Ptd Gaji Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 2024


PTD: Gaji Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) merupakan anggota pegawai kerajaan yang tergolong di bawah kumpulan perkhidmatan pengurusan dan professional. Jawatan PTD ini diletakkan di bawah penguasaan dan penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA Malaysia).
Secara amnya, individu yang menyandang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik ini bertanggungjawab dalam membantu kerajaan dalam urusan yang melibatkan dasar-dasar negara seperti dasar kewangan negara, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan negara, hubungan antarabangsa, isu melibatkan keselamatan dan ketahanan negara, pengurusan sumber tenaga manusia dan banyak lagi.
Kerjaya ini kebiasaannya akan memenuhi jawatan utama dan professional di peringkat kementerian, badan berkanun, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat antarabangsa. 
Oleh yang demikian, peranan sebagai pegawai tadbir dan diplomatik amatlah signifikan kerana ianya melibatkan hubungan diplomatik kerajaan Malaysia dan negara-negara luar yang lain. 
Permohonan PTD Jawatan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Jawatan kadet pegawai tadbir dan diplomatik bagi mengikuti program diploma pascasiswazah pengurusan awam intan bagi tahun 2024/2025 ini menjadi idaman dan impian kebanyakan anak muda di Malaysia. Namun begitu, jawatan ini adalah sukar untuk disandang.
BACA SINI >> Jadual gaji penjawat awam 2024 BACA SINI >> Pesara kerajaan BACA SINI >> Tarikh bayaran bonus raya 2024 Hal ini kerana proses perlantikan untuk menyandang jawatan kadet PTD ini sangat kompleks.
Pemohon pastinya wajib memenuhi semua kelayakkan yang telah digariskan bagi jawatan ini.
Individu yang melepasi syarat kelayakan jawatan ini perlu melalui pelbagai proses seperti peperiksaan secara atas talian, ujian psikometrik, temu duga secara fizikal dan banyak lagi.
Oleh itu, individu yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh JPA boleh membuat permohonan perlantikan ke jawatan kadet pegawai tadbir dan diplomatik ini.
Permohonannya boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
SUMBER: SPA
Skop Bidang Kerja dan Tugas PTD Penjawat awam yang memegang jawatan PTD ini memainkan peranan yang signifikan kepada sesebuah negara.
Secara umumnya, PTD berperanan penting dalam urusan yang melibatkan pentadbiran negara dan hubungan diplomatik antara negara-negara luar.
Bidang pekerjaan mereka adalah meluas meliputi bidang tugas yang bervariasi seperti pegurusan kewangan, perlaksanaan dasar-dasar negara, pengurusan sumber manusia, pengurusan teknologi maklumat, menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar, dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan Malaysia.
Ianya adalah untuk memastikan perkhidmatan pentadbiran awam di Malaysia berjalan dengan lancar dan penuh berintegriti.
Jelaslah, individu yang menyandang jawatan PTD merupakan individu yang berkaliber kerana bidang kerja dan tugasnya berteraskan professionalisme.
Bila Tarikh Buka Permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik Kerajaan Malaysia telah membuka peluang pekerjaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) kepada individu yang ingin menjawat jawatan ini dalam perkhidmatan awam.
Sebanyak 120 kekosongan telah dibuka bagi tahun 2024/2025.
Permohonan jawatan kosong Pegawai Tadbir Diplomatik ini dibuka sepanjang tahun yang mana pemohon boleh melakukan permohonan secara atas talian menerusi portal SPA di https://spa9.spa.gov.my.   Bila Tarikh Buka Permohonan Individu yang berminat untuk menjawat jawatan PTD ini boleh menghantar permohonan mereka menerusi portal rasmi SPA.
Permohonan jawatan ini mestilah dilakukan sebelum 14 November 2023 bagi pengambilan tahun 2024/2025.
Oleh yang demikian, individu yang berjaya menghantar permohonan jawatan PTD ini serta memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki ujian psikometrik secara atas talian. 
Benarkah PTD Cepat Naik Gaji dan Pangkat Dalam Sektor Penjawat Awam Pekerjaan dalam perkhidmatan awam menjamin peluang pekerjaan yang stabil dalam masa yang panjang.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan ditawarkan dengan pelbagai faedah serta peluang kenaikan pangkat dan gaji secara konsisten bergantung kepada prestasi dan pengalaman kerja mereka. 
Sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), jawatan tersebut adalah di bawah Gred M41.
Mereka yang mempunyai prestasi kerja yang baik, mencapai tahap prestasi yang memuaskan dan memenuhi kompetensi yang ditetapkan akan dinaikkan pangkat mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti PTD Gred M44, M48, M52 dan M54 (Kumpulan Pengurusan Tertingi).
Kenaikan pangkat sekali gus naik selari dengan kenaikan tangga gaji.
Tuntasnya, peluang dan peningkatan pangkat dan gaji sebagai seorang pegawai dipengaruhi sepenuhnya oleh prestasi kerja dan pengalaman kerja mereka selama mana mereka berkhidmat.
Syarat Kelayakan Kadet Pegawat Tadbir Diplomatik Individu yang memenuhi syarat kelayakan yang digariskan oleh JPA sahaja yang layak untuk memohon jawatan PTD ini.
Kemahiran yang pelbagai seperti kemahiran berkomunikasi, diplomatik, pengurusan, penyelesaian masalah, analitikal, berfikir secara strategik dan fasih berbahasa asing perlu dimiliki oleh seorang PTD.
Oleh sebab itu, jawatan ini adalah sebahagian daripada jawatan professional.
Berikut merupakan antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh semua individu yang ingin membuat permohonan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini;
Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun pada tarikh permohonan. Pemohon mestilah individu yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf oleh pihak kerajaan. Memiliki penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam penulisan dan percakapan. Mempunyai tahap kesihatan yang baik. Tidak memiliki rekod jenayah dan melakukan perlanggaran mana-mana undang-undang negara. Pemohon hendaklah mempunyai pengetahuan asas melibatkan isu politik dan pentadbiran negara Malaysia. Berapa Gaji Ptd M41 Malaysia Jawatan PTD ini merupakan jawatan yang tergolong dalam kumpulan pengurusan dan professional di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.
Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik yang ditawarkan mestilah lebih tinggi daripada tangga gaji jawatan perkhidmatan awam yang lain.
Sepertimana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, secara puratanya gaji minimum bagi jawatan ini adalah RM2,422.00.
Ianya tidaklah termasuk dengan manfaat dan faedah-faedah yang lain seperti elaun, kerja lebih masa, bonus dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, Pegawai Tadbir Diplomatik ini akan diberikan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225.00. Secara spesifiknya, purata gaji ptd adalah dalam lingkungan RM3500 sebulan sehingga RM10000 sebulan.
Status Semakan Keputusan PTD Individu yang berjaya membuat permohonan jawatan PTD ini akan disenaraikan nama mereka untuk menduduki ujian psikometrik secara atas talian terlebih dahulu.
Seterusnya, mereka perlu menjalani beberapa lagi tahap ujian yang membolehkan mereka menyandang jawatan ini. Ianya tidak mudah.
Namun begitu, jika individu pemohon berjaya melepasi semua ujian yang telah ditetapkan, mereka boleh membuat semakan status keputusan PTD mereka menerusi portal rasmi SPA.
Semakan Pegawai Tadbir Diplomatik boleh dibuat melalui akaun SPA mereka sendiri.
10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik PTD dan Jawapan Ujian Psikometrik PTD merupakan ujian tahap pertama yang perlu diduduki oleh setiap calon Pegawai Tadbir Diplomatik.
Terdapat 564 set soalan yang disediakan kepada calon PTD untuk dijawab semasa ujian ini.
Ujian ini adalah bertujuan untuk mengukur personaliti seseorang calon dari segi kemahiran berfikir, sikap, perwatakan, dan emosi agar dapat melahirkan pegawai yang mempunyai ciri kepimpinan dan disiplin yang tinggi.
Berikut merupakan antara contoh soalan Ujian Psikometrik PTD dan jawapannya;
1. Saya sentiasa bimbang dan takut atas kesilapan-kesilapan yang telah berlaku sehingga menjejaskan kerja seharian saya.
Betul Salah 2. Saya lebih suka apabila mempunyai ramai kawan.
Betul Salah 3. Saya suka mengambil risiko supaya saya dapat belajar benda yang baharu.
Betul Salah 4. Saya mudah menyesuaikan diri apabila berada di tempat baharu.
Betul Salah 5. Setiap kejayaan adalah hasil usaha diri sendiri.
Betul Salah 6. Saya mendapat prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat prestasi cemerlang. Saya merasa jauh tertinggal ke belakang.
Wajar Tidak Wajar Tidak Pasti 7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” masih relevan pada masa kini.
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju 8. Saya sentiasa mempunyai perasaan ingin tahun yang mendalam.
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju 9. Saya mudah merasa bosan terhadap kerja saya.
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju 10. Saya menghadiri sesuatu majlis hanya untuk memenuhi jemputan dan meninggalkan majlis tersebut apabila merasa bosan.
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju Apakah Yang Perlu Dilakukan Semasa Ujian Fizikal PTD Jika seseorang calon PTD berjaya lulus dalam ujian psikometrik, seterusnya mereka perlu menduduki ujian fizikal.
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kesihatan fizikal calon PTD agar berada dalam keadaan yang baik.
Berikut merupakan antara pemeriksaan fizikal yang dilakukan semasa ujian fizikal Pegawai Tadbir Diplomatik ini;
Calon perlu melakukan pemeriksaan ukuran badan seperti ketinggian (lelaki 157cm dan perempuan 153cm), berat badan (lelaki 48kg dan perempuan 46kg), Body Mass Index (BMI), dan ukuran lilit dada (bagi calon lelaki sahaja dengan dada keadaan biasa 79 dan dada tarik nafas 84). Calon perlu menjalani pemeriksaan mata seperti mengukur jarak penglihatan dan pengecaman nombor dan warna. Calon perlu menjalani pemeriksaan pendengaran. Seterusnya, menjalani pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan calon melalui larian 2.4km, bangun tubi dalam tempoh masa 2 minit, lari ulang alik sejauh 10 meter untuk 4 kali, dan lompat jauh berdiri. Hanya calon yang melepasi ujian fizikal ini layak untuk ke peringkat seterusnya.
10 Contoh Soalan PTD Pegawai Tadbir Diplomatik Salah satu daripada peringkat ujian yang perlu diduduki oleh calon PTD adalah termasuklah menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 secara atas talian.
Peperiksaan ini dijalankan untuk menguji tahap pengetahuan am dan pemikiran kritikal calon Pegawai Tadbir Diplomatik.
Peperiksaan tersebut dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A (soalan pengetahuan am tentang Malaysia dan negara-negara lain), Bahagian B (soalan penyelesaian masalah) dan Bahagian C (soalan melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris PTD).
Semua calon PTD wajib menjawabnya dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.
Calon yang berjaya melepasi tahap ini akan dipanggil untuk peringkat temu duga.
Berikut merupakan antara 10 contoh soalan PTD seperti berikut;
1) Sekotak pen berharga RM35.50. 15 peratus diskaun akan diberikan untuk setiap pembelian 3 batang pen tersebut. Linda membeli 5 kotak pen tersebut. Berapakah harga yang harus dibayar oleh Linda?
A) RM90.50 B) RM150.90 C) RM161.50 D) RM171.50 2) Farah memiliki wang sebanyak RM2,350 di dalam dompetnya. Dania pula mempunyai wang RM120 lebih sedikit daripada Farah. Manakala wang Nazira lebih sebanyak RM235 daripada Dania. Berapakah jumlah wang Farah, Dania dan Nazira kesemuanya?
A) RM7,045 B) RM6,575 C) RM8,000 D) RM2,300 3) Terdapat 85 biji bola yang bersaiz sama dengan jumlah berat purata sebiji 1.45kg. 1/5 biji bola tersebut adalah rosak. Berapakah jumlah berat bola yang masih boleh digunakan?
A) 24.6kg B) 98.6kg C) 100.1kg D) 101.5kg 4) Terdapat 1,120 bji gula-gula di dalam sebuah kotak Ianya diberikan kepada 4 kumpulan pelajar dengan nilai yang sama rata. Kemudian, 3/5 daripada bilangan yang diperolehi oleh setiap kumpulan itu disumbangkan. Berapakah jumlah kesemua gula-gula yang masih berbaki bagi setiap kumpulan?
A) 103 B) 112 C) 168 D) 170 5) Sebuah syarikat menerima tender kerajaan untuk mencetak sebanyak 5025 naskah buku motivasi, 4150 buku keagamaan dan 3815 naskah buku akademik dalam masa sebulan. Purata masa selama 25 saat untuk menyiapkan cetakan bagi senaskah buku tersebut. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan cetakan bagi semua buku?
A) 90 jam 2 minit 50 saat B) 90 jam 12 minit 30 saat C) 90 jam 30 minit 12 saat D) 90 jam 50 minit 2 saat 6) 10 beg plastik nasi lemak diagihkan sama banyak kepada 5 orang. Terdapat 30 bungkus nasi lemak dalam satu beg plastik tersebut. Berapa bungkuskah nasi lemak yang diperolehi oleh setiap 5 orang tersebut?
A) 20
B) 40
C) 60
D) 90
7) 18 buah bekas mengandungi campuran gula-gula berwarna hijau, putih dan kuning yang berjumlah 95 biji bagi setiap bekas. 40% daripada jumlah keseluruhan gula-gula tersebut berwarna kuning dan 30% berwarna hijau. Berapakah bilangan guli berwara putih?
A) 513 B) 684 C) 855 D) 1,197 8) Kotak A, B dan C mengandungi 380, 450 dan 530 batang pen. Setiap kotak mengandungi 1/10 pen berwarna merah, 3/10 berwarna biru. Berapakah jumlah pen selain warna merah dan biru?
A) 136 B) 160 C) 816 D) 952 9) 3 botol air mineral mengandungi 4.5liter air bagi setiap satu. 4/7 bahagian air tersebut digunakan untuk minuman harian. Berapakah jumlah keseluruhan isipadu air yang tinggal di dalam botol air mineral tersebut?
A) 3,857ml B) 5,786ml C) 7,114ml D) 7,714ml 10) Harga asal basikal yang dijual di sebuah kedai basikal ialah RM78.90 sebuah. Ahmad membeli 65 buah basikal dengan potongan harga 15%, namun selebihnya 320 buah basikal lagi dibeli dengan potongan harga 5%. Berapakah jumlah harga pembelian basikal tersebut? 
A) RM25,820 B) RM28,345 C) RM28,858 D) RM30,377 Sumber Asal Yang Rasmi : PTD: Gaji Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik 2024
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/ptd-pegawai-tadbir-dan-diplomatik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perodua Myvi 2024 Harga Spesifikasi Varian Dan Gambar

Perodua Myvi 2024 Harga Spesifikasi Varian Dan Gambar

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 329 hits
Untuk makluman Perodua Myvi generasi ketiga Perodua telah menerima penambahbaikan dan kini dibuka untuk tempahan sejak tahun 2022 dan jom tempah Perodua Myvi 2024 Pengeluar kereta itu menjelaskan Myvi baharu itu akan didatangkan dengan tekn...
Mexcopt 2024 Fokus 4 Agenda Dalam Perkasa Kerajaan Tempatan

Mexcopt 2024 Fokus 4 Agenda Dalam Perkasa Kerajaan Tempatan

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 186 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Tuan Nga Kor Ming memaklumkan yang agenda pemerkasaan kerajaan tempatan menjadi fokus utama Mesyuarat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Negeri Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu
Prabowo Ungkap Alasan Maju Di Pilpers 2024 Karena Masih Muda

Prabowo Ungkap Alasan Maju Di Pilpers 2024 Karena Masih Muda

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 162 hits
Menurut Prabowo muda dan tua tidak bisa sekadar diukur melalui fisik
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2024 Hotel Dan Restoran

Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2024 Hotel Dan Restoran

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 374 hits
Senarai buffet ramadhan di Johor Bahru 2024 berserta harga termasuk hotel dan restoran bagi memudahkan korang untuk menempah tempat untuk berbuka puasa sepanjang bulan ramadhan ini Senarai buffet ramadhan Johor Bahru 2024 akan di update dar...
Festival Supalapa 2 3 Mac 2024 Resort World Awana

Festival Supalapa 2 3 Mac 2024 Resort World Awana

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 265 hits
FESTIVAL SUPALAPA 2 3 MAC 2024 RESORT WORLD AWANA Lebih 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa had dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa Festival Supalapa ...
Ekasih 2024 Pendaftaran Amp Permohonan Baru Portal E Kasih

Ekasih 2024 Pendaftaran Amp Permohonan Baru Portal E Kasih

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 229 hits
PANDUAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN STATUS PERMOHON eKASIH 2024 Porta e Kasih merupakan satu portal yang telah diwujudkan nbsp di peringkat nasional bagi membantu nbsp nbsp merancang melaksana dan memantau program kemiskinan negara Ia bagi memb...
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 Kini Berada Di Dua Lokasi

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 Kini Berada Di Dua Lokasi

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 449 hits
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 TAHUN KE 3 KINI BERADA DI DUA LOKASI Assalammualaikum semua Setelah kejayaan dua tahun menganjurkan Bazaar Raya bermula dengan dan Kini pada tahun 2024 Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya kembali den...
Arahan Kepala Bpip Ke Jajaran Untuk Jaga Suasana Damai Dan Kondusifitas Pemilu 2024

Arahan Kepala Bpip Ke Jajaran Untuk Jaga Suasana Damai Dan Kondusifitas Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 201 hits
Kepala BPIP Yudian Wahyudi berharap pihaknya bisa ikut menjaga suasana damai dan kondusifitas Pemilu 2024
Raikan Ramadan Dengan Sajian Warisan Nusantara Ramadan Bufet 2024 Di The Pearl Kuala Lumpur

Raikan Ramadan Dengan Sajian Warisan Nusantara Ramadan Bufet 2024 Di The Pearl Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 308 hits
Salam Uolls Ramadan semakin menghampiri tidak lama lagi dan pasti seluruh warga Malaysia tidak sabar merancang berkumpul bersama seisi keluarga sahabat mahupun acara berbuka bersama teman sepejabat bagi mendapat saat moment indah bersama Ka...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan