Pentadbiran Lepas Gagal Kekang Covid 19 Kluster Tabligh Lebih Awal Kata Adham



(FMT) – Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mendakwa pentadbiran sebelum ini gagal mengawal penularan wabak Covid-19, khususnya melibatkan kluster yang menurutnya menjadi kluster terbesar di seluruh negara.
Adham berkata, sekiranya pentadbiran lepas mengawal penularan wabak ini dengan lebih baik ketika itu, beliau percaya kes membabitkan wabak Covid-19 di negara ini hanya akan terdiri daripada kluster kecil sahaja.
“Pada 10 Mac lalu, kita sudah ada satu kluster baru, yang kerajaan sebelum ini tidak dapat bendung iaitu kluster tabligh. Ia berlaku pada 27 Feb hingga 3 Mac. Ia sungguh besar hingga sampai ke hari ini masih tidak dapat hentikan penularannya.
“Masih ada kes dari kluster tabligh yang menjangkiti hingga ke kluster ke-5. Kalau kluster tabligh ini dihalang daripada awal, gelombang kedua tidak akan berlaku.
“Kita mungkin hanya akan ada kes dari kluster kecil,” katanya dalam telesidang bersama presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini, merujuk kepada himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur yang dilaporkan melibatkan lebih 14,000 peserta.
Pada 24 hingga 29 Feb, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat berfungsi selepas Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Ketika itu, negara hanya dipimpin oleh beliau sebagai perdana menteri interim.
Muhyiddin Yassin pula mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 di bawah kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Mac. Manakala, anggota Kabinet baru, termasuk Adham yang dilantik sebagai menteri kesihatan mengangkat sumpah pada 10 Mac.
Kerajaan mula menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 pada 18 Mac, dan kini memasuki fasa ke-3 sehingga 28 April depan.
Dalam telesidang itu, Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Adham dan pasukannya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menurutnya setakat ini berjaya mengekang penularan wabak berkenaan daripada terus merebak.
Adham pada masa sama turut memaklumkan mengenai usaha yang dilakukannya bagi mengekang wabak berkenaan, termasuk bertindak mewartakan 40 buah hospital yang digunakan khusus untuk tujuan merawat pesakit Covid-19.
“Saya yakin apa yang dibuat sudah diiktiraf dunia. Saya sudah mengadakan sidang video bersama-sama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan 500 negara yang lain.
“Kemudian, saya secara langsung dengan menteri kesihatan China, Singapura dan menteri-menteri Asean serta dengan perdana menteri Korea Selatan, Jepun dan China.
“Saya yakin media sosial dan konvesional membantu usaha hari ini dan tagline saya adalah “Kita Mesti Menang”,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/04/18/pentadbiran-lepas-gagal-kekang-covid-19-kluster-tabligh-lebih-awal-kata-adham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Merebak Ke As Lebih Awal Tapi Gagal Dikesan

Covid 19 Merebak Ke As Lebih Awal Tapi Gagal Dikesan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 472 hits
Pekerja berpakaian keselamatan di tanah perkuburan Municipal Cemetery No 13 di Tijuana California menyembur cecair nyah kuman pada keranda sebelum mengebumikan mayat mangsa COVID 19 yang tidak dituntut Foto AFPSAN FRANCISCO Bedah siasat dua...
Kerajaan Sebelum Ini Gagal Bendung Kluster Tabligh

Kerajaan Sebelum Ini Gagal Bendung Kluster Tabligh

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 472 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mendakwa kerajaan PH sebelum ini telah gagal membendung kluster himpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur yang menjadi punca kepada gelombang kedua penularan wabak Covid 19 di Malaysia Adham berkat...
Sudah Lebih Sebulan Ijtimak Tabligh Di Masjid Sri Petaling Mengapa K P Kesihatan Masih Umum Ada Kluster Tabligh

Sudah Lebih Sebulan Ijtimak Tabligh Di Masjid Sri Petaling Mengapa K P Kesihatan Masih Umum Ada Kluster Tabligh

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 450 hits
Majlis Ijtimak Qudama dan Ulama Malaysia 2020 di Masjid Sri Petaling menjadi bahan kecaman sebahagian besar rakyat Malaysia bila Malaysia dilanda wabak Covid 19 Mengapa Kerana setiap hari bila Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr N...
Sekarang Baru Kita Nampak Kenapa Allah Datangkan Kluster Tabligh Covid 19 Kepada Kita Semua

Sekarang Baru Kita Nampak Kenapa Allah Datangkan Kluster Tabligh Covid 19 Kepada Kita Semua

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 557 hits
Sekarang baru kita nampak kan kenapa Allah datangkan kluster tabligh kepada kita semua Betapa jujur dan ikhlasnya jemaah tabligh dalam isu covid beribu ribu mereka kena buat test beratus orang positif Tapi sepanjang saya mengikuti perkemban...
Sekolah Mungkin Tidak Dibuka Lebih Awal Sehingga Keadaan Kembali Pulih Pm

Sekolah Mungkin Tidak Dibuka Lebih Awal Sehingga Keadaan Kembali Pulih Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 308 hits
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia mengenai perutusan rasmi berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Susulan daripada itu rata rata ibu bapa bimbang dengan kesemalatan anak anak jika sekolah dibuka jadi pengum...
Warga Kulit Hitam As Lebih Rentan Positif Mati Akibat Covid 19

Warga Kulit Hitam As Lebih Rentan Positif Mati Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 375 hits
April 11 2020NEW YORK Serangan virus korona tidak mengenal warna kulit atau ras namun di AS tampaknya warga kulit hitam Afrika Amerika lebih berisiko tinggi mendapat pandemik Covid 19 Ketua Kesihatan AS Jerome Adams dalam wawancara dengan C...
Covid 19 As Atasi Itali Dengan Angka Kematian Lebih 20 000

Covid 19 As Atasi Itali Dengan Angka Kematian Lebih 20 000

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 330 hits
Amerika Syarikat mengatasi Itali pada hari Sabtu sebagai negara yang mencatatkan jumlah kematian akibat Covid 19 tertinggi dengan mencatatkan lebih 20 000 kematian sejak wabak itu bermula lapor Reuters Presiden Donald Trump berkata beliau b...
Puncak Jangkitan Covid 19 Mungkin Sudah Berlalu Kata Noor Hisham

Puncak Jangkitan Covid 19 Mungkin Sudah Berlalu Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 352 hits
April 10 2020 8 18 PMKetua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berkata pihaknya menjangkakan Malaysia sudah melepasi tempoh kemuncak kes jangkitan Covid 19 minggu lalu walaupun beberapa pihak ...
Covid 19 Kluster Baru Penjara Chicago

Covid 19 Kluster Baru Penjara Chicago

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 464 hits
CHICAGO 17 Syaaban 1441H Sabtu Hampir 300 penghuni penjara di Chicago The Cook County Jail disahkan positif COVID 19 Datuk Bandar Lori Lightfoot berkata 276 disahkan positif termasuk 115 kakitangan yang berkhidmat di penjara berkenaan Perke...
Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis