Puasa Dan Ibadat Ramadan Lebih Bermakna Kata Penceramah Bebas



KUALA LUMPUR: Kurang dua minggu lagi sebelum seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang sememangnya dinantikan setiap tahun.

Selain melaksanakan ibadah puasa pada siang hari dan memperbanyakkan amal kebajikan, pasti ramai yang menantikan suasana bersolat sunat terawih di masjid atau surau.

Namun, keadaan tentunya amat berbeza bagi Ramadan tahun ini apabila umat Islam di negara ini berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat lepas bahawa tempoh PKP dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 28 April ini, dan umat Islam dijangka mula berpuasa dalam tempoh berkenaan.

Susulan itu, pelbagai reaksi orang ramai termasuk warganet yang menyuarakan pendapat berkenaan hikmah dan nikmat menyambut Ramadan ketika PKP dilaksanakan.

Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus turut berkongsi mengenai PKP yang memberi peluang umat Islam berpuasa dan beribadah dengan lebih bermakna kerana dapat menjauhi perkara maksiat yang mensia-siakan ibadah puasa.

"Kalau puasa lebih baik kita berkurung. Bila puasa semasa tiada PKP kita tubik (keluar) jadi macam-macam perkara pula bila kita bercampur dan lebih terdedah kepada perkara tidak elok, nak jaga pandangan mata dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi penstriman langsung dalam laman sosial Instagram rasmi masing-masing baru-baru ini.

Beliau berkata tempoh PKP khususnya dalam bulan Ramadan harus dilihat secara bijaksana dengan sudut pandangan yang penuh kebaikan serta manfaat sewaktu di akhirat.

"Bila puasa dalam keadaan terhindar daripada situasi yang berpengaruh buruk, inilah nikmat kerana pahala puasa dan amal ibadat kita lebih terjamin berbanding semasa tiada PKP," tambahnya.

Mengenai amalan solat sunat terawih pada bulan Ramadan semasa PKP pula, beliau berkata ia tidak menjadi masalah kerana boleh dibuat di rumah tanpa ke masjid atau surau.

"Nabi (Muhammad) SAW juga bersolat terawih seorang di rumah. Kemudian baru berjemaah di masjid, ini perkara biasa tak jadi masalah," katanya yang melihat PKP sebagai hikmah dan peluang bagi yang tidak pernah bersolat terawih sebelum ini berpeluang menunaikannya secara berjemaah di rumah.

Sementara itu, Ayman Rashdan Wong menerusi Facebooknya berkata hikmah di sebalik PKP ialah dapat menghayati erti Ramadan yang sebenar serta memanfaatkan tempoh itu untuk refleksi diri.

"'Self -reflection' lebih berkesan jika kita menyendiri. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah, makan secara minimum, solat on time (di awal waktu), tidur awal bangun awal, membaca al-Quran dan berzikir sementara tunggu azan maghrib.

"Sesungguhnya, COVID-19 adalah 'reset button' untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan, dan kembalikan manusia kepada asas fitrah," katanya.

Pengguna Facebook Ariel Hassan berkata bulan Ramadan sepatutnya menginsafkan manusia dan merasai kesusahan orang lain yang kurang mampu.

"Tapi kita di Malaysia bermewah-mewah sehingga membazir, waktu berbuka beli macam-macam dan makan sampai kekenyangan, solat pun 'gone' (tidak dilakukan). PKP ini besar hikmah, bila duduk rumah makan apa yang ada solat pun terjaga," katanya.

Maizaton Othman menerusi Facebooknya berkata jika sebelum ini ramai yang sekadar berazam mulia di bulan Ramadan tetapi tidak mampu mengotakannya, namun hikmah PKP adalah peluang melaksanakan azam beribadah secara lebih sempurna.

"PKP mengajar manusia memanfaatkan bulan Ramadan yang sebenar, lebih-lebih lagi orang muda, bila puasa bebas bergaul, buffet Ramadan, iftar bersama kawan-kawan, sambung pula sahur beramai-ramai di kedai makan, puasa entah ke mana, solat terawih pula jarang sekali," tulis seorang pengguna Facebook dengan nama Hafiz FIZ.

-- BERNAMA



MR :  Boleh masuk TV pulak lepas ni... teringat ayat "mung ingat aku nok sangat masuk tv?"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/puasa-dan-ibadat-ramadan-lebih-bermakna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Seperti Yang Dikhabarkan Di Berita Lelaki Ini Tepis Dkwaan Kata China Bebas Covd 19

Bukan Seperti Yang Dikhabarkan Di Berita Lelaki Ini Tepis Dkwaan Kata China Bebas Covd 19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 187 hits
Wbak C0vd 19 yang sebelum ini dikenali sebagai C0r0navrvs bermula dari negara China China merupakan negara yang pertama di dunia melap0rkan berkenaan wbak ini sebelum ianya merebak hampir ke seluruh pelusuk dunia Bukan Seperti Yang Dikhabar...
Pentadbiran Lepas Gagal Kekang Covid 19 Kluster Tabligh Lebih Awal Kata Adham

Pentadbiran Lepas Gagal Kekang Covid 19 Kluster Tabligh Lebih Awal Kata Adham

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 319 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mendakwa pentadbiran sebelum ini gagal mengawal penularan wabak Covid 19 khususnya melibatkan kluster yang menurutnya menjadi kluster terbesar di seluruh negara Adham berkata sekiranya pentadbiran le...
Agar Kuat Lawan Corona Politikus Ini Usulkan Puasa Ramadan Ditunda

Agar Kuat Lawan Corona Politikus Ini Usulkan Puasa Ramadan Ditunda

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 185 hits
Seorang politikus di Aljazair benama Noureddine Boukhrouh mengusulkan agar puasa Ramadan tahun 2020 ditunda agar semua umat Muslim bisa kuat melawan virus corona covid 19 Sebagaimana dikutip dari pemberitaan di laman MiddleEastMonitor Rabu ...
Kalau Puasa Lebih Baik Berkurung Tak Terdedah Kepada Perkara Yang Tak Elok Uai

Kalau Puasa Lebih Baik Berkurung Tak Terdedah Kepada Perkara Yang Tak Elok Uai

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 324 hits
Kurang dua minggu lagi sebelum seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang sememangnya dinantikan setiap tahun Selain melaksanakan ibadah puasa pada siang hari dan memperbanyakkan amal kebajikan pasti ramai yang ...
30 Link E Bazar Ramadan Online Di Kl Selangor Anda Boleh Follow Puasa Ini

30 Link E Bazar Ramadan Online Di Kl Selangor Anda Boleh Follow Puasa Ini

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 673 hits
Disebabkan perintah kawalan pergerakan yang masih berjalan sehingga menjelang ramadan selepas pengumuman PM kita di hari ke sepuluh PKP kedua dan hampir seluruh negeri di Malaysia membuat keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar ramada...
Dengan Wujudnya Huawei Appgallery Ini Waktu Waktu Pkp Pasti Akan Lebih Bermakna

Dengan Wujudnya Huawei Appgallery Ini Waktu Waktu Pkp Pasti Akan Lebih Bermakna

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 393 hits
Seronok juga bila ada something yang boleh menghiburkan hati dikala bosan small Cover image via Google small i Artikel ini ditaja oleh HUAWEI i p Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu menyebabkan hampir kesemua per...
Mengulik Filosofi Megengan Tradisi Khas Jawa Timur Untuk Sambut Bulan Puasa Ramadan

Mengulik Filosofi Megengan Tradisi Khas Jawa Timur Untuk Sambut Bulan Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 189 hits
Ramadan atau bulan Puasa biasanya disambut dengan meriah oleh umat Islam Di Jawa Timur dan beberapa daerah lain di Pulau Jawa kita mengenal Megengan tradisi khusus untuk menyambut datangnya bulan suci Ramadan
Fasa Kedua Pkp Lebih Kritikal Dan Mustahak Kata Ketua Pengarah Kesihatan

Fasa Kedua Pkp Lebih Kritikal Dan Mustahak Kata Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 257 hits
Hari telah masuk hari pertama fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan setelah dua minggu fasa pertama kita jalani Ketua Pengarah Kesihatan berkata tempoh fasa kedua PKP ini lebih kritikal dan mustahak kerana tempoh ini penentu bagi Malaysia ...
Tiada Bazar Ramadan Sepanjang Pkp Kata Ismail Sabri

Tiada Bazar Ramadan Sepanjang Pkp Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 217 hits
KERAJAAN memutuskan tidak akan ada bazar Ramadan sepanjang perintah kawalan pergerakan berjalan kata Menteri Kanan Ismail Sabri Tetapi sekiranya PKP sudah ditarik balik ketika Ramadan bermula satu prosedur operasi standard akan dikeluarka
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya