Puas Pujuk Masih Tak Mahu Makan Dari Kecil Kena Atur Jadual Tepat Baru Anak Terbiasa


Makanan memainkan peranan yang besar dalam tumbesaran anak. Begitu juga bagi menjadikan otak dan minda mereka berkembang menjadi lebih bijak dan cemerlang. Semuanya datangnya daripada makanan yang sihat.
Namun memujuk anak yang tidak makan bukanlah satu hal yang mudah. Apabila anak semakin membesar, bertambah aktif bermain dan bereksplorasi, pengambilan makanan mereka juga mulai tidak teratur. Anak juga sudah pandai memilih makanan kegemaran malah sudah pandai menolak untuk makan.

Menurut Pn Puan Ruqayyah Muhammad, Pegawai Dietetik daripada Hospital USM, pemakanan yang tidak seimbang untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan pertumbuhan anak terganggu dan menyebabkan berat badan tidak naik dengan baik.
Anak-anak perlu mengambil pemakanan yang optimum bagi menyokong proses tumbesaran dan perkembangan mereka. Semakin anak membesar, semakin tinggi keperluan mereka. Penting untuk mula ajar anak cara pemakanan yang betul dan seimbang agar anak membesar menjadi individu yang lebih sihat.

Antara tips yang boleh diambil adalah :
1. Mulakan dengan menyediakan makanan dengan tetap pada waktunya.
• Galakkan pengambilan makan 3 kali waktu utama, dan 2 kali snek di dalam sehari. Anak kecil tidak makan dengan banyak, maka waktu makan perlu diberi dengan lebih kerap antara 2-3 jam selang masa, agar anak mendapat nutrien secukupnya.
2. Pelbagaikan pilihan makanan dan masakan anak agar tidak bosan dan jemu dengan pilihan yang sama.
• Ini akan menggalakkan anak mendapat pelbagai nutrien yang berbeza pada setiap kali waktu makannya.
• Elakkan hanya mengambil satu jenis lauk atau sayur sahaja berulang-ulangkali. Sebagai contoh, sediakan masakan ayam pada waktu tengah hari , dan ikan pada waktu malam. Begitu juga dengan buah dan sayur-sayuran.
• Elakkan menghindari dari tidak memberi makanan yang tidak digemari oleh ibu ayah. Biarkan anak membuat pilihan makanan kegemaran mereka sendiri.

3. Pastikan hidangan anak mempunyai sumber karbohidrat seperti pasta atau mihun, hidangan protein seperti ayam atau daging, dan sayur-sayuran yang dipelbagaikan agar anak mendapat nutrien yang mencukupi biarpun diambil dalam kuantiti yang sedikit. Ikut konsep suku-suku separuh di dalam setiap hidangan anak.
4. Sediakan snek yang sihat dan berkualiti tinggi di antara waktu makan.
• Elakkan snek yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak seperti makanan ringan. Makanan dan minuman tinggi kandungan gula akan menggalakakn rasa kenyang kepada anak dan menyebabkan anak kurang mengambil makanan berkhasiat.
• Elakkan pemberian snek terlalu dekat dengan waktu makan utama kerana ini akan mengurangkan anak mengambil makanan pada waktunya. Jarakkan sekurangnya 1 -2 jam sebelum waktu makan utama.
• Pemberian snek yang tinggi protein seperti dadih, kekacang seperti kacang rebus dan goreng juga adalah lebih bagus berbanding biskut.

5. Pastikan anak makan secukupnya. Sekiranya hidangan yang diberikan terlalu besar, kurangkan kuantiti agar anak dapat menghabiskan makanannya.
• Pemberian makanan perlu diberikan dengan lebih kerap andai anak makan dalam jumlah yang sedikit.
6. Sediakan makanan dalam bentuk yang mudah diambil dan cepat dimakan. Anak-anak biasanya mahu segera makan kerana mahu bermain. Makanan yang mengambil waktu yang lama untuk dihabiskan akan membuatkan mereka cepat bosan dan enggan menghabiskan hidangan yang disediakan.
• Sediakan makanan yang mempunyai tekstur yang lembut, berkuah dan mudah dikunyah.
• Cincang atau dadukan sayur-sayuran sekiranya anak enggan makan sayur.
• Racikkan ayam atau cincang ayam agar anak mudah menelannya.
• Elakkan pemberian makanan yang pedas, terlalu berherba dan berempah.
• Makanan dalam bentuk jejari misalannya lebih mudah diambil oleh anak. Seperti bebola ayam, daging, jejari ikan dan nuget ayam. Tambahkan sayur-sayuran dan kentang ke dalam hidangan bagi memastikan makanan lebih seimbang di dalam satu hidangan.

7. Sekiranya anak sering memilih makanannya, cuba gantikan makanan tersebut dengan kumpulan makanan yang sama. Sebagai contoh, anak kurang gemar mengambil nasi, maka gantikan dengan mi, pasta dan sebagainya. Hidangkan di dalam bentuk yang lebih menarik agar mereka teruja untuk mencuba.
Pemakanan yang sihat dan seimbang akan membantu anak menjadi lebih sihat dan bijak. Anak yang mempunyai status pemakanan yang baik, lebih mudah fokus dan berkembang fungsi kongnitifnya. Mulakan pemberian makanan yang sihat dan seimbang sejak dari kecil agar mereka membesar menjadi individu yang sihat dan aktif.

Contoh Sajian Dan Hidangan Makanan Untuk Anak Sehari :
Sarapan
* 1 cawan bubur nasi bersama sayur dan 2 sudu isi ayam/ikan bilis @
* Roti 1 keping bersama 1biji telur hancur bersama sayur
Minum pagi
* 1 keping makaroni bakar @
* Bergedil daging/tauhu/ayam @
* Jejari ayam dan kentang lecek bersama 1 cawan susu.
Makan tengah hari
½ cawan – 1 cawan nasi/ mi/pasta/kuew tiaw
4 -8 biji bebola ikan/daging dimasak sup
Sayur didadukan atau dicincang
1 hiris buah betik/tembikai
Minum petang
* Satu mangkuk bubur jagung/kacang hijau/kacang merah
* Atau – 1 keping puding roti, 1 cawan susu
Makan malam
* ½ cawan – 1 cawan nasi/ mi/pasta/kuew tiaw
* 2 sudu besar isi ayam dicincang
* Sayur didadukan atau dicincang
* Kebab buah-buahan (hirisan pelbagai potongan buah-buahan)

Artikel berkaitan: Naikkan Berat Anak Bukan Dengan Multivitamin, Ini Cara Tepat Naikkan Berat Anak
7 Cara Naikkan Berat Anak Underweight, Nak Bagi Nasi Butter Boleh Tapi Berpada-Pada

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Puas Pujuk, Masih Tak Mahu Makan, Dari Kecil Kena Atur Jadual Tepat, Baru Anak Terbiasa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/puas-pujuk-masih-tak-mahu-makan-dari-kecil-kena-atur-jadual-tepat-baru-anak-terbiasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Burger Prosperity Ala Mcd Buat Sendiri Lagi Puas Anak Makan

Resipi Burger Prosperity Ala Mcd Buat Sendiri Lagi Puas Anak Makan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 352 hits
Burger Prosperity dari restoran makanan segera terkenal McDonald yang dijual ketika musim perayaan Tahun Baru Cina mungkin istimewa rasanya Namun bagi yang mempunyai anak ramai pastinya tidak cukup membeli hanya beberapa keping burger Tidak...
Wahai Ayah Buatlah Petua Ni Ketika Anak Masih Kecil Berlelah Lelah Dahulu Besar Nanti Anak Akan Lebih Rapat

Wahai Ayah Buatlah Petua Ni Ketika Anak Masih Kecil Berlelah Lelah Dahulu Besar Nanti Anak Akan Lebih Rapat

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 369 hits
Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak anak juga boleh menjadikan anak anak lebih bijak Luangkan masa anda untuk mendidik dan mengambil tahu tentang anak anak setiap hari Baca Mudah mudahan ada kebaikan sesama kita sebagai ibu bap...
Resipi Karipap Style Kampung Paling Simple Inti Penuh Rasa Padu Puas Hati Anak Makan

Resipi Karipap Style Kampung Paling Simple Inti Penuh Rasa Padu Puas Hati Anak Makan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 340 hits
Sesekali teringin mulalah hendak mencuba pelbagai resipi Karipap antara menu wajib ada di rumah dan disimpan frozen di dalam peti ais Bila teringin bolehlah terus digoreng pada anak Resipi karipap style kampung dan legend ini antara resipi ...
Sensitif Asingkan Diri Sejak Ada Adik Baru Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir

Sensitif Asingkan Diri Sejak Ada Adik Baru Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 398 hits
Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga lain tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru Rasa cemburu dan terpinggir pastinya mampu mengganggu mood anak kecil kita yang sebelum ini sentiasa diberikan ...
Anak Orang Lain Semangat Badan Anak Sendiri Kurus Selagi Selera Makan Ok Tak Apa

Anak Orang Lain Semangat Badan Anak Sendiri Kurus Selagi Selera Makan Ok Tak Apa

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 394 hits
Makan macam macam tapi berat anak susah naik Sebenarnya anak kurang berat badan berpunca daripada banyak sebab Ada yang makan banyak pun tapi berat tetap tak naik Secara asasnya adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan kepada perubahan ...
8 Kunci Sederhana Pemberian Mpasi Anak Selalu Lahap Makan Moms Jadi Tenang

8 Kunci Sederhana Pemberian Mpasi Anak Selalu Lahap Makan Moms Jadi Tenang

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 228 hits
Karena ikan salmon mahal Moms bisa kok menggantinya dengan ikan lele yang sekilonya cuma 20 ribuan
Salah Aku Makan Ikan Haruan Terlalu Awal Baru 15 Hari Czer Wanita Terpaksa Buang Ovari

Salah Aku Makan Ikan Haruan Terlalu Awal Baru 15 Hari Czer Wanita Terpaksa Buang Ovari

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 250 hits
Menanti detik kelahiran cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga Namun begitu di sebalik kegembiraan pastinya ada juga perasaan takut dan bimbang keadaan ibu dan juga bayi yang akan dilahirkan Pengalaman ber...
Walaupun Kakak Masih Kecil Mampu Uruskan Mommy Dalam Pantang Sejak Usia 4tahun Dah Tolong Mommy

Walaupun Kakak Masih Kecil Mampu Uruskan Mommy Dalam Pantang Sejak Usia 4tahun Dah Tolong Mommy

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 257 hits
Bukan mudah nak mendidik anak anak melakukan kerja rumah semuanya perlu bermula ketika usia mereka masih kecil Berikan tugasan yang mudah bermula usia 2 tahun seperti mengemas mainan sendiri dan seterusnya berikan tugas sesuai mengikut usia...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff