5 Menu Masakan Laut Pemecah Selera


Masakan dari olahan makanan laut tidak pernah menjemukan malah membuka selera tidak kira sama ada untuk menu tengah hari mahupun malam. Dalam kita menyediakan menu makanan laut ini perlu juga mengambil berat tentang kesihatan. Jangan lupa makanan laut ini boleh menaikkan kolesterol dalam badan. Apapun hidangan makanan laut memang menyelerakan. RASA membariskan idea masakan laut yang boleh dihidangkan untuk dinikmati bersama keluarga.
RENDANG KERANG HIJAU
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos :RM20
BAHAN-BAHAN:
3 kg kerang -direbus dan diambil isinyaBAHAN KISAR
300g cili padi [hijau sahaja]2 labu bawang besar6 ulas bawang putih4 batang seraisepotong haliasepotong lengkuasgaram secukup rasa3 sudu besar kerisiksantan kelapaair asam jawa secukup rasa3-4 helai daun limau purutserbuk perasasedikit belacanminyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. kacau sehingga naik bau.Setelah garing, masukkan isi kerang ke dalam kuali. kacau sebati.Setelah sebati, masukkan santan dan kerisik ke dalam kuali. kacau sehingga santan masak.Masukkan garam, air asam jawa dan serbuk perasa secukupnya. kacau sehingga rendang sedikit kering.Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan dikacau rata. sedia dihidang bersama nasi panas.INFO CHEF:
Masakan ini perlu menggunakan cili padi dengan kuantiti yang agak banyak. Untuk mengurangkan kepedasan , cili padi dikisar bersama tangkainya. Ini dapat mengurangkan kepedasan pada masakan.
KETAM NESTUM BUTTER MILK
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Sedap serta lemak berkrim
Anggaran kos :RM30
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam bunga
1/2 biji bawang besar kuning – cincang
4 ulas bawang putih – cincang
2 batang daun kari – saya letak lebih
8 tangkai cili padi – hiris
2 sudu besar butter
3 sudu besar serbuk nestum
3 sudu besar susu pekat manis
Garam secukupnya
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Ketam dibuang kulit dan sponge di badannya, basuh dan dipotong dua dan tos.
2.Panaskan sedikit minyak.Goreng ketam hingga garing dan ketepikan.
3.Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan butter panaskan sehingga
cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama.
4.Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang
besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.
5.Masukkan pula susu pekat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan
serbuk nestum untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.
5.Akhir sekali masukkan ketam. Kacau seketika sehingga ketam masak, sedia untuk
dihidangkan.
INFO CHEF:
Selain untuk melazatkan lagi kuah, penggunaan serbuk nestum adalah bertujuan untuk memekatkan kuah bagi menggantikan kebiasaan penggunaan tepung jagung di dalam masakan
GULAI UDANG TUMIS DARAT
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: aroma tumisan darat yang melazatkan lagi masakan
Anggaran kos :RM18
BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar serbuk kari daging
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugur
1 mangkuk santan
½ mangkuk kacang panjang
1 biji tomato
3 biji cili padi.
BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ sudu halba campur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Basuh udang sehingga bersih
2. Tumbuk kasar bawang merah , bawang putih dan halia
3. Masukkan udang, bahan-bahan tumbuk, serbuk kari , asam gelugur dan daun kari ke dalam periuk dan rebus sehingga mendidih
4. Setelah mendidih masukkan santan, garam , perisa dan sedikit gula
5. Kacau sehingga agak sedikit pekat
6. Masukkan kacang panjang, tomato dan cili padi
7.Agak sudah elok semua rasa tutup api
8. Di dalam kuali kecil, panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat
9.Setelah bawang garing dan wangi cepat-cepat tuang kesemua bahan tumis beserta kesemua minyak tumisan ke dalam periuk gulai tadi dan tutup periuk
10.Gulai sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Kaedah tumis darat perlu di pastikan periuk cepat-cepat ditutup sejurus selepas mencurahkan tumisan minyak bersama bawang yang ditumis agar wap tidak terkeluar dan ini akan membuatkan aroma tumisan tadi meresap mesra ke dalam kuah.
BAWAL 3 RASA
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Goreng dan Tumis
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Sedap dengan kombinasi rasa pedas, masam dan manis
Anggaran kos :RM20
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal hitam (basuh bersih, lumurkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan goreng hingga garing, ketepikan)1 labu bawang Holland – potong dadu3 ulas bawang putih – cincang kasar½ inci halia – cincang kasar1 jurai nenas – potong dadu1 jurai timun – potong dadu1 biji tomato – potong dadu1 biji lobak merah – potong dadu3 sudu sos tiram3 sudu sos tomato3 sudu sos cili1 sudu sos ikan /sotong1 sudu kicap pekat manis½ sudu makan cuka5 tangkai cili padi hijau – hiris kasar3 tangkai cili padi merah – hiris kasarDaun bawang untuk hiasanCARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak untuk menumis.
2.Tumis hirisan bawang Holand, bawang putih, halia sehingga berwarna kuning dan wangi
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, sos ikan / sotong, kicap dan cuka makan. Sekiranya
agak pekat, masukkan sedikit air panas
4. Kacau hingga sebati, masukkan hirisan nenas, timun, tomato , lobak merah, cili padi dan cili merah.
5.Sediakan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalam pinggan hidangan.
6.Curahkan kesemua sos masakan tadi ke atas ikan yang telah digoreng tadi
7.Hiaskan bersama hirisan daun bawang . Bawang 3 rasa sedia untuk dihidang.
INFO CHEF:
Bagi yang menginginkan kelainan dalam rasa, masakkan ini boleh juga ditambah dengan buah prun kering atau asam boi juga buahan jeruk yang lain .Kombinasi masam dan manis di dalam bahan-bahan ini dapat melazatkan lagi masakan
ACAR TENGGIRI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Goreng & tumis
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Masam manis
Anggaran kos :RM10
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tenggiri yang telah digoreng kunyit3 biji cili hijau6 biji cili api2 biji bawang besar di belah 42 biji timun jepun. timun biasa pun boleh juga tapi dibuang bijinya – dipotong panjang 3cm2 ulas bawang merah3 biji bawang putih1 inci halia diracik untuk menumis3 sudu besar serbuk kari dan sedikit daun kari1 biji lobak merah – dipotong panjang 3cm1 sudu teh halba5 sudu besar cuka makan1 cawan airCARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, bawang putih ,halba, cili api, daun kari dan halia hingga sedikit perang. Masukkan pula rempah kari dan goreng seketika dan tuangkan airRenehkan dengan api perlahan sehingga terbit minyak dan masukkan cuka makan.Masukkan bawang, timun, lobak merah dan cili hijau. Masak seketika. Masukkan ikan, dan perasakan garamAcar Tenggiri sedia untuk dihidang bersama nasi panas.INFO CHEF:
Untuk rasa yang lebih sedap, serbuk kari , halba serta sedikit daun kari di sangai terlebih dahulu. Ini dapat memberi lebihan bau wangi kepada masakan dan menjadi lebih sedap.
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan masak di atas kuali tanpa minyak sehingga keluar airnya, tapi jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi keras.
2. Asingkan sotong dan airnya ke dalam bekas berasingan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
4. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula melaka dan air sotong tadi.
6. Masukkan pula sotong dan petai.
7. Kacau sehingga petai sedikit layu. Kalau suka petai rangup, masak sekejap sahaja.
8. Perasakan dengan garam secukupnya.
INFO CHEF:
Masak sambal dengan minyak yang banyak supaya cili masak dengan sempurna dan sedap.Lebihan minyak boleh dibuang kemudian selepas sambal masak.Resipi: Rozelinda Mustapha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/5-menu-masakan-laut-pemecah-selera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubah Selera Dengan 4 Menu Mudah Sedap Ni

Ubah Selera Dengan 4 Menu Mudah Sedap Ni

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 545 hits
Tak tau nak masak apa hari ni Apa kata korang cuba empat menu atentik yang telah diolah semula sesuai dengan cita rasa sekarang sungguh sedap dan sesuai dengan tekak seisi keluarga Yang penting resipi mudah dan bahan senang cari Sesekali ub...
Mi Kungfu Masakan Simple Tapi Pikat Selera

Mi Kungfu Masakan Simple Tapi Pikat Selera

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 414 hits
Senang je nak buat mi kugfu ni Ini resipi untuk buat sepinggan besar mi kungfu Memang sedap dan senang Boleh dibuat untuk makan pada bila bila masa Sesuai untuk sarapan makan tengah hari minum petang atau makan malam MI KUNG FU media 42703 ...
Nikmati Pelbagai Menu Makanan Laut Di Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

Nikmati Pelbagai Menu Makanan Laut Di Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 723 hits
RESTORAN SISIK IKAN BAKAR SEDAP DI KLANG Kegemaran saya memang makanan laut bila saya tahu satu satu tempat tu ada menyediakan menu makanan laut yang sedap dan segar tak kira jauh saya pasti akan usaha untuk ke sana Baru baru ini saya The p...
Ini 4 Menu Singgang Pembuka Selera Bila Tak Tau Nak Makan Apa

Ini 4 Menu Singgang Pembuka Selera Bila Tak Tau Nak Makan Apa

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 401 hits
Bila jamah apapun makanan asyik tak kena dengan tekak dan tak tau nak makan apa Korang jangan risau ini ada empat menu yang boleh jemput semula selera korang Kena gaya makan nasi boleh bertambah tambah Sedapnya hirup kuahnya yang masam mani...
Restoran Fuhu Menawarkan Menu Masakan Cina Kontemporari

Restoran Fuhu Menawarkan Menu Masakan Cina Kontemporari

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 310 hits
FUHU Restaurant Bar merupakan restoran makan malam yang pertama yang dilancarkan oleh Zouk Group di Resort World Genting Konsep yang telah diterapkan di Restoran FUHU ini adalah pengalaman santapan yang unik dengan masakan Cina kontemporari...
Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut Labuan

Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut Labuan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 1025 hits
Selalu sangat makan nasi dengan ikan bilis kan Orang Melayu mesti pernah rasa ikan bilis Kalau nak tengok sendiri bagaimana ikan bilis ini diproses boleh ke Perusahaan Ikan Bilis Kampung Bebuluh Laut Labuan Ia mengalu alukan kedatangan oran...
Rompak Hasil Laut Negara 16 Nelayan Vietnam Ditahan

Rompak Hasil Laut Negara 16 Nelayan Vietnam Ditahan

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 325 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Makanan Laut Citarasa Asli Sandakan Di Sandokan Seafood

Makanan Laut Citarasa Asli Sandakan Di Sandokan Seafood

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 754 hits
Assalamualaikum BERTEMU lagi kita dalam episod Jalan Jalan Cari Makan heheheh Ada orang terapinya makan ada orang terapinya cukup dengan melihat gambar makanan bagi Sk pulak sejak dulu mengambil gambar makanan adalah satu terapi walaupun pe...
Tol Laut Belum Pengaruhi Harga Sembako

Tol Laut Belum Pengaruhi Harga Sembako

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 244 hits
Kabid Perdagangan Dinas Perdagangan dan Perindustrian Halut Muhsin Mustika mengakui kehadiran tol laut belum pengaruhi harga sembako yang didatangkan dari luar Malut
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids