Puas Hati Beli Barang Di Mr Diy
AssalamualaikumBismillah
Dulu masa zaman study, tempat fav pelajar mahu beli barang-barang murah selalunya memang MR DIY lah menjadi pilihan. Walaupun niat nak masuk kedai untuk cuci mata, nanti keluar pasti ada sahaja yang dibeli haha. Kuat sangat tarikan Mr DIY ni. Beberapa hari lepas aku ajak mumy beli barang kat Mr DIY nie. Jadi ada lah juga barang yang menarik hati aku untuk beli.
Notebook
Salah satu habit aku yang susah nak buang ialah suka beli atau kumpul buku nota yang comel belaka. Dah berlambak buku aku di rumah langsung aku tak sentuh hahaha >,< sebab rasa macam sayangnya nak guna. Lepas tu kalau ada kahwin ka, birthday ka memang buku ini jugalah jadi hadiah haha~ Aku beli pun sebab aku suka patern dan warna pastel buku nota ini.
colour paper
Aku memang suka kumpul kertas warna walaupun jarang pakai. Aku suka kertas warna ini sebab dari packaging dia kita boleh nampak apa jenis warna yang ada dalam kertas tu. So tak payah lagi susah-susah nak buka.
Colour pencils & Pens
Buat ibu bapa yang ada anak-anak yang suka hilangkan warna tu, aku cadangkan korang beli pensel warna ini sebab murah dan warna pun terang. Pensel warna ini aku belikan untuk Akim sebab warna dia sebelum ini dah hilang oleh kakak dia yang lain.
Aku juga sangat memilih kalau nak beli pen. Tetapi pen yang aku beli ini memang best sangat. Bloma Gel Ink Pen dengan mata 0.5mm. Apa yang aku suka dengan pen ini ialah ada 3 pen + 3 ink tambahan. Kalau habis ink boleh tukar sahaja.
stickers
Kalau dah suka kumpul buku nota tu sudah tentu ada koleksi stickers kan. Aku tak ada jurnal tapi dalam perancangan nak buat jurnal atau buku skrap. Stickers ini murah je dalam harga RM3.00 - RM7.00 ~
washi tape
Dulu memang suka sangat dengan washi tape tapi tak tahu nak cari kat mana. Mujurlah Mr DIY ada jual washi tape. Ada banyak jenis pattern tapi aku beli yang ini sahaja buat masa ini. Mungkin akan datang akan tambah lagi koleksi washi tape
LED Light USB
Hari tu ada nampak blogger sharing pasal LED Light USB ni. Dah tak ingat siapa yang share. Then aku pun macam nak beli juga sebab aku selalu buka laptop sampai tengah malam. Aku sangat recommend LED light kepada student just in case meja study korang takda lampu kan. Murah je RM9.90 Kalau takda elektrik boleh lah guna ini, just cucuk kat powerbank sahaja.
Maaflah sebab tak letak harga sebab aku dah buang resit barang tu.
Kalau korang suka beli apa kat Mr DIY?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2019/08/puas-hati-beli-barang-di-mr-diy.html