Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 Kini Berada Di Dua Lokasi


ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 TAHUN KE-3 KINI BERADA DI DUA LOKASI | Assalammualaikum semua! Setelah kejayaan dua tahun menganjurkan Bazaar Raya bermula dengan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2022 dan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023. Kini pada tahun 2024, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya kembali dengan sorotan acara yang lebih meriah!
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 TAHUN KE-3 KINI BERADA DI DUA LOKASI

Pada tahun ini, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) 2024 bersiap sedia untuk mengukir kenangan yang tidak terlupakan dalam program tahun ketiganya. Festival Raya ini merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management yang bakal berlangsung pada 29 Mac (12pm) – 1 April (6am) 2024 selama 66 jam tanpa henti di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia(MITEC).
Dengan prestasi luar biasa yang dicapai sepanjang dua tahun lalu, berikut merupakan pencapaian ABxFGR;• RM21.4 juta hasil jualan • 927 tapak reruai • 2.9 juta jumlah pengunjung • 117 jumlah vendor F&B • 120 selebriti • 20 rakan penaja • 12,548-meter persegi ruang pameran • 1,204 usahawan • lebih daripada 200 jenama pakaian dan kecantikan
Pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat merasai pengalaman membeli belah yang memuaskan di bawah satu bumbung

ABXFGR terus berkembang secara progresif pada kadar 25% setiap tahun. Pencapaian ini memberikan peluang yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan kecil, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs). Dengan kepesatan peningkatan seperti ini, ABXFGR menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ramai, serta membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas


Menurut Encik Ben Ali, Pengarah, Absolut Event & Management, "Kelainan tahun in 66 jam tanpa henti akan bermula 29 Mac Jumaat jam 12 tengah hari sehingga 1 April 2024 Isnin 6 pagi, menghimpunkan 720 reruai. Jika dibandingkan pada tahun 2022 sebanyak 369 dan pada tahun 2023 sebanyak 558 reruai. 
Dengan keluasan 15,666 kaki persegi, seramai 500 usahawan menyertai Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya tahun ini yang meliputi lebih 400 jenama. Kami menjangkakan jumlah keuntungan dari penyertaan pempamer sekitar RM 13.5 juta dan kehadiran seramai 2 juta pengunjung

Pengunjung boleh berada di sini sepanjang hari dari waktu siang, berbuka puasa dengan membeli makanan di 80 peniaga Mini Absolut FoodFest, kemudian anda boleh sambung membeli-belah, menyertai pelbagai aktiviti yang telah kami sediakan, menonton persembahan selebriti dan macam-macam lagi! Happy Hour juga menjanjikan penjimatan berganda buat mereka yang mencari keperluan Aidilfiti. Ruang solat yang luas turut disediakan. Seisi keluarga akan selesa dengan penghawa dingin di MITEC. Kemudian anda boleh sambung sahur di sini

Penaja bersama iaitu Wardah, Hermo, NIMS, Minaz, Buttonscarves, Panasonic, Ainaa, Sugar Bomb, Super Sky, Kunafa Aiwahhh, Bulan Bintang dan dijangka akan bertambah sehingga 20 penaja yang sudi bekerjasama. Pada tahun ini Media Prima Berhad merupakan media rasmi untuk Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya. Kami ingin meneroka stratergi baharu dan penambahan demografik ini pasti akan memberi impak yang efektif." jelas beliau

MEDIA PRIMA SEBAGAI MEDIA RASMI
Penganjur dengan sukacitanya mengumumkan satu perkembangan gembira dengan penyertaan Media Prima Berhad sebagai Rakan Rasmi Media untuk ABxFGR2024. Media Prima Berhad, sebagai kumpulan media terkemuka di Malaysia, akan membantu menyampaikan liputan besar besaran ke seluruh negara melalui saluran televisyen, radio, dan platform media di mana-mana


Kebergantungan pada rangkaian luas Media Prima Berhad akan memberikan platform yang unggul bagi ABxFGR2024 untuk sampai kepada penonton yang lebih ramai. Liputan yang menyeluruh melibatkan berita, program hiburan, dan segmen khas di televisyen dan radio akan memberi tumpuan kepada kemunculan festival raya dan keunikan acaranya

20 PENAJA BERSAMA MEMERIAHKAN ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA
Selain itu, penganjur juga mengumumkan barisan Penaja Bersama yang terdiri daripada Wardah, Hermo, NIMS, Minaz, Buttonscarves, Panasonic, Ainaa, Sugar Bomb, Super Sky, Kunafa Aiwahhh dan Bulan Bintang


Tidak hanya terhad kepada sektor pakaian, kecantikan, dan makanan, ABXFGR tahun ini turut memberikan peluang kepada sektor elektronik dan pelbagai sektor lain

MINI ABSOLUT FOODFEST
Program penuh warna ini akan menyajikan lebih banyak aktiviti kejutan yang menarik perhatian pengunjung. Antara tarikan utama adalah mini Absolut FoodFest yang dianggarkan melebihi 80 vendor yang akan menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa atau bersahur, menjadikan ABxFGR24 destinasi ideal untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul

AKTIVITI MENARIK DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA
Penganjur juga berkongsi tentang aktiviti yang bakal diadakan pada tahun ini, termasuk Money Chamber, Wheel of Fortune, Hamper Raya, dan Happy Hour yang pasti memeriahkan suasana. 
Dikatakan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan menawarkan lebih daripada RM250,000 nilai ganjaran keseluruhan yang boleh dimenangi

TARGET RM 20 JUTA HASIL KEUNTUNGAN

Menurut Puan Hema Kandy, Chief Executive Officer, My Events International, "Dengan tekad untuk terus melonjakkan kecemerlangan ABxFGR2024, pihak penganjur mensasarkan sebanyak 720 tapak reruai dengan mengharapkan hasil keuntungan sebanyak RM20 juta daripada pempamer dan menarik seramai 2 juta pengunjung untuk memeriahkan festival raya ini

Di MITEC, lokasi selesa dan luas. Ruang parkir MITEC cukup luas untuk menampung 1,400 kenderaan. Terdapat dua pintu masuk parkir iaitu dari pintu Utara dan pintu Selatan ke ruang letak kereta yang dikawal keselamatan Basement 1 dan 1A oleh pengendali parkir yang dilantik iaitu ParkRite. 
Sepanjang Absolut Bazaar X Gaya Raya berlangsung, kadar parkir bernilai RM 5 untuk 3 jam pertama." jelas beliau

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 PERSADA JOHOR
Sebagai tambahan, penganjur turut mengumumkan hasrat mereka untuk mengadakan ABxFGR24 di Johor seminggu sebelum acara di Kuala Lumpur. Ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk turut menyertai dan menikmati kegembiraan festival ini. Festival raya di Johor ini akan berlangsung pada 22 – 24 Mac 2024 di Persada Johor

ABXFGR tahun ini akan dihadiri oleh barisan selebriti ternama, artis, dan hiburan tanpa henti yang merangkumi bintang bintang besar. Pelbagai bakat terkemuka akan menyertai acara ini, menyajikan hiburan yang menghiburkan dan menggerakkan hati

Selain itu, masih terdapat pelbagai kejutan menarik yang bakal diumumkan menjelang festival raya tersebut. Pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat mengikuti perkembangan terkini melalui laman sosial dan portal rasmi ABxFGR24. Mari bersiap-siap untuk lebih banyak kejutan yang menanti! 
Lembaran Fakta Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) 2022

Nama Acara: ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA Tarikh: 22 – 25 APRIL 2022 Hari: Jumaat, Sabtu, Ahad dan IsninJenis: Acara berasaskan keperluan pengguna sempena Hari Raya AidilfitriMasa: 66 jam tanpa henti, 22 April (12PM) – 25 April (5AM) Bilangan reruai: 369Jumlah pengunjung: 1.25 jutaJumlah saiz ruang : 8370 kaki persegiJumlah keuntungan pempamer: RM8.7 million Penganjur: My Events International, Absolut Event & Management, Malaysia International Trade & Exhibition CentreDitaja oleh: SME Corp Disokong oleh: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)Dirasmikan oleh: YB Tan Sri Noh Omar, Menteri KUSKOP Turut hadir oleh: Tan Sri Shahrizat
Lembaran Fakta Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) 2023

Nama acara : ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA Tarikh : 14 – 17 APRIL 2023Day : Jumaat, Sabtu, Ahad dan IsninJenis: Acara berasaskan keperluan pengguna sempena Hari Raya AidilfitriMasa: 66 jam tanpa henti, 14 April (12PM) – 17April (5AM) Aktiviti : Money chamber, Mini AFF, Gempak Raya Hamper, Wheel of Fortune, Persembahan SelebritiBilangan reruai : 558Jumlah pengunjung: 1.65 jutaJumlah saiz ruang : 12,548 kaki persegiJumlah Keuntungan Pempamer: RM12.7 jutaPenganjur: My Events International Absolut Event & Management Malaysia International Trade & Exhibition CentreDirasmikan oleh: YB Senator Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri
Turut hadir oleh : YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob Rakan Kongsi Acara: Coca-Cola Far East Ltd. (Exclusive Refreshment Partner – Blue Diamond), So Chantique(Gold Partner), KKMY Group Sdn Bhd (Bronze Partner), Malaysia Furniture Council (Supporting Partner)Malaysia Book of Records : The Highest Value Hari Raya Hamper Giveaway

Mengenai My Events International 
Dengan pengalaman selama 17 tahun, My Events International, merupakan peneraju dalam pengurusan acara, menyediakan pelbagai penyelesaian dan mencipta kandungan global yang memukau. Dengan keupayaan yang telah teruji dan kebolehan untuk berinovasi, syarikat ini mempunyai ibu pejabat di Malaysia dan telah membuka cawangan untuk berkhidmat kepada pasaran global di 10 buah negara lain termasuk Arab Saudi, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda, dan United Arab Emirates

Komitmen My Events International terhadap kecemerlangan tercermin dalam dedikasinya untuk menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Syarikat ini teguh berdiri dengan matlamat untuk melampaui jangkaan, membina modal insan, dan membentuk acara yang memukau. 
My Events International, sebuah nama yang bersinar dalam industri pengurusan acara global

Absolut Event & Management
Absolut Event & Management merupakan jenama dari kejayaan perniagaan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah tengah Lembah Klang dengan menempatkan produk mereka di lebih daripada 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha mendekati masyarakat. 
Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali ketiga mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak

Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) 
Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) terletak di Metropolis KL, sebuah pembangunan bersepadu dalam daerah Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Kuala Lumpur. Diposisikan sebagai pemangkin ekonomi dan Gerbang ke Asia Tenggara, MITEC ialah destinasi MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, dan Pameran) terbesar di rantau Asia Tenggara dan pusat perdagangan dan pameran terbesar di Malaysia

MITEC menawarkan lebih 52,000-meter persegi ruang pameran dan dewan pameran dengan kemungkinan yang tidak terhingga. Sebagai ruang pameran terkemuka di Malaysia, pusat itu menarik 100,000 pengunjung dan persidangan atau konvensyen antara 200 hingga 20,000 perwakilan

Festival Gaya Raya | Facebook | Instagram
Absolut Bazaar | Facebook | Instagram


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/01/absolut-bazaar-x-festival-gaya-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Dua Festival Klungkung Yang Masuk Daftar Kharisma Event Nusantara 2024 Dari Kemenparekraf

Ini Dua Festival Klungkung Yang Masuk Daftar Kharisma Event Nusantara 2024 Dari Kemenparekraf

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 159 hits
Pemerintah Kabupaten Klungkung menjadi satu satunya daerah di provinsi Bali yang berhasil masuk ke dalam daftar Kharisma Event Nusantara 2024
Tarikh Hari Deepavali 2024 Serta Lokasi Tumpuan Deepavali 2024

Tarikh Hari Deepavali 2024 Serta Lokasi Tumpuan Deepavali 2024

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 278 hits
Bila tarikh hari Deepavali 2024 Deepavali adalah merupakan hari penting bagi penganut kaum hindu masyarakat di malaysia Malaysia sebagai negara yang mempunyai kepelbagai kaum menjadi sebuah negara yang terbuka dengan pelbagai sambutan peray...
Dua Kali Keguguran Uqasha Senrose Syukur Kini Hamil Anak Sulung

Dua Kali Keguguran Uqasha Senrose Syukur Kini Hamil Anak Sulung

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 183 hits
Pelakon Uqasha Senrose mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini Uqasha Senrose hamil anak sulung ada sebab rahsiakan kandungan Menerusi hantaran di media sosial aktres berusia 32 tah...
11 Gaya Selebriti Di Pertunjukkan Schiaparelli Musim Bunga Panas 2024

11 Gaya Selebriti Di Pertunjukkan Schiaparelli Musim Bunga Panas 2024

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 174 hits
Para selebriti ini hadir dengan gaya berani ke peragaan fesyen Schiaparelli koleksi Haute Couture musim bunga panas 2024 yang berlangsung di Place Vend me Paris EH menyorotkan 11 gaya menangkap mata di acara itu Label Schiaparelli berasal d...
Dua Kantor Camat Kebanjiran Polres Rohil Cari Lokasi Untuk Logistik Pemilu

Dua Kantor Camat Kebanjiran Polres Rohil Cari Lokasi Untuk Logistik Pemilu

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 100 hits
Kantor Camat bakal menjadi tempat penyimpanan logistik Pemilu sebelum dibagikan ke Tempat Pemungutan Suara
Festival Supalapa 2 3 Mac 2024 Resort World Awana

Festival Supalapa 2 3 Mac 2024 Resort World Awana

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 264 hits
FESTIVAL SUPALAPA 2 3 MAC 2024 RESORT WORLD AWANA Lebih 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa had dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa Festival Supalapa ...
Perbedaan Antara Pedagang Dan Bisnis Mengawali 2024 Dengan Memahami Makna Kata

Perbedaan Antara Pedagang Dan Bisnis Mengawali 2024 Dengan Memahami Makna Kata

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 285 hits
Mengawali tahun 2024 melanjutkan resolusi yang sudah dibuat sebelumnya Sepertinya khusus bagi Anda yang ingin memutuskan diri untuk keluar dari zona nyaman dapat memahami terlebih dahulu perbedaan makna kata antara PEDAGANG dan PEBISNIS Mem...
Foto Rapat Koordinasi Kpu Ri Mempersiapkan Kampanye Pemilu 2024 Dengan Metode Rapat Umum

Foto Rapat Koordinasi Kpu Ri Mempersiapkan Kampanye Pemilu 2024 Dengan Metode Rapat Umum

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 138 hits
Rakor yang dihadiri parpol parpol peserta Pemilu ini digelar dalam pelaksanaan kampanye metode rapat umum yang akan digelar pada 21 Januari 10 Februari 2024
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation