Psoriasis Penyakit Tidak Berjangkit Yang Belum Di Temui Penawarnya


Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimun kronik (berkait dengan imuniti badan), yang menjejaskan kulit dan berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit, menyebabkan sel terkumpul pada kulit sehingga menjadi tebal.


Sel kulit berlebihan ini akan menjadi kering dan berkeruping atau bersisik yang berwarna putih (sel mati).

Ia juga boleh hadir dalam tompokan merah yang gatal dan kadangkala menyakitkan, biasanya terbentuk pada kulit kepala, lutut, siku dan bahagian bawah belakang.

Mereka yang menghidap penyakit ini akan mempunyai permukaan kulit yang seakan-akan bersisik berbanding dengan kulit individu lain yang lebih lembut dan licin.

Penyakit Autoimun Punca Psoriasis

Penyakit autoimun (AI) adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menganggap sel tersebut adalah sel asing.

Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh menyerang pelbagai organ dan tisu.

Sebenarnya sistem imun tubuh atau disebut imuniti (kekebalan) adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari 'ancaman' yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Tidak Berjangkit

Walaupun kelihatan dahsyat dan menakutkan, hakikatnya penyakit ini tidak berjangkit, namun begitu, mereka masih mengalami pelbagai tindakan daripada masyarakat sekeliling yang berbentuk tekanan dan isolasi.

Sukar untuk kita padamkan tabiat sebegitu jika usaha untuk mendidik hilang ditelan arus stigma.

Bayangkan jika seorang penderita psoriasis menghulurkan tangan, mampukah anda membuang tanggapan buruk terhadap rupa kulit tangan yang seakan bersisik dan terus berjabat dengan individu tersebut?

Tanpa ilmu, kebanyakan individu pasti akan mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan yang melibatkan sentuhan dengan penderita penyakit psoriasis.

Diskriminasi

Kajian yang telah dijalankan di Universiti Pennsylvania melibatkan 187 pelajar perubatan dan 198 orang dewasa telah menggambarkan betapa kuatnya stigma terhadap individu psoriasis.

Mereka telah dipilih secara rawak dan tidak pernah didiagnosis dengan masalah tersebut. Dalam kajian itu:
54% subjek tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan intim dengan pesakit psoriasis.40% subjek tidak mahu berjabat tangan dengan pesakit psoriasis.32% subjek tidak mahu menjemput pesakit psoriasis ke rumah mereka.
Sebahagian besar daripada mereka juga berpendapat bahawa penderita psoriasis kelihatan tidak menawan, tampak sakit dan tidak selamat.

Ia disertakan dengan penyataan mitos yang mengatakan bahawa penyakit tersebut hanya melibatkan organ kulit dan ia bukanlah sesuatu yang serius.

Berdasarkan daripada kajian tersebut, ia menunjukkan bahawa pemahaman merupakan perkara yang penting bagi memastikan individu tidak mengaitkan maklumat penyakit ini dengan mitos yang banyak dikongsikan dalam masyarakat setempat.

Penyakit Artritis

Sebanyak 30% daripada jumlah pesakit psoriasis akan mendapat permasalahan artritis (keradangan pada sendi).

Itu hanya salah satu daripada penderitaan yang bakal ditanggung oleh individu yang menghidap keadaan kesihatan ini.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, mereka boleh mendapat komplikasi yang lain seperti hipertensi, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit mental.

Psoriasis bukanlah penyakit yang hanya melibatkan kulit sahaja, ia dapat memberikan kesan negatif sistemik jika dibiarkan berlarutan.

RAWATAN
1. Antara ubat topikal:

Emolien (pelembap)

Emolien (pelembap) melembutkan dan mengekalkan kelembapan kulit, sebaiknya disapu selepas mandi sementara air masih terperangkap pada kulit untuk mendapatkan lebih hidrasi.

Emolien perlu disapu lembut mengikut arah garis rambut secara kerap sekurang-kurangnya tiga kali sehari mengikut arahan doktor.

Jangan sesekali menggosok ke atas dan ke bawah dengan kuat kerana akan menyebabkan kegatalan, menyumbat folikel rambut atau menyebabkan kulit berasa panas.

Kadangkala, pelembap (krim aqueous) digunakan seperti sabun untuk menggantikan penggunaan sabun mandi.

Tar

Tar melambatkan pertumbuhan sel-sel kulit dan mengurangkan radang, gatal dan sisik-sisik psoriasis, disapu bergantung kepada bahagian tubuh badan yang mengalami psoriasis.

Misalnya, syampu politar dan ung cocois co digunakan untuk psoriasis kulit kepala manakala mandian tar arang 20 peratus dan liquid picis carbonis (LPC) digunakan untuk tompokan di badan.

Syampu Politar

Syampu politar digunakan dua kali seminggu. Setelah rambut dan kulit kepala dibasahkan, syampu digosok pada kulit kepala dengan lembut selama lima hingga 10 minit.

Kemudian bilas dengan air ke belakang tanpa terkena muka. Elakkan menggaru kulit kepala kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Penggunaan syampu tar ini boleh menyebabkan kulit merengsa, merah, kering, meninggalkan kesan kotor dan bau tidak menyenangkan.

Uji sediaan tar pada bahagian kecil kulit terlebih dulu. Jika kulit menjadi merah, cuba sapu sediaan tar selepas menyapu pelembap.

Kulit akan menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari, oleh itu sediaan tar perlu dibilas bersih.

Ung Cocois Co

Ung cocois co perlu disapu pada waktu malam dengan menyikat rambut kepada bahagian kecil dan sapu ubat pada tompok psoriasis di kulit kepala.

Balut kulit kepala dengan tuala atau topi mandi. Lapikkan bantal kerana ubat boleh meninggalkan kesan kotor pada bantal.

Biarkan semalaman dan bilas kulit kepala pada keesokan paginya.

Mandian Tar Arang

Mandian tar arang 20% digunakan dengan melarutkan 15 ml tar arang dalam 10 liter air.

Larutan disapu pada kulit menggunakan span/tuala atau merendam bahagian terjejas dalam larutan yang disediakan menggunakan tab mandi selama 15 hingga 20 minit.

Steroid
Steroid adalah rawatan utama psoriasis dan adalah berkesan untuk kebanyakan pesakit, bagi mengurangkan keradangan serta mengurangkan kemerahan pada tompok psoriasis.

Steroid mempunyai pelbagai kekuatan daripada sangat kuat kepada sangat lemah.

2. Rawatan sistemik:

Acitretin (retinoid)

Acitretin (retinoid) adalah analog sintetik vitamin A. Dos permulaan adalah 10mg hingga 30mg sehari mengikut arahan doktor.

Ubat perlu diambil bersama dengan makanan, bagaimanapun ia mempunyai risiko teratogenik yang tinggi.

Pencegahan kehamilan diperlukan empat minggu sebelum rawatan, semasa tempoh rawatan dan sehingga tiga tahun selepas berhenti rawatan.

Kesan sampingan ubat termasuklah bibir dan mulut kering, konjunktivitis dan hidung berdarah. Paras kolesterol juga perlu diperiksa sewaktu rawatan.

Methotrexate (MTX)

Methotrexate (MTX) mengurangkan radang, kemerahan dan sisik serta membantu mengurangkan sakit sendi.

Ubat ini diambil seminggu sekali dan diambil pada hari yang sama setiap minggu. Tablet asid folik diberikan bersama-sama untuk mengurangkan kesan sampingan MTX.

Asid folik tidak boleh diambil pada hari yang sama dengan MTX.

Ciclosporin

Ciclosporin adalah ubat yang mengawal psoriasis dalam jangka masa yang singkat diikuti dengan rawatan ubat yang lain.

Kontraindikasi ubat adalah kerosakan hati, kerosakan buah pinggang dan kelemahan pertahanan badan.

Ubat tidak boleh diberi bersama ubat yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang seperti NSAID dan aminoglikosida.

3. Rawatan Biologik:

Rawatan biologik adalah seperti adalimumab etanercept, infliximab atau ustekinumab.

Rawatan biologik hanya digunakan apabila kesemua ubat topikal, fototerapi atau rawatan sistemik tidak menunjukkan respon yang baik.

RASA RENDAH DIRI

Persatuan Psoriasis Malaysia mendedahkan sehingga 800,000 rakyat di negara ini menghidap penyakit ini.

Di peringkat global, dianggarkan 125 juta orang menghidap psoriasis dan di Malaysia, keadaan kulit ini menjejaskan kira-kira satu hingga tiga peratus penduduk.

Kira-kira 20 peratus pesakit psoriasis mempunyai anggota keluarga yang menghidap penyakit ini.

Dalam tinjau selidik global, didapati hampir 40 peratus daripada penghidap psoriasis mengalami masalah psikologi akibat penyakit kulit mereka.

Keadaan kulit yang memalukan itu menyebabkan sesetengah penghidap psoriasis berasa resah dan murung. Ada yang menolak apabila diajak keluar dan ramai pula berasa rendah diri dengan keadaan mereka.

Ternyata, penyakit ini bukan sekadar memberi kesan kepada fizikal malah menjejaskan emosi serta mental seseorang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Perbezaan Barah (Kanser) Dan TumorBawang Putih Antibodi Semulajadi Terbaik, Apa Akan Terjadi Kepada Tubuh Jika Makan Setiap Hari?
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/penyakit-psoriasis-punca-dan-rawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
85 Bayi Bawah 1 Tahun Disahkan Positif Covid 19 Belum Sempat Nak Rasa Sambut Hari Jadi

85 Bayi Bawah 1 Tahun Disahkan Positif Covid 19 Belum Sempat Nak Rasa Sambut Hari Jadi

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 329 hits
Daerah Nueces di Texas telah melaporkan bahawa 85 bayi di bawah usia 1 tahun disahkan positif coronavirus kata pegawai kesihatan Ketika ini kami mempunyai 85 bayi di bawah usia satu tahun di Nueces County yang semuanya diuji positif Covid 1...
Belum Seminggu Menikah Beredar Video Masa Lalu Istri Rizki D Academy

Belum Seminggu Menikah Beredar Video Masa Lalu Istri Rizki D Academy

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 580 hits
Belum genap seminggu pernikahan Rizki D Academy dan Nadya Mustika Rahayu diusik oleh sebuah video Beredar video Tiktok perlihatkan momen manis Nadya dengan seorang lelaki yang diduga pacarnya sebelum jalani taaruf dan menikah dengan Rizki C...
Pemkab Bogor Belum Kantongi Data Tenaga Kesehatan Penerima Insentif

Pemkab Bogor Belum Kantongi Data Tenaga Kesehatan Penerima Insentif

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 190 hits
Ade Yasin menjelaskan anggaran itu tidak bisa terpakai dan hanya untuk menutupi kekurangan jika dana dari Kemenkes tidak mencukupi
Kesihan Mahathir Belum Apa Apa Dah Ditolak Warisan

Kesihan Mahathir Belum Apa Apa Dah Ditolak Warisan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 267 hits
Cadangan agar Parti Warisan Sabah dijadikan parti peringkat nasional sekiranya Tun Mahathir Mohamad menjadi ahlinya tidak pernah dibincangkan oleh pemimpin parti itu Menurut laporan FMT seorang ahli kanan parti itu yang enggan dikenali berk...
6 Fakta Menarik Soal Bahasa Indonesia Yang Mungkin Kita Sendiri Belum Tahu Baca Deh

6 Fakta Menarik Soal Bahasa Indonesia Yang Mungkin Kita Sendiri Belum Tahu Baca Deh

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 293 hits
Bukan bahasa Inggris pelantikan pejabat di sebuah kota di Amerika Serikat ini malah pakai bahasa Indonesia Kok bisa ya
Kem Dr M Sambut Baik Cadangan Sertai Warisan Tapi Belum Putuskan

Kem Dr M Sambut Baik Cadangan Sertai Warisan Tapi Belum Putuskan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 280 hits
Kem Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan Warisan untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menyertai parti berkenaan Bagaimanapun senator Marzuki Yahya berkata setakat ini kumpulannya belum membuat s...
Belum Ada Keputusan Untuk Larang Rentas Negeri Sempena Aidiladha

Belum Ada Keputusan Untuk Larang Rentas Negeri Sempena Aidiladha

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 324 hits
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali KUALA LUMPUR Tidak ada sebarang keputusan untuk melaksanakan semula larangan rentas negeri sempena Aidiladha meskipun trend pandemik Covid 19 meningkat sejak kebelakangan ini Timbalan Me...
Ragu Ragu Sudah Baca Fatihah Atau Belum Dalam Solat

Ragu Ragu Sudah Baca Fatihah Atau Belum Dalam Solat

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 274 hits
Apakah hukum jika ragu sudah baca fatihah atau belum dalam solat Adakah solat terbatal Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Kalau orang yang semba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization