Puan Vasantha Kongsi 6 Menu Masakan India Untuk Hidangan Depavali


Hidangan menu masakan India dari Puan Vasantha ini memang terbaik, kaya dengan aroma rempah ratus dan rasanya memang sedap. Tak hairanlah kalau kediamnya menjadi kunjungan sanak saudara dan sahabat handai kerana air tangannya memang sedap dan sentiasa mendapat pujian dari keluarga dan rakan-rakan. Anda yang ingin mencuba menu masakan India, Vasanatha tidak kedekut berkongsi resipinya untuk korang semua semua.
Happy Depavali untuk Vasantha dan keluarga…. Terima kasih kerana berkongsi menu dengan RASA…

SHRIMP & POTATO CUTLETS
BAHAN-BAHAN:1 cawan udang | buang kulit dan bersihkan5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit dan rebus1 biji bawang besar | dadu halus1/4 sudu teh pes bawang putih1/8 sudu teh pes halia1 biji telur1/2 cawan serbuk roti1/4 cawan tepung serba guna1 cawan minyak masakBAHAN REMPAH RATUS
1/4 serbuk kunyit1/2 sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa1/4 sudu teh serbuk ketumbar1/4 sudu teh garam masalaSecubit serbuk kulit kayu manis dan lada hitam | jika sukaGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan.
2. Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan.
3. Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah.
4. Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika.
5. Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi.
6. Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata.
8. Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
9. Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan.
10. Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan.
12. Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana.
13. Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.
NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi | rendam lebih kurang 20 minit2 sudu makan minyak sapi2 kuntum bunga cengkih1 kuntum bunga lawang2 biji buah pelaga3-4 biji lada hitam3cm kulit kayu manis1 helai daun bay1 cawan bawang gorengGaram secukup rasa2 sudu makan yogurt2 sudu makan garam masala1 sudu makan saffron | pewarna untuk nasiBAHAN SAYURAN:
1 biji tomata | potong dadu1 biji tomato | potong dadu2 biji cili hijau | potong 2-3cmSedikit bunga kubis | potong dadu1/2 sudu teh serbuk kunyit2 sudu teh serbuk ciliCARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bawang bersama garam masala, sedikit garam dan yogurt. Gaul rata.
2. Tambahkan beras bersama bahan-bahan lain.
3. Tambah saffron sebagai pewarna. Gaul rata dan tutup api.
4. Untuk menyediakan sayuran, masukkan minyak dalam kuali, garam masala, bawang goreng, tomato,serbuk cili, garam, hirisan bunga kubis dan kentang (separuh masak), sedikit yogurt. Tambah sedikit air, gaul rata.
5. Tuangkan sayur dalam periuk nasi elektrik, diikuti dengan bahan beras.
6. Tambah air secukupnya dan tutup periuk nasi. Masak seperti biasa.
7. Setelah nasi masak hias dengan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

HOT & SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos
4 biji bawang besar | potong dadu
4 biji buah tomato | potong dadu
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus lemon
4 sudu makan yogurt
3 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh serbuk lada sulah
1sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
3cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
Garam secukup rasa CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
2. Perap selama 30 minit.
3. Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
4. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
5. Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
6. Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
7. Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
8. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.

PRAWNS MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang Saiz XL | buang kulit dan bersihkan4 biji bawang besar | potong dadu5 ulas bawang putih | cincang3cm halia | hiris halus2 biji tomato | potong dadu2 tangkai daun kari1 sudu teh biji sawi1/2 sudu teh serbuk kunyit4 sudu teh serbuk cili2 sudu teh serbuk ketumbar1 sudu teh garam masala1 sudu makan jus lemonGaram secukup rasa2 sudu makan minyak masak.CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang.
3. Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato.
4. Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala.
5. Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit.
6. Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam.
7. Setelah cukup rasa, tutup api.
8. Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng.
8 Udang sedia dihidangkan.

CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:1 kg ayam | potong kecildan cuci bersih2 cawan bawang besar | cincang1 cawan puri tomato segar1 sudu teh serbuk kunyit8-10 ulas bawang putih3cm halia | hiris halus1 sudu makan cuka makan1 sudu makan pes kunyitGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN GORENG SANGAI:
10-12 tangkai cili kering2 sudu makan ketumbar biji3-4 kuntum bunga cengkih3cm kulit kayu manis2-3 biji buah pelaga8-10 ulas lada hitam1 sudu teh jintan putih1 sudu teh biji sawiCARA MEMASAK:
1. Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
4. Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
5. Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
6. Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

IKAN PARI MASAK KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:1kg ikan pari | bersihkan dan potong kecil8-10 ulas bawang putih3cm halia | hiris halus4 helai Puck Acids10 ulas bawang merah | cincang2 sudu teh serbuk kunyitGaram secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN GORENG SANGAI:
15-20 tangkai cili kering3 sudu makan biji ketumbar4 sudu makan lada hitam2 sudu makan jintan putihCARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan pari dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Kisar bersama halia dan bawang putih. Tambah sedikit air jadikannya pes.
4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah cincang hingga wangi.
5. Kemudian masukkan pes bahan rempah ratus tadi, kacau rata lebih kurang 10-15 minit.
5. Masukkan ikan pari dan puck acids. Kacau lagi.
6. Perasakan dengan garam, sambil terus masak lebih kurang 10 minit lagi.
7. Tutup api dan taburkan hirisan cili merah dan hijau serta percikkan sudu teh minyak.
9. Pari Ketumbar sedia dihidangkan.

ONION RATTA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka5 biji bawang Holland | cincang5 biji cili hijau | cincang3 biji cili padi | potong dua1 biji timun | hiris2 biji tomato| hiris3cm halia | hiris nipis1 sudu teh jintan putih1/2 sudu teh biji sawi1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkaiDaun pudina seccukupnyaGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Rendam bawang yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan.
2. Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan
3. Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya.
4. Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
5. Kemuduan tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan
6. Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang.
7. Onion Ratta sedia dihidangkan.

BABY SPINACH WITH DHAL
BAHAN-BAHAN:3/4 Yellow Moong Dhal1/2 sudu teh serbuk kunyitGaram seckup rasa1.25 cawan air2 cawan daun baby spinach | cincang1/2 biji bawang besar | cincang1/2 cawam tomato | cincang1/2 sudu teh pes halia1/2 sudu teh pes bawang putih1/2 sudu teh jintan putih1/2 sudu teh biji sawi1/2 sudu teh chili flakes1/8 sudu teh Hing (asofetadia)1 sudu teh serbuk ketumbar1.5 sudu makan minyak sapi1 cawan air suamBAHAN TAMBAHAN:
2 sudu teh minyak sapi1/2 sudu teh jintan putih1/2 sudu teh serbuk ciliCARA MEMASAK:
1. Cuci bersih kacang dhal.
2. Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit.
3. Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus.
4. Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan.
5. Campurkan bawang dan tomato. Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan.
6. Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih,
7. Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika.
8. Masukkan pula bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain.
9. Diikuti daun baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata.
10. Perasakan dengan garam secukup rasa.
11. Tutup api dan sedia dihidangkan.

WHEAT FLOUR HALWA:
BAHAN-BAHAN:
1 cawan minyak sapi1 cawan tepung gadum1 cawan gula3 cawan air1/2 cawan biji gajus | gorengCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk,
2. Setelah minyak sapi cair, masukkan tepung, gaul rata supaya tidak berketul di atas api sederhana.
3. Apabila adunan sudah sebati dan berubah warna keemasan. Tutup api dan ketepikan.
4. Menggunakan kuali lain, masukkan satu cawan gula dengan tiga cawan air.
5. Tuangkannya ke dalam aduanan tepung tadi dan terus mengacau hingga sebati agar tidak bergentel.
6. Kemudian taburkan serbuk kulit kayu manis, gaul rata hingga masak.
7. Sebelum hidang taburkan di atasnya dengan biji gajus yang telah digoreng.

KERAL STYE PAYASUM
BAHAN-BAHAN:
350gm gula Melaka2 cawan kelapa muda | hiris halus1 cawan susu cair1 cawan beras | rendam1 cawan kacang hijau | rebus1 sudu makan garam2 biji buah pelaga1 sudu makan serbuk halia2 sudu makan minyak sapi2 sudu makan buah gajus | gorengCARA MEMASAK:
1. Kisar halus buah pelaga. Ketepikan.
2. Sementara itu campurkan beras dan kacang hijau, kemudian rebus menggunakan periuk tekanan supaya lebih cepat lembut.
3. Masak gula Melaka dengan satu cawan air hingga gula hancur, kemudian masukkan pula kelapa dan susu cair.
4. Setelah hancur masukkan sirup gula Melaka dalam rebusan kacang dan nasi tadi.
5. Kacau rata dan masukkan pula minyak sapi dan serbuk kulit kayu manis di atas api sederhana.
6. Perasakan dengan secubit garam, kemudian tutup api.
7. Di dalam kuali lain, panaskan minyak sapi.
8.Goreng kismis dan biji gajus hingga kuning keemasan. Tuang dalam ke dalam adunan bubur.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/puan-vasantha-kongsi-6-menu-masakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Rasanya Menu Masakan India Utara Dan India Selatan Di Cafe Bld Hotel Renaissance Hotel Johor

Inilah Rasanya Menu Masakan India Utara Dan India Selatan Di Cafe Bld Hotel Renaissance Hotel Johor

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 679 hits
Inilah Rasanya Menu Masakan India Utara dan India Selatan di Cafe BLD Hotel Reinassance Hotel Johor Namaste Hello food lover Makan apa tu Whatever food you takes make sure you menikmatinya dan berhenti sebelum terlalu kenyang Okay WHAT TO S...
Restoran Fuhu Menawarkan Menu Masakan Cina Kontemporari

Restoran Fuhu Menawarkan Menu Masakan Cina Kontemporari

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 305 hits
FUHU Restaurant Bar merupakan restoran makan malam yang pertama yang dilancarkan oleh Zouk Group di Resort World Genting Konsep yang telah diterapkan di Restoran FUHU ini adalah pengalaman santapan yang unik dengan masakan Cina kontemporari...
5 Menu Masakan Laut Pemecah Selera

5 Menu Masakan Laut Pemecah Selera

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 238 hits
Masakan dari olahan makanan laut tidak pernah menjemukan malah membuka selera tidak kira sama ada untuk menu tengah hari mahupun malam Dalam kita menyediakan menu makanan laut ini perlu juga mengambil berat tentang kesihatan Jangan lupa mak...
Nazzeeras Cafe Cafe Milik Muslim Dengan Variasi Masakan Citarasa Tempatan Dan Antarabangsa Jom Viralkan

Nazzeeras Cafe Cafe Milik Muslim Dengan Variasi Masakan Citarasa Tempatan Dan Antarabangsa Jom Viralkan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 352 hits
NAZZEERAS CAFEMuslim Cafe Homestyle Cooking Menu Local International Cuisine Hot Cold Kitchen Homemade Dessert Penang s Famous Roti Bakar Kacang Phool Homemade from scratch ingredient kebanyakkannya seperti Rempah sauces garlic butter kaya ...
Minyak Sawit Malaysia Merosot India Hentikan Pembelian Dari Malaysia

Minyak Sawit Malaysia Merosot India Hentikan Pembelian Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 751 hits
minyak sawit Malaysia dikatakan telah merosot lantas kerajaan india memutuskan menghentikan pembelian dari Malaysia untuk penghantaran penghujung tahun ini MUMBAI Syarikat penapis minyak sawit India mula menghentikan pembelian minyak sawit ...
Kek Lapis Sarawak Muncul Dalam Program Masakan Popular Britain Juri Cakap Kek Paling Sukar Nak Dibuat

Kek Lapis Sarawak Muncul Dalam Program Masakan Popular Britain Juri Cakap Kek Paling Sukar Nak Dibuat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 407 hits
Sebagai rakyat Malaysia kita pastinya sudah tidak asing lagi dengan kek lapis Sarawak Rupanya yang penuh warna warni serta rasanya yang sedap pasti akan membangkitkan selera kita Namun pada baru baru ini kita sebagai rakyat Malaysia boleh b...
Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bersama Udang Dan Tenggiri Masakan Kampung Sangat

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bersama Udang Dan Tenggiri Masakan Kampung Sangat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 648 hits
Lauk masakan kami sekeluarga ini adalah pisang muda masak lemak cili api bersama udang dan tenggiri Masakan kampung sangat kata anak anak aku Tapi yang tak boleh nak fikir dengan otak aku ini en suami minta aku campur denga nudang dan ikan ...
Nasi Goreng Ikan Yang Sedap Di Kedai Koffie Kg Losong Haji Long Bagai Masakan Ibu

Nasi Goreng Ikan Yang Sedap Di Kedai Koffie Kg Losong Haji Long Bagai Masakan Ibu

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 860 hits
Kedai Koffie di Kg Losong Haji Long kini menjadi tumpuan dengan pelbagai menu menarik dan suasana kedai yang santai dan menarik Pelbagai menu menjadi tarikan pengunjung dari masakan panas masakan barat malah hingga ke snek berat dan ringan ...
Makan Masakan Khas Indonesia Di Restoran Harum Manis Setia Alam

Makan Masakan Khas Indonesia Di Restoran Harum Manis Setia Alam

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 1070 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku ada urusan di Setia Alam salah satunya ikut kawan aku dan juga jumpa dengan sahabat lama di sana Jadi kami mencari tempat makan dan tempat lepak untuk sembang sembang Alhamdulillah kawan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp