Resipi Karipap Style Kampung Paling Simple Inti Penuh Rasa Padu Puas Hati Anak Makan
Sesekali teringin, mulalah hendak mencuba pelbagai resipi. Karipap antara menu wajib ada di rumah dan disimpan frozen di dalam peti ais. Bila teringin, bolehlah terus digoreng pada anak.
Resipi karipap style kampung dan legend ini antara resipi mama wajib cuba dan sediakan di rumah. Mana tidaknya, cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Paling menarik, intinya mestilah penuh dan sedap. Barulah puas hati anak makan. Jom cuba resipi yang disediakan oleh Siti Arbaiyah Md Nadirin ni.
THE KAMPUNG STYLE KARIPAP
Datang teringin tu, sanggup la bermandi tepung demi karipap muncit-muncit tu. Puas hati uii. Nah cAby kongsikan resepi dengan korang. Bolehlah buat aktiviti bersama anak-anak..ehh yang bujang pun boleh buat jugak sambil-sambil layan movie tu.
Bahan Inti karipap : (Hat ni kene buat dulu tau)
6 biji kentang -potong dadu
500 gm ayam kisar/dada ayam
5 sd besar serbuk kari (bancuh dgn air)
4 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
Daun kari/daun sup (optional)
Garam & gula secukup rasa
1 kiub ayam knor
Air secukupnya
Tumis bawang, kari sampai naik minyak masukkan ayam/daging, kentang daun kari dan air, tutup sampai empuk.
Masukkan garam, gula, kiub dan kacau sampai empuk dan kering airnya. Dah kering boleh angkat. Dah siap!
Dah siap macam ni, kene sejuk betul-betul tau. Kalau panas nanti koyak kulit karipap tu.
Untuk kulit rangup pulak: (boleh dapat l/kurang 30biji)
500gm tpg gandum,
minyak panas 3/4 cawan,
3/4 sd teh garam halus,
1 sd besar buttercup,
Air bancuh dengan air sejuk peti ais. Agak-agak je
Uli doh agak-agak dah sebati biar 30 minit.
Pastu gentel dan canai ( nipis tau, kalau tebal nanti tak sedap masa gigit)
Letak inti pastu klim tepinya tu.
Dah siap. Hahaha senang je tuu. Selamat mencuba.
Artikel berkaitan: Punyalah Rangup Karipap Pusing Ni, Nak Buat Pun Senang, Inti Padu
Karipap Daun Sup, Buat Minum Petang Anak, Harum Sedapnya Lain Macam
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Resipi Karipap Style Kampung Paling Simple, Inti Penuh, Rasa Padu, Puas Hati Anak Makan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-karipap-style-kampung-paling-simple-inti-penuh-rasa-padu-puas-hati-anak-makan/