Saudi Tak Puas Hati Dr M Anjur Sidang Dihadiri Musuh




Dr Mahathir Mohamad menghadapi tekanan Arab Saudi kerana menganjurkan persidangan pemimpin-pemimpin Islam yang dianggap Riyadh sebagai usaha melawan perikatan pro-Washington yang terbina sejak 3 tahun lalu, FMT difahamkan dalam perbualan dengan sumber-sumber diplomatik yang rapat dengan Sidang Kuala Lumpur yang bermula hari ini.
FMT juga mendapati kemarahan Arab Saudi itu disebabkan penyertaan Qatar dan Iran, musuh ketat Riyadh di Timur Tengah.
“Arab Saudi memang tidak berpuas hati dengan keputusan Malaysia keluar daripada perikatan ketenteraan terhadap Yaman dan membatalkan pusat Raja Salman.
“Jadi perhimpunan ini dianggap sebagai satu penghinaan,” katanya seorang diplomat kanan, merujuk kepada keputusan Putrajaya membatalkan rancangan membina Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) 3 bulan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
Kerajaan juga mengumumkan ia keluar daripada perikatan ketenteraan pimpinan Saudi yang dipersalahkan atas kempen pengeboman di Yaman.
Sebelum sidang bermula, tekanan Arab Saudi – yang memiliki pengaruh yang kuat ke atas kerajaan-kerajaan Islam termasuk menerusi bantuan-bantuan lumayan serta kawalan ke atas Mekah dan Madinah yang membolehkan ia menentukan kuota haji tahunan – memaksa puluhan pemimpin negara Islam menjauhkan diri.
Penampilan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang dinanti-nantikan juga dibatalkan pada saat-saat akhir, langkah yang dilihat sebagai akibat daripada tekanan Arab Saudi, salah satu pemberi bantuan terbesar kepada ekonomi Pakistan yang bermasalah.
Tahun lepas, Riyadh mempersetujui pakej AS$6 bilion, sebahagian daripadanya termasuk penangguhan pembayaran eksport minyak ke Pakistan, susulan lawatan Imran ke Arab Saudi.
Seorang lagi pemimpin yang tidak hadir adalah Presiden Indonesia, Joko Widodo walaupun mewakili negara paling ramai penganut agama Islam.
Akhbar Pakistan yang berpengaruh, Dawn memetik menteri luar negerinya, Shah Mehmooh Qureshi sebagai berkata Imran cuba jadi orang tengah meyakinkan penyertaan Riyadh pada sidang KL, walaupun Arab Saudi berkeras hendakkan penggunaan saluran Pertubuhan Kerjasama Islam.
Laporan itu berkata jika Imran gagal “merapatkan jurang antara Riyadh dan Kuala Lumpur”, beliau tidak akan menyertai sidang itu.
Mahathir bagaimanapun nafi tekanan Saudi ada kaitan dengan keputusan Imran itu, mengatakan “beliau mungkin ada isu lain”.
“Dengan ketiadaan Imran, hanya 3 ketua negara, daripada 56 yang diundang, akan menyertai pembukaan sidang esok,” kata sumber yang sama kepada FMT.
Tiga ketua kerajaan itu adalah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani; dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.
“Qatar, Iran dan Turki, ketiga-tiga negara ini tidak disukai Saudi,” kata sumber itu.
Erdogan tiba hari ini sementara Rouhani tiba semalam. Kedatangannya disambut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Sumber itu memberitahu FMT pemillihan Mohamad sebagai penyambut pemimpin Iran itu adalah “menarik”.
Katanya, Mohamad menyebabkan beberapa menteri beragama Islam dalam Kabinet gelabah apabila beliau melawan Iran awal tahun ini.
Gambar pemimpin Amanah itu bersolat diimamkan imam Syiah juga membawa kepada kritikan daripada pengikut Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, yang tafsiran Islamnya dilihat mengikut fahaman Saudi-Salafi.
“Pesanan Putrajaya, atau lebih penting lagi pesanan Mahathir kepada pengkritik sidang itu adalah Malaysia mahu keluar daripada naratif sektarian yang sekian lama mentakrifkan naratif Islam Malaysia, terutama hubungannya dengan negara-negara Islam lain.
“Ini satu langkah yang berani, tetapi bagaimana orang-orang konservatif di peringkat tertinggi kerajaan melihatnya, itu belum diketahui,” kata sumber itu.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/18/saudi-tak-puas-hati-dr-m-anjur-sidang-dihadiri-musuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Kemuncak Kl Tanda Terlerainya Cengkaman Saudi Ke Atas Dunia Islam

Sidang Kemuncak Kl Tanda Terlerainya Cengkaman Saudi Ke Atas Dunia Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 317 hits
Dengan menganjurkan Sidang Kemuncak KL walau ditekan Saudi Dr Mahathir Mohamad nampaknya ingin memanfaatkan kekuatan teknologi diplomasi dan kewangan Iran Turki dan Qatar KUALA LUMPUR Sidang kemuncak negara negara Islam di Kuala Lumpur baru...
Tak Glamour Tapi Pemilik Di Uk Puji Puas Hati Kualiti Proton Saga Lama

Tak Glamour Tapi Pemilik Di Uk Puji Puas Hati Kualiti Proton Saga Lama

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 763 hits
Proton merupakan jenama kereta Malaysia yang sentiasa menjadi kebanggaan sejak dari tahun 80 an lagi Proton Saga menjadi model pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985 Bukan sahaja diedarkan di Malaysia Proton Saga juga menembusi pasaran lu...
Hadiah 1 Juta Saudi Anjur Golf Wanita Profesional Pertama Pula

Hadiah 1 Juta Saudi Anjur Golf Wanita Profesional Pertama Pula

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 504 hits
SUKANIHKL ARAB Saudi bakal menganjurkan kejohanan golf profesional wanita pertama pada 2020 dengan nilai hadiah 1 juta menurut jurucakap Jelajah Wanita Eropah hari ini Kelab Golf Diraja Jeddah menjadi venue kejohanan berlangsung pada 19 22 ...
Hiburan Netizen Tidak Puas Hati Pertikai Kenapa Naqiu Dan Hady Mirza Kongsi Juara Gegar Vaganza 6

Hiburan Netizen Tidak Puas Hati Pertikai Kenapa Naqiu Dan Hady Mirza Kongsi Juara Gegar Vaganza 6

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 386 hits
Memang lain dari yang lain dan tidak pernah lagi berlaku di sejarah Gegar Vaganza dimana dua orang peserta berkongsi gelaran juara Persaingan antara Naqiu Boboy dan Hady Mirza memang sengit dan tidak dinafikan kedua duanya memang hebat cred...
Lapan Daripada 10 Pengundi Tak Puas Hati Kerajaan Ph

Lapan Daripada 10 Pengundi Tak Puas Hati Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 233 hits
Seramai lapan daripada 10 rakyat yang mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu menyuarakan rasa tidak puas hati dan bimbang dengan gerak kerja pentadbiran kerajaan sekarang ini Perwakilan dari Negeri Sembilan Abdul Malek A...
Kim Swee Terima Tak Disambung Kontrak Dengan Hati Terbuka

Kim Swee Terima Tak Disambung Kontrak Dengan Hati Terbuka

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 182 hits
MAAYSIAKINI Ketua jurulatih pasukan Bawah 22 tahun negara Datuk Ong Kim Swee menerima keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk tidak menyambung kontraknya dengan hati terbuka Kim Swee yang mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini di...
Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 302 hits
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan Macam macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi a...
Sampai Hati Diceraikan Sewaktu Hamil Suami Lupa Pengorbanan Isteri

Sampai Hati Diceraikan Sewaktu Hamil Suami Lupa Pengorbanan Isteri

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 620 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan rumah tangga mereka berkekalan sehingga ke syurga Pasti mahu bahagia dan terus dilimpahi perasaan kasih sayang sesama suami isteri Apakan daya sinar bahagia yang diharapkan tidak kesampaian P...
Naik Pesawat Ternyata Turut Memperpendek Usia Bumi Yang Hobi Traveling Coba Lebih Hati Hati

Naik Pesawat Ternyata Turut Memperpendek Usia Bumi Yang Hobi Traveling Coba Lebih Hati Hati

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 272 hits
Pecinta traveling kayaknya perlu mengenal konsep sustainable travel deh Karena ternyata hobi jalan jalan juga bisa memperburuk kondisi lingkungan
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan