiausa...
Peluang Bn Kekalkan Kerusi Cameron Highlands Amat Cerah Tok Mat

Peluang Bn Kekalkan Kerusi Cameron Highlands Amat Cerah Tok Mat

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 379 hits
Peluang Barisan Nasional untuk meletakkan buat pertama kali seorang Ahli Parlimen Orang Asli di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Sabtu ini begitu cerah berdasarkan sambutan hangat yang diterima daripada masyarakat di k...
Formula Rais Untuk Ph Menang Di Semenyih

Formula Rais Untuk Ph Menang Di Semenyih

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 327 hits
MALAYSIAKINI Bekas menteri Rais Yatim mempunyai formula tersendiri untuk Pakatan Harapan mengekalkan kerusi DUN Semenyih pada Pilihan Raya Kecil Mac depan Tutup satu tol kurangkan harga minyak untuk motoris Malaysia Tunai janji Felda pra Me...
Bersatu Hulu Langat Serah Enam Nama Calon Prk Semenyih

Bersatu Hulu Langat Serah Enam Nama Calon Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 546 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hulu Langat telah menyerahkan nama calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih kepada pucuk pimpinan parti baru baru ini KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hulu Langat telah menyerahkan na...
Mari Mari Pakat Derma Kami Yakin Menang Kah Kah Kah

Mari Mari Pakat Derma Kami Yakin Menang Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 499 hits
Hari ni ada satu drama Drama tu cerita RM90 juta Bila keluaq cerita kata itu fintah Lepas fitnah jerit sana sini kami yakin menang Sekarang Selesai luaq mahkamah Lepaih ni mesti keluaq bahasa bunga bunga untuk halalkan cara Pengikut PASti p...
Kalau Menang Di Semenyih Satu Sen Gaji Saya Tak Ambil

Kalau Menang Di Semenyih Satu Sen Gaji Saya Tak Ambil

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 439 hits
PRK SEMENYIH Aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai uncle kentang menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Presiden Kepolisan Masyarakat Malaysia i...
Prabowo Masih Mendominasi Di Madura Hasto Bilang Yang Penting Menang 17 April

Prabowo Masih Mendominasi Di Madura Hasto Bilang Yang Penting Menang 17 April

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 246 hits
Menurut informasi yang diterima pihaknya dari PPP dan PKB Hasto menyebut sudah ada perubahan dukungan
Dolar Dan Aset Aset Lain Diniagakan Rendah Namun Masih Ada Peluang Untuk Pasaran Pulih

Dolar Dan Aset Aset Lain Diniagakan Rendah Namun Masih Ada Peluang Untuk Pasaran Pulih

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 302 hits
Para pelabur dilihat mengambil langkah berhati hati apabila kembali berdagang dengan aset yang berisiko walaupun terdapat kebimbangan mengenai pendapatan korporat dan pertumbuhan ekonomi global yang masih berlanjutan Di samping itu harapan ...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suara 160 Ketua Bahagian Umno Sedikit Pun Tidak Membuatkan Pm Gentar

5 Sebab Kenapa Anda Mesti Minum Teh Hijau Setiap Hari

Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

Waktu Makan Masa Paling Bernilai Tapi Skrin Dah Curi Segalanya

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Simptom Simptom Sindrom Watak Utama