Kalau Puasa Lebih Baik Berkurung Tak Terdedah Kepada Perkara Yang Tak Elok Uai


Kurang dua minggu lagi sebelum seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang sememangnya dinantikan setiap tahun.
Selain melaksanakan ibadah puasa pada siang hari dan memperbanyakkan amal kebajikan, pasti ramai yang menantikan suasana bersolat sunat terawih di masjid atau surau.
Namun, keadaan tentunya amat berbeza bagi Ramadan tahun ini apabila umat Islam di negara ini berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat lepas bahawa tempoh PKP dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 28 April ini, dan umat Islam dijangka mula berpuasa dalam tempoh berkenaan.
Susulan itu, pelbagai reaksi orang ramai termasuk warganet yang menyuarakan pendapat berkenaan hikmah dan nikmat menyambut Ramadan ketika PKP dilaksanakan.
Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus turut berkongsi mengenai PKP yang memberi peluang umat Islam berpuasa dan beribadah dengan lebih bermakna kerana dapat menjauhi perkara maksiat yang mensia-siakan ibadah puasa.
“Kalau puasa lebih baik kita berkurung. Bila puasa semasa tiada PKP kita tubik (keluar) jadi macam-macam perkara pula bila kita bercampur dan lebih terdedah kepada perkara tidak elok, nak jaga pandangan mata dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi penstriman langsung dalam laman sosial Instagram rasmi masing-masing baru-baru ini.
Beliau berkata tempoh PKP khususnya dalam bulan Ramadan harus dilihat secara bijaksana dengan sudut pandangan yang penuh kebaikan serta manfaat sewaktu di akhirat.
“Bila puasa dalam keadaan terhindar daripada situasi yang berpengaruh buruk, inilah nikmat kerana pahala puasa dan amal ibadat kita lebih terjamin berbanding semasa tiada PKP,” tambahnya.
Mengenai amalan solat sunat terawih pada bulan Ramadan semasa PKP pula, beliau berkata ia tidak menjadi masalah kerana boleh dibuat di rumah tanpa ke masjid atau surau.
“Nabi (Muhammad) SAW juga bersolat terawih seorang di rumah. Kemudian baru berjemaah di masjid, ini perkara biasa tak jadi masalah,” katanya yang melihat PKP sebagai hikmah dan peluang bagi yang tidak pernah bersolat terawih sebelum ini berpeluang menunaikannya secara berjemaah di rumah.
Sementara itu, Ayman Rashdan Wong menerusi Facebooknya berkata hikmah di sebalik PKP ialah dapat menghayati erti Ramadan yang sebenar serta memanfaatkan tempoh itu untuk refleksi diri.
” ‘Self -reflection’ lebih berkesan jika kita menyendiri. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah, makan secara minimum, solat on time (di awal waktu), tidur awal bangun awal, membaca al-Quran dan berzikir sementara tunggu azan maghrib.
“Sesungguhnya, COVID-19 adalah ‘reset button’ untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan, dan kembalikan manusia kepada asas fitrah,” katanya.
Pengguna Facebook Ariel Hassan berkata bulan Ramadan sepatutnya menginsafkan manusia dan merasai kesusahan orang lain yang kurang mampu.
“Tapi kita di Malaysia bermewah-mewah sehingga membazir, waktu berbuka beli macam-macam dan makan sampai kekenyangan, solat pun ‘gone’ (tidak dilakukan). PKP ini besar hikmah, bila duduk rumah makan apa yang ada solat pun terjaga,” katanya.
Maizaton Othman menerusi Facebooknya berkata jika sebelum ini ramai yang sekadar berazam mulia di bulan Ramadan tetapi tidak mampu mengotakannya, namun hikmah PKP adalah peluang melaksanakan azam beribadah secara lebih sempurna.
“PKP mengajar manusia memanfaatkan bulan Ramadan yang sebenar, lebih-lebih lagi orang muda, bila puasa bebas bergaul, buffet Ramadan, iftar bersama kawan-kawan, sambung pula sahur beramai-ramai di kedai makan, puasa entah ke mana, solat terawih pula jarang sekali,” tulis seorang pengguna Facebook dengan nama Hafiz FIZ.

The post “Kalau Puasa, Lebih Baik Berkurung..Tak Terdedah Kepada Perkara Yang Tak Elok” – UAI appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ibadah-puasa-pada-bulan-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingatlah Selepas Hujan Hadirnya Matahari Dan Hari Yang Lebih Baik Akan Datang Lagi Pm

Ingatlah Selepas Hujan Hadirnya Matahari Dan Hari Yang Lebih Baik Akan Datang Lagi Pm

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 355 hits
Ketika negara sedang memerangi pandemik COVID 19 serta kesannya yang dirasai rakyat dan ekonomi negara hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengumumkan pakej rangsangan tambahan khusus buat Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana...
Puasa Dan Ibadat Ramadan Lebih Bermakna Kata Penceramah Bebas

Puasa Dan Ibadat Ramadan Lebih Bermakna Kata Penceramah Bebas

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Kurang dua minggu lagi sebelum seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang sememangnya dinantikan setiap tahun Selain melaksanakan ibadah puasa pada siang hari dan memperbanyakkan amal kebajikan past...
Betul Ke Cara Sweden Lebih Baik Seperti Dikritik Oleh Penulis Pro Ph

Betul Ke Cara Sweden Lebih Baik Seperti Dikritik Oleh Penulis Pro Ph

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 299 hits
SAYA terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang bijak pandai juga Katanya dalam tajuk artikel itu untuk menangani wabak Covid 19 model Sweden yang paling baik Tetapi yang menarik lagi ialah Sweden katanya tidak melakukan perintah berkur...
Kolestrol Lagi Diambil Lebih Baik

Kolestrol Lagi Diambil Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 323 hits
Kolestrol dan serangan jantung dikatakan saling kait mengait Tetapi sejauh manakah kebenarannya Seorang pakar dari Copenhagen Denmark Dr Uffe Ravnskov pernah memberikan satu kenyataan yang menakjubkan kolestrol berlebihan bukanlah penyebab ...
Analisa Eur Usd Untuk 04 06 2020 Corak Yang Semakin Meningkat Dalam Corak Rising Wedge Peluang Jualan Yang Lebih Baik

Analisa Eur Usd Untuk 04 06 2020 Corak Yang Semakin Meningkat Dalam Corak Rising Wedge Peluang Jualan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 333 hits
Ringkasan virus Corona Boris Johnson telah dimasukkan ke hospital akibat coronavirus selepas mengalami gejala selama 10 hari termasuk demam tinggi membawa keraguan tentang keupayaannya untuk mengetuai respon pandemik walaupun tidak ada 10 y...
Covid19 Tindakan Lebih Tegas Kepada Pesalah Pkp Disambut Baik Kkm

Covid19 Tindakan Lebih Tegas Kepada Pesalah Pkp Disambut Baik Kkm

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 261 hits
KKM menyambut baik keputusan MKN agar tindakan lebih tegas diambil atas ketidakakuran segelintir masyarakat kepada PKP Ini diharap dapat memberi impak yang positif dalam meratakan lengkungan dan seterusnya memastikan fasiliti KKM dapat mena...
Politikus Pkb Dukung Pilkada 2020 Ditunda Lebih Baik Fokus Lawan Corona

Politikus Pkb Dukung Pilkada 2020 Ditunda Lebih Baik Fokus Lawan Corona

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 218 hits
Agenda nasional seperti Pemilihan Kepala Daerah Serentak 2020 Pekan Olahraga Nasional rencana Pemindahan Ibukota dan agenda lainnya sebaiknya ditunda dulu untuk sementara Kita fokus menangani wabah Virus Corona ujar Nasim Khan di Jakarta Mi...
Icw Jika Terpaksa Napi Koruptor Lebih Baik Dirumahkan Bukan Dibebaskan

Icw Jika Terpaksa Napi Koruptor Lebih Baik Dirumahkan Bukan Dibebaskan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 230 hits
Koordinator ICW Adnan Topan Husodo mengusulkan lebih bijaksana jika narapidana koruptor dirumahkan bukan dibebaskan Menurutnya jika napi koruptor dibebaskan seolah memanfaatkan situasi pandemi corona
Bila Dah Ada Anak Menantu Ingatkan Lebih Baik Dari Anak Kandung Sendiri Rupa Rupanya Mulut Pun Ke Longkang 10164

Bila Dah Ada Anak Menantu Ingatkan Lebih Baik Dari Anak Kandung Sendiri Rupa Rupanya Mulut Pun Ke Longkang 10164

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 429 hits
Ga tau terima kasih Jenis anak menantu hanya muncul bila time senang Time susah semua menghilang Hilang terus kan lagi baik Nauzubillah Min Zalik Akhir zaman dah laa xnak urus jenazah dah siap kebumikan pun penduduk setempat minta gali semu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord