Pujuk Pakar Perubatan Di Luar Balik Bantu Negara


BH ONLINE
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Sektor kesihatan negara kini benar-benar diuji bukan hanya dari segi keupayaan fasiliti, tetapi juga sumber tenaga termasuk pakar untuk mendepani pandemik.
Wartawan BH, Mohd Nasaruddin Parzi, mendapatkan pandangan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Asri Said, mengenai hala tuju sektor perubatan negara serta sejauh mana isu doktor kita berkhidmat di luar negara dan status doktor kontrak mendatangkan impak.
Soalan (S): Benarkah dakwaan ramai doktor kita berpindah ke luar negara?
Jawapan (J): Saya tidak pasti dengan dakwaan itu. Ia tidak pernah dibuktikan dengan jelas mengenai apa sebab dan puncanya, malah jumlahnya pun tidak dijelaskan oleh mereka yang mendakwa. Biasanya, graduan kita yang baru menamatkan pengajian, mereka perlu menamatkan latihan atau housemanship sebagai doktor pelatih dan mesti lulus latihan itu untuk elakkan masalah lain.
Mereka mesti memberi khidmat wajib ini selama dua tahun sebelum boleh bekerja di tempat lain. Itu yang penting dulu, barulah doktor muda ini boleh mendapat kelulusan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
S: Adakah tawaran lebih lumayan menjadi sebab mereka memilih berkhidmat di luar negara?
J: Untuk berkhidmat di negara luar tidak mudah dan negara luar juga bukan senang-senang untuk menerima doktor dari luar. Keadaan ini sama seperti berlaku di Malaysia. Kita akan utamakan doktor tempatan berbanding doktor luar. Di mana-mana negara pun praktiknya adalah sama.
Cuma, kebiasaannya mereka akan terima, bagi setiap negara mana pun terutama doktor yang berpengalaman atau doktor pakar, atau doktor yang mahu belajar kepakaran tertentu. Itu kebiasaannya.
S: Apa usaha Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menarik doktor kita yang berkhidmat di luar ketika ini untuk kembali?
J: Pada 2016, kerajaan sudah menawarkan kepada doktor kita yang berkhidmat di luar negara - yang memiliki kepakaran yang pelbagai - untuk datang balik dan berkhidmat di hospital kita. Mereka ini juga diberikan tawaran dan insentif yang baik sebagai timbal balik atas persetujuan mereka untuk pulang ke negara ini.
KKM sudah berusaha menarik minat doktor kita untuk balik bagi membantu mengurangkan masalah gangguan kekurangan kepakaran di hospital. Memang ada yang balik, tetapi saya tidak dapat memperincikan jumlahnya setakat ini. Ini menunjukkan doktor pakar kita masih ada perasaan mencintai negaranya. Mereka masih ada nilai patriotik yang tinggi untuk membantu negaranya sendiri.
S: Dakwaan doktor kita mahu berpindah ke luar negara juga berkait dengan isu doktor kontrak. Apa komen?
J: Kalau cerita masalah doktor kontrak, pada KKM pertamanya banyak usaha sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan untuk selesaikan masalah ini. Masalah doktor kontrak dan masa depan mereka, kita ambil maklum dan sentiasa berusaha mencari jalan terbaik untuk mereka.
Contohnya hari ini, kita bagi ruang kepada doktor kontrak dalam suasana negara menghadapi COVID-19 ini, kita sambung kontrak mereka enam bulan lagi.
KKM juga sudah berusaha mengharmonikan gred UD41 ke UD43. Kita sudah menyelaras gred daripada UD41 ke UD43 iaitu gred dan gaji hampir sama dengan doktor lantikan tetap, walaupun mereka tidak dapat peluang Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk meneruskan kepakaran.
Bagaimanapun, mereka masih boleh meneruskan pengajian ke peringkat pakar dengan menggunakan peruntukan kewangan sendiri atau mengemukakan permohonan bagi mendapatkan tajaan pihak ketiga.

KKM bersama universiti awam dan swasta perlu bekerjasama bagi melahirkan lebih ramai pakar perubatan di negara ini. - Foto hiasan S: Apa jaminan boleh diberi kerajaan dalam isu doktor kontrak ini?
J: KKM sedang berusaha mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk mereka. Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) akan membawa isu ini ke Kabinet dalam masa terdekat untuk berusaha memohon supaya dapat perjawatan tetap dan juga manfaat lain yang akan diumumkan kemudian.
Bukan KKM tidak peduli kepada doktor muda, sebaliknya KKM tetap ambil berat pada doktor muda dan masa depan mereka dalam bidang perubatan. Kami di KKM berusaha keras untuk membantu generasi muda, anak-anak kita untuk mendapatkan penempatan.
Bagaimana kaedahnya, ini akan diperinci oleh Kabinet terlebih dulu dan kita yakin kerajaan ada kaedah dalam menyelesaikan isu ini. Kita ada buat perbincangan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) untuk kenal pasti masalah dan cari jalan menyelesaikannya.
S: Benarkah jaminan masa depan tidak jelas untuk doktor yang berkhidmat di negara sendiri.
J: Saya nasihatkan kepada doktor muda bersabarlah sedikit. Kita tidak akan membiarkan mereka dan keadaan ini berterusan. Janganlah ambil tindakan terburu-buru. Saya nasihatkan doktor jangan dengar nasihat mereka yang tidak jelas tentang tindakan kerajaan.
Saya juga nasihatkan kepada mereka di luar sana termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), janganlah bagi nasihat yang boleh merosakkan masa depan anak-anak kita dan sebaiknya, rujuklah KKM untuk mengetahui keadaan sebenarnya.
S: Mungkin situasi sekarang ini menyebabkan tekanan kepada doktor muda ini meningkat?
J: Benar pandemik ini bukan satu perkara biasa dan mudah untuk diuruskan. Kita akui ramai anggota barisan hadapan termasuk doktor yang bekerja keras untuk menamatkan pandemik COVID-19. Mereka bekerja bukan dalam situasi biasa, malah ada yang sudah keletihan.
Namun, dalam situasi mencabar ini, dengan ramai yang diberhentikan kerja, hilang sumber pendapatan, tiada bekalan makanan mencukupi, saya rasa untuk doktor ini kekal seketika dalam kedudukan sekarang sudah memadai sementara kerajaan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Prof Dr Asri Said. Usaha lahirkan lebih ramai doktor pakar
S: Apa pandangan Prof mengenai doktor kita yang memilih berkhidmat di luar negara?
J: Memang ada doktor kita berkhidmat di luar negara sebab sistem kita diiktiraf di banyak negara. Ada pergi ke Singapura - bekerja, menjadi pakar dan terus menetap di sana. Ada juga beberapa doktor sudah berhijrah ke Australia dan United Kingdom (UK), menyambung belajar di sana dan menjadi pakar di sana.
Ia memang berlaku sekarang, tetapi jumlahnya tidaklah begitu ramai dan sangat kecil. Sebabnya, peluang menjadi doktor di Malaysia masih ada dan terbuka.
S: Bolehkah mereka ini dianggap tidak sayangkan negara?
J: Ini boleh dianggap isu etika juga. Jika seseorang doktor yang dibiayai kerajaan mendapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kerajaan atau pegawai kerajaan sama ada di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dihantar ke luar negara untuk menjadi pakar dan kemudian tidak balik serta terus menetap di sana, itu bukan saja isu etika, tetapi jelas salah. Sebabnya mereka ada kontrak dan sengaja melanggar kontrak dengan kerajaan.
Kita hantar mereka untuk menjadi pakar dan sepatutnya mereka balik. Namun kita tidak pasti sama ada ia berlaku atau tidak sekarang. Namun kalau pegawai atau doktor itu tidak ada ikatan dengan mana-mana penaja atau KKM, sebaliknya pergi sendiri, maka terpulang kepada mereka.
Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tiada masalah dalam hal ini. Di negara mana pun dia mahu berkhidmat, itu tertakluk kebenaran majlis perubatan negara terbabit. Kalau di UK dipanggil GMC (General Medical Council). Jadi dia kena mohon dengan GMC untuk bekerja di sana.
Biasanya kalau dia keluar negara, dia tidak perlu maklumkan kepada MMC. Kalau keluar memang kita tiada data, kalau doktor masuk MMC ada data. Sebab untuk masuk ke Malaysia, dia wajib memohon lesen praktis daripada MMC.
S: Apakah situasi ini menyebabkan negara kehilangan tenaga doktor pakar.
J: Betul bilangan pakar kita sebenarnya belum cukup. Sebelum pandemik, memang kerajaan ada jalankan program menerusi TalentCorp untuk rekrut doktor daripada luar negara balik. Di universiti awam (UA) kita pun, ada seorang dua doktor yang balik dari UK untuk berkhidmat di universiti kita dan sebagainya.
Cuma, apabila doktor balik dari luar negara, kadang-kadang dia tidak mahu berkhidmat di penempatan KKM tetapkan. Kalau mereka mahu balik, dia akan balik, tetapi kebanyakannya bergantung banyak situasi. Contohnya, kalau seorang doktor kita di luar negara sudah selesa dengan satu bidang, bila jadi pakar, dia bukan hanya berkaitan seorang saja, tetapi untuk dia praktis kepakaran itu memerlukan sokongan pasukan dan fasilitinya.
Ada ramai pakar yang kita kenal pasti mungkin hebat dalam pembedahan, namun kehebatannya itu juga merangkumi keupayaan fasiliti perubatan mereka. Jadi, bila balik Malaysia, dia balik seorang, tinggalkan pasukan atau sistem sokongan dan fasilitinya sekali.
Kadang-kadang pakar yang hebat, inilah pertimbangan mereka. Dia akan fikir, kalau saya balik, kerja apa saya akan buat nanti. Ini isu juga bagi kita, sebab itu susah untuk buat tawaran supaya mereka pulang dalam keadaan sistem kita tidak bersedia untuk mereka. Namun kalau alasan kewangan, saya rasa itu tiada masalah, boleh dirundingkan.
S: Benarkah fasiliti kita belum tersedia untuk mereka?
J: Perkara itu bergantung kepakaran mereka. Contohnya seorang pakar pembedahan, dia memang pandai dalam endoscopic robotic dan sebagainya. Kita boleh bawa mereka pulang, tetapi mungkin khidmatnya hanya boleh disediakan di hospital besar yang ada perkhidmatan seperti itu. Contohnya Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Jika mahukan dia berkhidmat di Hospital Kapit atau Hospital Limbang contohnya, ia akan jadi susah sebab fasiliti tidak ada dan sukar untuk dia berkhidmat. Melainkan jika kita mahu bawa mereka pulang, mereka mesti boleh melahirkan lebih ramai lagi pakar, ini pun penting. Sebab kalau mahu tunggu untuk kita pertingkatkan semua fasiliti kesihatan yang ada, mungkin ambil masa dan memakan kos berbilion ringgit.
Jadi, yang boleh dibuat mungkin dengan kita menaik taraf satu atau dua hospital yang kita kenal pasti macam HKL atau mengikut negeri, kemudian kita lahirkan pakar di situ. Ini antara sedang dilakukan.
S: Apakah fokus sektor perubatan kita tepat dalam usaha melahirkan tenaga pakar?
J: Secara keseluruhan, pendidikan perubatan kita mesti menuju ke arah melahirkan lebih ramai pakar. Sangat ketara apabila dalam keadaan pandemik hari ini, kita tercari-cari di mana doktor pakar awam, mana pakar respiratori. Kita nampak kekurangan apabila keadaan mendesak seperti sekarang.
Sebab itu, sekarang ini kita harus harmonikan program perubatan kita dengan program negara luar, supaya dapat meningkatkan keupayaan untuk menghasilkan lebih ramai pakar masa depan.
Kita kena fikir ke arah itu. Kalau 20 atau 30 tahun dulu, fokus kerajaan waktu itu adalah lahirkan ramai doktor. Namun sekarang, kesinambungan daripada usaha terdahulu adalah kita harus ramaikan pula pakar.
Antara satu strategi untuk ke depan, saya rasa UA dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) serta KKM tidak boleh lagi bergerak sendiri, sebaliknya perlu bersama untuk melahirkan lebih ramai pakar. Sebab akhirnya, kita mahu hasilkan pakar untuk negara.
S: Ramai doktor muda mengeluh dengan beban tugas mereka. Apa komen?
J: Apabila orang muda memberikan pandangan, kadang-kadang terlalu emosi. Ada mengeluh kadang-kadang mengapa harus membuat kerja jururawat. Bagi saya dalam keadaan pandemik, kita tidak boleh berkira sangat. Sebab akhirnya, niat kita hanya mahu semua yang berlaku ini berakhir.
Tidak kisahlah kita pegawai perubatan, pakar atau apa pun, yang kita mahukan akhirnya pandemik ini dapat ditamatkan. Ini pandemik dan keadaan sekarang adalah darurat. Saya harap mereka banyak bersabar dan apabila kita buat kerja, kita bukan buat untuk duniawi saja, tetapi juga amal jariah kita kepada sesama manusia.
Kita harus memahami semua pihak dan keadaan sedang kita lalui. Bukan saja doktor muda ada masalah, mereka yang lain termasuk dalam kerajaan juga ada masalah. Hospital pun ada masalah. Sebaiknya kita melihat bagaimana kita boleh bekerja bersama untuk selesaikan masalah yang ada.
S: Keluhan ramai doktor muda hari ini seolah-olah mereka tidak mendapat hak sewajarnya?
J: Isunya berkenaan hala tuju mereka untuk menjadi doktor pakar. Sekarang ini, memang kita latih orang jadi bijak pandai, jadi doktor, tetapi kita mahu doktor ini jadi pakar sebab dalam tempoh beberapa tahun akan datang, semua pakar yang ada di KKM dan fasiliti kesihatan universiti akan bersara.
Antara kebimbangan kita adalah doktor kontrak, bagaimana dia mahu jadi pakar. Sebab kalau kontrak, kita tidak boleh jadi pakar kerana tiada HLP, melainkan kontraknya cukup panjang. Sebab mahu menjadi pakar sekurang-kurangnya empat hingga lima tahun khidmat.
Kalau dia buat kontrak dan tidak dapat habiskan (tempoh diperlukan), maka dia tidak boleh jadi pakar. Itu isunya. Kalau doktor kontrak tidak dapat HLP untuk sambung belajar, maknanya dia kena belajar dengan peruntukan sendiri.
S: Apa pandangan mengenai isu membabitkan doktor kontrak yang tidak diserap?
J: Isu ini dibawa dalam keadaan agak genting ketika pandemik. Memang agak sukar untuk kerajaan menyelesaikan masalah ini dalam tempoh singkat, sedangkan masalah lebih besar perlu diberi fokus sama. Masalah ini memang ada, tidak dinafikan dan sudah diketahui beberapa tahun sudah. Bagi saya, isunya bukan kontrak atau bukan kontrak, sebab di luar negara, doktor pun kontrak juga.
Kalau kerja di UK dan Australia pun kontrak juga. Namun apa beza kontrak di luar negara dengan di sini. Bezanya ialah di sana dia tahu kerjaya akan datang untuk jadi pakar, itu jelas. Kalau diberi kontrak lebih panjang contohnya, peluangnya untuk jadi pakar lebih cerah. Sebab dia boleh praktis lebih panjang.
Apa yang penting, bagi saya sekarang ini bukan isu cabaran doktor kontrak saja, tetapi peluang kerjaya itu sendiri sebenarnya cukup mencabar. Ini lebih penting.
Sekarang ini berapa ramai yang hilang kerja sebab pandemik dan perniagaan lingkup, ini lebih besar kesannya kepada kehidupan rakyat. Doktor kontrak, benar kita faham, tetapi setidak-tidaknya mereka masih ada kerjaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/pujuk-pakar-perubatan-di-luar-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Letak Jawatan Dan Laksana Tugas Sementara Untuk Bantu Negara

Pm Letak Jawatan Dan Laksana Tugas Sementara Untuk Bantu Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 294 hits
AssalamualaikumHi korang Hari ni Abah kesayangan kita telah pun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sedih sebak semua ada sepanjang hari SA buka Astro Awani mengikuti liputan khas perletakkan jawatan Abah Apapun Abah dh buat yang ter...
Luar Biasa Ini 7 Sejarah Perayaan Pekan Asi Sedunia Di Berbagai Negara

Luar Biasa Ini 7 Sejarah Perayaan Pekan Asi Sedunia Di Berbagai Negara

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 219 hits
Dalam rangka memperingati Pekan ASI Sedunia ini adalah beragam sejarah luar biasa dari berbagai negara
Khasiat Tomato Kristal Dalam Crystal Skin Suplemen Terbukti Dapat Bantu Merawat Wajah Dari Luar Dan Dalam

Khasiat Tomato Kristal Dalam Crystal Skin Suplemen Terbukti Dapat Bantu Merawat Wajah Dari Luar Dan Dalam

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum Kalau diimbas zaman kanak kanak dulu mak Fiza selalu cakap kalau nak cantik makanlah tomato Waktu tu mana heran apa yang mak cakap sebab kita tahu mak mak nie cuba umpan anak dengan perkataan perkataan yang best supaya kita ...
Ning Baizura Titip Pesanan Nourul Depp Dah Nak Pindah Ke Luar Negara

Ning Baizura Titip Pesanan Nourul Depp Dah Nak Pindah Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 386 hits
Tak mahu berkongsi di manakah lokasi penghijrahannya penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia bakal berpindah ke luar negara dalam masa terdekat
Cara Nak Pujuk Suami Balik Rumah Awal Confirm Tak Melencong Tempat Lain Ustaz Kazim Elias

Cara Nak Pujuk Suami Balik Rumah Awal Confirm Tak Melencong Tempat Lain Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 424 hits
Cara Nak Pujuk Suami Balik Rumah Awal CONFIRM Tak Melencong Tempat Lain Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Niat Nak Bantu Orang Di Luar Sana Shuib Terkejut Ribuan Produk Arwah Siti Sarah Terjual

Niat Nak Bantu Orang Di Luar Sana Shuib Terkejut Ribuan Produk Arwah Siti Sarah Terjual

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 341 hits
Sejak pemergian allahyarham Siti Sarah Raissuddin beberapa hari lalu ramai yang mula membuka cerita kebaikan yang pernah dilakukannya sewaktu masih hidup
5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Gabungan 13 badan bukan kerajaan menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan Langkah itu perlu ...
Wanita Impi Kerja Di Luar Negara Rugi Rm6 050

Wanita Impi Kerja Di Luar Negara Rugi Rm6 050

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 170 hits
Hasrat seorang wanita bekerja di luar negara tidak kesampaian apabila ditipu seorang ejen yang dikenali menerusi atas talian Wanita Rugi RM6 050 Ditipu Ejen Pelancongan Seorang wanita bukan saja hancur impiannya untuk bekerja di luar negara...
Pejuang Sudah Hantar Surat Akuan Ke Istana Negara Calon Dari Luar Parti

Pejuang Sudah Hantar Surat Akuan Ke Istana Negara Calon Dari Luar Parti

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN ULYA AQAMAH HUSAMUDINPETALING JAYA Parti Pejuang Tanah Air sudah menghantar surat akuan bagi menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu kepada Istana Negara pukul 3 40 petang tadi Ke...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025